Saturday, June 05, 2010

Mari Berkongsi Fadhilat Surah Al-Kahfi (ayat 107 - 110)

Assalamualaikum. ehem.. ehem.. (wah.. selalu tak bagi salam pun sebelum start entry..)

Harini ana (ganti diri aku supaya lebih sopan utk post ini ^_^) nak share something yang ana rasa sangat-sangat interesting. Bak kata oramputeh "sharing is caring, caring is loving" kan, so tak salah ana share. Siang tadi join mak pergi Kuliah Tafsir Ustazah Fatimah Zahra kat Surau As-Sobbah, Bangi.

Siapa tak kenal Ustazah Fatimah Zahra? meh ana ketuk sikit! 
Click situ s-e-k-a-r-a-n-g-!

Apa yang menarik?!

Since aku pelajar terjun (meaning : sekali-sekala join bila 'disuruh'), maka nya aku dah tertinggal banyak. Tengok-tengok dah hujung Surah Al-Kahfi untuk kelas harini. Ok la tak nak cerita panjang, kat sini aku nak share fadhilat mengamalkan ayat 107 - 110 sebelum tidur.

Agak 'shock' bila dengar Ustazah cerita. Sape-sape yang baca ayat ni sebelum tidur, InsyALLAH bila dia terbangun, masa tu lah waktu Mustajab. Apa waktu Mustajab ni? Iaitu waktu di mana DOA DI MAKBULKAN. MasyALLAH. Masa bangun tu juga, kita akan merasa sangat-sangat segar dan itu petanda Waktu Doa Mustajab dan berdoa lah kamu kepada Maha Mendengar.

Mari lah kita ramai-ramai amalkan!




Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".



Lagi satu yang 'interesting', ustazah cakap, waktu mustajab tu akan menjadi sama bagi setiap orang. Contohnya macam ni, misal kata ana terbangun pukul 4.45am, mesti kawan ana juga akan terbangun exact waktu yang sama 4.45am. SubhanALLAH. Kalau tak percaya bak kata ustazah, cuba la korang janji dengan kawan sendiri then compare waktu tersebut.

Selamat mencuba!

Siapa nak try dgn ana?




p.s. : source (jawi and translation) : here
p.s.s. : nak dengar mp3 Surah Al-Kahfi? click sini. :)


erkk.. macam tak seswai ber'ana' kan?
ok ok.. tukar mood dah.. ber'aku' balik :)

No comments:

Newer Post Older Post Home