Showing posts with label hal semasa. Show all posts
Showing posts with label hal semasa. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Jelak digabung Jelik.

Manusia sikit banyak mesti ada perangai selfish nya. Jangan kau kata lah yang kau tak selfish. Kalau kau tak selfish, mesti kau dah pergi bersusah-payah susah kan diri tolong mangsa tsunami Jepun dari duduk bersenang-lenang goyang kaki online bertweet sana sini. Kalau kau tak selfish, mesti dah lama kau bagi kesemua harta kau untuk org lain, instead of melabur beli emas, saham bagai supaya harta kau berkembang beranak pinak menjadi lebih kaya.

Pasti la kan?

Maka jangan sesekali fikir, kita adalah sebaik-baik manusia dengan semurni hati yang sangat putih. Nope. We all are same. Masing-masing pasti ada kepentingan diri nya sendiri. Sedangkan kawan baik sendiri juga kadang-kadang terselit niat berlumba agar kelihatan lebih baik dari anda. Nampak saja mahu seiring, jangan percaya kerana pepatah sendiri ada ungkapa, "kawan makan kawan", maka tak mustahil kan?

Sedar lah.

Jangan hanya pandai berkata-kata sedangkan kau sendiri tak nampak apa yang kau perkatakan. Cakap sambil tinggalkan makna dibelakang, maka cakap kosong kau fikir takde erti untuk si pendengar? Well, jangan penting kan diri sendiri. Bercakap biar bermakna. Jangan hanya pandai bercakap, tapi isi kandungan sendiri kau tak faham. Itu b*doh nama nya. Orang b*doh memang tak pernah mengaku dia begitu.

Orang pandai, oh ini lebih tragis. Mereka kadang-kadang fikir, terlalu pandai sampai kan tak perasan, akibat terlalu pandai, tak perasan apekah sebenarnya makna b*doh. Orang pandai, selalu nya berdiam, hanya senyum kalau sesuatu yang diperkatakan di iya kan di dalam hati kalau itu benar, tak perlu ditokok tambah kerana dia tahu kebenaran hanya setakat mana. Buat apa mahu bertegang urat dengan si b*doh, at the end, si luncai pasti hanyut denga labu-labu nya. Dah la b*doh, tak nak dengar cakap.. biar lah terus dengan arus keb*dohan nya. Kesian.

Entah la.

Persekitaran kadang-kadang buat kita penat. Penat dengan telatah manusia. Penat dengan suasana. Penat dengan apa saja. Penat lagi bila yang kita jelas nampak itu adalah kebenaran, tp di sangkal menjadi penipuan. Hai.. kau berilmu, kenapa mesti teknik kau sungguh old skul. Budak-budak pun boleh fikir itu semua jenayah dusta. Mau muntah bila mana berita yang sama diulang dengar di kaca TV, mahupun diulang siar media elektronik. Mual. Kalau orang kampung yang capaian internet mungkin baru mengaplikasikan dial-up kau nak tipu, memang berhasil. Tapi warga berilmu yang kau didik dengan hasil pinjaman berbunga besar mahupun biayaan penuh itu kau nak tipu, mungkin kau silap. Itu semua kepentingan kau sahaja.

Biarlah.. anda renung sendiri mana yang baik, ikut. Mana yang jahat, tinggal.
Lebih baik barangkali tinggalkan saja dunia kotor penuh manusia berkepentingan sendiri, selfish kuasa patploh tersebut.

Sekian.


p.s. : ada otak fikir, jangan tinggal buat rugi.

.

Saturday, June 26, 2010

Tulisan kecil mungkin tak penting.

Nampaknya malam ni tangan terlalu la rasa gatal nak menaip panjang lebar. Jadi, awal-awal aku warning, mungkin post ini panjang sampai berpinar mata nak baca, err.. tapi mungkin juga tidak! well, kita yang merancang, tuhan yang menentukan ye tak? IYE! CIKGU!

Hmm.. isk.. baru nak masuk paragraph kedua aku dah start blurrr! it is so damn right there. Apehal la aku ni, apa nak jadi sudah. Rasa nya kali ni je la aku boleh nak corat coret sikit banyak dalam ni, mungkin dua tiga minggu, or mungkin bulan-bulan lepas ni, blog ni akan sangat hambar.. err.. tapi mungkin juga tidak! seperti yang aku kata kan di atas, kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan, betul tak murid-murid? hee..

Refer kepada post yang lepas, yep.. aku bakal berkomitmen selepas ni. Tiada lagi goyang perut mahupun kangkang seksi (tidur) di siang hari lagi. Tiada lagi curi-curi tengok muvee di Alamanda (sebab teramat boring), Tiada lagi gado-gado dgn mak sebab kena paksa pergi join kelas agama geng ibu-ibu (jahat gak ye?). Tiada lagi aktiviti bukak Jobstreet.com sambil garu-garu kepala nak klik apa lagi (sebab hampir semua job telah di klik). Mungkin akan merindui suasana itu. Tapi mungkin juga tidak.. (ok, ayat sambungan nya sila refer di perenggan dua di atas, sama je).

Kalau blog ini sunyi nanti (kalau lah) jangan lari dari menyinggah lagi ya. Sedih hati aku nanti. Sedih lagi hati blog bosan ini. Dia pon ada perasaan, huh.. tak percaya? ok jangan percaya, sebab aku pon tak tau tang mana duduk letak nya hati si dia.

Macam-macam sebenarnya kalau boleh aku nak expose kat sini. Tapi entah la kenapa, hormon mencapup (mencari publisiti murahan) tu semakin lama semakin senak dan tenat, di tambah lagi kemalasan tahap melampau, lagi la malas nak bercerita lagi di sini.

Biasa kita dengar orang cakap, 'tak yah pikir la ape org nak kata, pedulik apa', tapi itu lah yang selalu aku fikir bila setiap kali nak update blog. Aku selalu timbang tara dulu patut ke tak aku menulis bercerita bagai nak rak kat sini, apa nanti tanggapan orang. Aku tak nak di label streotaip, aku tak nak di label suka menjaja cerita, aku tak nak di label macam bagus, kuat mencapup, ah.. semua la yang buruk-buruk. Tapi itu lah yang akan terjadi di fikiran manusia, tanggapan orang kita tak boleh kawal. Maka nya, diri kita juga lah yang harus ambil peranan. Kita juga lah yang kena berhati-hati. Better prevent than cure. (ada kaitan tak?)

Betul. Kalau bukan kerana diri sendiri, siapa lagi puncanya, kan? Lain la pula hal nya, kalau memang dah berjaga-jaga tapi still di fitnah lagi. Itu kes, 'don't worry, bukan salah kau, tu salah si mulut celaka'. Jadi, sebab itu lah, mood aku hilang sudah mahu stori mori di blog sendiri.

Apa yang aku nampak dan sedar sejak join dunia blogging ni, kita memang kena ada kekuatan yang tersendiri. Strength dari segi, sanggup berkongsi hidup dengan orang lain, sangat terbuka, setia (i mean setia dgn blog sendiri ya) dan juga rajin (update). Hee.. disebabkan ciri-ciri itu semua macam tak berapa sangat nak ada dalam diri aku, maka nya.. itu sebab lah semakin lama semakin tak bersemangat blog ini jadinya. Ya! salah kan mek. fine.

Furthermore (ayat essei), aku ada satu rasa yang kureng sikit pasal blogging ni lately. Which is, tentang sesuatu yang melalui blogging kadang-kadang orang boleh jadi tak honest dan penipu. Ok contohnya, kes biasa la pasal follow meng-follow ni, lepas kita dah follow blog dia (sebab dia yang kata nanti dia follow balik). Lepas tu, good-bye la dia buat lupa tak follow balik. Sedar tak sedar, dia dah jadi penipu. So, hukum apa sila deal dengan malaikat pencatit ya. Blogwalking yang klik-klik nuffnang or advert yang lain tu pon sama je. Nak kaut duit semata-mata bukan nak baca sangat pun blog orang tu. Bila kita tak klik dia punya, maka jauh sekali la dia nak klik kita punya. Erghh.. seriusli aku tak suka give and take serupa tu.

Jadinya, banyak lagi senario hidup BLOGGING ni yang kita kena ambil tau. Bukan mudah sebenarnya menjadi BLOGGER. Sebab nya tulisan itu refleksi kepada keperibadian seseorang. Jadi kadang-kadang aku malu kalau ada blog blog perempuan-perempuan yang macam tak ada harga diri bercerita pong-pang-pong-pang pasal sendiri. Tak malu kah, tak segan kah.. entah..

Itu la kot serba-sedikit kenapa aku semakin lama semakin tawar hati kepada BLOGGING. AKU SUKA BLOGGING, tapi situasi tu selalu membuat aku payah dan berat jari nak berkongsi. Ye la, bila kita kongsi ilmu keagamaan, jangan harap la nak dapat trafik tinggi, bila kita kongsi hal-hal kutuk mengutuk tu la paling orang suka. Entah. Sekali lagi entah.

Apa nak jadi?

E.N.T.A.H
Older Posts Home