Wednesday, May 09, 2012

The Truth [Part 2]

Kalau pun berkahwin bertahun-tahun juga boleh bercerai, apatah lagi yang bercinta, berpisah itu perkara biasa barangkali. Persoalan tentang jodoh bukan hanya perjudian di laman hijau, tetapi suatu takdir yang kau takkan pernah faham tentang nya. Ada hati memang mahu, tiada hati kau paksa bertubi-tubi jua takkan termampu. Semua itu hanya tuhan saja yang tahu. Dia mencipta, Dia menentukan. Mudah bagi Dia.

Pendek kata, salahkan takdir sama lah juga kau salah kan Tuhan. Titik.

Kau boleh membuat keputusan, kau ada akal, berfikir dengan waras, berfikir dengan semasak-masaknya. Tapi kau tahu kah apa yang difikirkan betul itu akan membuah hasil yang bagus-bagus sahaja? Gerenti kah anda? Tidak kan?

Then macam mana mungkin kau tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang?

[terdiam lagi di situ]

2 comments:

ellieandcarl'sstories said...

beb...hidop ni kan berjudi!! tetibe rase hidup ni ssh. tapi mati lebih lagi kot

Unknown said...

wah...tergamam baca...hehhee...by the way...nice22...

Newer Post Older Post Home