Showing posts with label manufacturing student. Show all posts
Showing posts with label manufacturing student. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Kisah Kau dan Aku. oh kawan-kawan.

Harini kebanyakan budak-budak unibesiti balik kolej (hostel) masing-masing. Oh, adek aku pun same lah. Even hati berat nak ikut pegi UIA ter-chenta hantar dia, tapi apa kan daya kesihatan tak mengizinkan. Maka, rindu-rinduan lah lagi aku pada tempat itu.. erkk.. adeh, ayat nak jiwang je. cet.

Esok mula balik semester 1 untuk sesi 10/11. Esok jangan harap la muka aku ada lagi kat sana. Cukup la empat tahun bergolak-galik (ade ke pekataan ni?), ok bertunggang-terbalik mungkin lebih 'kena'. Macam-macam memori yang ada kat setiap ceruk tempat kat sana. Haih.. kalau ke sana lagi, mungkin boleh bikin air mata jatuh teringat semua suka-duka yang pernah watak aku dan kawan-kawan main kan dulu. Nasib la boleh rewind dlm kepala je, nak patah-balik masa, itu kan impossible.

Semua dah jadi sejarah.

Sejarah mana mungkin boleh sama dengan yang 'telah' berlaku. Kalau sama pun, masih tetap takkan exactly 100 percent jitu. Sama la juga dengan memori bersama kawan-kawan yang telah 4 tahun sama-sama bergelumang dengan cerita hidup zaman belajar. 4 tahun beb!. Plus lagi 2 tahun matrik, ok to be presice 6 tahun la. 

Bukan senang nak kenal hati budi orang. Jatuh bangun gelak nangis kawan lawan baik buruk, semua lah. Mengenal erti hidup sama-sama. Bila dah kenal sampai tahap boleh buat macam adik-beradik, tup-tup lumrah dunia tetap juga harus di-telan pahit. Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahan nya. Tak kira la berpisah hidup mahupun mati.

Itu memang tak boleh dinafikan.

Haih.. sikit-sikit nak emosi je bila teringat zaman bersukaria menjadi pelajar. sedihhh kottt... huuu.. ;(

So, to those who still in their student life, enjoy la to the fullest!, nanti-nanti dah habis belajar tak la menyesal sangat sbb tak enjoy. hahaha.. boleh pulak la pesan macam tu. Bagi aku, no such thing yang aku menyesalkan, my belajar time was the most beautiful-shinning memory. Alhamdulillah. Thanks to all yang terlibat mewarnai masa-masa itu. 

Kenangan harap tak luput walau teman yang baru berganti nanti. Sayonara.



p.s. : kena cari teman hidup pulak lepas ni, opsssss! hahah..

Sunday, July 04, 2010

Student Life vs. Employee Life..?

Seperti kebiasaannya bila hari Ahad jeee aku baru la sibuk nak update blog. Oho! sudah hari ahad lagi, maka nya cuti hujung minggu dah come to the end, dan err esok, merasalah aku MONDAY BLOOM hari ini dalam sejarah. Actually, kalau masa belajar dulu pun selalu jugak rasa perasaan tak syok ni, tapi kali ni isk.. tak boleh ditolak lagi. Kenapa aku cakap macam tu?

Ok. Kalau dulu-dulu time belajar, ni cerita universiti aku la ye. Kalau dulu kitorang susun jadual sendiri. Dat mean bila start pre-reg (nama glamer, nama panjang pre-registration), mula sibuk susun jadual untuk semester seterusnya. 

Kalau ada option untuk kelas Hari ISNIN tu time dia kalau boleh mesti avoid yang start pukul 8.30 pagi. HAHA.. jahat tak jahat la. Tu semua perancangan rapi untuk balik kepompong (hostel) paling lewat iaitu pagi ISNIN baru terkedek-kedek nak balik dan bukan petang AHAD, cerdik tak?

Kalu dapat kelas pukul 2.00 pm memang tersangat bersyukur la! kuikuikuii.. Maka nya setiap sem untuk kelas Hari Isnin dan Rabu (biasanya Isnin ngan Rabu sama jadualnya), mesti la bukan seawal pagi. Tapi kalau dah memang takde subjek yang boleh dipilih, terpaksa jugak amek yang pagi,  if dapat pukul 10 pagi pun dah kira bersyukur sangat!.

Tu memang kaedah seswai la untuk budak hostel kaki balik macam aku. Sungguh flexible kan! Dan lagi syok bila dah la hari ISNIN start kelas lambat, then jadual untuk minggu tu sampai hari KHAMIS aje.. JUMAAT di isytihar holiday sendiri.. huishh.. itu double ke-enjoy-an la bagi budak-budak se-universiti aku. Alhamdulillah (syukur2), merasa jugak la masa sem last hari tu kelas 4 hari saje. At least merasa than never kan.

Memang tak dinafikan, life seorang student tak kira lah kolej ke, universiti ke, or even SEKOLAH, cukup-cukup berbeza dengan life seorang pekerja makan gaji. Tapi budak sekolah lain sikit la ek sebab still ada time table nya yang kena ikut. So, sekolah kita tolak tepi sikit. Ops, sori!

Untuk kes aku, even waktu office hour aku dikatakan flexible boleh punch in antara 7.30 ke 9.30 pagi, tapi still tak leh lawan ke-flexible-an time schedule belajar yang aku sendiri berkuasa untuk pilih. But then, its ok sebenarnya. Arus hidup itu kan sentiasa berubah. Takkan nak selama-lamanya di tapok lama. Aceceh, macam cakap-cakap orang besar (politik) pulak. Susah jugak nak buat anjakan paradigma tapi I'll try my best untuk tukar gaya hidup sehat ini. Dalam hati, mengeluh jugak ni huhu.

Setiap hari before tidur memang kena set alarm (tu pon nak cerita?) 6.25, tapi bangun 6.30 am, kasi 5 minit masa membuka mata dengan cergas dan cerdas. Dan hari-hari pun macam tu la. Syukur la rumah dan tempat kerja sangat-sangat-sangat-super dekat. Hal ni memang menjadi ke-jeles-an rakan-rakan dan taulan. Saya minta maaf ye, hii. Tapi bukan nak bangga pasal ni, cuma nya nak kongsi betapa tak syok nya sebenarnya hidup seorang pekerja. Routine nya sama je setiap hari. Itu.. itu je la. Kalau nak buat lain sikit pon, err.. kat mane eh.. hmm.. belum fikir lagi, since aku baru start bekerja SEMINGGU, fresh fresh from oven lagi, auww..

Maka nya kat sini, bagi sesiapa yang tengah duk belajar lagi dan yang akan sambung lagi pelajaran terutamanya Farahuda dan Kamila, hee.. siap state lagi nama kau berdua (sori Kamila ter-forget!), bersyukur la anda semua kerana masih digelar PELAJAR. Life as a student is triple excitement. Kawan-kawan rata-rata nya seusia, boleh pergi melepak ikut suka even waktu office hour, tak payah fikir cemana nak memenangi hati bos anda.. dan sebagainya la. Ehe.. btw, ini contoh je.. huhu.

Namun begitu (ayat karangan SPM), apa yang aku sedang lalui, aku tetap bersyukur. Dalam ramai-ramai kawan-kawan nampak nya rezeki aku datang dulu. Aku sendiri tak sangka. Perancangan awal nak sambung belajar, macam yang aku pernah heboh-heboh kat sini. Bajet nak sambung luar negeri la ape la, last-last siapa sangka jalan lain yang menjelma dulu. ALHAMDULILLAH. Walau pun sikit culture shock, eh bukan sikit tapi BANYAK ni akan aku cuba buat yang terbaik. Terima kasih ALLAH.

Buat kawan-kawan yang lain, doala banyak-banyak, pasti rezeki kalian ada di mana-mana. Lambat atau cepat itu urusan-Nya, urusan kita apa? iya, banyak berusaha dan bertawakal itu tugas seorang hamba.

oh! post aku is getting sangat serious la day by day!

p.s. : rindu kawan-kawan semua, sob3, :(

Wednesday, March 24, 2010

[Gambar] Kenangan itu harus dikenang...

...bukan disimpan menjadi pekasam di dalam komputer, tak menjadi punya! haha.

Ini edisi mengimbas memori manis gua bersama cinta hati duka lara......

Friday, March 12, 2010

Kalumpang, bukan kaulempang


Ni la hal nya bila orang tak sedar diri. Final year project still tunggang-langgang, assignment ada la dua tiga tak dan nak siap, project core-course pun merapu-rapu tak siap, hah! presentation ape tah lagi..
Older Posts Home