Showing posts with label bukan cerita bajet bagus. Show all posts
Showing posts with label bukan cerita bajet bagus. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

"Sometimes we can't detect the two faces person. they talk nicely in front of you, but at the same time also talk bad behind your ass"

Owrite.. owrite.. malam ni nak cuba juga update apa yang patut. Aduh.. skill menaip dengan ayat yang kemas dan pantas nampak nya makin dah tak skillful. Salah siapa? Ngeng.. of course la salah sendiri kan! By the way, kali ni nak kupas kasi panas bab "nice in front, *&*^% at the back".. lebih-lebih kurang itu la. Janji, anda dapat bayangan pasal apa yang nak di hot kan kat sini. Fokus.. fokus.. ahaks.

Sejak dah bergelar orang berkerjaya ni macam-macam 'peel' orang saya nampak. Dari tua sampai la ke muda. Macam-macam. Ada yang baik, baik benar.. ada yang jahat, jahat benar.. ada juga yang baik di depan, di belakang hareee~ ada juga yang tak nampak baik (kira nya sekali glance tengok macam jahat) tapi sangat lah baik! 

Eh.. tapi kan, bukan masa zaman bekerjaya ni je boleh nampak spisis manusia yang pelbagai. Masa belajar student-student muda-muda, zaman menimba ilmi dulu pun ada juga. Sama! cuma ada kurang sikit. Kalau time belajar dulu, environment kebanyakkan diselaputi oleh rakan sebaya, kalau nak tua pun dalam 2-3 tahun je. Since, saya jarang bergaul dengan golongan cendekiawan (lecturers), jadi paling tua pun yang saya selalu get along adalah abang-abang technician mahupun kakak-kakak tutor. Itu saja! Jadi lain lah bila dibanding dengan situasi sekarang, zaman menimba kekayaan. Banyak berjumpa dengan beberapa range umur, tua, muda. Oh! dan juga berbilang kaum, 1 Malaysia plus International (Japan, Nepal, Myanmar, Bangla, Indon...bla..bla..bla..).

Well, saya rasa umur bukan faktor utama punca masalah ini membiak. Tapi ini berkait rapat dengan habit manusia. Perangai. Tak kira apa bangsa sekali pun, semua pun ada penyakit ini. Deym.. saya tak suka nak berkata lebih, takut mungkin saya juga boleh terselit dalam golongan ini. Kadang-kadang kita tak perasan, kita pun dua kali lima sepuluh. (saya mengaku itu, ahaks). Takpe lah, kita sama-sama ambil pengajaran, cedok yang jernih,  'nyah' kan yang keruh.

Dulu pernah juga saya terkena dengan "baik di depan, tapi hamjadah di belakang". Saya ingat sekali itu je lah terkena sebab bagi seorang yang konon nya mengamalkan "khusnulzhon", memang bersangka baik tu dah macam kunyahan setiap hari. Bila kita bersangka baik, terus otomatik kita percaya yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk. Timbangan setara yang langsung tak boleh dijadikan rujukan di masa sekarang, naive sungguh. Tapi maaflah, setara untuk dunia yang suci saja. Untuk dunia yang macam sekarang ni, hmmm... jangan harap. Tapi kenapa saya mudah percaya juga.. haiyak!

Yang paling dipercayai itu lah rupanya duri dalam belati. Depan kita kuss semangattt cakap sambil pijak semut pun tak mati. Mungkin kalau bercakap sambil sergah harimau pun harimau tak terkejut. Tapi once bila kita tak ada, contohnya bila kita MC satu hari tak datang office, time tu la ada dia grap peluang nak mengutuk yang buruk-buruk pasal si MC tadi. Keji tahap syaitonirrajim. 

Kesimpulannya, dalam dunia serba fana ni, percaya lah yang baik cuma tinggal 10% out of 100%. Makna nya, biar lah kita tetap steady jadi pihak yang baik. Sebab 10% tu sebenarnya diri kita saje yang tinggal. Nak harap orang lain, sekali lagi diulang taip, "jangan harap". Yang penting jangan cepat percaya dengan orang yang baru dikenali, kalau dah lama kenal pun kadang-kadang boleh jadi busuk, ape lagi yang baru hangit-hangit lagi ni kan. Makanya, berjaga-jagalah. Jangan percaya, jangan cepat percaya dengan orang yang selalu bergigi longgar dari lidah, yep.. yang dekat, mahupun jauh.. dan juga walaupun dia adalah bos anda yang gemar memuji anda. *peace*


p.s. : sumtimes annoying dengan "cakap-cakap belakang". hmm..

Sunday, July 11, 2010

Kisah Kau dan Aku. oh kawan-kawan.

Harini kebanyakan budak-budak unibesiti balik kolej (hostel) masing-masing. Oh, adek aku pun same lah. Even hati berat nak ikut pegi UIA ter-chenta hantar dia, tapi apa kan daya kesihatan tak mengizinkan. Maka, rindu-rinduan lah lagi aku pada tempat itu.. erkk.. adeh, ayat nak jiwang je. cet.

Esok mula balik semester 1 untuk sesi 10/11. Esok jangan harap la muka aku ada lagi kat sana. Cukup la empat tahun bergolak-galik (ade ke pekataan ni?), ok bertunggang-terbalik mungkin lebih 'kena'. Macam-macam memori yang ada kat setiap ceruk tempat kat sana. Haih.. kalau ke sana lagi, mungkin boleh bikin air mata jatuh teringat semua suka-duka yang pernah watak aku dan kawan-kawan main kan dulu. Nasib la boleh rewind dlm kepala je, nak patah-balik masa, itu kan impossible.

Semua dah jadi sejarah.

Sejarah mana mungkin boleh sama dengan yang 'telah' berlaku. Kalau sama pun, masih tetap takkan exactly 100 percent jitu. Sama la juga dengan memori bersama kawan-kawan yang telah 4 tahun sama-sama bergelumang dengan cerita hidup zaman belajar. 4 tahun beb!. Plus lagi 2 tahun matrik, ok to be presice 6 tahun la. 

Bukan senang nak kenal hati budi orang. Jatuh bangun gelak nangis kawan lawan baik buruk, semua lah. Mengenal erti hidup sama-sama. Bila dah kenal sampai tahap boleh buat macam adik-beradik, tup-tup lumrah dunia tetap juga harus di-telan pahit. Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahan nya. Tak kira la berpisah hidup mahupun mati.

Itu memang tak boleh dinafikan.

Haih.. sikit-sikit nak emosi je bila teringat zaman bersukaria menjadi pelajar. sedihhh kottt... huuu.. ;(

So, to those who still in their student life, enjoy la to the fullest!, nanti-nanti dah habis belajar tak la menyesal sangat sbb tak enjoy. hahaha.. boleh pulak la pesan macam tu. Bagi aku, no such thing yang aku menyesalkan, my belajar time was the most beautiful-shinning memory. Alhamdulillah. Thanks to all yang terlibat mewarnai masa-masa itu. 

Kenangan harap tak luput walau teman yang baru berganti nanti. Sayonara.



p.s. : kena cari teman hidup pulak lepas ni, opsssss! hahah..

Sunday, July 04, 2010

Student Life vs. Employee Life..?

Seperti kebiasaannya bila hari Ahad jeee aku baru la sibuk nak update blog. Oho! sudah hari ahad lagi, maka nya cuti hujung minggu dah come to the end, dan err esok, merasalah aku MONDAY BLOOM hari ini dalam sejarah. Actually, kalau masa belajar dulu pun selalu jugak rasa perasaan tak syok ni, tapi kali ni isk.. tak boleh ditolak lagi. Kenapa aku cakap macam tu?

Ok. Kalau dulu-dulu time belajar, ni cerita universiti aku la ye. Kalau dulu kitorang susun jadual sendiri. Dat mean bila start pre-reg (nama glamer, nama panjang pre-registration), mula sibuk susun jadual untuk semester seterusnya. 

Kalau ada option untuk kelas Hari ISNIN tu time dia kalau boleh mesti avoid yang start pukul 8.30 pagi. HAHA.. jahat tak jahat la. Tu semua perancangan rapi untuk balik kepompong (hostel) paling lewat iaitu pagi ISNIN baru terkedek-kedek nak balik dan bukan petang AHAD, cerdik tak?

Kalu dapat kelas pukul 2.00 pm memang tersangat bersyukur la! kuikuikuii.. Maka nya setiap sem untuk kelas Hari Isnin dan Rabu (biasanya Isnin ngan Rabu sama jadualnya), mesti la bukan seawal pagi. Tapi kalau dah memang takde subjek yang boleh dipilih, terpaksa jugak amek yang pagi,  if dapat pukul 10 pagi pun dah kira bersyukur sangat!.

Tu memang kaedah seswai la untuk budak hostel kaki balik macam aku. Sungguh flexible kan! Dan lagi syok bila dah la hari ISNIN start kelas lambat, then jadual untuk minggu tu sampai hari KHAMIS aje.. JUMAAT di isytihar holiday sendiri.. huishh.. itu double ke-enjoy-an la bagi budak-budak se-universiti aku. Alhamdulillah (syukur2), merasa jugak la masa sem last hari tu kelas 4 hari saje. At least merasa than never kan.

Memang tak dinafikan, life seorang student tak kira lah kolej ke, universiti ke, or even SEKOLAH, cukup-cukup berbeza dengan life seorang pekerja makan gaji. Tapi budak sekolah lain sikit la ek sebab still ada time table nya yang kena ikut. So, sekolah kita tolak tepi sikit. Ops, sori!

Untuk kes aku, even waktu office hour aku dikatakan flexible boleh punch in antara 7.30 ke 9.30 pagi, tapi still tak leh lawan ke-flexible-an time schedule belajar yang aku sendiri berkuasa untuk pilih. But then, its ok sebenarnya. Arus hidup itu kan sentiasa berubah. Takkan nak selama-lamanya di tapok lama. Aceceh, macam cakap-cakap orang besar (politik) pulak. Susah jugak nak buat anjakan paradigma tapi I'll try my best untuk tukar gaya hidup sehat ini. Dalam hati, mengeluh jugak ni huhu.

Setiap hari before tidur memang kena set alarm (tu pon nak cerita?) 6.25, tapi bangun 6.30 am, kasi 5 minit masa membuka mata dengan cergas dan cerdas. Dan hari-hari pun macam tu la. Syukur la rumah dan tempat kerja sangat-sangat-sangat-super dekat. Hal ni memang menjadi ke-jeles-an rakan-rakan dan taulan. Saya minta maaf ye, hii. Tapi bukan nak bangga pasal ni, cuma nya nak kongsi betapa tak syok nya sebenarnya hidup seorang pekerja. Routine nya sama je setiap hari. Itu.. itu je la. Kalau nak buat lain sikit pon, err.. kat mane eh.. hmm.. belum fikir lagi, since aku baru start bekerja SEMINGGU, fresh fresh from oven lagi, auww..

Maka nya kat sini, bagi sesiapa yang tengah duk belajar lagi dan yang akan sambung lagi pelajaran terutamanya Farahuda dan Kamila, hee.. siap state lagi nama kau berdua (sori Kamila ter-forget!), bersyukur la anda semua kerana masih digelar PELAJAR. Life as a student is triple excitement. Kawan-kawan rata-rata nya seusia, boleh pergi melepak ikut suka even waktu office hour, tak payah fikir cemana nak memenangi hati bos anda.. dan sebagainya la. Ehe.. btw, ini contoh je.. huhu.

Namun begitu (ayat karangan SPM), apa yang aku sedang lalui, aku tetap bersyukur. Dalam ramai-ramai kawan-kawan nampak nya rezeki aku datang dulu. Aku sendiri tak sangka. Perancangan awal nak sambung belajar, macam yang aku pernah heboh-heboh kat sini. Bajet nak sambung luar negeri la ape la, last-last siapa sangka jalan lain yang menjelma dulu. ALHAMDULILLAH. Walau pun sikit culture shock, eh bukan sikit tapi BANYAK ni akan aku cuba buat yang terbaik. Terima kasih ALLAH.

Buat kawan-kawan yang lain, doala banyak-banyak, pasti rezeki kalian ada di mana-mana. Lambat atau cepat itu urusan-Nya, urusan kita apa? iya, banyak berusaha dan bertawakal itu tugas seorang hamba.

oh! post aku is getting sangat serious la day by day!

p.s. : rindu kawan-kawan semua, sob3, :(

Friday, April 30, 2010

Perihal take advantage for your own good is really damn cruel.

.
Akhirnya! akhirnyaaa... window create post ni boleh jugak muncul. Punya la lama nak tunggu dia loading. Wireless lembab teramat. Adeh. Ni kang kalau aku dah taip pepanjang, ayat dah super-kick tetiba dia buat hal tak boleh nak publish, memang ada yang nak kena bungkus simpan almari.. *sigh*

Well.. sementara kepala full of words about my next hot entry (perasan jap), so better I keep my fingers busy sekarang jugak!

Mau cerita apa?

ok, (pause for a while) about  "take advantage" tak pon org siam kata "ambil kesempatan". Tapi I'm sure orang melayu paham what the words suppose to be meant. Tak perlu rasanya aku elaborate. But maybe korang tak dpt lg ape isi kandungan nya kan, ape yang aku dok sebok nak tekan kan sangat OVER HERE.

Where should I start? hmm..

Sumtimes bila kita nak achieve sesuatu, kita mudah lupa pasal sekeliling, kita lupa what shud we take into consider, what shud we need to think first. Kita lupa. Sebabnya, kita nak sangat SESUATU tu. Sampai kadang-kadang hati org yang terdekat atau org yang kita sayang kita terlupa. Kita terabai disebabkan kita agak tamak di situ. Apa yang kita tahu, we shud get that thing, dan it is a MUST. Apa yang jadi next tak penting, asalkan hati kita lega dah dapat. Tamak.

Tak keterlaluan kalau aku katakan itu tanpa kita sedar kita menjadi SELFISH at the same time. Oh.. how awful we are at that time? dah la selfish pastu greedy. The worst even more, kalau kita take advantage pulak kat org tu. Kita tindas. Kita ambil kesempatan terhadap kebaikan dia. Then, bila dah dapat semua tu, ada tak terfikir about what happened to the particular person lepas tu?

If the answer is YES, well.. maybe it can be forgiven, MAYBE he/she tak perasan sebab terlalu greedy. But what happen if the answer is NO..? Yep! when it comes to that situation, I must say orang tu takde hati perut. Takde perasaan.

From my own experience and also from my frens and environment, banyak benda ni terjadi. Kepercayaan tu macam senang nak dipijak serupa takde erti apa-apa. Yang kawan boleh menjadi lawan. Yang saudara boleh menjadi strangers. Banyak sangat sampai naik jelak.

I dun know where honesty actually meant to be. Adakah hanya di bibir? dan bukan di hati kah? Letih gak sebenarnya nak bagi kepercayaan tapi life must go on. Takkan sampai mati tak nak percaya kat sesape, tu dah kira menyusahkan diri sendiri. Tak best la pulak kan. That's why it is really hard to be a good person. Kang terbaik lebih, ada yang take advantage utk kepentingan sendiri. Bila jadi jahat, sape pulak nak kawan. Kan?

Memang betul la kalau ada yang kata, so be careful, hati-hati. Bluekk.. nak hati-hati pun kadang-kadang terkena. Semua nya sebab hati yang berhati-hati ni tetap ada sympathy and white space where perasaan nak tolong-menolong, buat baik tu menghuni di situ. Haha. Korang paham tak pe aku cakap? aku pon dah terbelit tangan nak menaip.

Ok, maksud aku, even kita dah berjaga-jaga, tapi kalau kita memang ada sense of nak berbuat baik dan bersangka baik, of course kita akan tolong orang tu. Tapi.. sensor nak detect main intention org tu yang kita kadang susah nak dapat.

Ni la yang dikata madu diberi, tuba dibalas. Erk.. lebih kurang mcm tu la. Kita tak sedar, rupanya org tu cuma nak ambil kesempatan je kat kita. We are not actually a stupido, tp org yg buat tu yang mmg tak BERPERIKEMANUSIAAN sebenarnya. Sensor bebuat baik dlm hati dia mungkin dah rosak.

KEJAM.

I dun get it bila ada kes tu, dia kenal or baek dgn dia ni cuma for some reason. Bila dah takde ape hal, org tu dia buat macam tak kenal je. Ni pun dikira ambil kesempatan jugak kan. Kira-kira macam ni la yang aku nak maksudkan. So, kesimpulannya, tolong la bagi orang-orang yang seperti di atas especially lelaki, tolong la dan cukup-cukup la menindas perempuan. You dun even have a right to do this pon. So, stop it.

Oh ok.. maybe I shud also stop here before I'm getting more emotional. he-he-he.

 sourse : google

I'm sorry,
this is not a gender issue or
sumthing personal.
Just sharing what I know.
Take it or leave it.

Monday, April 26, 2010

Cubaan updet dgn speed 1.0 Mbps.

.
Iyyahhh! tiru sebut macam Ashraf (my nephew).
Haha, currently dia pandai sebut Iyyahh dgn Alahhhh..... adoi, apesal nak citer pasal dia ni. Bukan-bukan. Kang aku lebih-lebih cakap pasal dia, mula la mak dia tak pon ayah dia sibuk nak komen-komen. Ngeh-ngeh.

Btw.. aku tgh di tahap super-duper tension. Adui. Nak buat poster untuk FYP exhibition, tapi macam lack of format yang sepatutnya, mane Mdm neh tak emel-emel pon. Adui, janji palsu ke ape neh. Stress nak bubuh apa dalam poster tu. Kang over pulak bubuh macam-macam terlebih fun pulak. Kui.

Suddenly, bila dah di tahap super ni, nak karang ABSTRACT kat dalam repot pon jadi tak tentu hala. Macam budak dajah 1 yang tak reti mengarang. Langsung otak black-out. Cemane neh. Ingat esok nak pi jumpa supervisor nak suh dia komen ape yang patut so that boleh la aku finalize repot, pastu print, anta buat hardcover.. then SETEL! erk.. tapi.. tapi.. Kui dua kali.

Oh yeah.. akceli post ini sekadar nak try connection internet aku ni ha. Mentang-mentang short sem dah bukak, budak ramai dah balik, mula IIUM-community ni buat hal. SLOW! slow macam siput. Siput pun mungkin lebih laju, haih. Terpikir nak angkat BERUKBAND tapi ongkosnya? srootttttt.... Kui tiga kali.

Bila siput-siput sedut ni la memacam idea datang nak gugel itu, nak gugel ini. Then mula la semua keje tak buleh nak buat. Overheat dah kepala aku ni. Terpaksa la aku melayan THE VAMPIRE DAIRIES kasi cool down emosi, see.. aku terpaksa ok, bukan nak sangat tapi kalau dah stress sgt tunggu siput sedut-sedut ni nak bukak even satu page website pon average 7 minit, sapa tak panas kan?

Layan Stefan Salvatore ni lagi best dari mengadap siput sedut-sedut. :( sedeh. Nak mengenet mungkin menjadi bukan rutin harian lagi. Oh! dun miss me ok. Hahh! ditambah lagi, kredit henpon pon semput ni. Ada sembilan posen je, esok kena cari topup ni before aku menjadi hulk-hogen. Heh.. menipu je la ko kan.

Daa.. nak sambung episod 15.. wanna join me? nah.. come and sit here.

Currently layan lagu,
Need you now by Lady Antebellum.
Naturally by Selena Gomez.
Fight for this love by Cheryl Cole.

p.s. : nak dgr, sila google sendiri. tak kuasa nak bubuh link.

Monday, April 19, 2010

Duit tak jatuh dari langit tapi rezeki...? maybe.

who knows, rite?

Home.

Yes, I'm home for good. cewah. Ye la, takkan I'm home for BAD kan. Tak decide nak balik akceli. Ttbe sumthing came up and then terus je la decide, OK! BALIK RUMAH wiken ini. Itu pun sebab terpaksa menagih simpati my sister (Angah) ajak teman pegi Jobstreet career fair dekat MidValley. Ingat nak direct from UIA je, tp last minute I dun have any accompany, so.. I'm home for good. :)



About Jobstreet career fair.
Tak habis resume pon passed-up tadi. Bawak 10, ade belen 3 ke 4 je. Huu... Seriusli, takde passion to haunt for a job lagi. Bila angah tanya berapa bawak resume, and aku jawap, 10 jer~, then dia marah. Sket na bawak. haha.. adeh.. tu signal org tak nak mintak keje lagi la tu. :p

Bangun lambat as usual sampai kena bebel dgn angah sebab dia dah sampai but then aku baru terkedek nak cari baju. Tak sempat nak iron bagai, main sauk je! and then keep praying no walk-in interview later on. Boleh pulak kan. Awal-awal dah sound kat angah, tak mau masuk yang walk-in.. I'm not ready! AGAINnn.. kene bising lagi.

Bila bonda tanya, Nak sambung belajar ke nak keje ni? then makin la blurr.. apa nak buat sebenarnya? what is my passion and obsession actually? lalala~

Honestly speaking, aku nak further study. Itu impian. Siap berangan mau pegi UK. Only UK. (wish me luck). But then, dalam masa yang sama, I need a job after graduation. Sebab? huhu.... sebab aku tak boleh bayangkan in the age of 20 plus, kau still mintak DUIT SAKU from your parents. Hey, aku pun ada dream car yang aku nak beli and lagipun dah tiba masa nya seorang anak berbakti pula. So.. money turns out to be my first concern plak dah.

Tapi dalam masa yang sama self-confident to be a worker is still not mine. To continue to be a student, ermm.. mcm yes!..  Pastu stat la berfikir plak, ok if study oversea, mana nak cekau duit, if study here, mana nak cekau duit jugak? haha. Still both perlukan DUIT kan.

So, which one? blurrr..

Ingat nak berbisnes right after habis FYP ni. So, any suggestion?

Oh! have you ever watched TEEN CRIBS on channel MTV? citer anak-anak millionaire menunjuk rumah canggih-super-mewah dorang.


oh seriusli my mouth couldn't close when they were showing of their home! giler ke apa rumah dah macam shopping complex, siap ada mini-theather, mini bowling center, digital library, mini-muzium, club-house, swimming pool? o.. itu biasa la kan, and ada tree-house, golf club, basket ball court mcm yg kat sekolah tu, also siap ada elevator utk rumah dua tingkat (gila malas nak nek tangga, wth). And ada satu rumah tu macam best sbb ada gelongsor untuk turun bawah. Rumah aku pakai TV crt gemok tu je lagi. huk2.

weee....... chances utk tersadung kaki time turun tangga memang 0%

huu.. they throw so much money macam tu aje. Pe kata bagi aku sikit? eh tapi agak-agak halal tak? (besangka baik) wehe.


malas nak balik UIA. sob3

Wednesday, April 14, 2010

Mengeluh tentang hidup, tak sama dengan mengelap peluh di dahi.

Haha. Memang la tak sama! eh. bukan nak tipu la. tp takde idea nak buh title :(

heh. taknak kene selotep!

Pernah tak macam satu hari tu tak mengeluh langsung?

Ala.. kalau ada yang jawap tak, memang nak kena panah petir la tu. Eh.. tapi kalau betul-betul ada yang tak pernah tu aku respek, sebab sepanjang ingatan hidup aku sehari-hari, aku yakin! dalam satu hari tu mesti ada je benda yang nak dikeluh-kesah kan. Dah nama pun keluh-kesah, so ni memang macam berkait rapat dgn amik kesah (care) pasal sesuatu benda.

Macam kita kesah kan dah lama tak hujan. Kita mengeluh, panasnya hari ni.

Macam kita kesah kan perut yang lapar. Kita mengeluh, laparnya tp takde duit pulak.

Macam kita kesah kan ibu bapa kita. Kita mengeluh, lambat nya cuti nak balik kampung, rindu.

Macam... erk.. ok, korang boleh pikir sendiri kot apa contoh-contoh lain. ehe.

Tapi ini bagi pandangan aku la, eventho sebenarnya aku tak tau betul ke tak. Aku just nampak kaitan dan rasional dia je, tu pun suddenly! masa aku taip KELUH-KESAH kat atas tu, idea tup2 datang plak.

Monday, April 05, 2010

Tudung kepala bukan macam tudung saji, boleh on-off sesuka hati.

bawah tudung saji ada makanan, bawah tudung kepala ada?

aloh.. aloh.. sweetnya..

It is about tudung. yeah. Lama dah aku rasa kurang best pasal isu tudung ni. Aku bukan la ustajah mahupun seorang yang terer bab-bab agama. Tapi orang kata, basic tu ada. Selagi Allah berkehendak, selagi itu foundation itu kukuh. Tapi tak bermaksud kalau Allah tak berkehendak, kau boleh buat sesuka hati kan?

Well, aku sedikit terkilan plus sedih plus tak tahu nak cakap apa bila tengok kawan-kawan pompuan aku yang asalnya bertudung tiba-tiba eh! mana tudung kau..? Yeaa.. yeaa.. itu la persoalannya. Bukan nak jadi badan-sibuk tapi itu macam nature kita sebagai sesama Muslim. Tengok tudung kawan tu hilang mesti pelik tu mai datang jengah pikiran and sorry to be a so-called busy-body-type of people. Kau yang paksa. ngeh.

Bukan tak open-minded, tapi open-minded also has its limitations, ok my dear.

Bagi aku, if memang dia tu tak pakai tudung dari awal kita kenal dia, itu ok la lagi dari yang kita kenal masa pakai tudung paras bahu (heh, tu sekolah teknik aku, kalau tudung pendek nanti kena gunting dgn PKHEM), pastu bila cek-cek gamba tgk-tgk update contohnya kat fesbuk, umakk-aii.. ilang dah. Takde. (ini kes stalk-stalk kat fesbuk la neh.hahaha). Apa lagi kalau yang pakai tudung labuh separas siku, pastu tup! rambut sekarang dah jadi blonde. Haih, makin pening mata nak tengok.

Kalau yang masa kat sekolah je pakai tudung tu, aku faham jugak la mungkin or maybe dia memang tak pakai tudung, mak dia tak suruh ke kan, sebagai menghormati rules sekolah dia pun pakai la. Tapi sebenarnya kat luar dia tak pakai pun. Ok fine. Itu terpulang la.

Itu mungkin kes subjek Pendidikan Islam kat sekolah tu tak berapa berkesan kot kan. Sedapkan ati.

Tapi kalau yang kawan-kawan kau dari sekolah Arab, dari Universiti Islam macam mana? Sekolah yang belajar tentang Fiqh, Tauhid dalam bahasa Arab, siap ada qiamulail, baca ratib al-attas setiap rabu malam, yassin memang tak miss malam khamis, then  Universiti yang belajar Fardu Ain, Islamic studies dua tiga subjek tu... Ya, itu aku heran kan sangat..  terlalu.

Takkan nak bagi alasan, hidayah tak sampai-sampai lagi? come on la. Hidayah tuhan itu kalau tuhan tak bagi, hamba-Nya yang sedut udara setiap hari untuk hidup ni la sendiri kena cari. Well, I must say it, tak malu kah lagi kamu pada sekililing alam?

Aku ada sorang kawan ni. Truly aku kenal dia from beginning pakai tudung. Molek je. Memang cun pakai tudung kepala. Ok. Dijadikan cerita, aku tertengok (memang sengaja akceli) gamba-gamba dia latest kat friendster kot masa tu. Hahh! terkejut. Dia ada boifren baru, ok.. itu good news la kan setelah sekian lama berduka lara dgn kisah cinta lama. Yang hal tak bertudung siap berkepit dgn ehem tu, aku tak boleh nak stand dah. Aku dgn cepatnya terus komen gamba dia.. "X, awk bukan pakai tudung ke dulu?.." well, itu saja mau perli kan. Guess what? lepas tu terus dia delete aku from frenlist dia. Hahahaha... apakah maksudnya itu?????? Bila aku story kat Ustad aku, dia cakap.. "kau ni, patutnya ko cakap camni.. ehh lawa rambut sekarang, kenapa tak warnakan kaler terang sket, baru la lagi cantek...." adeh.. patut la delete aku kan.

Aku tau bila aku bangkit kan hal ni, mesti ada yang cakap, wehh... itu hak masing-masing la. Itu antara dia dgn tuhan la. Itu bla.. bla.. bla... oh.. itu sangat lame ok. Aku as kawan dah tak boleh menegur ke kalau kawan kita salah? Kalau sesama kita pun dah tak menegur, memang hidayang tu makin susah la nak sampai. Lu pikir la sendiri.

Lately, aku baru dapat kontek dgn geng-geng sekolah arab aku. Honestly, aku sedih tgk diorang. Bak kata kawan aku yang same-same pindah sekolah sebab hal-hal tertentu, dia kata.. yang stay sampai form 5 tu la yang tak pakai tudung sekarang kan.. ohooo! aku setuju sgt dgn statement tu! apa sudah jadi sebenarnya?

Memang tudung sebagai menghormati peraturan sekolah ke? bukan mengikuti suruhan agama?

Masa aku PKN dulu lagi la plak, ada yang tak bertudung time kat kem, tapi bila pergi modul pembinaan karakter dgn kenegaraan, eh.. dia pakai pulak tudung. Sweet je tudung terletak. ITU LAGI LA PELIK KAN. haha.. bila aku tanya kenapa, bagus je dia jawap, tak nak ada line kat tepi muka. Ye la, kalau pakai tudung kat kem bila sunburn for sure la ada line, nanti dah tak cantik. WTH.. la.. boleh hilang la kesan tu. hahaha.. aku yang burn teruk ni pun rilek je sampai sekarang line tu tak hilang. haha..

Ada gak merata-rata aku baca, orang kondem pompuan bertudung ni tak semestinya baik. Yep. Memang la tak SEMESTINYA baik. Itu bergantung pada individu la. Ke mana hala tuju dorang. At least, kalau bertudung kurang sket nak buat benda tak baik kan? Nak masuk club of kos tak boleh kan? heh.. tapi masuk pusat kareoke mungkin la boleh lagi. Sikit-sikit tudung tu ada gak la motif untuk prevent perangai sendiri kan?

Kalau nak bincang isu bertudung ni memang komplikated. Itu semua depends on hak masing-masing. Since sekarang banyak pulak isu mempertahankan hak masing-masing kan. People voice are right kan. Sebab tu semakin lama isu pompuan pakai tudung ke tak, dia pakai tudung ke tak before ni, terus-terus menjadi hal yang dipandang remeh oleh umat Islam hari ini. Semua nak jadi open-minded sangat kan. Ha, hamek!

Tapi aku tetap sedih. Macam senang sangat tudung dibuat main. Rasa nak pakai, pakai. Tak nak pakai sudah. Lagi sedih kalau yang pakai just untuk menghormati any particular function je. Lepas tu bertebaran rambut anda. hu-hu. Jenis on-off ni paling aku tak paham. Sila la faham kan aku apa korang punya alasan?
ini bukan tudung. from here.

ingat bertudung tak boleh bergaya ke?
[photo credit to gugel] 

Ok aku nak tanya kepada lelaki Melayu Islam,
korang nak awek bertudung ke tak?
korang nak wife bertudung ke tak?
give me some reasons for your choice.


biar la ini menjadi peringatan bersama.
takut gak nak cakap lebih-lebih,
nauzubillah, jgn jadi kat kita.

Thursday, April 01, 2010

secepat kilat.

Ahh.. aku nak berlumba ni!

1......

2............

3.................!

eh macam 1.. 2.. 3.. bahhh! plak.. haha..

sebenanye to be honest,
aku nak try post pakai wireless yang aku tgh dapat skng.
btw, digi campus aku dah expired tak boleh nak online.
terpaksa mengharap belas kasihan iium-community.
which is surprisingly excellent pagi ni! OMG.
siap boleh comment3 kat fesbuk,
wohoo.. tak belajar la camni!

go.. go.. power rangers wireless!

Friday, March 19, 2010

perlu ke terasa kembang bila dapat puji-pujian. ahaks.

Last time masa aku tadika kalau jawap soalan eksesais betul , mesti paling kurang dapat tiga bintang, kalau cemerlang lagi cikgu up kasi lima bintang. Kalau tengok those stars memang spirit nak lebih cemerlang tu semakin ada. Bila dapat satu star je mesti lepas tu dok ngendeng-ngendeng dekat teacher (tadika omputeh), tak puasati dapat satu je, kenapa tak dua, tak tiga, tak empat or even lima.

Biasa la budak-budak.. memang suka kenapa-kenapa, asek tak puasati.

Then...

Monday, March 01, 2010

Mahu menjadi muslim yang berjaya?

Rasa macam perlu dikongsi even aku pasti korang mesti dah tau atau pernah mendengar tentang perkara ini. Jom cerita pasal Surah AL-Mu'minun.

Kita manusia kan kena berpesan-pesan, supaya diri sendiri terpesan dengan sendirinya, sebab bila dah ter'poyo berpesan pada org lain, so otomatik ia pasti terpesan secara kekal di dalam hati. Malu lah, kalau yang berpesan seperti tin kosong. Bercakap berbunyi bagai, tp dalam kosong. Ataupun, sibuk mengingatkan orang lain, tapi diri sendiri, haremmm tak buat.

Manusia mudah lupa. Dan keterlupaan itulah menjadi sebab rapuhnya iman di dlm jiwa. Menggelapkan hati. Jauh dari hidayah ilahi.

Mari lah kita sama-sama mengaplikasikan kembali apa yang sedia tertulis di dalam kalam suci pegangan kita iaitu Al-Qur'an.

SURAH AL-MU'MINUN. surah yg ke 23 dalam Al-Qur'an.

(Click here to hear the full recitation of Surah Al-Mu'minun.)

7 perkara yang di highlight from the ayah for the steps towards successful Muslim :
Older Posts Home