Saturday, February 04, 2012

B U N T U

Kalau pun kerana cinta sanggup kau menderhaka, kalau pun kerana cinta sanggup kau mengubah kata, kalau pun kerana cinta sanggup kau menjadi apa saja? begitu?

Pandanglah.. dongak ke langit..

Bukan salah kau mengikut kata hati, di balik senyum ceria siapa pernah tahu di dalam bagai mahu mati? di sebalik gurau dan perhatian manja siapa pernah tahu di dalam menunggu kepecahan hati?

Pandai.. sembunyi..

Salahkah memilih yang berbeza kalau percaya mampu mengalih lebih rapat dengan ilahi? Salahkah kalau ruang diberi kebahagiaan dibalas ganti? Salahkah mempercayai takdir itu sememangnya untuk diikuti dan bukan dipersoalkan kejituannya saban hari?

Terdiam.. tak punya jawapan sendiri..

Apakah engkau sendiri kurang yakin? Takut jatuh miskin hidup susah seperti kata-kata mereka? berbeza pendapat lantaran bakal menjadi punca keretakan mahligai sederhana kau nanti?

Masih... siapa berani menjawap?

Buntu. Sepi. Mohon dengan sangat Ya Rahman, Ya Rahim...

1 comment:

hitamanis said...

mek aku tahu ape ko rase. and aku sudah punya jawapan utk persoalan ko. tapi jawapan utk aku heeee. cpt2 tau. aku tgu kad wangi dr ko .. istikharah la bia di beri petunjuk

Newer Post Older Post Home