Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Monday, April 05, 2010

Tudung kepala bukan macam tudung saji, boleh on-off sesuka hati.

bawah tudung saji ada makanan, bawah tudung kepala ada?

aloh.. aloh.. sweetnya..

It is about tudung. yeah. Lama dah aku rasa kurang best pasal isu tudung ni. Aku bukan la ustajah mahupun seorang yang terer bab-bab agama. Tapi orang kata, basic tu ada. Selagi Allah berkehendak, selagi itu foundation itu kukuh. Tapi tak bermaksud kalau Allah tak berkehendak, kau boleh buat sesuka hati kan?

Well, aku sedikit terkilan plus sedih plus tak tahu nak cakap apa bila tengok kawan-kawan pompuan aku yang asalnya bertudung tiba-tiba eh! mana tudung kau..? Yeaa.. yeaa.. itu la persoalannya. Bukan nak jadi badan-sibuk tapi itu macam nature kita sebagai sesama Muslim. Tengok tudung kawan tu hilang mesti pelik tu mai datang jengah pikiran and sorry to be a so-called busy-body-type of people. Kau yang paksa. ngeh.

Bukan tak open-minded, tapi open-minded also has its limitations, ok my dear.

Bagi aku, if memang dia tu tak pakai tudung dari awal kita kenal dia, itu ok la lagi dari yang kita kenal masa pakai tudung paras bahu (heh, tu sekolah teknik aku, kalau tudung pendek nanti kena gunting dgn PKHEM), pastu bila cek-cek gamba tgk-tgk update contohnya kat fesbuk, umakk-aii.. ilang dah. Takde. (ini kes stalk-stalk kat fesbuk la neh.hahaha). Apa lagi kalau yang pakai tudung labuh separas siku, pastu tup! rambut sekarang dah jadi blonde. Haih, makin pening mata nak tengok.

Kalau yang masa kat sekolah je pakai tudung tu, aku faham jugak la mungkin or maybe dia memang tak pakai tudung, mak dia tak suruh ke kan, sebagai menghormati rules sekolah dia pun pakai la. Tapi sebenarnya kat luar dia tak pakai pun. Ok fine. Itu terpulang la.

Itu mungkin kes subjek Pendidikan Islam kat sekolah tu tak berapa berkesan kot kan. Sedapkan ati.

Tapi kalau yang kawan-kawan kau dari sekolah Arab, dari Universiti Islam macam mana? Sekolah yang belajar tentang Fiqh, Tauhid dalam bahasa Arab, siap ada qiamulail, baca ratib al-attas setiap rabu malam, yassin memang tak miss malam khamis, then  Universiti yang belajar Fardu Ain, Islamic studies dua tiga subjek tu... Ya, itu aku heran kan sangat..  terlalu.

Takkan nak bagi alasan, hidayah tak sampai-sampai lagi? come on la. Hidayah tuhan itu kalau tuhan tak bagi, hamba-Nya yang sedut udara setiap hari untuk hidup ni la sendiri kena cari. Well, I must say it, tak malu kah lagi kamu pada sekililing alam?

Aku ada sorang kawan ni. Truly aku kenal dia from beginning pakai tudung. Molek je. Memang cun pakai tudung kepala. Ok. Dijadikan cerita, aku tertengok (memang sengaja akceli) gamba-gamba dia latest kat friendster kot masa tu. Hahh! terkejut. Dia ada boifren baru, ok.. itu good news la kan setelah sekian lama berduka lara dgn kisah cinta lama. Yang hal tak bertudung siap berkepit dgn ehem tu, aku tak boleh nak stand dah. Aku dgn cepatnya terus komen gamba dia.. "X, awk bukan pakai tudung ke dulu?.." well, itu saja mau perli kan. Guess what? lepas tu terus dia delete aku from frenlist dia. Hahahaha... apakah maksudnya itu?????? Bila aku story kat Ustad aku, dia cakap.. "kau ni, patutnya ko cakap camni.. ehh lawa rambut sekarang, kenapa tak warnakan kaler terang sket, baru la lagi cantek...." adeh.. patut la delete aku kan.

Aku tau bila aku bangkit kan hal ni, mesti ada yang cakap, wehh... itu hak masing-masing la. Itu antara dia dgn tuhan la. Itu bla.. bla.. bla... oh.. itu sangat lame ok. Aku as kawan dah tak boleh menegur ke kalau kawan kita salah? Kalau sesama kita pun dah tak menegur, memang hidayang tu makin susah la nak sampai. Lu pikir la sendiri.

Lately, aku baru dapat kontek dgn geng-geng sekolah arab aku. Honestly, aku sedih tgk diorang. Bak kata kawan aku yang same-same pindah sekolah sebab hal-hal tertentu, dia kata.. yang stay sampai form 5 tu la yang tak pakai tudung sekarang kan.. ohooo! aku setuju sgt dgn statement tu! apa sudah jadi sebenarnya?

Memang tudung sebagai menghormati peraturan sekolah ke? bukan mengikuti suruhan agama?

Masa aku PKN dulu lagi la plak, ada yang tak bertudung time kat kem, tapi bila pergi modul pembinaan karakter dgn kenegaraan, eh.. dia pakai pulak tudung. Sweet je tudung terletak. ITU LAGI LA PELIK KAN. haha.. bila aku tanya kenapa, bagus je dia jawap, tak nak ada line kat tepi muka. Ye la, kalau pakai tudung kat kem bila sunburn for sure la ada line, nanti dah tak cantik. WTH.. la.. boleh hilang la kesan tu. hahaha.. aku yang burn teruk ni pun rilek je sampai sekarang line tu tak hilang. haha..

Ada gak merata-rata aku baca, orang kondem pompuan bertudung ni tak semestinya baik. Yep. Memang la tak SEMESTINYA baik. Itu bergantung pada individu la. Ke mana hala tuju dorang. At least, kalau bertudung kurang sket nak buat benda tak baik kan? Nak masuk club of kos tak boleh kan? heh.. tapi masuk pusat kareoke mungkin la boleh lagi. Sikit-sikit tudung tu ada gak la motif untuk prevent perangai sendiri kan?

Kalau nak bincang isu bertudung ni memang komplikated. Itu semua depends on hak masing-masing. Since sekarang banyak pulak isu mempertahankan hak masing-masing kan. People voice are right kan. Sebab tu semakin lama isu pompuan pakai tudung ke tak, dia pakai tudung ke tak before ni, terus-terus menjadi hal yang dipandang remeh oleh umat Islam hari ini. Semua nak jadi open-minded sangat kan. Ha, hamek!

Tapi aku tetap sedih. Macam senang sangat tudung dibuat main. Rasa nak pakai, pakai. Tak nak pakai sudah. Lagi sedih kalau yang pakai just untuk menghormati any particular function je. Lepas tu bertebaran rambut anda. hu-hu. Jenis on-off ni paling aku tak paham. Sila la faham kan aku apa korang punya alasan?
ini bukan tudung. from here.

ingat bertudung tak boleh bergaya ke?
[photo credit to gugel] 

Ok aku nak tanya kepada lelaki Melayu Islam,
korang nak awek bertudung ke tak?
korang nak wife bertudung ke tak?
give me some reasons for your choice.


biar la ini menjadi peringatan bersama.
takut gak nak cakap lebih-lebih,
nauzubillah, jgn jadi kat kita.
Older Posts Home