Showing posts with label pasal sendiri. Show all posts
Showing posts with label pasal sendiri. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

Best dan Tak Best Bekerja dengan Multi-Races!

Oh hye!

Kenapa tatkala sibuk menghempas tulang empat kerat, idea nak mengepos kat sini melimpah ruah, tapi bila duduk melangut sorang-sorang kat rumah takde pulak rasa nak menulis, langsung tak de nafsu? Haha.. memang bukan penulis tegar aku ini. Mungkin! Well.. I must say, aku penulis murtad, sebab menulis bukan satu passion bersifat istiqomah dan kekal dalam jiwa aku ni. Bila terasa nak menulis, baru ku tulis. Bila tak, haram, langsung tak meriah page tak seberapa ini. Hmm.. ok, next perenggan.

[Enter]

Sometimes ada baik buruk nya bila anda bekerja dengan berlainan bangsa. Ada baik. Ada tak baik. Nak kata baik banyak pun tak juga, nak kata tak baik banyak.. itu depends on how is your colleagues. For my side, I work with combination of Malaysia races. Tapi my department takde Indian. Other department yes! We are "International Company", haha.. not only that, we are multi-races. Kau nak cari kaum apa pun ada. Bangsa apa pun ada. Dari negara mana pun ada. MULTI-perfect. Dalam toilet ada macam-macam lagu and bahasa itu perkara biasa. Hah! itu habit negara mane entah, dalam toilet pun nak feeling-feeling siap *membuang* sambil dengar lagu. Tu belum lagi bergayut sambil berhajat (read : membuang). Multi-tasking sungguh.

Ok, just leave the topic behind, aku bukan nak cakap pasal fenomena tandas "International Company". [muntah]


Jom cekidout apa yang baik and tak baik, apa yang best and tak best, bekerja dengan multi-races!

1) Tak best bila anda tak paham bahasa bangsa lain. Sometimes, aku rasa agak rude bila mereka bersembang dengan bahasa mereka dengan mereka-mereka saje. Aku selalu imagine, they might say something that purposely want to hide from us, something yang memajukan bangsa mereka je. It's unfair.

2) Best bila bersembang di kala kelapangan, pasal tradisi bangsa masing-masing. So that, we can share what they do, what we do, how they do, how we do.. and so on. Bab ni, aku memang sangat suka!. Since, sejak belajar tak pernah ada kawan selain Malay, excepat masa ber-PLKN dulu saja. Tu pon, entah mane hilang dah semua.

3) Tak best bila bawak makanan, asek dorang je boleh makan makanan kita, tapi kita tak boleh makan makanan dorang. I mean yang di tapau dari rumah. Huhu. Bertukar-tukat makanan macam hari raya memang tak boleh la. Maka, anda akan merasa bosan kalau asek anda je yang bawak makanan. Harap maklom.

4) Best bila kita boleh adapt dengan cara bekerja mereka. I must say, they are faster than my own race. I have my own experience working with same race and different race, it's totally jauh panggang dari api. Haha. Bab ni, aku malu sikit. Tapi takpe, it's good when we can learn and take the positive way. Boleh memajukan diri sendiri kan!

5) Tak best bila kalau ada party mcm farewell or welcoming, mesti terasa macam ada beberapa kumpulan. Ni masalah bahasa jugak lah. Dorang mesti selesa nak bersembang pakai bahasa ibunda sendiri kan, macam melayu jugak. Tapi memang out of control bila group anda ada ramai sesama bangsa mereka. So, dorang akan bersembang bahasa dorang, kita dengan bahasa kita. See.. ada beberapa pecahan plak, padahal we are on the same event!

6) Best sebab boleh pelbagai kan kawan. Haha.

7) Tak best bila ada pakatan dalaman orang atasan yang anda nampak seperti menaikkan kaum sendiri!


Ha-ha. Ini je la kot yang aku nampak. Sebenarnya banyak lagi! tapi aku rasa aku tak leh nak cakap banyak sangat pasal ni. Ini isu sensitif. Kan? Kan? Ape pon, biasa la memang ada pro and cons nya. Kalau dah ade perkataan "multi" of course la "multi" jugak impact nya. Maka, layan kan aje lah. Yang baik amik, yang buruk.. kutuk-kutuk sikit dan amek sebagai pengajaran. Renung-renung kan and Salam 1 Malaysia! *peace*



p.s. : June 2011, setahun aku bekerja!

.

Thursday, October 07, 2010

Snippets about my Convocation.. hee..


A month before Convocation
- Oh! never ever remember the exact date. Since no concern because my damn tailor has destroyed my supposedly convocation dress. A bit frustrated, unbelievable price but the result really can killed my excitement. The fabric was a present from my sister-in law. Down.

2 weeks before Convocation
- Suddenly realized that I haven't prepared the tracer study which all graduates need to complete it. If not, no robe can be taken. It was survey about our performance, future and opinion. The questions are a good sleeping pills. Sorry, I have to answer all average since I was doing it in my office, so need high-speed to avoid lecture from my superior.

1 week before Convocation
- Still no feeling. My best-friend keep telling me she was really excited, but me? oh.. ok.. No dress, so no excitement at all. Nice dress really gives a big impact to the mood, . Last time when my good-friend, Shepha had an headache on choosing a best dress for her convocation, I just didn't get it, now I realize the significant of having a nice dress. That's so true.

3 days before Convocation
- It was my pay-check day! After calculating the budget plus my excess anxiety on importance to have a new dress so I decided to hunt for a new dress and forget about my previous ugly dress which currently not in the convocation dress list. But that day, I was too busy with work so postponed until tomorrow.

2 days before Convocation
- Early morning, I planned to have a hunting at Shah Alam. Oh! what a crazy idea. Since my beloved sister also need a new dress, so I decide to go with her. But later, late evening I felt really lazy to join the traffic jammed. My plan still go on but the place alternate to the famous mall in Bangi, it is Warta!. Like a weird crazy lady, I go and check every single shop and finally, I found the right one. With one glance, I knew this is the best. I went to the fitting room and had a video-call with my mum. Since, she is really particular with my choice so I need a green-light of course. She said OK, and I paid for it. 

1 day before Convocation
- I took second-half off for spending my time with all my good-friends. That day was really blissful and I smiled up to my ears and haven't concentrated on any of my job. Thank God no urgent matter came-up in the morning. After Zohor, I was rushing to Gombak, my almost bitter-sweet memory there. What I know is I must meet my besties and enjoy this limited time, but what I don't know is, I left-out my wallet at home. A-ha.. again, thank God there was no road block anywhere.

The Convocation Day
- The night before I can't really sleep. Some of my friends text me and said how excited they are. They can't sleep, so do I!! Only about 2 am in the morning, I sleep.. but sharp 5 am my eyes open widely like I haven't slept that night. Since I planned to put some make-up (hahaha), so I need to get ready early. After Subuh, my family and I were heading to IIUM. The journey was really smooth and alhamdulillah we reached there safely.

1 hour before the Ceremony
- The first person whom I met was my so-called cousin. Haihh. Later, I met Husna at the parking but unfortunately we didn't take any photo together, oh with my so-called cousin also no photo, maybe I was a bit afraid with his mother, so I acted like a well-behave lady. Then, I went to the hall to find my parents and sister. Seriously, that moment was a very meaningful to me. Got a smile from my father and a kiss from my mother were something really touched my small heart.

Half and hour before the Ceremony
- It was the time where we were gathered at the right door before we take oue seat. That time, all my friends can't stop their mouth since many catch up need to update. Haha. We took some picture, but unfortunately only camera phone can snap the memory. Everybody was really excited,  they smiled, they laughed and perhaps their inside felt like butterfly in the stomach. Seriously, the committee members cannot control us since we moved here and there to meet and hug each other. However, not all we can met.

During the Ceremony
- We have to seat according to our CGPA, ahaks, trust me it was not nice. The VVIP arrived a bit late but still the ceremony ended on time. There were 600++ graduands but I feel the time flies really fast. During my turn to take the scroll, suddenly the Sultan (Sultan of Pahang) asked me, "ini Engineering ape yeh?" oh okk.. I got a chance to talk with him, that's an honored to me. Many funny incident happened on the stage, but I respect him for acting like a normal people, no serious protocol that concerned him. 

10 minutes before the Ceremony end
- Everybody seems like cannot stay on their chairs anymore. Chit-chat here and there. And the hall already full with a happy voice. After the Sultan announced the closing, I knew that was just the beginning of my life. A journey to an adult world. No more mummy and daddy's little girl. Oh! my eyes suddenly feel like a reservoir.

End of the Ceremony
- to be continued.

* see.. I was smiled up to ears -_-" *


Life isn't beautiful like you always hope.
But remember, by hoping there's always 
a way for beautiful ending.
(Hamizah, 2010)

Monday, July 26, 2010

Click click pun belum tentu senang.

Aku tak tau la ini karma atau apa. Macam umpama What Goes Around Come Around tu tetiba tengah jadi kat aku. Heh.. berapa kali remind diri sendiri hal hal "jangan ngutuk orang nanti tertelan balik" pun belum tentu boleh ingat, baru dapat benda best sikit konfem terlupa kejap. Biasa la tu kan, macam budak kecik kalau kita perdaya kata Mama dia panggil. Padahal masa tu dia tengah sibuk nak belek hanphone mak uda dia, sure terkalih terus lupa and terus laju pegi kat mama dia. Heh, tu taktik biasa aku apply kat budak comel (Ashraf) untuk ambik balik handphone kesayangan.. ngee..

Budak-budak boleh la kau perdaya. 

Emm.. tapi sekarang apa kaitan perdaya dengan karma plak ni. Bukan bukan.. oh! ini termelencong la ni. cis.

Aku selalu usik kakak aku punya kerja. Dia Auditor berjaya (ok.tu aku tambah). Aku kata alahhh... ape yang penat sangat pun, duduk je, satu jari je yang busy click-click mouse sambil aku buat gaya click clik sampai dia naik annoying. Aku ulang-ulang dengan lagak tak pandai jemu. Haha. Ada je chance mesti gaya tu jugak la aku ulang-ulang dan argue ape penat sangat pegang mouse, bukan kerja berat. Memang  itu je la modal baik punya nak sakat , lagi-lagi kalau dia mula cakap die penat and nak skip tolong kat dapur.

Tapi tuu ler.. bahana mulut sendiri, haa.. hamekkk kau! sekali aku pun dapat kerja sama routine nya macam dia. Exactly sama macam gaya annoying yang aku selalu buat. Sadis betul.

Jumaat lepas pertama kali nya sepanjang empat minggu menjadi Career Women (cewah!), aku terpaksa mengadap monitor dengan kadar terpaksa selama 12 jam. Itu rekod OT (overtime) pertama memandang kan hari-hari lain aku balik sharp 5.30 pm, cuma jarang-jarang terlebih 10 minit mahupun 20 minit. Selalunya kalau tak balik lagi jam 5.40 pm dengan automatik nya badan mengelupur. Haha.

Sekarang baru aku tau, bukan setakat jari telunjuk je penat click click, tapi mata.. pinggang, punggung serta segala sendi sekitar tengkuk dan bahu juga terlibat menyumbang kepada PENAT nya KERJA seperti kakak aku. Tu la, dah rasa baru tau tinggi rendah nya Dunia!. Ops.. opss.. ;p

Walau apa pun, I Love my Job. Perghh.. confession malam Nisfu Sya'ban jam 11.32 pm. Ok. Gudnite.


Wednesday, July 21, 2010

Sabar sabar sabar...

Life as a pekerja memang agak mencabar. Kalau tak sabar sikit, memang boleh jadi huru-hara. Ehe, huru hara tu pun sebenarnya aku rasa from diri sendiri kita jugak. Semuanya kene kesabaran tahap dewa, eh.. tu tak mungkin la kan, kite up sampai tahap teratas je la. So, from there, insyALLAH kita boleh counter segala cabaran tu. Tapi ini dalam konteks sesiapa yang dapat pekerjaan yang seswai, bagi yang tak seswai, tu problem besar.

Bila dah semakin besar problem nya, maka nya.. haa.. lagi besar la KESABARAN nya. Assobruminal-iman. Bersabar itu separuh dari iman. Lagi separuh.. pun susah nak dapat kadang-kadang, so why not.. konsisten kan sikit yang lagi separuh tu. Untung-untung bertambah murah la rezeki tu. Tak gitu cik kiah?hehe.

For those yang still tak dpt kerja lagi pula, tu kondisi nya lain lain dan sangat lain lagi. Lain dari sudut situasi. Tapi tahap kesabaran tu, aku pikir tetap sama. Bersabar lah. Mesti ada sebab or hikmah kenapa masih tercari-cari dan belum ada satu lamaran kerja.

Mungkin tuhan memang nak bagi rehat lagi? Mungkin kalau kerja pun, pekerjaan tu tak seswai sampai kena sakit hypertension? Or mungkin juga kalau dapat kerja alih-alih err.. ada perkara lagi buruk berlaku. So, bersabar lah. Tapi jgn duduk atas kerusi dan bertekad 'aku sabar', 'aku sabar' cakap sampai malam macam tu je.. ehe.. macam tu memang sampai bila la tak jadi apa.

Dah bersabar tu, sertakan juga dengan TAWAKAL. Eh.. tapi sebelum tu.. BERUSAHA dulu. Niat nak kena betul. InsyALLAH, rezki tuhan tu ada di mana-mana saja.

Bagi yang dah bekerja, hadapi lah apa yang terbentang kat depan mata. Positif je kalau kene bambu mahupun di cop lembab. Dah sah sah baru kerja, memang macam gitu lerr.. haih.. sebab aku pun dah rasa macam tu. Bengang tu bengang gak. Tapi sabar je, tak rugi pun. Hati pun kurang penyakit. HUHU.

Just, apa yang boleh aku conclude, certain good engineer cannot be a good lecturer and certain lecturer also cannot be a good lecturer too. The truth is nobody perfect. That's all.

Tuesday, July 20, 2010

Takde L.I.F.E.. what does it mean?

Ni kali ke empat aku try nak tulis something.


hmmm..

nampaknya tetap tak berjaya.
Kurang input yang berilmiah la ni, aku suspek. haish.


Yep. Ofis-peti-ais aku tu tak boleh google google sebarangan,
kalau tersilap 'click!' then terkena jangkitan kuman virus kecil
seperti trojan mahupun virus besar seperti brontox yang tiada belas kasihan,
maka nya.. boleh la merasa seperti bermain bola kasar..
dapat yellow card...


tetttttt~



serius takde life.

Sunday, July 18, 2010

Saya suka makan Roti, Kamu suka makan apa?

Well.. well.. it is Sunday, and the clock is approaching 5 pm. Haiya! weekend dah nak habis and still I haven't done sumthing that can be classified as F.U.N. Haha.. But being forced to kenduri is not fun at all. Malas tapi layan kan je la. Ah.. bila pula kenduri aku? haaaaaaaaaaa.... itu yang kita tak tau!

Ok ni cerita basi yang baru nak cerita, I admit it.

Last weekend, my cousin bertunang. But aku bukan nak cerita pasal dia bertunang dgn sapa, orang mana, hantaran berapa bla bla blaaa ye cik timah. No no noo.. ehe. Btw, Jgn marah ye pengantin. Tapi pasal my mum's roti masa famili beliau 'bertanggak' kat rumah aku itu hari. So.. ini bukan roti bakeri mahupun kedai roti dalam carefour atau Jusco dan juga bukan Tesco. Tapi ini fresh from my mum's oven. Tyehee..

Jom cuci mata... zassssssss!

roti sosej, roti kacang merah and roti sardin!
2 singgit.. 2 singgit! haha..

layan angle lain pulak. nyums!
hmm.. haritu demam, so dpt merasa sikit je. mkn tak puas!! arghh..

sape kata org demam tak boleh posing ceria? mmg pelakon terbaek.tima kasih.



Kenapa cerita pasal roti ni? adui. aku pun dah compius. *geleng-geleng kepala*


p.s. : seriusli aku bukan rindu Roti, percaya-lah!


Thursday, July 15, 2010

Gunting sana Gunting sini, jangan jadi gunting dalam lipatan sudah!.

Akibat terlalu rase bosan tahap melampau akibat ketidak-ada-an life sejak dua menjak ni, (bangun pagi pegi keje, petang balik makan tgk tv, malam tido!) maka termelencong lah aku ke WARTA BANGI. Sebuah pusat membeli-belah terkemuka di daerah Bangi ni, sape orang bangi tak tau BANGUNAN serba-boleh, eh bukan! serba-ada ni, memang disqualified la beliau sebagai warga Bangi, maaf!

Dengan ketidak-ada-an motif padat, maka terpergi lah aku ke kedai buku. Ya! aku memang suka kedai buku. Tapi to be honest bukan bahagian buku-buku tebal yang satu aku baca mungkin 2 tahun lagi baru habis, bukan bukan. Tapi pasti lah ke bahagian kertas-kertas berwarna-warni serta alat-alat tulis yang funky munky.

Heh.. dah memang habit dari kecik kot. Bajet kretif la tu. Bajet je.. walhal.. eh.. memang ada bakat tau, percaya?

So, demi melepaskan napsu yang entah dari mana datang nya, terbeli lah oleh aku gunting super canggih ni. Dah lama nak gunting macam ni. Ops scissors ya. Memandangkan 6 tahun aku habis sebab nak baca buku Kalpakjian tentang Manufacturing Process dan juga buku karangan Jay Heizer pasal Operation Management eh dan juga buku-buku tebal yang mahal lagi tak-paham yang lain, maka terpaksa lah aku melupakan kejap aktiviti gunting dan tampal, gunting dan tampal lagi.

Aku suka gila kot buat-buat benda ni! ok takpe., ke-gila-an tu tak payah la kita express kan panjang lebar, tak perlu ya. Sekarang kita balas dendam. Memandangkan mata dah lemau mengadap FACEBOOK yang tak bernyawa sangat dah tu. Asyik-asyik stalker buku orang je, sampai naik muak pulak bila orang update benda best-best (dalam hati jeles le tu sebab life kite tak se-fun tu. *sigh*). Mungkin sebab tu la, aku tak sengaja dapat hobi baru ni.

Planning nya semua muncul masa kat kedai buku tadi. Terima kasih la la ye wahai kedai buku, habis jugak duit belanja aku kau kikis harini. hmm.. esok makan mee sup RM2.50 je la jawapnya, tak pun makan kueh 3 singgit. hmm.. hmm..

Dah jom tengok ape yang excited bukan main neh. Gedik betul rasa nya menayang-nayang barangan peribadi. Well, itu la perangai stereotaip gadis-gadis comel seperti saya. (ok, nak muntah!)

gunting ajaib! dua bilah RM6.50, made in china.

ini cecorak lain la yang ada, kalau nak semua, mau dekat 33 bilah gunting la pulak kene beli! damn..

ni cecontoh nya. excited. excited. oh gumbiranya dalam hati.. hey..

selamat mencuba!














p.s. : nak buat scrap-book. tapi mcm dah tua sgt ke baru nak mula buat ni?hmm..

Sunday, July 11, 2010

Kisah Kau dan Aku. oh kawan-kawan.

Harini kebanyakan budak-budak unibesiti balik kolej (hostel) masing-masing. Oh, adek aku pun same lah. Even hati berat nak ikut pegi UIA ter-chenta hantar dia, tapi apa kan daya kesihatan tak mengizinkan. Maka, rindu-rinduan lah lagi aku pada tempat itu.. erkk.. adeh, ayat nak jiwang je. cet.

Esok mula balik semester 1 untuk sesi 10/11. Esok jangan harap la muka aku ada lagi kat sana. Cukup la empat tahun bergolak-galik (ade ke pekataan ni?), ok bertunggang-terbalik mungkin lebih 'kena'. Macam-macam memori yang ada kat setiap ceruk tempat kat sana. Haih.. kalau ke sana lagi, mungkin boleh bikin air mata jatuh teringat semua suka-duka yang pernah watak aku dan kawan-kawan main kan dulu. Nasib la boleh rewind dlm kepala je, nak patah-balik masa, itu kan impossible.

Semua dah jadi sejarah.

Sejarah mana mungkin boleh sama dengan yang 'telah' berlaku. Kalau sama pun, masih tetap takkan exactly 100 percent jitu. Sama la juga dengan memori bersama kawan-kawan yang telah 4 tahun sama-sama bergelumang dengan cerita hidup zaman belajar. 4 tahun beb!. Plus lagi 2 tahun matrik, ok to be presice 6 tahun la. 

Bukan senang nak kenal hati budi orang. Jatuh bangun gelak nangis kawan lawan baik buruk, semua lah. Mengenal erti hidup sama-sama. Bila dah kenal sampai tahap boleh buat macam adik-beradik, tup-tup lumrah dunia tetap juga harus di-telan pahit. Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahan nya. Tak kira la berpisah hidup mahupun mati.

Itu memang tak boleh dinafikan.

Haih.. sikit-sikit nak emosi je bila teringat zaman bersukaria menjadi pelajar. sedihhh kottt... huuu.. ;(

So, to those who still in their student life, enjoy la to the fullest!, nanti-nanti dah habis belajar tak la menyesal sangat sbb tak enjoy. hahaha.. boleh pulak la pesan macam tu. Bagi aku, no such thing yang aku menyesalkan, my belajar time was the most beautiful-shinning memory. Alhamdulillah. Thanks to all yang terlibat mewarnai masa-masa itu. 

Kenangan harap tak luput walau teman yang baru berganti nanti. Sayonara.



p.s. : kena cari teman hidup pulak lepas ni, opsssss! hahah..

Sunday, July 04, 2010

Student Life vs. Employee Life..?

Seperti kebiasaannya bila hari Ahad jeee aku baru la sibuk nak update blog. Oho! sudah hari ahad lagi, maka nya cuti hujung minggu dah come to the end, dan err esok, merasalah aku MONDAY BLOOM hari ini dalam sejarah. Actually, kalau masa belajar dulu pun selalu jugak rasa perasaan tak syok ni, tapi kali ni isk.. tak boleh ditolak lagi. Kenapa aku cakap macam tu?

Ok. Kalau dulu-dulu time belajar, ni cerita universiti aku la ye. Kalau dulu kitorang susun jadual sendiri. Dat mean bila start pre-reg (nama glamer, nama panjang pre-registration), mula sibuk susun jadual untuk semester seterusnya. 

Kalau ada option untuk kelas Hari ISNIN tu time dia kalau boleh mesti avoid yang start pukul 8.30 pagi. HAHA.. jahat tak jahat la. Tu semua perancangan rapi untuk balik kepompong (hostel) paling lewat iaitu pagi ISNIN baru terkedek-kedek nak balik dan bukan petang AHAD, cerdik tak?

Kalu dapat kelas pukul 2.00 pm memang tersangat bersyukur la! kuikuikuii.. Maka nya setiap sem untuk kelas Hari Isnin dan Rabu (biasanya Isnin ngan Rabu sama jadualnya), mesti la bukan seawal pagi. Tapi kalau dah memang takde subjek yang boleh dipilih, terpaksa jugak amek yang pagi,  if dapat pukul 10 pagi pun dah kira bersyukur sangat!.

Tu memang kaedah seswai la untuk budak hostel kaki balik macam aku. Sungguh flexible kan! Dan lagi syok bila dah la hari ISNIN start kelas lambat, then jadual untuk minggu tu sampai hari KHAMIS aje.. JUMAAT di isytihar holiday sendiri.. huishh.. itu double ke-enjoy-an la bagi budak-budak se-universiti aku. Alhamdulillah (syukur2), merasa jugak la masa sem last hari tu kelas 4 hari saje. At least merasa than never kan.

Memang tak dinafikan, life seorang student tak kira lah kolej ke, universiti ke, or even SEKOLAH, cukup-cukup berbeza dengan life seorang pekerja makan gaji. Tapi budak sekolah lain sikit la ek sebab still ada time table nya yang kena ikut. So, sekolah kita tolak tepi sikit. Ops, sori!

Untuk kes aku, even waktu office hour aku dikatakan flexible boleh punch in antara 7.30 ke 9.30 pagi, tapi still tak leh lawan ke-flexible-an time schedule belajar yang aku sendiri berkuasa untuk pilih. But then, its ok sebenarnya. Arus hidup itu kan sentiasa berubah. Takkan nak selama-lamanya di tapok lama. Aceceh, macam cakap-cakap orang besar (politik) pulak. Susah jugak nak buat anjakan paradigma tapi I'll try my best untuk tukar gaya hidup sehat ini. Dalam hati, mengeluh jugak ni huhu.

Setiap hari before tidur memang kena set alarm (tu pon nak cerita?) 6.25, tapi bangun 6.30 am, kasi 5 minit masa membuka mata dengan cergas dan cerdas. Dan hari-hari pun macam tu la. Syukur la rumah dan tempat kerja sangat-sangat-sangat-super dekat. Hal ni memang menjadi ke-jeles-an rakan-rakan dan taulan. Saya minta maaf ye, hii. Tapi bukan nak bangga pasal ni, cuma nya nak kongsi betapa tak syok nya sebenarnya hidup seorang pekerja. Routine nya sama je setiap hari. Itu.. itu je la. Kalau nak buat lain sikit pon, err.. kat mane eh.. hmm.. belum fikir lagi, since aku baru start bekerja SEMINGGU, fresh fresh from oven lagi, auww..

Maka nya kat sini, bagi sesiapa yang tengah duk belajar lagi dan yang akan sambung lagi pelajaran terutamanya Farahuda dan Kamila, hee.. siap state lagi nama kau berdua (sori Kamila ter-forget!), bersyukur la anda semua kerana masih digelar PELAJAR. Life as a student is triple excitement. Kawan-kawan rata-rata nya seusia, boleh pergi melepak ikut suka even waktu office hour, tak payah fikir cemana nak memenangi hati bos anda.. dan sebagainya la. Ehe.. btw, ini contoh je.. huhu.

Namun begitu (ayat karangan SPM), apa yang aku sedang lalui, aku tetap bersyukur. Dalam ramai-ramai kawan-kawan nampak nya rezeki aku datang dulu. Aku sendiri tak sangka. Perancangan awal nak sambung belajar, macam yang aku pernah heboh-heboh kat sini. Bajet nak sambung luar negeri la ape la, last-last siapa sangka jalan lain yang menjelma dulu. ALHAMDULILLAH. Walau pun sikit culture shock, eh bukan sikit tapi BANYAK ni akan aku cuba buat yang terbaik. Terima kasih ALLAH.

Buat kawan-kawan yang lain, doala banyak-banyak, pasti rezeki kalian ada di mana-mana. Lambat atau cepat itu urusan-Nya, urusan kita apa? iya, banyak berusaha dan bertawakal itu tugas seorang hamba.

oh! post aku is getting sangat serious la day by day!

p.s. : rindu kawan-kawan semua, sob3, :(

Saturday, June 26, 2010

Tulisan kecil mungkin tak penting.

Nampaknya malam ni tangan terlalu la rasa gatal nak menaip panjang lebar. Jadi, awal-awal aku warning, mungkin post ini panjang sampai berpinar mata nak baca, err.. tapi mungkin juga tidak! well, kita yang merancang, tuhan yang menentukan ye tak? IYE! CIKGU!

Hmm.. isk.. baru nak masuk paragraph kedua aku dah start blurrr! it is so damn right there. Apehal la aku ni, apa nak jadi sudah. Rasa nya kali ni je la aku boleh nak corat coret sikit banyak dalam ni, mungkin dua tiga minggu, or mungkin bulan-bulan lepas ni, blog ni akan sangat hambar.. err.. tapi mungkin juga tidak! seperti yang aku kata kan di atas, kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan, betul tak murid-murid? hee..

Refer kepada post yang lepas, yep.. aku bakal berkomitmen selepas ni. Tiada lagi goyang perut mahupun kangkang seksi (tidur) di siang hari lagi. Tiada lagi curi-curi tengok muvee di Alamanda (sebab teramat boring), Tiada lagi gado-gado dgn mak sebab kena paksa pergi join kelas agama geng ibu-ibu (jahat gak ye?). Tiada lagi aktiviti bukak Jobstreet.com sambil garu-garu kepala nak klik apa lagi (sebab hampir semua job telah di klik). Mungkin akan merindui suasana itu. Tapi mungkin juga tidak.. (ok, ayat sambungan nya sila refer di perenggan dua di atas, sama je).

Kalau blog ini sunyi nanti (kalau lah) jangan lari dari menyinggah lagi ya. Sedih hati aku nanti. Sedih lagi hati blog bosan ini. Dia pon ada perasaan, huh.. tak percaya? ok jangan percaya, sebab aku pon tak tau tang mana duduk letak nya hati si dia.

Macam-macam sebenarnya kalau boleh aku nak expose kat sini. Tapi entah la kenapa, hormon mencapup (mencari publisiti murahan) tu semakin lama semakin senak dan tenat, di tambah lagi kemalasan tahap melampau, lagi la malas nak bercerita lagi di sini.

Biasa kita dengar orang cakap, 'tak yah pikir la ape org nak kata, pedulik apa', tapi itu lah yang selalu aku fikir bila setiap kali nak update blog. Aku selalu timbang tara dulu patut ke tak aku menulis bercerita bagai nak rak kat sini, apa nanti tanggapan orang. Aku tak nak di label streotaip, aku tak nak di label suka menjaja cerita, aku tak nak di label macam bagus, kuat mencapup, ah.. semua la yang buruk-buruk. Tapi itu lah yang akan terjadi di fikiran manusia, tanggapan orang kita tak boleh kawal. Maka nya, diri kita juga lah yang harus ambil peranan. Kita juga lah yang kena berhati-hati. Better prevent than cure. (ada kaitan tak?)

Betul. Kalau bukan kerana diri sendiri, siapa lagi puncanya, kan? Lain la pula hal nya, kalau memang dah berjaga-jaga tapi still di fitnah lagi. Itu kes, 'don't worry, bukan salah kau, tu salah si mulut celaka'. Jadi, sebab itu lah, mood aku hilang sudah mahu stori mori di blog sendiri.

Apa yang aku nampak dan sedar sejak join dunia blogging ni, kita memang kena ada kekuatan yang tersendiri. Strength dari segi, sanggup berkongsi hidup dengan orang lain, sangat terbuka, setia (i mean setia dgn blog sendiri ya) dan juga rajin (update). Hee.. disebabkan ciri-ciri itu semua macam tak berapa sangat nak ada dalam diri aku, maka nya.. itu sebab lah semakin lama semakin tak bersemangat blog ini jadinya. Ya! salah kan mek. fine.

Furthermore (ayat essei), aku ada satu rasa yang kureng sikit pasal blogging ni lately. Which is, tentang sesuatu yang melalui blogging kadang-kadang orang boleh jadi tak honest dan penipu. Ok contohnya, kes biasa la pasal follow meng-follow ni, lepas kita dah follow blog dia (sebab dia yang kata nanti dia follow balik). Lepas tu, good-bye la dia buat lupa tak follow balik. Sedar tak sedar, dia dah jadi penipu. So, hukum apa sila deal dengan malaikat pencatit ya. Blogwalking yang klik-klik nuffnang or advert yang lain tu pon sama je. Nak kaut duit semata-mata bukan nak baca sangat pun blog orang tu. Bila kita tak klik dia punya, maka jauh sekali la dia nak klik kita punya. Erghh.. seriusli aku tak suka give and take serupa tu.

Jadinya, banyak lagi senario hidup BLOGGING ni yang kita kena ambil tau. Bukan mudah sebenarnya menjadi BLOGGER. Sebab nya tulisan itu refleksi kepada keperibadian seseorang. Jadi kadang-kadang aku malu kalau ada blog blog perempuan-perempuan yang macam tak ada harga diri bercerita pong-pang-pong-pang pasal sendiri. Tak malu kah, tak segan kah.. entah..

Itu la kot serba-sedikit kenapa aku semakin lama semakin tawar hati kepada BLOGGING. AKU SUKA BLOGGING, tapi situasi tu selalu membuat aku payah dan berat jari nak berkongsi. Ye la, bila kita kongsi ilmu keagamaan, jangan harap la nak dapat trafik tinggi, bila kita kongsi hal-hal kutuk mengutuk tu la paling orang suka. Entah. Sekali lagi entah.

Apa nak jadi?

E.N.T.A.H

Wednesday, June 23, 2010

Not really a come back, just a short sharing...

Oh hye!

I'm coming for a short note only. lalaa~ I'm happy right now, happy like this dancing penguin.
Syukur, Alhamdulillah, Allah has granted my hope and doa. (^_^)"
a-ha.. what it is? you really want to know? ok check my comment box.



p.s. : what do you think about my new blog look? nice - ok - or worst? be honest. :)

Sunday, June 13, 2010

Cuti dari Blogging. Sorry.

Dear Reader,

If you are aware with this blog, the writer know that this blog is no longer being in the state of enjoyable to read anymore. The writer's passion is currently decreasing and she apologize for that. She request for taking some leave until she get back with what actually can be named as PASSION.

Eventhough Blogging is her hobby, but the reality sometimes can make the habit been killed. There is something that she couldn't explain, and she thinks it is not worth for explanation. You don't need to know. Yes, reality can be so cruel sometime.

Let's hope for a new direction, let's hope for new beginning until she can continue write everything that worth for your reading. Hope to see you again. And yes, Happy World-Cup-ing. Yippie!


Sincerely,
Cik M

Wednesday, June 02, 2010

Forgive me if my blog is too boring.

 gambar penghias.

Nampak nya hormon ber'blogging semakin drastik menurun. Maaf la. Tiada blogwalking, tiada beromen.. erk.. salah salah.. tiada mengomen (comment). Trafiic mula merundum bila tuan punya blog sendiri merundum kemalasan. Nuffnang pun takde improvement yang memberangsangkan :(. Seriusli, passion itu hilang entah ke mana.

Semakin hari, tiada info ilmiah yang aku cerita kan di sini, walhal sebelum ini pun tak pernah ilmah ye cik penulis ngehe, perasan. Maksud ku, isu semasa itu jarang sekali diperkatakan di sini, di blog serba serdehana ini. Kenapa agaknya?

Ah.. tak suka menyebut nya.. tak suke tak suke (ayat paling gedik yang paling aku tak suka). Keghairahan itu hilang entah ke mana. Mungkin ter-channel ke arah lain. Jangan! ehh bukan.. bukan.. bukan ghairah yang itu, dirty little mind betul. Maksud aku, currently, passion aku banyak dihabiskan di suatu tempat. Di mana kah?

Itu persoalan atau teka teki teka tekuk, ular mati.. ok sambung sendiri..

Nanti lah, bila dah bersedia baru aku kongsi kan. And yep! I'm thinking of buka a new blog for this new hobby. Should I, or shouldn't I? Yang ada ini pun selalu ditinggal-tinggalkan, apa lagi kalau ada BANYAK! tapi ada aku kesah? (tagline kakaknda saya).

My life. Currently, everything is perfect, even I still don't have any job and many pending plan for my undecided future, but I'm really enjoying my free-stress-less life. Get closer with my family. Helping my mother. Playing with my nephew and niece. Doing the house chores and many more. Eventhough, money condition isn't really in a good stage, but money can't buy anything including love. Love from your family is the most powerful strength and I become greedy with the comfortable environment. Alhamdulillah.

But then, I know, life can't always surrounded by our comfort zone. It will not always give us a nice roof or branch to hang on. Someday it will destroy our soul if we not aware of the disease. What disease? That is what we call as LAZINESS. Just hang for a while and it won't damage your future. Yep.. that's what I always keep telling myself.

To all my classmate and university friends, syukur, finally we are now officially GRADUATED.  (^_^)"
can't wait for my own convocation ceremony on October!



LOVE A.S.A.P

Friday, May 14, 2010

Bingkisan ceruk jiwa kosong

Perjalanan hidup tu bukan macam makan hari ni untuk menyambung nyawa hari esok. Tapi perjalanan hidup banyak memerlukan perancangan yang sepatutnya. Macam contoh future planning utk masa hadapan. Kalau orang tu ada impian yang besar maka PLAN nya juga besar. Kalau orang tu impian nya setakat angan-angan Mat Jenin, itu kita kirim salam sajalah. Err.. tapi tak salah kan kalau berangan?

Dari berangan tu la kadang-kadang idea tercetus. Dari situ juga lah path ke arah merealisasikan angan-angan itu ke arah kenyataan tiba-tiba boleh muncul!. Asalkan bukan duduk bersandar bawah pokok kelapa berangan sampai tertidur dan lepas bangun terus lap air liur. haa BUKAN ya.

Pada ketika ini.. di saat aku dgn rasmi nya (even tak konvo lagi) sudah habis belajar ni, aku masih terfikir-fikir lagi apa masa depan yang aku impikan. Seriusli sampai saat ni nak klik butang APPLY kat jobstreet.com tu aku mesti pikir, betul ke apa yang aku apply ni, itu ke yang aku mahukan. HADOI!

Membuat decision bukan benda yang aku gemari. Well, tapi aku bukan la seorang yang tak boleh membuat decision ya. (cam ayat cover jeeee.. ngehe).

Aku ada impian, sama bagi kebanyakan orang. Maya Adamaya pon ada 3 impian aish tetiba je. Anda juga kan. Impian apa itu yang membezakan. Bagaimana cara merealisasikan juga mungkin berbeda. Emm tapi bila salah satu jalan ke arah kejayaan tu seperti macam IMPOSSIBLE kadang-kadang susah kita nak teruskan. Yep.. itu la yang dikatakan halangan yang sekaligus menjadi CABARAN bagi melunaskan impian tersebut.

Kira-kira lebih kurang macam tu la.

Semoga tuhan memberi aku kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup ini dan tak cepat menyerah kalah.
dan YA! aku dah stat gelabah sebab satu intebiu pun tak dapat lagi, macam mana nak dapat.. keje pon aku tak apply lagi! HADOI. :P

Baik la KERI, aku pegi career fair tu nanti. Teman aku jommm >_<

Thursday, May 13, 2010

Senarai tugas khas si penanam anggur tak berjaya.

Saya graduan tanam anggur. Hari-hari mengadap laptop sampai berpinar biji mata. Ah.. aku nak cakap betapa bosannya aku sekarang kang ada yang nyampah terus pangkah, walhal itu memang tujuan sebenar ikhlas dari hati. Selain itu, terdapat aktiviti lain yang juga berjaya menghalau kebosanan dan senarai pihak juri [diri sendiri] bersetuju menyenaraikan aktiviti seperti;
  1. mengomen cerita ADAMAYA, 
  2. stalker facebook rakan dan taulan, 
  3. bergurau-senda bersama adik-beradik dan ibu bapa.. oh! dan..
  4. mengejar anak sedara kiut sampai mengah
  5. tapau mee rebus kat seksyen 15 bangi
  6. memasak sambil bergosip
  7. kerja-kerja seorang bibik terlatih [perlu ke aku list kan jugak?]
nampak macam saya AMAT sibuk kan. naa-da!
selain itu yang anda semua..

saya dengan bangganya ingin menyatakan bahawasanya faktor kebosanan itu juga telah menjerumuskan saya dengan rasmi nya menjadi BLOGGER TEGAR, di mana saya sendiri berperasaan perasan setelah menyertai GengBlogger, maka termaktublah saya kearah itu. Arah mana? Ha.. itu yang korang tak tahu haha.

Aku beginner, taiko GengBlogger sekalian sila beri tunjuk ajar. :)
nak jugak merasa cheque ribu-ribu.




seronok jugak join GB!
traffic semakin improved!

Monday, May 10, 2010

lalu kejap kat sini.

aku da stat cuti!!
cuti untuk selama-lama nya? ngehe.
Nanti la banyak nak cerita.
sehingga berjumpa lagi! :)

Thursday, May 06, 2010

Tamatla riwayat di Daerah Gongbak.

Wuhu! the very final stage to become a GRADUATE PERSON is coming to the end. Segala penat lelah, maki hamun, keluh kesah semua nya dah berakhir. Sekarang helaan nafas lega je plak dok berdahak sampai kesudah.

Oh pls! aku nak jerit YAHOOO boleh? emm, tak perlu kot mintak permission. Shud I?

Siang tadi FINAL YEAR PROJECT POSTER EXHIBITION (letih panjang sangat) has been held in the peace and bosan-tahap-maksima. Sebabkan nak kasi habis je, maka kami dgn gagahnya menunggu seawal 8.45 pagi sampai la ke 2.30 petang semata-mata nak di-examine selama kurang dari 4 minit secara average segurup (group).

Punya la lenguh bergembira sebab tangkap gamba dari senyum takat telinga dah jadi takat sama saiz dgn kelebaran hidung je. Bayangkan la betapa takde 'life' nya kitorang kat dlm hall tu. Layan je la mane ada camera yang sudi hala kat muka sendiri. Oh! tapi ada gak la yang tak menghala kat muka tu di-suruh-suruh menghalakan. Bak kata kawan aku, keadaan cmni dah terbalik, bukan paparazi yang kejar 'mangsa' TAPI 'mangsa' yang kejar paparazi.

Cam-whore tahap trettttttt! isi sendiri.

Well, tahniah kepada pemenang-pemenang THE BEST POSTER, termasuk my current rumet Kamila. Sikit kecewa tak menang ngee.. (aku pon de gak perasaan nak menang ok). But then, our Mdm Zuraida (deputy dean student affair) de cakap camni "everyone yang sampai ke tahap ini (poster exhibition ni la), semua dianggap pemenang dah, so everyone is a winner (clap)". Biasa la kan, ayat-ayat cliche. Btw, thanks Mdm. You are the best.

Overall best la masa poster tadi, having fun with the colleagues, usha-usha poster org, kena perli poster gila kuasa (aku punya la tu! haha). My group (aku and jaja) the only poster yang buat dua keping. Org lain, either buat sekeping sorang ataupun share je satu poster combine semua. I'm doing it in the wrong way, tp tak kesah la. Mdm pon tak kata ape-ape, pastu siap senyum lagi! he-he.

Gamba-gamba during the exhibition nanti la aku tampal kat sini ok. Intenet 'terlalu cun' sampai dengki ngan aku. dah! jom tido dgn aman even bilik aku dah jadi oven kelas besar. Rasa mcm nak tarik tilam tido kat luar aje. Ada yang nak teman?

Thursday, April 22, 2010

Blogger Award for me and you! yes you.. please take it.. :)

Hee.. I'm not used to get any award or something like this before. Rasa nya pernah sekali dua je kot sepanjang menjadi Blogger-tegar ni. Huk2, betapa tak pemes nya blog ni aku rasa, sori dear. Pastu pagi ni (ermm, not-so-pagi la akceli sbb pukul 10 lebeh), aku bukak blog CikMune tengok-tengok dia ada bagi award rupanya, apesal ko tak roger haaaa? hah.. hah...

Why I pasted two same awards picture here?

Satu lagi tu CikAimi ada bagi tapi aku lupa.. ah.. my bad, terlupa nak kutip awal-awal haritu. So, dikesempatan ini, acece.. aku buat la sekaligus. Senang! :)


I got it TWO, so I pasted it TWO la! :)

So ingat dapat award ni keje senang ke? Main paste-paste je? U are totally wrong! ha-ha-ha. Tu ha, ada rules and regulations dia. Ces. Bab ni yang aku malas. MALAS. lalalaa~ Oh by the way, boleh tak aku kurang kan 15 tu kepada satu? hahaha....... :P

RULES
1.Thank & link the person that gave you the award
2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself

SATU
thank you so much korang berdua! Aimi a.k.a Anne & CikMune

DUA
Adui, nak pass kat sape neh???????
  •  Asmah Darling
  • Yuslin Yuyu
  • Onee Onizuka
  • Mija Angel
  • Shepa Honey
  • Melor Sayang
  • Keri Underwood
  • Ira Sweet
  • Rika Baek
  • Paan pun baek
ok cukup! if korang tebaca ni, amek eh award ni. :)

TIGA
err.. malas nak bagitau kat dorang boleh tak? aku guna telipati je. nanti dorang tau la tu. hahaa

EMPAT
erk.. 7 things about me..

1. saya tak suka penipu, talam dua muka, and org yang suka kutuk kawan dia tp dlm masa yang sama dia berkawan baik dgn org tu.. ah.. make it short, backstabber la kan? But then sumtimes I realize yang diri sendiri pun terpaksa menjadi backstabber to our backstabber frens. Urgh.. I hate the circle again.

2. saya kuat makan pedas. Sepedas-pedasnya. Pastu mencecet cari air sejuk. Patut la buncit sbb sambil makan minum air. haha.

3. Saya suka menda-menda yang rare and creative pada pndangan mata saya. Sumthing handmade mmg preferable!. Macam from your heart if you make it by yourself. Haa.. sentimen jiwe-jiwe plak.

4. Unpredictable. I can't plan what I wanna do. Sbb biasanya kalau plan mesti tak jadi. Urgh.. so kalau rasa nak buat, just go and do it, macam kalau nak balik rumah.. hee.. suka-suka hati je tiba-tiba tersampai depan rumah.

5. Since I love handmade things, so sewing is my hobby. Ok. Macam mak-mak kan? so what? haha. Sewing for me is like a gift. Not everyone can do it. So, I'm glad I have that. :)

6. Saya suka berjalan, travelling! Cepat bosan kalau dok diam, instead of duduk then tetido why not we go out and have some fun kan? ceh. cakap macam la kaki hangout. haha. Tapi nak berjalan banyak kena pakai duit. Urgh.. oh maybe money can be my number 7.?

7. I like money. Adoi, ada sape-sape ke tak suka duit? Dok dalam gua la kot tu.
hu-hu-hu



So, I guess that's it!
You wanna know the truth?
Aku taip post ni yang terpaling lama sekali,
since 10 am this morning, sekarang baru siap! haha..

Friday, April 09, 2010

Emotion pun ada kacuk, percaya atau tidak?

Yes. Ia seperti percampuran perasaan.  Lebih tepat perasaan berbaur. Complete set, cukup dgn rasa manis, tawar, pahit, masin, masam.. (eh, cukup dah 5 deria rasa?). Semua nya bercampur menjadi satu! yeah.. bergabung......! macam dalam siri super-hero yang boleh tukar-tukar baju tu. Eh, kadang-kadang tagline dia.. bertukar...!! (sambil tgn naik atas pegang batch)

eh! perasaan dgn rasa sama ke? compius.

Itu pun kalau siri tersebut dah di dubbing bahasa melayu. Bayangkan oltromen cakap melayu. Patut anak buah aku suka sangat.

Bergabung ke... bertukar ke.. sekarang ni semua nya aku tengah rasa. Semua dalam satu.


Gengggghh! zrtt....

Apesal mcm poyo sgt ayat-ayat intro aku ni??. Ini la kalau jadi bila aku.. Ya.. bila aku force myself utk post entri baru. Mesti jadi tak berapa nak in. Byk cite yang bukan isu semasa nak tempek kat sini, urghh! tapi semua nya BERGABUNG! sampai aku jadi blurr sendiri. Deym.

Ok. memang pasai aku rasa macam-macam tu memang betul pon.

Manis - Sebab my very last final exam baru je berlalu 2 hari lepas! oh! I nak graduate dah u'ollzz. *mata bersinar-sinar*

Pahit - Itu petanda tak lama lagi perpisahaan akan bermula. *sound effect lagu GRADUATION.. seka air mata sat.*

Tawar - ehh!! yang ni tak leh cakap. private and confidental. tutttt!

Masin - Homesick. T_T. haha, ada ke patut rindu kat mak rasa masin kan? yela, sbb family kami suka yang masin-masin!

Masam - cane eh rasa masam.. macam kena pindah hostel, angkat barang berat, buat final year project, takde boifren.. itu dikira rasa masam ke? *lost*

eh.. ada tambahan..!

Kelat - adui. teringat exam last paper PDD product design and development. punah harapan nak four-rata sem ni. -_-


Oh. aku tertunggu-tunggu rasa Sedap pulak. Bila kah? Adakah selepas 7 haribulan Mei 2010 masihi...sama-sama kita nanti kan. FYP mode ON, hantar kan ke 23334.

heh.. sekarang aku rasa.. hmmm.. rasa is a kind of taste that we taste by using our tough. But how can our emotion have the taste too?

*euww.. gamba tough tu disgusting tak beragak!*

teringin nak kupas isu kawan makan kawan.
takpun isu "golongan-ku-lambai-bye-bye"
tunggu !!

Wednesday, April 07, 2010

Sesambil tunggu Exam Last, oh! lagi 4 jam.

Besok. Eh.. Esok.. salah.. salah.. HARINI! today, 7 APRIL 2010..

Saat-saat akhir aku kat sini nampak nya dah dekat sangat. Syahdu le pulak kan tiba-tiba. InsyALLAH lepas paper PDD (product design and development), dgn jaya nya aku dah habis kan 4 tahun kat Main Campus UIA ni. Heh, tp still lom merdeka sepenuhnya. FYP pulak lepas ni. Kena berkampung lagi dalam UIA dgn rela hati sampai awal bulan MEI nanti.

And lepas tu?

GUE MERDEKA! yahooo...

oh sorry! excited kemain lagi pompuan nie.

Memandangkan ini paper last aku, dgn cubaan kali terakhirnya utk tak tidur sampai habis paper karang. Ya! kalau tak buat, kang kempunan pulak. Ngee.. saja nak mengenang hujung-hujung memori dekat UIA ni. Eventho, boleh buat apa sangat la kan kalau stay-up ni, dapat pening kepala je la esok ni. Menempah padah kau wahai mek!

Heh.. tak kesah.. :)

Semangat pagi ni buat aku terasa nak berazam macam-macam. First sekali, aku bertekad nak dgr advise my pren, Mimah. Memang kalau takde org cakap, kita mesti susah nak sedar. Even sebenarnya kita tau apa yang kita buat tu totally SALAH atau TAK MASUK AKAL. Tapi bila ada yang menasihati, walaupun agak pedih hati and telinga ni, tp it's  good sebenarnya bila kita amik advice tu in the positive way.

Kini aku sedar!!. cececewah!  

thanks buddy for throwing the words on me, now I realize!. Semua tu hanyalah mainan emosi dan perasaan yang takde penghujungnya. Buat apa dikejar pada yang tak pasti kan. Buat apa ditagih pada yang tak mengerti kan. kan. kan. Lalala~

oh.. pergi la perasaan hati yang perasan. Shuhhhhh!

And ada lagi satu yg selalu bothering pikiran aku. Tapi pagi ni jugak, lagi sekali I got to know something yang membuatkan hati semakin-makin tenang. Alhamdulillah. 

To whom it may concern, jgn kau ingat aku tak tau perangai kau mcm mana. Aku mmg cukup menyesal dah dgn apa yang berlaku, serik. pedih. dan maaf! kalau aku sgt rude lepas ni dgn kau. Semuanya dah terlambat. (Ya ALLAH, ampunkan lah hamba-Mu ini)

Ehe. Oh! kepada korang yg komen-komen pasal TUDUNG tu aku sgt-sgt appreciate. Tapi pelik la ada komen yang HILANG, ish.. blogspot nak kene neh.. (emoticon ketuk-ketuk jari). Nanti kita diskas hal-hal lagi panas ok! hope ini semua jadi pengajaran dan bukan luka di hati sesiapa. :)

ok.tak yah nota belah kanan edisi kali ni.
Older Posts Home