Showing posts with label aktiviti masa lapang. Show all posts
Showing posts with label aktiviti masa lapang. Show all posts

Tuesday, May 04, 2010

Look-out point Ampang yang best in terms of view but not your money. ngehe.

Really nice scenery from up there! But too bad kitorang tak dpt seat yang betul-betul tepi so that boleh tgk directly to the scenery, and tak payah dok tertinjau-tinjau di sebalik kepala orang. *sigh*.

Oh! kalau nak makan kat atas puncak tu, diingatkan to stand-by cash yang banyak utk sesiapa yang takde kad credit. Haha. Just in-case tak cukup cash, ATM machine takde! Food sgt mahal ok atas tu. Mahal la bagi aku yang tak biase byr RM30++ per meal ni. hee..

Kuala Lumpur, tanah tumpahnya darah ku.

us! huu.. tak cukup korum, Rash takde.

penat tunggu 20 seconds just to get a nice shoot from kamera canggih. :(


Thanks zatie for making one of my wishlist tercapai!. yey! 
Kalau nak candle lite dinner,
i think this a prefect place.
Nice view, romantik habes!

Monday, May 03, 2010

Final vacation with classmate nampaknya. sob3.

We have decided to go to PD (port dickson) on last friday. Why friday??haha. nice kan, berkat sikit.. eh tipu! sebab tak ramai org!!. Jumlah pengikut terkumpul cuma 8 org, tp kadar kekecohan mcm 18 orang. haha. Yang lain ada hal katanya. Well, even ada sikit mende yang tak sedap di hati, tapi tu tak jadi batu sibuk utk bergembira. Biar lantak, janji kita happy! haha.. positif.. positif..

lagak stereotaip bila di tepi pantai. Aku tak ketinggalan!

fokusnya adalah kek castle kt tengah tu. special made for Kamila. Happy Birthday dear!

board gamba Siti muda-muda. hee.. kelaka je tengok.

well, time kitorang gi tu, boat DONUT (yang tengah tu, baru je lagi di introduce. Gilo! korang kena try naek baru tau how it feels drift atas air. Mengucap banyak kali wehh masa naek tu. Memang nyawa hujung tanduk. hahaha.. Menda ni utk 3 seats je, tp time aku naek kitorang naek berempat. Bayangkan la cemane ngn berimpitnye, nak harung drift lagi, tergolek-golek atas tu siap dah cecah air sikit lagi mau jatuh. Huu.. first and last la kot! TAK MAU NAEK daaa....... (muke seriauuuuu takot).

Ergh.. burn habih muka aku! huwaa.. berjelaga bak kate Asmah. Berjelaga mcm eksperimen sains tu die kate, hahaha.. whatever...


gamba lain leh tgk kat

Tuesday, March 02, 2010

Misi Membunuh Masa Lapang

Habis je kelas, aku bawak diri. Mula-mula cuba kacau sesape yang ada tapi nampak gaya nya aku tak diperlukan, so aku blah. Takpe, no heart taken, aku profesional. Jam baru pukul 3.00 ptg. Nak buat apa? Nak tidur? itu dah terlebih. Nak meronggeng? ah.. takde geng. Aku buntu, tapi kaki aku straight pergi bank. Duit dah abih bayar hutang piutang. Mak aku pesan, wallet tak boleh biar kosong, nanti rezeki putus, takpe.. aku patuh.

Siap dapat resit, aku cek balance. Kira-kira, congak-congak. Mungkin aku kena buka Buku Ting macam Tabung Nuri versi Buku 3-5, kang tak memasal pencatuan makanan harian yang kedua pulak aku kena announce. Hari tu dah declare lega dari catuan pertama. Takkan nak pisang berbuah 3 kali. Tak boleh. Makan kena terlebih cukup. Hostel aku jauh dengan kelas.

Next destination, aku pergi finance. Just, nak killed masa lapang.

Sesampai di Finance,

Friday, February 12, 2010

Dia pandai ke menjahit? mari berpoyo-poyo...

Steps that she has gone through...
  1. Google the design. Save all the pattern pictures.
  2. Borrow her SIL's mesin-jahit-tepi and failed to return it back until now.. (buat harta).
  3. Go to KAMDAR for the first time without her mother but with her sister. Rambang mata, tapi kena beli yang paling murah, huu..
  4. Get several equipments yang tak ada, seperi pembaris dan kapur. Tapi rupanya mak dia ada pembaris di rumah... rugi! rugi!
  5. Get the body measurement with the help of a mirror. auw~
  6. Start sketching the design on the trasing paper.
  7. Set-up her mother sewing machine. Pinjam eh bonda!
  8. Gunting-gunting. Jahit-jahit. Senget-senget. Adjust-adjust.
  9. Lap peluh jap sambil tersenyum sinis...
after several hours and days...

taa-daa~!!

1  2  3  4  5

amacam? ada talent tak? (^_^)"

start berangan bukak butik sendiri or maybe a kilang baju?  mengaplikasikan kegemaran dan kepakaran (pakar la sangat)..
sewing + manufacturing = duit! duit! haha..


Monday, February 08, 2010

Kenapa kalau tak cari dia ada, bila cari.. tak-ada..

pakcik ni pun pening nak carik anak dia kat mana? tolong la dia..


Biasanya bila kita sungguh-sungguh cari benda tu mesti tak jumpa, tapi bila kita tak cari boleh plak dia dok ada rilek je depan mata. Parking baik punya. Bila agak-agak dah stress mencari, and terjumpa, boleh la rasa lega jap. Tapi kalau yang tak jumpa tu macam mana? kalau yang ingat tuhan tu, sempat la jugak istigfar dalam hati, tapi yang tak tu.. mungkin carutan dah lebih dulu terlepas. Itu normal kan.

Yang peliknya, time dia dok parking elok tu, takde la plak terasa benda tu berguna masa tu. Siap kadang-kadang biar kan je benda tu sepah-sepah sampai terhilang. Tu yang bila nak guna, baru sibuk mencari. Tu yang s**t, s**l segala semua keluar. Benda tu pulak yang salah.

Macam ada sesuatu plak yang lindung kat mata neh kan, boleh tak nampak pula dia. aku pun tak paham kenapa.

Aish, tiba-tiba teringat lagu Juliana Banos tu,

Bila saat ku mahukan sesuatu
Takkan jumpa
Namun bila tak ku cari pula
Berduyun tiba
Tak ku sangka tiba-tiba
Ku jadi perhatian (rebutan) dua jejaka

Ada kaitan tak? ada tak? Well, jgn ingat aku hafal plak rangkap ni, aku ingat BERDUYUN tu je, len aku gugel kat sini. Btw, yang aku ingat sangat berduyun tu pun pasal aku asyik nak tergelak je bila dengar, gila perasan la perempuan dalam lagu neh, siap dengan tenang je cakap berduyun lelaki datang kat dia. Ada ke perempuan macam ni dalam realiti? hot sangat ke kau?.. haha.

Yang menjadi persoalan di sini adalah bukan hal-hal mencari jodoh macam dalam lagu perasan atas ni. Hal tu tolak tepi jap, mungkin pasal aku dah pasrah, haha.. bab tu memang dah lama malas cari sebab asyik kunyah (read : makan) hati je. Ish, tapi takut tak kawin plak, mak tolong!!.

Tapi...


Ni la yang aku hangin kan. Selain aku hangin dengan anak kucing yatim piatu. Well, rasanya yang anak kucing tu lagi aku hangin kot berbanding yang ni.


Sabar.. sabar.. istigfar.. istigfar.. eh.. eh.. jangan mencarut mek!


Aku malas betul. Totally annoy.
Apsal time barang-barang sewing aku semua dah bungkus bawak balik la baru tangan ni gatal nak menyulam. Time-time gini la idea nak menyembat manik tiba-tiba jadi sangat dasyat dalam kepala. Orang kata kretif lagi unik la kiranya kalau aku boleh jalankan operasi!. Kan dah tercari-cari benang ngan jarum. Sob3, kat rumah la pulak semua. T_T


Aishh.. pompuan-pompuan sangat pulak rasa..........

.

Saturday, February 06, 2010

Tiba-tiba rindu sama itu Pulau Pinang...


Baru la ni saya terpikir nak story pasal Penang ritu.

Well, a big hug of thanks to our tourist guide of the vacation, Usna and Asmah. The trip was really awesome plus I had a really good time eventho my foot become a bit tanned. oh! my face too... haha.

The truth is, the trip was not really in the wish list, it is something that we were not really planned from the beginning. Ingatkan cuma borak-borak kosong pasal nak pergi Penang, tapi entah macam mana eh! dah sampai Penang. Ok. Ok. Saya tipu. Takkan the trip boleh jadi sangat mudah macam tu kan. Drama habis! haha.

Mungkin berkat kesungguhan tuan rumah berdua tu asyik tanya-tanya selalu, jadi ke tak mau ke Penang, plus Asmah dok hint2 ajak pergi rumah dia.. dan saya paham!.. plus, mak pun bagi green-lite, so, ke Penang la kami on our last mid-semester break. Siap naik train lagi. Oh! sangat mengujakan u know! (nada gedix)

Since ramai yang tanya about the train, ok meh saya share sket info pasal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)..

Tiket boleh didapati di KL Sentral bagi penduduk lembah klang, lain kawasan saya tak tahu. Harga tiket bagi ketapi berkatil adalah berlainan untuk katil bawah dan atas. Bawah lebih mahal dari atas.

Banyak tempat gak la dorang ni bawak sampai jemmed rasa nya kaki walhal kami naik kereta dan bukan jalan kaki. Paling last saya sampai Penang adalah masa umur 14 tahun. Uishh! saya mengambil masa 10 tahun untuk jejak balik Penang. Jauh gilerr penang.. haha..

Paling best di antara segala yang best kat sana ialah........ kami naik feri! Eventho kami cuma naik, turun dan patah balik semula ke Pulau. Kadang-kadang kerja yang tak-masuk-akal kan lebih fun!

  • thanks banyak2 lagi to Usna and Asmah! Nasi lemak mak usna dengan kari ikan mak asmah memang terbaekkk!!
  • nak naik train pergi JB plak lah lepas ni, who's in?

Sunday, January 31, 2010

45 minit car wash yang berbaloi! tp cuaca mmg selalu cemburu dgn kilat.

ini gambar mukadimah! hiasan yang keterlaluan. *gelak-gelak

Second time drive pergi LCCT seorang diri pagi tadi, sambut org jauh, from Terengganu. First time dulu pergi KLIA, jemput YB wannabe *gelak-gelak. Selalunya pergi sana, oh maksud saya pergi area sepang KLIA / LCCT mesti dgn mak atau ayah atau keduanya sekali. Pagi tadi instinct mmg macam lain. Awal-awal jalan je dah jumpa polis trafik duk tahan-tahan org, pergi kiri.. pergi kiri.. kesian penunggang motosikal. Nasib baik belum start merempit. Selamat.

Masa on the way tu pulak, terjumpa serpihan kaca sepah-sepah atas jalan. Lebih dramatik lagi, siap ada berbulat-bulat ketulan darah kat situ. Siap ada bantal kecik bentuk bintang segan-segan kat sekitar tempat kejadian. Meremang gak tengok, dan pepandai saya membuat kesimpulan, yang bahawasanya kemalangan baru saja berlaku kurang dari 24 jam. Adakah mungkin sejam sebelum saya lalu di situ? hah!

Syukurla, selamat juga sampai dan fetched kawan tu. Jumpa macam dah setahun tak jumpa. haha. Setel hantar semua, saya pun pulang ke rumah dgn hati berbelah bagi samada mahu singgah The Mines atau Alamanda. The Mines ke Alamanda? The Mines ke Alamanda atau dua-dua? Dan akhirnya saya pilih petrol pam dan car wash.

Lepas isi minyak FULL, bergegas la saya ke car wash pula. Adui.. dua kali pusing nak pilih car wash yang mana. Banyak gila pilihan sampai kan tak boleh nak decide. Pastu end up semua saya terlepas! Harus la patah balik, ikut hati nak balik je rumah tidur sbb malas nak pusing, tp memandangkan WKY tu dah serupa dgn rumah kucing sampai susah nak beza antara kancil atau kucing, maka saya gagahkan juga buat U-turn.

Rasa menyesal ada gak mula-mula sebab pergi car wash sebelah kedai makan Perantau Bangi tu. Saya tunggu dekat setengah jam tak siap-siap. Selalu antar kat sebelah sekolah rendah saya tu, uishh.. mcm THE FLASH bangla tu kerja. Tapi yang ni, mmg lemah lembut kerja nya, elok la tu, sopan-santun.

Baru nak start bengang sebab lama sgt tunggu, tiba-tiba.. ternampak mamat cuci keta tu dok sental-sental calar kat tepi kereta saya. Ingat tak calar yang saya kena langgar lari dan saya bengang tu? Ape? tak ingat? ok.. ok.. baca balik kat sini. Ha! calar panjang tu la dia dok tenyeh-tenyeh dgn liquid ajaib yang saya nampak tulis "SOFT.." pastu tak nampak dah. Mamat tu nampak sungguh beria-ria tanpa tunjuk gaya saja-tunjuk-rajin-padahal-tak pun masa dia dok ngadap scratch tu. Then, dah lama sket.. ting! haa.. hilang wehh.. wahh! excited hokeii.

see.. see.. see.. tinggal ada line putih tu je tak boleh hilang. terer la mamat tu!
oh! efek kaler pink tu akibat biasan warna merah kereta kakak saya, bukan sebab cat luntur lepas kena sental macam clorox tu. =P

rajin tak saya? macam-macam pose dah ni. ada style kan?

ni takde kaitan. saje tunjuk rumah idaman tapi dah sold-out

Kereta dah berkilat. Tapi lepas 2 jam hujan datang membawa rahmat....... fine.. fine.. -_-"
Ni yang rasa tak mau balik UIA, muktamad!     .....(alasan)

  • amacam sedap tak karangan berganti diri kan SAYA ? ayu tak? ayu tak? *sengih
  • mex, bak kata keri, nama urban bagi mek. dan saya macam suka la plak. urban beb!
  • tak mau balik UIA, tapi nak naik flight pergi UK.. boleh?


Wednesday, January 27, 2010

Changing here and there!


Saya perlukan pembaharuan.
Mungkin harus dimulakan dengan template yang baru.
Sebab-sebab penukaran?



  • Sedikit bosan dengan yang lama. Ya, cepat bosan dgn benda yang sama.
  • Harus menyemai elemen kematangan sempena pertambahan umur pada 2010.
  • Mahu sesuatu yang ber-identiti-kan diri sendiri atau yang lebih kepada syok sendiri.
  • Erk.. (...blurr)


Ya! Saya mahu menukar.
Mesti Kak Icha pasni bosan dengan kerenah blog saya,
dan pastinya disoal, "berapa kali ko nak tukar template mek oii..?"
haha……


saya nak tukar juga!
Any suggestion?


Ps.. cuba update blog pakai words. Ehe..

Friday, January 22, 2010

Broga Hill for the second time, thanks to Nono!...


Berjaya!

Siapa sangka aku sekali lagi berjaya menawan Broga Hill. Sendiri juga berasa unbelievable. Tp itu la kenyataan nya. Walaupun dah kali kedua tapi hal-hal sesat ni dah mcm sebati, tak sesat di atas jalan raya, tapi sesat pula dalam perjalanan naik ke atas bukit. Hoho.. soriiii guys..

Nasib tak jauh lagi, nasib sempat berpatah balik, dan nasib baik semua berjaya sampai di atas puncak juga akhirnya.. phewww~ kalau tak, mungkin sampai 7 keturunan pun tak habis sumpahan kat aku. kesian anak cucu aku nanti. haha...


Kali pertama dulu naik dengan Geng Tabah. Dan benar, aku rindu kalian ketika di atas sana. Habis semua aku kejut kan pagi tu. Nasib la! sape suh tak mau ikut.. Kali kedua ni naik dengan Geng Baru lak. Thanks to the director of the program sebab percaya kat diri yang kerdil ini mengetuai rombongan ke Broga.
I was the pilot for 12 cars hokeii... sumpah cuak gilak.



Bukit lalang yang indah kan?

half of the crew. another half ada kat sebalik batu neh. Nice to meet you all!
(photo credit to Bad curik dr fesbuk dia)

this is my favorite! thanks Nono. aku suka ini! =)



p.s. : off to Penang for next holiday! lalalala~
p.s.s. : awat tak boleh tidoq nehh........ *sigh*

.

Monday, January 18, 2010

Jadual graduating student yang padat. Mandi sungai termasuk juga!























Lepas kelas terus siap-siap pergi picnic! Even sungai FRIM tu tak dalam, tp kegembiraan yang diperolehi tak boleh disukat dgn paras air di situ. Sungai yang cetek terasa seperti boleh lemas. perghh.. Lama tak mandi sungai, dah jadi macam monkey dpt bunga. Teruja!

Layan kan je la.

Thanks kak jan for the nice cekodok. hehe.

























p.s. : counting for the graduation day, and I am scared with the good-bye thing. 

.

Tuesday, December 29, 2009

Ketika Cinta Bertasbih.. oh jatuh cinta sama Kholidi.. ya ampunnn..

Harini Hari Raya! yey.. akhirnya puasa ganti semuanya dah habis bayar. Punya lama baru dapat Raya. It's better to be late than never kan. Hah... korang wanita-wanita diluar tu, gantila puasa cepat-sepat. Jangan tunggu dah dekat ngan Ramadhan baru tehegeh2 mau bayar, i'll promise you, itu lagi seksa. Orang sibuk makan sedap sebelum nak sambut bulan puasa tapi kamu sibuk pula start puasa lagi awal. Jangan menyesal.


Akhirnya dapat gak aku tengok 'Ketika Cinta Bertasbih', tu pun lepas pow kat adek termanis. Best gak! aku kasi 4 bintang, satu bintang lagi tak boleh bagi sebab suntingan filem kureng sket. Tapi it's better than Nur Kasih, sekurang-kurang nya ini real di Mesir dan bukan di Universiti Islam Antarabangsa. Nasib baik ada sket scene yang betul-betul di negara padang pasir tu, kalau tak mau je aku cop drama-saving-cost. Ops!

Aduii.. nape la watak utama Ketika Cinta Bertasbih ni ensem bangat. Watak Azzam (Kholidi Asadil Alam) tu macam perfect sgt plak bila aku tengok. Still adakah lelaki yang macam tu dlm dunia sekarang ni? Ohh mek, jgn kau bercita-cita tinggi mahu lelaki seperti itu. hu. hu. hu. Since citer ni agak dah lama dan aku yang tertinggal jauh, maka nya siapa tahu mana nak cari novel dia ni? Tengok filem saja rasanya tak cukup, lagipun ada plak PART1 and to be continue.. aduii.. bila plak nak keluar PART2. Enggak bisa sabar ini donggg.. haha..

Kalau korang nak tau sket2 info pasal mas Azzam ini, klik la ini,
official website here!
nak part 1 mintak aku. =)

hye! saya la Kholidi..

p.s. : banyak pulak buku nak kena baca neh.. tapi takde plak buku Engineering dlm list.. opss..
p.s.s : dpt mkn free harini.. best2.. ^_^ V

.

Saturday, December 19, 2009

Dipaksa bermain kriket. First time dan tiada bakat tersembunyi.

Bak kata Isma (nama sebenar) citer ni dah basi, tapi aku nak post jugak demi menunaikan harapan beliau satu ketika dahulu. Sukan kriket agak kurang femes di Uia berbanding sukan-sukan lain.
Err.. tp uia femes dgn sukan apa, aku pun tak berapa nak sure. Mungkin bola tampar, sebab aku pernah dgr player team male nya "hot2".

Maka nya, sebelum cuti semester tempohari, aku dan Leen dipaksa bermain kriket di awal pagi. Tak pernah-pernah main kriket. Yang pernah aku main pun setakat rounders dgn baseball je.
Kriket ni aku tgk dlm citer hidustan je dulu. Macam citer khabi kushi kabhi gham.

Dan ketika kejadian, terkial-kial la jugak nak main kriket ni. Dah la from zero kau ingat terus boleh jadi hero ke? impossible!. Kriket agak susah berbanding rounders or baseball. Dah la byk songeh, gaya nak macam-macam je. Sampai ke sudah still tak boleh nak paham.

Pagi tu aku mati-mati ditipu kononnya Leen dah datang, rupa-rupanya ada tipu-helah di situ, dan sampai sudah aku je yang menjadi mangsa kriket.Timakasih Isma. [read : bengang]. Dah datang, layan kan je la bermain. Akibat tak bersungguh sbb frust kena tipu, belajar byk kali pun ilmu tak lekat. Sebab tu tak pandai-pandai main. Cuma pandai jadi penonton je kot.

yeh.. ini Rahimi, si Pembaling bola terbaik. post menarik bukan


ini Isma. bajet kan? hahaha

dan ini mangsa kriket. syukur la, sukan ini tak menjadi feveret

Siapa nak belajar main kriket boleh la cari Isma. Mungkin pelajar perempuan lebih dialu-alukan. hahahaha....

p.s. : nak main rounders macam kat sekolah dulu.. =(

=

Tuesday, December 08, 2009

Macam kura-kura lagi kah, atau sudah seperti rabbit?

Last time kalau ingat lagi, aku ada buat poll kat tepi side bar aku neh pasal blog loading aku. Respon agak memberangsangkan, and aku really appreciate la sape yg jujur vote tu. Huhu. At least aku tau betapa lembab nya blog aku rupanya. Tenkiu.. tenkiu..

serius ke lembab sgt ni weh..? huk2

So, bagi langkah menghapuskan kebosanan menunggu loading mcm kura-kura tu, aku dah alter beberapa benda dlm blog neh. Kalau anda perasan la. Hah, apa yang aku buat..? teka-teka..

And aku gak ada dpt feedback yg positif. Thanks Anis and Leha! Dorang kata dah 'cepat' sket blog aku. err.. tapi, membe aku neh, dia kata blog aku 'berat' lagi. huk2.. mau tak tergores hati ku, haha..

Maka nya,

Sekarang I really need your opinion.
Apakah sebenarnya pendapat anda tentang blog gue neh.

Lembab or tak? la-la-la..
[jujur harus ada ya bagi menjawap soalan ini]



cerita yang lain  =================================

dah masuk final sem, insyALLAH dis is my last sem kat sini. hope habis dgn jayanya.
memandangkan aku dah nak last ni, ada beberapa wasiat nak sampaikan..

1. tolong jgn macam-macam. Nak check-in bilik, tetiba nak pre-reg slip. wth?
selalu pakai cek-out slip je.

2. tolong kesian kan kwn aku. Nak add EAP, dorg tak bagi buat manual
tp bg idea bernas suh extend sem. bijak bistari!

3. tolong upgrade system teknologi. jgn ada lagi 'kesesakan' masa nak cek result.

itu je la dulu.
tak sabar nak grad.
wish me all luck.. selamat juga untuk anda semua. =)

=

Saturday, October 31, 2009

Dah macam student Sewing Art !! Ciri-ciri Engineer-to-be lesap sekejap..


Bersengkang mata nak siapkan jahit beads. huh.. menguji kesabaran betul. Habis semalam aku buat muvee-marathon sambil tgn sibuk mencucuk beads pada kain. Ingat senang ke tgn yang biasa berminyak dan handle metal dan machine ni nak pegang jarum, benang and beads yang sikit-sikit nak tercicir tu.. ohh.. tidak.. Kalau bukan sebab skills kokurikulum yang aku konon-konon nya minat ni dah tentu aku akan consider job ni sebagai "tak-patut-dicuba" kepada orang-orang di luar sana.

Tapi hakikatnya, lepas dah siap bila belek balik.. bukan nak kata apa lah.. penulis ni memang berbakat agaknya. Cun pulak rekaan beliau. Ni kira ok la, sbb penulis kan masih beginner. Hahaha.. cikgu ku pun bila tengok tadi terus kata "wow!..".. So,what do you think? honest plz..


Ni di atas baju yang sama actually. Lighting kurang best, so nampak macam gabungan dari baju lain-lain. It's actually a jubah dat penulis made during the sewing class. Hah.. jgn tak percaya. Ni kira macam class project dat will evaluate at the end of semester. And it's today! 30/10/09.

Besides jubah, we need to make a Baju Kurung which absolutely make me head-ache, sebab jahit pinggang baju kurung adalah ke-nyampah-an ketara kepada penulis. Not happy with the pinggang part. Tadi pun cikgu komen macam-macam.. wuwu.. I know cikgu, ia sgt buruk.. -_-"


Yes! I already wore the cloth once during last Hari Raya. [here] Bangga beb, pakai baju raya yang kau jahit sendiri. Abeh satu rumah aku kecoh kan hal ni. Bukan setakat rumah aku, rumah jiran sekali. And sampai petang aku pakai, ingat nak sambung ke malam, tp tak sanggup pulak.

Nak kata diri penulis tak minat sewing tu tak juga. Even sometimes rasa ke-nyampah-an sungguh kuat pada sewing, tapi tak tau kenapa she will keep doing it and then sendiri sakit kepala. But the truth is she discover dat sewing is a gift since she was a kid. Tak tipu, kecik-kecik dulu sungguh pandai menghabiskan perca kain bonda untuk jahit baju baby-doll. Macam-macam fesyen aku boleh buat. How girlish I was during dat time. Wahahaha... Mungkin she should open a boutique kedai jahit kalau tak dapat jadi engineer nanti. >_<

Ok. habis bab tu..

Btw, blogger tee yang pernah ditempah pada saffawati.com dh pun sampai. Lambat byr, lambat la received kan. Hehe. Well, thanks saffa. Overall the shirt is ok, juz not happy with the material. Jgn kecik ati ok Saffa. =)


Sooo.. final exam will be start on next week. Kepada warga UIA-an, study smart and gud luck for your final. and wish me luck too. =) Ok! mari stadi. Aim for the highest, nothing impossible.


 p.s. : sayangness, korang jgn nak pegi berhibur selagi tak 13aribulan ok. serius aku tacing nanti.
p.s.s. : hoh. sambut besday di dewan exam pd tahun ini. -_-"

Saturday, October 17, 2009

[GAMBAR] ..bersakan Raya dengan geng UIA!!..

Before aku sambung citer MAKAN-MAKAN KAT RUMAH AKU,
meh aku citer dulu jalan-jalan raya before HARI KE RUMAH AKU..

Location : FRIM, Kepong.
House of honour : Kak Jan a.k.a Jannah Shaid
Accompany : 4 ekor kuda.. Yatie's - Leen's - Feeza's - Mine!
Time : 3 o'clock

At the beginning mmg nak konvoi, tapi sekali macam hampeh.. haha~ sume pon bergerak sendiri, cumanya kat lua FRIM je ketemu balik, tapi itu pun Yatie dah lepas and selamat sampai dulu. Kitorang je sesat sket, tu tanya Asmah la! dia punya keje.. =P

Menu rumah Jannah, Soto.. Nasi Berlauk.. dan kueh-kueh yang sedappp!! thanks Kak Jan!
Abeh macam nak roboh rumah Kak Jan kitorang buat, hahaha.. Dah kenyang apa lagi, bergambar sakan la..

even tengah makan pun sibuk bergambar.. tudung kuning tu la Tuan Rumah!

mana bekenan sila inform aku..

Asmah as the KETUA KELUARGA.. [dia yang cakap neh!]

Kak Jan siap ada rabbit lagi untuk hiburan kitorang.. =P

aku pura-pura bz melayan rabbit..

mula-mula aku ajak shoot kat tangga suma bg respond TAKNAK..
then bila da tengok gamba.. suma pun SUKA pulak.. haaa~~

Naseb tak roboh!

=======================================
Sambung lagi Ops Beraya..

Location : Greenwood
House of honour : Azri a.k.a Ajribul 
Accompany : 2 ekor kuda..  Leen's -  Mine! 
Time : 4 o'clock

Kuda dah decrease disebabkan lagi 2 kuda mahu pulang. Diorang segan dengan Ajribul kot sebab tu tak mau follow sekali. Aku segan gak, tapi aku ikut jugak Leen.. Raya 2 taun lepas pun macam tu jugak. Since aku segan, so aku mkn 4 cucuk satay je.. =P

btw, thanks Ajribul! next year tolong la invite aku secara rasmi.. wahaha..

Asmah duduk ayu, tak bole blahh..

terang sket, baru nampak!

ni rumah Ajribul ke rumah dorang?

ada st*p*d kt bwh No Parking tu.. haha

perjalanan diteruskan!

=========================================
Dah bertambah kenyang kat rumah Ajribul, sambung plak ke rumah YangNa kat Ampang..
Masih mengekalkan 2 ekor kuda, tapi malang nya, hanya satu berjaya sampai, tunggangan aku terus balik rumah.. sebab jalan jem gila!! So, decide untuk terus ke Bangi tanpa ragu-ragu.

Maapkan aku YangNa!!

pack gila depan zoo neh!


activity penghilang ngantok.


Usna [bukan nama sebenar], dah hanyut kat belakang..

=========================================
Maka, bertolak pulang la aku, Asmah and Usna.. [dorang follow aku sampai ke rumah, nak tolong untuk RUMAH AKU plak esoknya..]

Tapi jalan raya kitorang tak terhenti di situ saja! Lepas rehat2 jap kat rumah aku, pegi rumah Sakinah pulak! even da lemau sebenanya tapi gagahkan juga, sebab dah janji mau datang..

Location : Putrajaya 
House of honour : Sakinah 
Accompany : 1 ekor je.. [kuda da pupus!] 
Time : 8 o'clock

Sampai rumah sakinah, dok jap then maen ngan kucing besar dia! aiseyyy.. tak tangkap plak gambar meow dia sebab aku da blurr.. penat btol hari ni..

Pas makan, sembang-sembang ngan mak dia, pastu apa lagi??? ok, saksikan sendiri..

ape ntah dorang buat..


seriusly tak plan pon post ni! tengok2 tersama plak dgn Asmah! nice!


takde sapa nak amek kan, tepaksa pakai mirror reflect. Takkan nak suh mak Sakinah tangkapkan!

Dah agak kol 9 lebeh kami pon berangkat sebab nak kejar kedai, barang-barang untuk RUMAH AKU belum beli lagi. Dah salam-salam, sekali dapat DUIT RAYA ok! ohhh.. teharunya dah besar-besar gini orang kasi duit raya.. tengssssssssss SAKINAH! =P

=============================================
p.s. : lenguh gila perut aku haritu!
p.s.s. :  raya taun depan entah bole berkumpul mcm ni lg ke entah tak.. -_-"

Older Posts Home