Showing posts with label cerita hal bukan isu semasa. Show all posts
Showing posts with label cerita hal bukan isu semasa. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Wanita tak sejati

 source : Google

Eh! bukan aku! tidak.

Dulu kat tempat aku belajar, kalau pergi pasar malam mesti ternampak geng ni. Geng-susah-nak-teka! Teka apa?haaa......itu yang kita tak tau! Tapi aku panggil dorang golongan-susah-nak-di-categorize jugak kadang-kadang. Tu aku punya panggilan sweet la kat diorang. Sana sini boleh nampak. Ada yang comel, memang comel sangat. Kulit halus, rambut rebond, t-shirt kaler pink, jalan sopan sambil bergosip meriah sesama geng diorang. Berjalan tu tak hengat punya melenggok! tapi tu kalau kat pasar malam la. Tapi kalau dlm kawasan kampus.. pandai pula cover sikit, pinggang tu dah macam boleh bersifat seperti CHIPSMORE, kejap ada! kejap takde!

Cun oh! sampai kadang malu nak jalan sebelah. Dorang jalan LAGI AYU kottt, dari aku yang jalan berterabur ni, memang kalah 100%. Isk, maluu!. Aloh.. aloh, kalau jalan depan bakal Mak Mentua, komfem kena rijek.

Geng susah nak teka ni kalau nak cari among pompuan (tomboy @ pengkid) kat tempat aku belajar dulu, memang susah sikit nak cari. Erk.. pasal apa eh? Dah tu, tudung wajip pakai, even kalau tomboy sekalipun dia, bukan nya boleh nampak kan sebab kepala tutup. So, setakat nak dress up macam laki, err.. aku rasa ramai je yang dress up macam laki, tapi dorang pakai juga HANDBAG bling-bling.. so susah nak differentiate sikit. SUSAH, unless kalau bukak tudung, baru la boleh kenal. Tapi percentage nak jumpa hampir ke TIADA, zero. Serius, aku tak pernah jumpa.

Seganas-ganas kawan-kawan pompuan aku, dorang still takkan lupa pakai bedak pergi kelas. Hu-hu..

Ok-ok. Kenapa panjang sangat aku punya intro ni. Sebenarnya nak cerita yang kat tempat kerja aku ramai ASAM-BOI (read : tomboi). Bukan main dia punya kikis rambut mengalah kan mamat maintenance berambut monhawk yang aku jumpa siang tadi. Isk terkesima kejab, hensem juga style rambut monhawk mamat tu. Yang aset kat depan tu.. haih, toksah cerita la, malu i tau...huhu. Biasa nya kewujudan golongan macam ni aku rasa sikit je, maka nya terbeliak jugak la mata ni bila tengok, ramai rupanya mereka.

Haih. Culture-shiokkk! juga aku kat situ. O level (read : operator) khususnya untuk wanita sahaja kalau kat tempat keje ku ini, huhu mengaku juge mereka ini WANITA rupanya.



p.s. : tp syukurla, takde yang hensem, ngeee.. tp teringin juga nak paham mereka ni, kenapa dorang jadi macam ni. hmmm..

.

Tuesday, April 27, 2010

Sesambil tunggu Mr. Supervisor.

Sesape yang biasa dgn blog aku mesti pernah baca post ni. Ok, kalau yang first time mai singgah pergi baca ok post ni dulu, kang tak paham plak ujung pangkal. Hah! da bace? goood.

Sebenarnya takde ape pon, saja nak mention balik yang aku sekarang bersiaran di multipepes lab lagi. Haih. Haritu konon dah beremo macam TAKKAN duduk lagi kat bangku ni, tapi rupanya harini! ada lagi aku kat sini. Heh. Jgn pikir aku extend sem plak ye. :P

Aku tengah tunggu Mr. Supervisor. Pegi bilik dia tadi ketok, pastu kecewa. Dia takde. Cari-cari no phone dia, dapat.. mesej.. (takot nak call!! haha) then dia reply, "after zuhur prayer". Sekarang pukul 11.45 a.m. ok kecewa lagi. Tu yang end-up aku merepek kat sini. Ingat tak payah dtg lagi memorial park (multipeper lab) ni.

Hah! time aku landing kat bangku pc kat sini tadi, konfiden je aku tegur budak pc sebelah, "hye haizum", erk.. sekali sister tu toleh sambil tersengih kambing, aku pon.. ok fine. salah orang!!deym, huwaa.... malu gila okeii. nasib bek dia tak lama, aku control cool je eh tersalah org. Hahahaha...ketawa i di dalam hati.

Sekarang bebudak FYP batch aku tengah sibuk buat POSTER. Hah, nak complete kan FYP siap ada POSTER EXHIBITION lagi tu. Leceh betul. Tapi macam best gak buat poster, even macam-macam stress mengacau aku. Anggap mcm lalat je, bila stress kita tido je la. Apa kaitan plak dgn lalat?hmm..

Dah ah.. kali ni aku nak post PENDEK je. Well, ni mmg entahapeape, jangan marah kalau aku take ur time.

LAPAR.

Friday, April 23, 2010

Monkey attack.

Ah.. I should post this yesterday, eh no! two days back, oh my bad! eh...

Acecehh.. mentang-mentang now I'm 90% graduated from International Islamic University Malaysia which is English is the medium of teaching, taip pon asyik nak english je.. nyampah pon ade. Sampai sekarang, tak rasa feel sangat nak cte-cte kedai kopi sambil speaking, takde kick! la senang kata. (ke kau tak kompiden sebenanye haaa? erk)

Well, hari selasa (20/4/10) lepas final result keluar. Seriusli, neves breakdown macam hape. Takot pointer jatuh teruk, maklom la LAST RESULT kan. Tapi syukur la, ada naik sikit even tak banyak but Alhamdulillah, saya puas hati. Hu.. hu.. Tinggal result FYP je la nanti, Let's pray dat I can get A for my FYP. (macam mimpi je nak dapat A, haish)

am I so cute?

Oh! Paling mencabar before nak tengok result, aku berperang dgn satu makhluk! haih.. bikin aku terkejut monyet. Eh, did I mention a MONKEY word just now?, haaaa.... tu la makhluk nya. Adeh. Dok neves-neves tak hengat tu tiba-tiba aku dongak tengok atas tembok bilik aku ada MONKEY bertenggek siap main dgn REFILL CATRIDGE COLOR aku yang baru! deymm.. aku nak bagi orang la wehh..

Sumpah terkejut MONKEY! tapi bila tgk refill tu terus hilang terkejut plus takot pon tarak dah. Masa aku wat action mintak siap hulur-hulur tangan suruh dia pulang kan, dia terus mencecet lari keluar pastu bertenggek pulak kat luar tingkap sambil gigit-gigit plastik pack refill tu. Haih. Ko bukan boleh makan ponn!! gua dah panas dahh.. tapi dia still wat kerek jegil-jegil gigi bajet aku cuak laa.. sori la, I dah biasa deal dgn keturunan u la dear. Maklom la dok kampong. Haha.

camni la dia tunjuk gigi, tp version gigi tumpul, kesian.

Aku hulur lagi tangan sambil wat muka konon-konon berani, padahal aku dah siap la tutup tingkap dulu, so in case dia nak attack tak boleh la kan. Haha. Tapi at the end, habeh terabur semua refill kaler tu kat bawah and kaler merah and kuning je sempat diselamatkan. Biru dah out tumpah. Deym again. Pastu aku tengok dia sebok usha bilik lain pulak. Haih, mmg dasar unibesiti monkey, bijak la sangat.

Before tu dia dah kuis-kuis chese stix Asmah, pastu time dia kat luar aku offer lagi cheese stix tu pon dia tak mau, nak makan jugak refill catridge tu. Hadoi. Mungkin sbb nampak menarik kaler-ful. Ha.. makan-makan.. jangan segan ye. Muntah darah baru tau!

hye! my name is Sam.
kalau kiut gini maybe la aku leh berbaek2 wat pet kesayangan.

Tapi aku kesian jugak la, spisis dia ada satu je kat Kolej Asiah ni. Takkan dia nak kawan dgn nyioww plak kan? Tu yang mencari kegembiraan kat bilik manusia. deym. Penah gak aku nampak dia main kejar-kejar ngan kucing tapi tu bukan main kejar-kejar tapi main hantu-hantu, lari macam the flash dah kucing tu sbb takot kat monkey tuuuuuu...


Next! kite citer pasal presentation FYP pulak ye.
Skang nak layan The Time Travelers Wife dulu.
Huh! now is 2.52 a.m.
What time shud I sleep then?

Wednesday, April 14, 2010

Mengeluh tentang hidup, tak sama dengan mengelap peluh di dahi.

Haha. Memang la tak sama! eh. bukan nak tipu la. tp takde idea nak buh title :(

heh. taknak kene selotep!

Pernah tak macam satu hari tu tak mengeluh langsung?

Ala.. kalau ada yang jawap tak, memang nak kena panah petir la tu. Eh.. tapi kalau betul-betul ada yang tak pernah tu aku respek, sebab sepanjang ingatan hidup aku sehari-hari, aku yakin! dalam satu hari tu mesti ada je benda yang nak dikeluh-kesah kan. Dah nama pun keluh-kesah, so ni memang macam berkait rapat dgn amik kesah (care) pasal sesuatu benda.

Macam kita kesah kan dah lama tak hujan. Kita mengeluh, panasnya hari ni.

Macam kita kesah kan perut yang lapar. Kita mengeluh, laparnya tp takde duit pulak.

Macam kita kesah kan ibu bapa kita. Kita mengeluh, lambat nya cuti nak balik kampung, rindu.

Macam... erk.. ok, korang boleh pikir sendiri kot apa contoh-contoh lain. ehe.

Tapi ini bagi pandangan aku la, eventho sebenarnya aku tak tau betul ke tak. Aku just nampak kaitan dan rasional dia je, tu pun suddenly! masa aku taip KELUH-KESAH kat atas tu, idea tup2 datang plak.

Monday, April 05, 2010

Tudung kepala bukan macam tudung saji, boleh on-off sesuka hati.

bawah tudung saji ada makanan, bawah tudung kepala ada?

aloh.. aloh.. sweetnya..

It is about tudung. yeah. Lama dah aku rasa kurang best pasal isu tudung ni. Aku bukan la ustajah mahupun seorang yang terer bab-bab agama. Tapi orang kata, basic tu ada. Selagi Allah berkehendak, selagi itu foundation itu kukuh. Tapi tak bermaksud kalau Allah tak berkehendak, kau boleh buat sesuka hati kan?

Well, aku sedikit terkilan plus sedih plus tak tahu nak cakap apa bila tengok kawan-kawan pompuan aku yang asalnya bertudung tiba-tiba eh! mana tudung kau..? Yeaa.. yeaa.. itu la persoalannya. Bukan nak jadi badan-sibuk tapi itu macam nature kita sebagai sesama Muslim. Tengok tudung kawan tu hilang mesti pelik tu mai datang jengah pikiran and sorry to be a so-called busy-body-type of people. Kau yang paksa. ngeh.

Bukan tak open-minded, tapi open-minded also has its limitations, ok my dear.

Bagi aku, if memang dia tu tak pakai tudung dari awal kita kenal dia, itu ok la lagi dari yang kita kenal masa pakai tudung paras bahu (heh, tu sekolah teknik aku, kalau tudung pendek nanti kena gunting dgn PKHEM), pastu bila cek-cek gamba tgk-tgk update contohnya kat fesbuk, umakk-aii.. ilang dah. Takde. (ini kes stalk-stalk kat fesbuk la neh.hahaha). Apa lagi kalau yang pakai tudung labuh separas siku, pastu tup! rambut sekarang dah jadi blonde. Haih, makin pening mata nak tengok.

Kalau yang masa kat sekolah je pakai tudung tu, aku faham jugak la mungkin or maybe dia memang tak pakai tudung, mak dia tak suruh ke kan, sebagai menghormati rules sekolah dia pun pakai la. Tapi sebenarnya kat luar dia tak pakai pun. Ok fine. Itu terpulang la.

Itu mungkin kes subjek Pendidikan Islam kat sekolah tu tak berapa berkesan kot kan. Sedapkan ati.

Tapi kalau yang kawan-kawan kau dari sekolah Arab, dari Universiti Islam macam mana? Sekolah yang belajar tentang Fiqh, Tauhid dalam bahasa Arab, siap ada qiamulail, baca ratib al-attas setiap rabu malam, yassin memang tak miss malam khamis, then  Universiti yang belajar Fardu Ain, Islamic studies dua tiga subjek tu... Ya, itu aku heran kan sangat..  terlalu.

Takkan nak bagi alasan, hidayah tak sampai-sampai lagi? come on la. Hidayah tuhan itu kalau tuhan tak bagi, hamba-Nya yang sedut udara setiap hari untuk hidup ni la sendiri kena cari. Well, I must say it, tak malu kah lagi kamu pada sekililing alam?

Aku ada sorang kawan ni. Truly aku kenal dia from beginning pakai tudung. Molek je. Memang cun pakai tudung kepala. Ok. Dijadikan cerita, aku tertengok (memang sengaja akceli) gamba-gamba dia latest kat friendster kot masa tu. Hahh! terkejut. Dia ada boifren baru, ok.. itu good news la kan setelah sekian lama berduka lara dgn kisah cinta lama. Yang hal tak bertudung siap berkepit dgn ehem tu, aku tak boleh nak stand dah. Aku dgn cepatnya terus komen gamba dia.. "X, awk bukan pakai tudung ke dulu?.." well, itu saja mau perli kan. Guess what? lepas tu terus dia delete aku from frenlist dia. Hahahaha... apakah maksudnya itu?????? Bila aku story kat Ustad aku, dia cakap.. "kau ni, patutnya ko cakap camni.. ehh lawa rambut sekarang, kenapa tak warnakan kaler terang sket, baru la lagi cantek...." adeh.. patut la delete aku kan.

Aku tau bila aku bangkit kan hal ni, mesti ada yang cakap, wehh... itu hak masing-masing la. Itu antara dia dgn tuhan la. Itu bla.. bla.. bla... oh.. itu sangat lame ok. Aku as kawan dah tak boleh menegur ke kalau kawan kita salah? Kalau sesama kita pun dah tak menegur, memang hidayang tu makin susah la nak sampai. Lu pikir la sendiri.

Lately, aku baru dapat kontek dgn geng-geng sekolah arab aku. Honestly, aku sedih tgk diorang. Bak kata kawan aku yang same-same pindah sekolah sebab hal-hal tertentu, dia kata.. yang stay sampai form 5 tu la yang tak pakai tudung sekarang kan.. ohooo! aku setuju sgt dgn statement tu! apa sudah jadi sebenarnya?

Memang tudung sebagai menghormati peraturan sekolah ke? bukan mengikuti suruhan agama?

Masa aku PKN dulu lagi la plak, ada yang tak bertudung time kat kem, tapi bila pergi modul pembinaan karakter dgn kenegaraan, eh.. dia pakai pulak tudung. Sweet je tudung terletak. ITU LAGI LA PELIK KAN. haha.. bila aku tanya kenapa, bagus je dia jawap, tak nak ada line kat tepi muka. Ye la, kalau pakai tudung kat kem bila sunburn for sure la ada line, nanti dah tak cantik. WTH.. la.. boleh hilang la kesan tu. hahaha.. aku yang burn teruk ni pun rilek je sampai sekarang line tu tak hilang. haha..

Ada gak merata-rata aku baca, orang kondem pompuan bertudung ni tak semestinya baik. Yep. Memang la tak SEMESTINYA baik. Itu bergantung pada individu la. Ke mana hala tuju dorang. At least, kalau bertudung kurang sket nak buat benda tak baik kan? Nak masuk club of kos tak boleh kan? heh.. tapi masuk pusat kareoke mungkin la boleh lagi. Sikit-sikit tudung tu ada gak la motif untuk prevent perangai sendiri kan?

Kalau nak bincang isu bertudung ni memang komplikated. Itu semua depends on hak masing-masing. Since sekarang banyak pulak isu mempertahankan hak masing-masing kan. People voice are right kan. Sebab tu semakin lama isu pompuan pakai tudung ke tak, dia pakai tudung ke tak before ni, terus-terus menjadi hal yang dipandang remeh oleh umat Islam hari ini. Semua nak jadi open-minded sangat kan. Ha, hamek!

Tapi aku tetap sedih. Macam senang sangat tudung dibuat main. Rasa nak pakai, pakai. Tak nak pakai sudah. Lagi sedih kalau yang pakai just untuk menghormati any particular function je. Lepas tu bertebaran rambut anda. hu-hu. Jenis on-off ni paling aku tak paham. Sila la faham kan aku apa korang punya alasan?
ini bukan tudung. from here.

ingat bertudung tak boleh bergaya ke?
[photo credit to gugel] 

Ok aku nak tanya kepada lelaki Melayu Islam,
korang nak awek bertudung ke tak?
korang nak wife bertudung ke tak?
give me some reasons for your choice.


biar la ini menjadi peringatan bersama.
takut gak nak cakap lebih-lebih,
nauzubillah, jgn jadi kat kita.

Monday, March 29, 2010

Rindu bertandang lagi, tapi untuk siapa?

Besok. Erkk.. esok aku punya first paper untuk sem yang final ni. Plz.. aku mintak sgt korang baca 'sem yang final' tu sekuat mungkin. Hee.. ok. ok. thanks!


Ah. Tak tau nak rasa ape, nak syok sampai membuat gerakan berenang-renang ke or nak sedeh macam kena rijek dgn laki yang kau syok.


kompius. ceq kompius teramat-amat.


Sebab mengikut pengiraan bukan statistik mahupun linear algebra, aku mungkin akan mengharungi lagi peperiksaan selepas degree ni, maybe for Masters?. So, the question is, What should I feel right now? (ah.. soklan mencabar ni)
.
.
.
Heartless.....?


Heh.. tepat sekali. itu yang kita cari! (baca dgn nada Halim Othman dalam Roda Impian)

I have an English paper tomorrow afternoon. jgn wish luck, tp doa aku boleh buat! =)



Kalau ada sesape ternampak bebudak dalam gamba ni plz inform diorang yg I'm really missing them DEYM much! oh.. also another girl, Melor (tiada dalam gamba), I feel the same way for her too. tsk tiga kali.

Juga, auntie and uncle di sebelah ni, katakan pada mereka bahawasanya anaknda yang di perantauan ini, mohon ampun kerna lama tak pulang, semoga sehat dan ceria selalu.

Sedap kek tu, nak cket...

Monday, March 22, 2010

Apsal tak teringat... lol...

Scene 1

The story was begun  from here. Daddy oh kacak nya bunyi called bagitau handphone adik hilang. Time ayah aku call tu aku terdengar background sound mak aku tengah bercakap dengan somebody tru her handphone tp tak clear. Baru nak pasang telinga ayah dah mati kan talian.

10 minutes later...

Mak called. She told me about the calling that she has had just now. She call nombor adik. Then suddenly an Indon girl angkat and jawap, siap boleh cakap nama dia LINA, tinggal kolej Ameenah (uia punya hostel pompuan) and she said that she is the student too. Lepas tu aku tatau la ape yang Mak aku borak kan, bla.. bla.. bla.. pastu siap cakap N (adek) jauh, gaya macam kenal adek gua. Haih.. sape pulak ni.

Mak aku dah cuak-cuak ingatkan adek aku ade gelpren minah indon. Sampai suruh aku call balik pompuan tu utk pass balik hp tu kat aku. Cemane cemane lah.. Aku pun tak paham. Tapi sampai ke sudah aku call banyak-banyak kali, she didn't answer my call.cis btol. Pastu aku dah malas, lapa pegi mkn tom yam.hah.kenyang.

Scene 2

Pepagi on the next day, tetiba mak aku msg,
Older Posts Home