Monday, April 09, 2012

Sangkaan terik, hujan takkan datang.. rupanya ribut setia menunggu.

Buat kamu di sana,



(berhenti, lama)






ya, saya tak mampu.. menulis mahupun memendam apa lagi. Suratan kepercayaan cukup setakat ini sahaja, bukan salah takdir dan usaha tapi realiti mata lebih membeliakkan apa yang bernama pasti.

Tinggal lah hati untuk sekian kali nya, tinggal lah kisah yang diwarnakan bersama, tinggal lah sudah segala apa yang ditiupkan sebagai impian masa hadapan.. semua sudah tak bermakna, semua yang saya sendiri kibarkan bendera putih nya; kibaran mengalah dan menyerah.

Biarlah kamu ingin memikir apa, melempar apa.. hati ini tak mampu lagi, menegakkan suatu yang seperti mustahil di mata insan kesayangan di sekeliling ini. Bukan salah mu, bukan.. saya yang memilih, memilih memecahkan hati yang bertaut, memilih merungkai kasih yang tiada siapa setuju..

penat.. lelah..

Kamu tahu segalanya, rasa hati, dan harapan kabur yang cuba kita bina. Mungkin kerana itu, tiada lagi pujukan, mahupun garapan semangat seperti kebiasaannya. Kita sama jatuh, tak mampu mengutip hati sendiri lagi, tak mampu berdiri mahupun duduk di takuk itu lagi..



(diam, mengeluh..)






Awak,
maafkan saya...
maafkan saya kerana masih merindu.




4 comments:

Shepha said...

are you okay sayang?
apa2 whatsapp ok.i'm here.tak pi mana pun haha

bride to be said...
This comment has been removed by the author.
anis said...

beb.. kemon chill.. insyaALLAH akan dtg yang TERBAIk dr ladang buat kamu :)

Shah Ril said...

nt dapat penganti yg hebat...:)

Newer Post Older Post Home