Sunday, August 14, 2011

Malam 13 Ramadhan yang tak tercapai akal.

Aku rasa tak lama kalau macam ni memang sape nak bagi duet pon bengang. Ada nuffnang tapi tak active plak blog nya. Nak suh menabung sikit-sikit memang harem la nuffnang nak bagi kalau dapat serupa pemalas macam aku. Aku bukan apa, kehidupan seorang aku ni teramat lah busy sampai tak sempat nak tido lama-lama lepas subuh. Baru harini dapat bangun lambatttt sket, kalau tak, lepas subuh dah gegas-gegas pergi kerja. Al-maklom lah nak masuk awal supaya boleh balik awal kemudiannya. Eh, ini aku bagi perumpamaan je, aku takde la kesah sangat dapat tido lama ke tak lepas subuh, dulu memang la aku kaki-tido-lepas-subuh-punca-rezeki-lambat-masuk, tapi sejak la ni, macam dah tak biasa plak (intonasi seorang poyo). Buktinya, harini akibat tido lepas subuh, badan teramat lah penat macam orang baru balik bendang dan kepala wenggg.. kepeningan. Haaa... poyo tak poyo la, tapi ni aku nak citer kisah benar lagi benar dan benar benar.

Well, semalam baru dapat merasa berbuka puasa bersama kawan-kawan. Eh tipu, malam sebelum nya pun keluar teman kawan berbuka kat bangi. Mula-mula nak buka kat rumah je teman adek, tapi last minute dia jadi plak makan dengan kawan dia (cis, tak ingat kakak), maka, bersetuju lah gue pergi ke tapak pasar malam bangi tu berbuka dengan Farz. Lama dah tak makan kat kawasan kedai makan kat situ. Sampai kan dia yang orang Selayang pun tahu tempat tu! sekian la, itu sebab officemate dia yang bawak la, bukan dia yang tahu. Hihi.

Kenapa seronok sangat berbuka dekat luar? Mana parent anda?

Sobs.. bukan lah nak berseronok sgt makan-makan sambil enjoy-enjoy sembang-sembang kat luar, tapi disebabkan sudah seminggu makpak ku tiada pergi jauh tengok cucu baru. Ini lah sayang ditinggal-tinggalkan. Haaa.. korang faham tak? faham tak? Terasa macam puasa kat hostel plak bila mak takde, ihii.. sebab apa? sebab... balik keje kena pikir nak makan apa and nak beli kat mana. Jangan nak cakap aku anak dara malas ke ape, tapi itu lumrah, balik kerja takkan nak masak untuk 2 org je makan? lain la kalau husben sendiri, ehe.. (berangan). Sebenarnya sebab tak nak makan nasi so sbb tu tak kecoh nak masak2, kesian adek kena makan nasi bungkus je bebuka tiap hari. Kakak mu on diet. zasssssss!

So semalam berbuka kat Benjiana Steakhouse, Setiawangsa. Korang google la sendiri kat mana tempat nya. Overall observation tempat not really nice for orang tua sbb sempit dan crowded sgt. In terms of food, sedap! Bak kata satu orang yg aku curi conversation nya, kalau ko nak makan steak yang murah, ini lah tempat nya! and yes.. lamb chop grilled dia super sedap! Aku dok meratah itu je, nasib baik kami makan ditemani hujan yang setia, maka tak sempat rasa panas badan. Cuma nya bila balik rumah terus pengsan sampai lambat solat Isyak. (malu).

Nak dijadikan cerita panas, rupanya bertentangan restoran Benjiana, ada kawasan parking space, and that parking space is actually tapak Pasar Malam Lewat Malam a.k.a Uptown! haaaaaa... and saya (terus tukar saya supaya situasi nampak tak bersalah) yang innocent adalah tidak tahu menahu event itu akan diadakan setiap malam bermula tepat 8 malam. Jadi saya yang tak bersalah telah memakir kereta kepunyaan ibu yang dipinjam milik di situ tanpa perasan bila canopy uptown dinaikkan. Dah nak balik baru kawan saya sedar, ehhhhh... bila pula ada uptown naik kat situ.. (appoint to tempat kejadian). Saya apa lagi, menggelabah style kuda, bergegas mencari kereta disebalik timbunan baju!

Ada tak orang cari kereta bawak baju?

Ada?

Haa.. mesti lah ada.. nothing impossible..

Cari.. cari.. 


Jumpa!


Dan saya blur apa nak buat. Roh kuda dah nak start mengamuk, tapi akibat cuaca yang sempoi-sempoi dan suasana yang terkawal, saya hanya mampu pass kunci kepada seorang kawan yang merangkap hero malam 13 Ramadhan, Kamil. Selepas kawtim dengan brader kawasan itu dan sedikit pertolongan, maka dapat la kereta yang juga tidak bersalah dialihkan dengan jaya nya. Mesti Wira amat takot sepanjang 2 jam berada di situ. Aku tau, dia tak rasa special pun tiba-tiba dipayungi canopy indah serta baju-baju baru bergantungan, siap ada brand luar negara serta baju raya. Tapi yang aku musykil kenapa tak ada telapati antara kami bila dia ada masalah seperti ini. Aku boleh pulak makan-makan, sembang-sembang lagi sampai tak ingat dia.

Maaf kan saya!

Ketika kereta dialihkan, saya masih terkagum. Eh salah, kaget. Bersykur juga, abg kawasan bukan la bonzer yang kerek, cuma nya, dia telah mempermainkan saya dengan statemen saya harus tunggu hingga jam 2 pagi sampai uptown tamat. Apekah? Sebagai seorang yag lurus (ini kwn saya yang kata, saya tak mengaku), saya dah nak pasrah, tapi dengan keyakinan hero 13 Ramadhan yang berkata mampu mengalihkan kereta saya, terus mata jadi bersinar-sinar dan mengcover gundah gulana dengan bersembang mesra bersama kakak stall bertentangan. Maka, baru lah saya tahu ada yang lebih tragis dari nasib kereta saya ini. Ada juga kereta lain yang tersangkut dan harus tunggu hingga 2 pagi semata-mata untuk beredar dari situ. huuu..

Saya lebih beruntung. Alhamdulillah.

Maka dengan ini ada beberapa peringatan dan kesimpulan yang ingin dikongsi;

1) Jangan memandai parking di tempat parking awam, sebab Malaysia mmg terkenal dengan night market yang kau tak jangka jalan itu boleh dijadikan lorong Pasar Lewat Malam.

2) Bertanya jika tidak pasti. Kalau tak tahu nak tanya siapa, buat-buat pandai aje la. Sebab sampai sekarang aku rasa nak pangkah stetmen abg kawasan di mana, dia menyalahkan kami kerana tidak bertanya terlebih dahulu. Hello, mana pondok pertanyaan kau?

3) Seelok nya jangan parking di depan pintu masuk parking dalam bangunan. Kerana sebijik kereta ini, aku tak dapat masuk dalam bangunan sebelah tu, kalau aku parking dalam bangunan mesti tak jadi macam ni. Mungkin lah? haha. Tapi tetap aku merasa kan kereta ini sangat b*doh sampai block jalan orang nak masuk bangunan utk parking.

4) Jangan melepak sampai lewat sangat. Mentang-mentang mak kau takde, curfew kau langgar ye. Tobat.

5) Kalau berdepan atau berbelakang kan situasi seperti ini, sila jgn naik angin melulu, bertenang dan serahkan pada orang yang boleh berfikir waras. Baru la boleh selesai dgn mudah dan dpt meninggalkan kawasan tersebut dgn pantas, supaya malu anda terbendung.


Sekian.

p/s : siapa orang kuat kawasan setiawangsa ha? Apsal jalan kat sana teruk sangat? grrrr.... ada lubang besar tapi takde satu warning sign pon! kan tayar kete aku dah termasuk. Apalah nasib...

3 comments:

Shepha said...

tahniah kingkamil menjadi hero :P
gambar kasik up la mek.haha

mia sarah hemiza said...

hhihii..
tak sempat masuk kn gambaaaaaa
plus maluuu! haha

p said...

gambaq oi

Newer Post Older Post Home