Sunday, October 24, 2010

bangkit dan terus berlari, jangan merangkak lagi...

...errr..

Bila dah habis belajar dan dah kerja, siaplah nak berhadapan dengan satu topik yang tak boleh nak escape.  Kalau yang dah ada further plan of cause la syok bercerita, Aku? apa plan yang aku nak gebang kan sekali. I have nothing to say, seriously.. eh no! I'm not serious. Aku ada plan berjela aku juga. Cuma nya aku sendiri kurang pasti adakah topik future plan aku selari dengan mereka, sebab nya hot topic kawan-kawan aku sekarang is "kahwin"  -_-"

Lately aku banyak berkurung. Mak ajak pergi mana-mana pun aku tak nak. Rela tak makan duduk rumah dari ikut ke kenduri kahwin. Tak tau kenapa anti sangat dengan Wedding. Erkk.. bukan sebab aku envy dengan orang yang kahwin tu. Tapi aku tak ready nak berdepan dengan golongan dewasa serta auntie-auntie yang terlebih caring apabila soal kahwin diajukan, "ermm.. bila lagi.." sambil muka penuh harapan yang jawapan aku seperti ini "soon auntie.. soon..".. Maka, baik aku duduk rumah bertenang dari mengelatkan muka harapan mereka.

Seriously, aku masih selesa hidup begini. Buat apa saja dengan peraturan sendiri, nak bangun lambat, malas kemas bilik, balik kerja tak menentu, hari minggu bersosial dan apa saja yang boleh dilakukan bebas oleh seorang yang belum ada ikatan. Dalam usia seperti aku (maksud aku, usia seswai kawin.. hoho), soal berumah-tangga belum ada dalam perancangan dan aku belum bersedia. Banyak lagi yang perlu aku prepare dan mungkin kerana tiada siapa lagi mahu merancang bersama, maka.. soal seperti ini jatuh di tangga akhir. Ehh.. tapi tetap ada! sape yang tak nak kahwin kan? (emoticon gatal)

Walau apa pun, aku masih tetap percaya, manusia hidup bukan untuk bersendirian. Mereka perlukan sekalian alam kerana sekalian alam juga memerlukan mereka. Hidup la seorang dalam gua, tak lama, mungkin esok keluar la headline suratkhabar ada orang bandar duduk dlm gua sehari bunuh diri akibat tekanan kesunyian  yang maha dasyat. Ngee.. aku kot tu. MEREPEK!

Bagi aku.. beza kalau kau duduk berkurung sendirian dan keluar beramah tamah dengan sekeliling tak kira keluarga, rakan-rakan, mahupun cuma duduk di taman sambil usha ciptaan tuhan.. pulangan nya memang sangat berbeza. Maka nya, bila anda terasa keseorangan dan dunia seperti tidak adil lagi bagi anda, KELUAR LAH. Jangan duduk mengenang nasib atas katil sambil peluk segala teddy bear di atas katil. Langsung tak ada benefit. Paling koman yang kau dapat cuma lah, tekanan perasaan dan mungkin hypertension blood pressure naik yang tidak berpangkal. Penyakit yang kau create sendiri, jangan salah kan sesiapa.

Nasib individu itu berbeza. Ada yang kurang baik, ada yang lebih kurang saja. Kalau terasa seperti aku lah paling malang dalam dunia, fikir lah ada lagi yang lebih malang dari anda. Umpama nya seperti ini, 
"kalau naik Mercedes, pandang lah orang yang naik Saga BLM, kalau naik Saga BLM, pandang lah orang yang naik basikal, kalau naik basikal, pandang lah orang yang jalan kaki.. orang jalan kaki? pandang lah pada yang telah jalan..(mati)" 

So, sebab tu lah aku kata, keluar. Bila kita jumpa orang lain, banyak input boleh membantu meng-counter kesedihan korang tu. Mungkin kau hilang seseorang, atau mungkin kau masih sendirian (single) tapi kemudian bila minda kau dah terbuka luas dengan hanya berjumpa dan bersembang dengan orang lain tentang perancangan masa hadapan, soal kehidupan, dan apa-apa yang serius (ermm, mungkin hal-hal yang related dgn kahwin kena avoid la dulu, hahaha), fokus kau boleh beralih ke tempat lain. Dan mungkin lebih baik, siapa tahu? :)


harini sebulan tanpa dia lagi.
Thanks for the memory.
Gud Luck untuk kamu.
.

3 comments:

PutraRocker said...

mek dah galak..wakakakak

rAmiZa.mY said...

tengoklah aku mek..
aku kan fine!
hahahaha

Shepha said...

jawab je.
"lek luuuuu.sap kok luuu"

Newer Post Older Post Home