Monday, January 28, 2013

Restu

Bila dah cuti beberapa hari and siap balik ke-el (KL), mula mata tak boleh nak tido.. esok kerja.. huwaaaaa! apa lah lagi agak nya tuan pengarah nak suruh buat, takkan nak mengikir lagi, kang dimension lari lagi teruk.. harap2 esok dah ada official schedule for our 9 months training. 9 months babe, if you are pregnant by the day 1 of training, dpt la hasil baby training org kata. hehe. ok enough.

Actually i dont want to talk about work and blabla-boring, but something that really catch my heart to the deepest.

Ini semua salah cerita kat tv1 tadi. TV1? ehee.. terlayan sebab ada Beto Kusyairi. ok sorry, saya peminat dia! I admit. He has the talent, even muka jawa habis (bak kata my housemate), it doesn't matter. Tak perlu jual muka hensem kalau lakonan hamprak kan?

Back to the story, aku tgk Selagi Cinta Berzikir tadi. The stroryline really really reminds me about me, about him. hmmmm... Cerita cinta antara dua darjat, dan cinta yang tak direstui. Its hard and hurt. But I learn something from the story.

What's about me and about him?

Perlu ke saya nak cerita ya? hehe.. I don't think i need la, sebab melibatkan banyak pihak. Just roughly the storyline really relates dgn my experience. Cuma nya aku takde lah sampai kahwin lari ke Golok. hehe. and aku takde lah sekuat Nazira and Fazli dalam cerita tu. Syukur alhamdulillah, still waras lagi dan tak sedegil mcm diorang.

The story shows the reality of consequences when you disobey or derhaka dgn ibu bapa sendiri hanya kerana Cinta. Memang kalau dah cinta, semua nya sanggup kau redah. But remember, Allah will punish you anytime. If not now, insyaALLAH in the hereafter. Cuma nya kalau kau bertaubat, back to Him how the situation.

Disebabkan ikutkan hati dan tak peduli kata mak ayah, kahwin pun takde restu, cerita tu tunjuk betapa susah nya hidup walau kau dpt cinta sejati tu. Adakah ia berbaloi? Ape yg aku faham, all the pain are the punishment for diri sendiri sebenarnya. Pengajaran from cerita tu memang sgt dlm makna nye.. and when it relates back to my story, thats what actually I'm doing and thinking is the best for semua orang.

Yeap, melepaskan cinta tak restu is such a huge pain for me. I'm not a coward, tak mempertahankan hati sendiri.. tapi aku tak nak benda2 mcm nk berlaku. Maybe ada org kata or ada reality story yang tak sama dgn pengakhiran cerita Selagi Cinta Berzikir tu.. but then, how many percent will survive with happily ever after? kalau pun survive and family boleh terima, tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku pula kat your next generation kan?

Afterall, what goes around, comes around. Dan tuhan Maha Mengetahui, kat mana kau nak menyorok pun pasti the same situation akan berlaku. Thus, biarlah kita mengalah demi sesuatu yang hanya sikit kita korban kan, kasih ibu bapa kat mana lagi kita nak dapat? takkan nak korban kan jugak? maaf, saya tak sanggup.

Lagipun, ada org kata kalau dah jodoh, tak ke mana kan? hahah.. ayat2 cliche.. eh! bukan.. ini ayat penyedap hati je.Well, biar lah.. Alhamdulillah, aku pun dah boleh let go kisah tu dan move on (sampai move ke Kuantan ni! hehe), walaupun setengah meroyan jugak hidup haritu. Kita serahkan saje lah kepada Yang Maha Mengetahui dan Mengasihani, kita cuma merancang, Dia juga lah yan menentukan.

Waallahua'lam.


No comments:

Newer Post Older Post Home