Friday, March 11, 2011

Bila Cakap Mengarut, Iya.. Saya Juara..

Tak tau la nak kata macam mana, rasa macam dah takde soul kat sini. Bila taip asek nak delete, taip-delete-taip-delete, of course la menganggu prestasi penaipan. Mungkin life sangat hectic sekarang ni sampai rasa dah tak perlu nak di war-war kan bagai artis tak sedar diri. Well, pernah one of my friend said, Malaysian Bloggers kebanyakkan nya perasan hidup bagai celebrity (gaya ayat dia lain lah, ni versi ayat saya je), I mean blog personal mereka lah.

Sejak tu, rasa sikit 'terkena' jugak la sampai kan sendiri terasa hermmmmmmmm.... pedih ni. Blog saya ni macam itu kah? Sekarang apa segala nak dikongsi sudah tidak lagi releven untuk dikongsi kerana pemikiran manusia kadang-kadang cetek. Mungkin sebab ada segelintir yang cetek juga berfikir kalau tulis about personal dalam blog je, dia ni kuat mencapup (mencari publisiti murahan).

Hey, some of blogs are good. Dorang cerita about real life yang kita mungkin boleh identify bila baca, "ehh.. ini tak pernah berlaku lagi dalam life aku...", "ehh.. sama la... ", sort of macam tu la. Tapi itu kalau yang diceritakan sangat bermakna, tapi ada juga blog yang sangat kolot gaya perkongsiannya, sampai kan apa saja yang dibeli, apa saja yang dilakukan semua nak update 100% tanpa sekatan kat dalam blog dia. Hey, come on la.. ini lah dikatakan kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.

Kerana kamu yang gila publisiti kalah artis, habis blog personal yang bagus terjejas dan dapat bau busuk yang sama. Maka, beringat lah. Menulis biar ada isi. Menulis biar ada motif. Jangan hentam keromo.. errr... keromo korang faham kan? haha..

Tapi reader juga haruslah bersikap terbuka yang sama. Kalau nak baca, bacalah. Jangan nak kondem macam anda terlalu bagus sampai perasan anda perfect. Nope. Sila jangan cepat meletak statement bercap mohor, yang si blogger itu, si blogger ini macam itu lah macam ini lah. Ingat lah, nobody's perfect, so do you.

Ha-ha.

Rasa nak tergelak juga. Itulah manusia. Cepat meletak anggapan mengikut sekali pandangan. Kiri dan kanan belum tentu betul tapi berlagak seperti 360 degree anda yang punya. Kalau rasa tak suka, maka tutup saja blog tersebut, jangan menjaja blog itu poyo, blog ini entahpape.. Hey, blog kau bagus sangatkah? T_T ye, blog saya memang tak bagus. Untuk ditatap sebentar juga seperti menghabiskan masa-masa emas reader tercinta, saya rasa bersalah. Mungkin kerana itu saya sudah tidak kerap menulis lagi. (ah, dan dan lah kau mek... hahahaha)

Blog memang ada macam-macam kriteria nya. Kalau suka baca pasal personal, go on la baca blog personal orang lain. Kalau menyampah, pegi cari kriteria apa yang "in" dengan kegemaran anda. Senang. Mudah dan tidak merosakkan hati sendiri. Kita hidup berdasarkan 2 choices. Nak atau Tidak. Takde istilah di tengah-tengah. Gantung tak bertali kan perit rasa nya? ok ape kaitan nya Cik Mek?. Paling cikai pun salah satu decision tetap kena buat sebab at the end ungkapan orang tamak selalu rugi, macam Anjing dan bayang-bayang itulah yang anda akan hadapi kalau semuanya nak di kaut tak bertepi.

Hah? you all baca sampai ke sini ke?

Adussss............ actually I talk randomly. Takde nak bengang dengan mana-mana statement from sesiapa. Ok, now saya rasa diri saya aneh, saya bengang dengan Streamyx TM online tapi kenapa nak touch pasal persepsi orang terhadap blog-blog personal. Ah.. tak tau la. Abaikan. Fikiran seriously bercelaru. Stop.



p.s. : Banyak benda terbengkalai sampai rasa nak surrender tapi saya tahu itu bukan saya.
.

1 comment:

PutraRocker said...

keja leklok nnt leh blnje i..wakakaak

Newer Post Older Post Home