Showing posts with label hal tempat kerja. Show all posts
Showing posts with label hal tempat kerja. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

Best dan Tak Best Bekerja dengan Multi-Races!

Oh hye!

Kenapa tatkala sibuk menghempas tulang empat kerat, idea nak mengepos kat sini melimpah ruah, tapi bila duduk melangut sorang-sorang kat rumah takde pulak rasa nak menulis, langsung tak de nafsu? Haha.. memang bukan penulis tegar aku ini. Mungkin! Well.. I must say, aku penulis murtad, sebab menulis bukan satu passion bersifat istiqomah dan kekal dalam jiwa aku ni. Bila terasa nak menulis, baru ku tulis. Bila tak, haram, langsung tak meriah page tak seberapa ini. Hmm.. ok, next perenggan.

[Enter]

Sometimes ada baik buruk nya bila anda bekerja dengan berlainan bangsa. Ada baik. Ada tak baik. Nak kata baik banyak pun tak juga, nak kata tak baik banyak.. itu depends on how is your colleagues. For my side, I work with combination of Malaysia races. Tapi my department takde Indian. Other department yes! We are "International Company", haha.. not only that, we are multi-races. Kau nak cari kaum apa pun ada. Bangsa apa pun ada. Dari negara mana pun ada. MULTI-perfect. Dalam toilet ada macam-macam lagu and bahasa itu perkara biasa. Hah! itu habit negara mane entah, dalam toilet pun nak feeling-feeling siap *membuang* sambil dengar lagu. Tu belum lagi bergayut sambil berhajat (read : membuang). Multi-tasking sungguh.

Ok, just leave the topic behind, aku bukan nak cakap pasal fenomena tandas "International Company". [muntah]


Jom cekidout apa yang baik and tak baik, apa yang best and tak best, bekerja dengan multi-races!

1) Tak best bila anda tak paham bahasa bangsa lain. Sometimes, aku rasa agak rude bila mereka bersembang dengan bahasa mereka dengan mereka-mereka saje. Aku selalu imagine, they might say something that purposely want to hide from us, something yang memajukan bangsa mereka je. It's unfair.

2) Best bila bersembang di kala kelapangan, pasal tradisi bangsa masing-masing. So that, we can share what they do, what we do, how they do, how we do.. and so on. Bab ni, aku memang sangat suka!. Since, sejak belajar tak pernah ada kawan selain Malay, excepat masa ber-PLKN dulu saja. Tu pon, entah mane hilang dah semua.

3) Tak best bila bawak makanan, asek dorang je boleh makan makanan kita, tapi kita tak boleh makan makanan dorang. I mean yang di tapau dari rumah. Huhu. Bertukar-tukat makanan macam hari raya memang tak boleh la. Maka, anda akan merasa bosan kalau asek anda je yang bawak makanan. Harap maklom.

4) Best bila kita boleh adapt dengan cara bekerja mereka. I must say, they are faster than my own race. I have my own experience working with same race and different race, it's totally jauh panggang dari api. Haha. Bab ni, aku malu sikit. Tapi takpe, it's good when we can learn and take the positive way. Boleh memajukan diri sendiri kan!

5) Tak best bila kalau ada party mcm farewell or welcoming, mesti terasa macam ada beberapa kumpulan. Ni masalah bahasa jugak lah. Dorang mesti selesa nak bersembang pakai bahasa ibunda sendiri kan, macam melayu jugak. Tapi memang out of control bila group anda ada ramai sesama bangsa mereka. So, dorang akan bersembang bahasa dorang, kita dengan bahasa kita. See.. ada beberapa pecahan plak, padahal we are on the same event!

6) Best sebab boleh pelbagai kan kawan. Haha.

7) Tak best bila ada pakatan dalaman orang atasan yang anda nampak seperti menaikkan kaum sendiri!


Ha-ha. Ini je la kot yang aku nampak. Sebenarnya banyak lagi! tapi aku rasa aku tak leh nak cakap banyak sangat pasal ni. Ini isu sensitif. Kan? Kan? Ape pon, biasa la memang ada pro and cons nya. Kalau dah ade perkataan "multi" of course la "multi" jugak impact nya. Maka, layan kan aje lah. Yang baik amik, yang buruk.. kutuk-kutuk sikit dan amek sebagai pengajaran. Renung-renung kan and Salam 1 Malaysia! *peace*



p.s. : June 2011, setahun aku bekerja!

.

Sunday, April 24, 2011

Bekerja pada hari Ahad bukan lah satu teknik nak impress yang kau rajin bekerja.

This week (I mean from last monday until today) is not my good week. Deym, so many things to do until I feel like mau bunuh itu mesin bernama Computer. Sampai balik rumah pun tak berdaya nak on dah PC sendiri sebab tak lalu nak mengadap screen monitor yang aku rasa lagi berapa hari aku ngadap, bakal menerbitkan Migrain yang aku tak pernah ada. Thank God, penyakit tu tak dpt lagi kat badan aku. Tapi nya, tendency untuk dapat tu macam bakal ada sebab nya bersambung lagi 3 hari onwards kehidupan aku tetap akan macam ni jugak. Huh, tak terdaya tapi harus jugak la aku mengadap sebab dah memang keje aku.

Sape suruh dulu cemerlang sangat sampai kan aku yang budak baru ni boleh di assign untuk menjaga big board yang aku sendiri masa tu tak tahu kelecehan nya sampai ke tahap ini. Kalau tak, sumpah masa group meeting bila bos tanya apa progress aku jawap, "setakat ni saya masih dalam learning process dan banyak lagi yang saya perlu baca dan faham", dan aku menyesal sebab jawapan aku pada masa tu adalah, "so far takde apa outstanding sebab saya terlalu boring takde keje apa nak buat", betapa lurus nya aku sebagai new member yang tak silap aku masa tu baru join department dalam lingkungan 3 bulan macam tuh. Dan hamek kau, terus leader aku suruh senior aku ajar macam mana nak handle big board untuk setiap trial process.

Maka aku belajar dengan tanpa sedar kecekapan yang aku bajet boleh setakat meng-impress dan mengisi masa lapang aku tu rupanya mala petaka yang besar seperti yang berlaku hari ini. Di mana, ketika hari Sunday, kau bangun seawal jam 11 pagi dan berpisat-pisat atas katil kemalasan, tapi aku terpaksa bangun awal dan bersiap ke office kembali setelah balik lewat pada malam jumaat selewat 11 malam. APALAH NASIB.. sobs.

Well, keje aku tak susah. Tapi masa yang diambil tu yang leceh nak describe. Sebab kan benda ini melibatkan macro dalam excel, dan data file sangat lah besar. Ada around 9000++ rows dan berapa ek column, ok malas nak kira. Bila kita nak edit dengan ada nya macro ni, automatic kecanggihan benda ini akan meng-slow kan processing nya. Sungguh kejam bagi aku yang memang tak suka menunggu. Bayangkan, kalau nak buat berhati-hati dan sikit-sikit, setiap 20 rows memakan masa lebih kurang 4 minit. Maka nya sila kira sendiri kalau aku kena buat untuk 9000++ rows? how much it is? dan itu belum ends peacefully kat situ. Setiap rows aku kena check balik adakah aku dengan jitu nya key-in apa yang patut. If any typo happens, memang boleh kena bako la dengan bos. Sadis kan.

Haha..

Aku tulis ni bukan nya suruh korang (reader) faham apa menda yang aku merepek ni. Tapi aku saje nak share betapa bosan nya aku melangut kat office ni tunggu macro-macro ni berlari-lari itik. Sumpah sampai sekarang aku masih memikirkan adakah kerana jawapan aku ketika group meeting itu sangat suey sampaikan menyusahkan aku pada hari ini atau ini adalah challenge to be excellent kepada department ini. Haih. Otak positif mungkin berkata "susah-susah dulu, bersenang-senang kemudian", tp macam mana aku nak kikis otak negatif yang asek nak mengenang nasib? huhu. Sabar je la mek.

Well, untuk hari akan datang which is Monday untuk Wednesday, aku masih tak nampak my future. Adakah bend amenyusahkan ini boleh end tepat pada hari Rabu? Doakan aku! Aku tak larat dah nak mengadap benda ni. Nasib baik dulu aku tak amek Biotech Eng, dah memang aku tak suka tengok benda-benda macro atau micro seumpama nya.

Itu lah, sape suruh dari Manufacturing Eng, pergi terima job ni. Dah la langsung tak related dgn apa yang aku study, terasa sia-sia 4 tahun mengelumang dengan mesen dan minyak grease (cewah.. over plak, padahal sket je main minyak.. haha). Ni yang buat aku nak mula cari keje lain yang tak perlu menunggu lama-lama untuk continue keje yang sama. Tapi orang kata, jangan cepat mengalah, mengelabah pun tak disaran kan sebab orang yang cepat melenting adalah orang yang tiada kesabaran, dan bila takde kesabaran, tiada apa lagi nilai yang baik dalam diri seseorang itu. Betul tak? haha..

Ok lah.. tunggu next post. Aku rasa aku bakal post next entry within hari ni jugak sebab aku kena stay kat office sampai petang.................. wa wa wa~

p.s. : takot dok office sorang2.. *nanges*

.

Friday, November 19, 2010

SAYA DAN KERJA...

...hmm, tak komersial langsung tajuk nya, honestly?

Oho! macam doa dimakbulkan, macam harapan menjadi kenyataan. Dulu sibuk terlalu boring sebab tak ade kerja, dan sekarang? Nah amek kau! Sejak-sejak ni kalau time kerja mesti terasa sangat pendek, tiba-tiba dah pukul 5! tiba-tiba ok, bukan macam rasa dah lebih 7 jam berada di atas bangku biru di workspace sendiri. Bila tengok jam bukan lagi style alaaaa.. baru pukul 5 pm, tapi adegan poyo terkejut ala-ala mak ngah  mengelupur sebab kerja tak siap lagi tapi dah hampir pukul lima tu jugak lah keep repeating day by day.

Kalau dulu, bila masuk lunch time (11.50am, this is our lunch time -_-") mesti dalam hati mengumam, isk.. lama lagi ni nak tunggu pukul 5! opss.. 5.30pm. Biasa nya saya akan masuk paling awal 8.00 am dan clock out jam 5.30 pm, nak clock out jam 5, mungkin sebulan 2-3 kali saja yang mampu untuk bangun awal dan clock in jam 7.30 am, itu pun kalau nak sangat balik cepat pada hari Sabtu WAJIP bekerja. Tapi setelah hampir menjangkau 5 bulan bekerja, nampaknya attendance makin merosot, saya hanya mampu mengekalkan jam standard iaitu clock in 8.30 am. Ok. Saya memang tak boleh bangun terlalu awal. Alergi. Mungkin setahun bekerja saya bakal clock in jam 9.30 am constantly. Hmm.. ada potensi.

Walaubagaimanapun, saya bukan hanya berpotensi clock in makin lewat, tapi berpotensi besar juga untuk selalu pulang lewat. Kalau harapan nak bersukaria pada petang hari selepas balik kerja, saya menasihati diri sendiri agar lupakan angan-angan uncle Jenin. Kerana seawal jam 4 petang, saya pasti dan confirm! kerja saya akan tetttttt.. bertimpa-timpa. Oh! saya juga sudah melakukan beberapa analisa. Cuma saya belum ada pengesahan dari badan-badan pengecop sah seperti Sirim mahupun Halal Jakim. Walaupun tidak official, tapi berani saya nyatakan, saya begitu sueyy (malang) jika saya clock in jam 8 am. Maaf! Hari tersebut pasti saya akan ber-overtime sekurang-kurang nya 2 jam, selebih-lebihnya 4 jam.

Saya balik lambat selalu bukan nak mengampu bos saya. Haih. Kalau la dengan cara itu dapat membuat beliau bangga, saya sikit pon tak rasa bahagia. Dulu masa saya awal-awal ber-title "si pekerja makan gaji" iaitu sekitar sebulan pertama bekerja, sering kali saya dipandang serong tatkala beg tangan (ermm.. tolong la, saya tak suka diklasifikasikan beg jalan saya sebagai beg tangan, langsung tak nampak seperti saya), ok beg jalan.. tatkala beg jalan saya kemas tanda mahu balik, pasti ada mata-mata silau menjeling tanda "siaplah kau esok bos bising", tapi itu perasaan perasan saya saja. Padahal saya tahu itu mata orang jeles sebab kena stay-back until unknown time. Mereka iri hati, saya tahu.

Sebab berdasarkan analisa kedua saya selepas analisa sueyy saya tadi, saya juga merasai emosi yang sama seperti mereka. Kalau ada yang ber-babai dengan muka bahagia, pasti hati saya sedikit tersentuh. Eh, bukan tersentuh, tapi sumpah-seranah free saya hamburkan pada monitor cacat saya. Ya. Monitor saya cacat. Eventhough saya memakai Monitor berjenama kompeni sendiri, tapi sikit pun tak rasa bangga sebab Monitor saya cacat. Sape yang tengok mesti kata saya tak lap screen monitor saya, kotor kata mereka. Tapi tau kah mereka kesan kotor itu akibat (mungkin) pixel nya sudah terbakar beramai-ramai sambil membentuk calitan panjang? Ok, sebenarnya saya juga tidak tahu kenapa, tapi tolong lah gantikan kepada jenama lain, saya sudah naik menyampah.

Hmm.. nampaknya panjang juga saya bercerita. Maaflah, bukan point ini yang ingin saya nak bangkitkan. Mari kita ke isi utama.

Sebenar-benarnya, saya makin takut memikul tanggungjawap. Kalau diserahkan satu tugas, pasti berat mahu mengalasnya. Saya bukan takut nak membuat, malah saya memang seorang yang suka belajar. Kasi lah apa pun saya sanggup buat. Err.. tapi saya bukan orang yang mampu menangani isu-isu berbangkit selepas itu. Macam contoh, sehabis molek saya kasi done job kali itu. Buat ikut procedure. Berhati-hati seperti takut dibaham singa kalau berbuat salah. Tapi at the end, selepas settle dihantar, selang beberapa hari, dapat call kata data ada problem. Ermm.. call jarang kut. E-mail! Ya. E-mail Outlook saya tu. Paling tak suka baca feedback walaupun saya sendiri kadang-kadang menulis ayat ini di akhir setiap E-mail saya;

"If there's any discrepancy kindly please inform me."
ataupun..

"Should you have any problem do not hesitate to contact me."

Saya mungkin tak jujur ketika meng-kopipes ayat itu dari E-mail colleagues saya. Haha. Pekerja muda (pekerja baru) seperti saya, atau saya sendiri masih belum boleh menerima tekanan masalah di tempat kerja. Ya. Saya belum boleh. Tiap kali ada soalan diaju pasti saya ber-tafakur dulu di dalam tandas sambil menenangkan perasaan. Itu kalau boleh. Jika tak, kasi nangis se-round dulu baru boleh berfikir. Haha lagi. Mana mungkin kurang berpengalaman seperti saya mampu menyelesaikan masalah bertubi-tubi. Mujurlah cogan-kata MD baru tempat saya itu sedap dipraktis "Enjoy your workload" & "Challenge with smile", maka senior-senior saya takkan bermasam sambil marah-marah kalau desakan masalah datang ke meja saya. Heh.. dorang tak boleh marah, nanti mesti ada suara-suara yang mengingatkan slogan tu, Nice kan?

Saya masih lagi mencuba sehabis baik mengekalkan prestasi yang baik. Saya cuba sehabis baik untuk menyiapkan segala kerja sebelum pulang, walaupun terpaksa pulang selewat jam 10 malam, jujurnya aim balik awal dah lama saya lupakan. Kadang-kadang senior saya yang risau kenapa balik lambat sangat. Hey, bukan tunjuk rajin ya. Tak kuasa I. Tapi bagi seorang yang seperti saya, tiada siapa ambil peduli kecuali Mak Comel saya, tak kesah lah. Baik duduk di office dari duduk di rumah tak buat apa, buat runsing emosi terkenang-kenang hal yang sedih saja. Well, orang yang ada kisah sedih memang pathetic kehidupan nya. Itu lah saya.

Tapi...

Nampaknya mak saya kurang gembira. Dia mula beriaksi seakan-akan merajuk, err.. tapi tak kutt tapi ya kutt.. sebab saya selalu balik lewat, dan esok SABTU pun saya bekerja. Oh! I'm sorry mother. Anak mencari rezki ni bukan sengaja. Jangan lah kata mak sebagai Ibu Bapa yang terbiar *sedih*. Dan majikan saya bukan lah tak sayang Mak dia, tapi keadaan memaksa. Dalam schedule kena bekerja, kami kena kerja. Schedule suruh cuti, kami wajip cuti. Tacing jugak bila mak saya kata "dorang tu tak sayang mak dorang ke asyik kerja jee..."

Hmm.. dah tu saya nak buat macam mana? -__-"

Sorry Mak! I Love You.


...kami bersusah-susah dulu, 
bulan doblas kami bersenang-senang kemudian!
cuti seminggu hujung tahun! Yahoooo!...
.

Monday, July 26, 2010

Click click pun belum tentu senang.

Aku tak tau la ini karma atau apa. Macam umpama What Goes Around Come Around tu tetiba tengah jadi kat aku. Heh.. berapa kali remind diri sendiri hal hal "jangan ngutuk orang nanti tertelan balik" pun belum tentu boleh ingat, baru dapat benda best sikit konfem terlupa kejap. Biasa la tu kan, macam budak kecik kalau kita perdaya kata Mama dia panggil. Padahal masa tu dia tengah sibuk nak belek hanphone mak uda dia, sure terkalih terus lupa and terus laju pegi kat mama dia. Heh, tu taktik biasa aku apply kat budak comel (Ashraf) untuk ambik balik handphone kesayangan.. ngee..

Budak-budak boleh la kau perdaya. 

Emm.. tapi sekarang apa kaitan perdaya dengan karma plak ni. Bukan bukan.. oh! ini termelencong la ni. cis.

Aku selalu usik kakak aku punya kerja. Dia Auditor berjaya (ok.tu aku tambah). Aku kata alahhh... ape yang penat sangat pun, duduk je, satu jari je yang busy click-click mouse sambil aku buat gaya click clik sampai dia naik annoying. Aku ulang-ulang dengan lagak tak pandai jemu. Haha. Ada je chance mesti gaya tu jugak la aku ulang-ulang dan argue ape penat sangat pegang mouse, bukan kerja berat. Memang  itu je la modal baik punya nak sakat , lagi-lagi kalau dia mula cakap die penat and nak skip tolong kat dapur.

Tapi tuu ler.. bahana mulut sendiri, haa.. hamekkk kau! sekali aku pun dapat kerja sama routine nya macam dia. Exactly sama macam gaya annoying yang aku selalu buat. Sadis betul.

Jumaat lepas pertama kali nya sepanjang empat minggu menjadi Career Women (cewah!), aku terpaksa mengadap monitor dengan kadar terpaksa selama 12 jam. Itu rekod OT (overtime) pertama memandang kan hari-hari lain aku balik sharp 5.30 pm, cuma jarang-jarang terlebih 10 minit mahupun 20 minit. Selalunya kalau tak balik lagi jam 5.40 pm dengan automatik nya badan mengelupur. Haha.

Sekarang baru aku tau, bukan setakat jari telunjuk je penat click click, tapi mata.. pinggang, punggung serta segala sendi sekitar tengkuk dan bahu juga terlibat menyumbang kepada PENAT nya KERJA seperti kakak aku. Tu la, dah rasa baru tau tinggi rendah nya Dunia!. Ops.. opss.. ;p

Walau apa pun, I Love my Job. Perghh.. confession malam Nisfu Sya'ban jam 11.32 pm. Ok. Gudnite.


Thursday, July 22, 2010

Wanita tak sejati

 source : Google

Eh! bukan aku! tidak.

Dulu kat tempat aku belajar, kalau pergi pasar malam mesti ternampak geng ni. Geng-susah-nak-teka! Teka apa?haaa......itu yang kita tak tau! Tapi aku panggil dorang golongan-susah-nak-di-categorize jugak kadang-kadang. Tu aku punya panggilan sweet la kat diorang. Sana sini boleh nampak. Ada yang comel, memang comel sangat. Kulit halus, rambut rebond, t-shirt kaler pink, jalan sopan sambil bergosip meriah sesama geng diorang. Berjalan tu tak hengat punya melenggok! tapi tu kalau kat pasar malam la. Tapi kalau dlm kawasan kampus.. pandai pula cover sikit, pinggang tu dah macam boleh bersifat seperti CHIPSMORE, kejap ada! kejap takde!

Cun oh! sampai kadang malu nak jalan sebelah. Dorang jalan LAGI AYU kottt, dari aku yang jalan berterabur ni, memang kalah 100%. Isk, maluu!. Aloh.. aloh, kalau jalan depan bakal Mak Mentua, komfem kena rijek.

Geng susah nak teka ni kalau nak cari among pompuan (tomboy @ pengkid) kat tempat aku belajar dulu, memang susah sikit nak cari. Erk.. pasal apa eh? Dah tu, tudung wajip pakai, even kalau tomboy sekalipun dia, bukan nya boleh nampak kan sebab kepala tutup. So, setakat nak dress up macam laki, err.. aku rasa ramai je yang dress up macam laki, tapi dorang pakai juga HANDBAG bling-bling.. so susah nak differentiate sikit. SUSAH, unless kalau bukak tudung, baru la boleh kenal. Tapi percentage nak jumpa hampir ke TIADA, zero. Serius, aku tak pernah jumpa.

Seganas-ganas kawan-kawan pompuan aku, dorang still takkan lupa pakai bedak pergi kelas. Hu-hu..

Ok-ok. Kenapa panjang sangat aku punya intro ni. Sebenarnya nak cerita yang kat tempat kerja aku ramai ASAM-BOI (read : tomboi). Bukan main dia punya kikis rambut mengalah kan mamat maintenance berambut monhawk yang aku jumpa siang tadi. Isk terkesima kejab, hensem juga style rambut monhawk mamat tu. Yang aset kat depan tu.. haih, toksah cerita la, malu i tau...huhu. Biasa nya kewujudan golongan macam ni aku rasa sikit je, maka nya terbeliak jugak la mata ni bila tengok, ramai rupanya mereka.

Haih. Culture-shiokkk! juga aku kat situ. O level (read : operator) khususnya untuk wanita sahaja kalau kat tempat keje ku ini, huhu mengaku juge mereka ini WANITA rupanya.



p.s. : tp syukurla, takde yang hensem, ngeee.. tp teringin juga nak paham mereka ni, kenapa dorang jadi macam ni. hmmm..

.
Older Posts Home