Showing posts with label buang masa. Show all posts
Showing posts with label buang masa. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Sesambil tunggu Mr. Supervisor.

Sesape yang biasa dgn blog aku mesti pernah baca post ni. Ok, kalau yang first time mai singgah pergi baca ok post ni dulu, kang tak paham plak ujung pangkal. Hah! da bace? goood.

Sebenarnya takde ape pon, saja nak mention balik yang aku sekarang bersiaran di multipepes lab lagi. Haih. Haritu konon dah beremo macam TAKKAN duduk lagi kat bangku ni, tapi rupanya harini! ada lagi aku kat sini. Heh. Jgn pikir aku extend sem plak ye. :P

Aku tengah tunggu Mr. Supervisor. Pegi bilik dia tadi ketok, pastu kecewa. Dia takde. Cari-cari no phone dia, dapat.. mesej.. (takot nak call!! haha) then dia reply, "after zuhur prayer". Sekarang pukul 11.45 a.m. ok kecewa lagi. Tu yang end-up aku merepek kat sini. Ingat tak payah dtg lagi memorial park (multipeper lab) ni.

Hah! time aku landing kat bangku pc kat sini tadi, konfiden je aku tegur budak pc sebelah, "hye haizum", erk.. sekali sister tu toleh sambil tersengih kambing, aku pon.. ok fine. salah orang!!deym, huwaa.... malu gila okeii. nasib bek dia tak lama, aku control cool je eh tersalah org. Hahahaha...ketawa i di dalam hati.

Sekarang bebudak FYP batch aku tengah sibuk buat POSTER. Hah, nak complete kan FYP siap ada POSTER EXHIBITION lagi tu. Leceh betul. Tapi macam best gak buat poster, even macam-macam stress mengacau aku. Anggap mcm lalat je, bila stress kita tido je la. Apa kaitan plak dgn lalat?hmm..

Dah ah.. kali ni aku nak post PENDEK je. Well, ni mmg entahapeape, jangan marah kalau aku take ur time.

LAPAR.

Monday, April 26, 2010

Cubaan updet dgn speed 1.0 Mbps.

.
Iyyahhh! tiru sebut macam Ashraf (my nephew).
Haha, currently dia pandai sebut Iyyahh dgn Alahhhh..... adoi, apesal nak citer pasal dia ni. Bukan-bukan. Kang aku lebih-lebih cakap pasal dia, mula la mak dia tak pon ayah dia sibuk nak komen-komen. Ngeh-ngeh.

Btw.. aku tgh di tahap super-duper tension. Adui. Nak buat poster untuk FYP exhibition, tapi macam lack of format yang sepatutnya, mane Mdm neh tak emel-emel pon. Adui, janji palsu ke ape neh. Stress nak bubuh apa dalam poster tu. Kang over pulak bubuh macam-macam terlebih fun pulak. Kui.

Suddenly, bila dah di tahap super ni, nak karang ABSTRACT kat dalam repot pon jadi tak tentu hala. Macam budak dajah 1 yang tak reti mengarang. Langsung otak black-out. Cemane neh. Ingat esok nak pi jumpa supervisor nak suh dia komen ape yang patut so that boleh la aku finalize repot, pastu print, anta buat hardcover.. then SETEL! erk.. tapi.. tapi.. Kui dua kali.

Oh yeah.. akceli post ini sekadar nak try connection internet aku ni ha. Mentang-mentang short sem dah bukak, budak ramai dah balik, mula IIUM-community ni buat hal. SLOW! slow macam siput. Siput pun mungkin lebih laju, haih. Terpikir nak angkat BERUKBAND tapi ongkosnya? srootttttt.... Kui tiga kali.

Bila siput-siput sedut ni la memacam idea datang nak gugel itu, nak gugel ini. Then mula la semua keje tak buleh nak buat. Overheat dah kepala aku ni. Terpaksa la aku melayan THE VAMPIRE DAIRIES kasi cool down emosi, see.. aku terpaksa ok, bukan nak sangat tapi kalau dah stress sgt tunggu siput sedut-sedut ni nak bukak even satu page website pon average 7 minit, sapa tak panas kan?

Layan Stefan Salvatore ni lagi best dari mengadap siput sedut-sedut. :( sedeh. Nak mengenet mungkin menjadi bukan rutin harian lagi. Oh! dun miss me ok. Hahh! ditambah lagi, kredit henpon pon semput ni. Ada sembilan posen je, esok kena cari topup ni before aku menjadi hulk-hogen. Heh.. menipu je la ko kan.

Daa.. nak sambung episod 15.. wanna join me? nah.. come and sit here.

Currently layan lagu,
Need you now by Lady Antebellum.
Naturally by Selena Gomez.
Fight for this love by Cheryl Cole.

p.s. : nak dgr, sila google sendiri. tak kuasa nak bubuh link.

Monday, March 15, 2010

Tengok bola kat Mapley pun fun ke?

Semalam aku tengok bola. MU lawan Fulham, 3-0. Sejak EPL, ni la first time aku tengok. Tu pon gara-gara Alice in Wonderland tinggal satu, tapi aku berdua. Frust. Nak tengok citer lain pon macam waste my money sebab paling cepat pun yang ada Samseng Jalanan.. erkk?.. -_-"

Takpelah, bayangkan je la Alice in Old Trafford. Fun jugak kan?

Tengah-tengah aku khusyuk tengok Alice passing-passing bola dgn Rooney, aku ternampak ni! (gambar bawah). Wow!

Tuesday, March 02, 2010

Misi Membunuh Masa Lapang

Habis je kelas, aku bawak diri. Mula-mula cuba kacau sesape yang ada tapi nampak gaya nya aku tak diperlukan, so aku blah. Takpe, no heart taken, aku profesional. Jam baru pukul 3.00 ptg. Nak buat apa? Nak tidur? itu dah terlebih. Nak meronggeng? ah.. takde geng. Aku buntu, tapi kaki aku straight pergi bank. Duit dah abih bayar hutang piutang. Mak aku pesan, wallet tak boleh biar kosong, nanti rezeki putus, takpe.. aku patuh.

Siap dapat resit, aku cek balance. Kira-kira, congak-congak. Mungkin aku kena buka Buku Ting macam Tabung Nuri versi Buku 3-5, kang tak memasal pencatuan makanan harian yang kedua pulak aku kena announce. Hari tu dah declare lega dari catuan pertama. Takkan nak pisang berbuah 3 kali. Tak boleh. Makan kena terlebih cukup. Hostel aku jauh dengan kelas.

Next destination, aku pergi finance. Just, nak killed masa lapang.

Sesampai di Finance,
Older Posts Home