Sunday, September 11, 2011

Nilai Kosong.

Terdiam. Berdiri. Tiada erti.

With whatever reason pun mesti bukan kau pilihan untuk menjadi sandaran di kala diperlukan. Walau payah nya hidup seorang dia, mungkin tak payah untuk dia memayahkan lagi dgn kehadiran kau. Mungkin.

Berat mana hati kau kuat mahu kan dia masih belum tentu sedikit pun dia terusik dengan usaha kau itu.

Kau cuba. Kau sakit.
Kau derita, siapa yang tahu?

Kenapa pengalaman tak pernah mengajar sesen pun erti sentap di hati kau? Hati sudah tak punya nyawa nya lagi kah sampai kan cuka yang masam terasa enak dimamah begitu saja?

Hati apakah ini?
Gila kah? atau bodoh lebih sesuai?

Di mana nilai nya engkau di mata dia. Ting! Tiada. Ulang... Tiada.

Hari ini kau berjanji membuang kenangan, membuang sisa hari semalam. Tapi esok kau bangun... satu coretan dari nya, tup! hilang segala gundah gulana di hati kau. Hilang lagi janji janji semalam, lupus sudah tekad bernisan sementara.

Tiada nilai nya lagi.

Bodoh benar hati diperbodohkan, senang benar perasaan dipersendakan. iya, bukan dia yang bersalah. Tidak. Tetapi hati cair ini kalau boleh disuntik menjadi sekeras besi berharga, pasti sudah lama kau sanggup berbuat demikian kan? Ya.

Pergi lah dia hidup dengan aman, kau doakan saja dia begitu. Sekali dia pergi, itu sedih.. kedua dia kembali, ramai berkata bererti, tapi jangan! harapan begiti hanya bisa merobek lebih besar sepertiga hidup kau sahaja nanti.

Dia.. dia pasti tak akan pernah mengerti...

Kerana kau juga sama tiada penghujung dengan kesakitan ini...






.p.s. : .....

3 comments:

anis said...

mek kenape bile aku bace aku rase sgt mendalam isi nye..?

k.e.r.i. said...

aku agak susah nak faham entry berat macam ni. herm.

mia sarah hemiza said...

Anis : tersirat

Keri : stadi sket keri :)

Newer Post Older Post Home