Showing posts with label bukan cerita nak publisti murahan. Show all posts
Showing posts with label bukan cerita nak publisti murahan. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Kandang Kambing sebelah rumah, what the mmbekk!

Cakap susah tak cakap LAGI la susah. Nanti kalau sesama melayu komplen komplen, mula la pepatah pelbagai versi keluar, nak tutup periuk nasi orang lah, simbah pasir kat periuk nasi la.. versi- versi periuk nasi juga la yang penting. Apa kejadah nya nak buat kerja-kerja macam tu, tapi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak bangkit hal macam ni, macam mana pula perumpaan ini menjadi. kan?

Haa.. fikir.. fikir.. naa.. naa.. naaa.. naa.. (ikut rentak lagu fikir fikir)

Namun begitu (skema skema), bukan di kalangan orang melayu saja hal-hal macam ni terjadi, kaum lain pun aku kira, dua kali lima sepuluh juga. Kalau dah memang ada hasad dengki dalam hati, tak kemana la pergi, situ situ juga lah yang kau akan melalat kemudian membusuk dan geli.

Dari situ mula la perang saudara la, perang dingin, perang panas dan sebagainya. Macam mana dunia nak aman? macam mana? Tengok Bangkok tu, geng baju merah sibuk baling-baling hentam kerajaan. Kenapa semua tu terjadi? haa.. pasal benda-benda busuk ni juga lah. Tu tak pa lah, cerita negara dia. Ni kita cerita negara kita.

Opss.. opss.. apa kes masuk hal negara ni? haha.. jauh betul aku menyelam, padahal hal sebenarnya di dasar laut sahaja. Ini lah yang dikatakan melaut. Jauh kan kan.

Berbalik kepada isu cakap susah, tak cakap susah ni memang dah jadi fenomena dalam kehidupan sehari-hari. Kita kadang takut nak tegur orang kalau dia buat salah, even kawan kita sendiri, even saudara kita sendiri. Ditakuti, niat yang baik dipandang terbalik 180 darjah. Sebab penafsiran bagi lain individu, lain-lain. Bila tak cakap, kita sendiri pula merana dek kerana tak tahan nak menghadapi.

Kita dah habis baik cakap baik baik pasal problem yang timbul, dengan harapan isu tu boleh selesai, tapi sebaliknya pula berlaku, tiba-tiba! jenggg! pertelingkahan yang boleh sampai kepada peperangan pula berlaku. Pertempuran, tumpah darah dan penindasan. Isk.. tetiba emo lebih, sebab baru tengok citer perang perang ROBIN HOOD. ngehe.

Salah faham ini lah yang menjerumus kepada semua benda benda tak baik ni terjadi. Sebab tu!! sampai sekarang lah rumah ayah aku ni setiap hari di selebungi bau BUSUK bluekk nak muntah sebab ada KANDANG KAMBING tak jauh kurang dari satu kilometer je dari rumah kami.


photo source : gugel

Ada ke patut! ada ke? ada ke? even itu tanah dia, even ini kawasan dulu ayah dia yang teroka, even tanah kami ini dulu dibeli dari keluarga dia, TAPI patut ke dia guna kuasa veto yang konon-konon 'ahh.. ada aku kesah?' tu untuk buat KANDANG KAMBING kat kawasan perumahan? patut ke?

hey come on la!

Ni la yang susah, bila dah buat aduan baik baik supaya tak berkecil hati, dia kata kita macam-macam. Marah-marah, hah! macam kita pula yang nak simbah pasir dalam periuk nasi dia. Eh.. cuba kalau kau duduk sini hari-hari, apa kau rasa? tahan tak? Imagine la bau KAMBING macam mana, apa lagi bau KANDANG KAMBING.. ahh.. stress stress.

 even kambing ni kiut, dan daging pun enak, tapi tetap aku against hal ini

Aku yang baru 2 minggu pulang for good (menganggur) ni pun dah tak tahan, apa lagi la parent aku yang hari hari bertahun tahun duduk sini, patut la terpaksa beli air-wick automatic tu pasang kat bilik padahal dulu (sebelum wujud kandang busuk!) tak payah pakai pun, segar bugar wangi je kawasan ni. Sedih betul :(. Ah, bayang kan je la bila angin bertiup masuk di celah-celah tingkap bilik aku, ha-aah! tak tahan.. nak pergi sembelih sekarang..



tuan kambing, sila lah consider.
pindah la ke kawasan yang sesuai,
bukan perumahan di kampung ini.

Thursday, March 25, 2010

Drama sebabak untuk Hari ini sahaja.

Ah... tiba-tiba aku teremo. Duduk di bangku multipepes lab kat kulliyyah engineering ni buat aku rase sayu. Bila lagi la aku nak duduk lagi kat sini. Kalau aku further Masters kat UIa mungkin jugak la aku menempel punggung kat sini lagi, tp kalau aku berjaya ke UK hasil berkat doa bersama, macam mana? huu... takde harapan la nak surf internet laju tapi kadang-kadang semput jugak kat sini.

Emo pesal plak ni.. sob.. sob.. sob.. (lap peluh)

Ni mungkin sebab aku terpenat sangat berulang-alik ke Engine dua kali. Tu pasal la hormon semakin cergas lantas terjadi rasa cepat sedih. Hah.. ada ke macam tu? ha-ha-ha.. teori meksism.. sila abaikan.

Harini.. (tone serius)

Wednesday, March 10, 2010

Is it SUKA equal to CINTA?

Aku tiba-tiba macam terfikir satu benda. Sebelum aku terlupa, since aku memang short term punya olang, so aku tulis la dulu kat sini.

Entah kenapa, macam ada something bermain-main dalam fikiran.
Pernah aku dengar orang kata,
Suka dan Cinta itu berbeza.. suka tu macam perasaan kagum kat orang tu.. cinta pulak macam perasaan teramat sayang kat si dia. Tapi malam ni, entah kenapa aku macam susah nak setuju. Selalu aku pro dgn statement neh. Tapi malam ni, rasa tu semua tipu.

okeh.. apa yang aku rasa macam tak kena ialah...

Wednesday, March 03, 2010

Mereka membuat onar lagi.

When : Di suatu malam yang tenang, bukan malam jumaat.
Where : Di depan bilik penulis, bukan depan bilik hantu.








 GAMBAR 1 
(before)













 GAMBAR 2 
(after)










Ya! kami lah yang melakukannya.

Kami dah penat!
Gudnite...


PS : siapa mereka? ingin mengenali mereka dengan lebih lanjut? TEKAN SINI.

Assobruminal-iman. huuu... sape nak meow ni, aku nak let go secara percuma!.

Tuesday, March 02, 2010

Misi Membunuh Masa Lapang

Habis je kelas, aku bawak diri. Mula-mula cuba kacau sesape yang ada tapi nampak gaya nya aku tak diperlukan, so aku blah. Takpe, no heart taken, aku profesional. Jam baru pukul 3.00 ptg. Nak buat apa? Nak tidur? itu dah terlebih. Nak meronggeng? ah.. takde geng. Aku buntu, tapi kaki aku straight pergi bank. Duit dah abih bayar hutang piutang. Mak aku pesan, wallet tak boleh biar kosong, nanti rezeki putus, takpe.. aku patuh.

Siap dapat resit, aku cek balance. Kira-kira, congak-congak. Mungkin aku kena buka Buku Ting macam Tabung Nuri versi Buku 3-5, kang tak memasal pencatuan makanan harian yang kedua pulak aku kena announce. Hari tu dah declare lega dari catuan pertama. Takkan nak pisang berbuah 3 kali. Tak boleh. Makan kena terlebih cukup. Hostel aku jauh dengan kelas.

Next destination, aku pergi finance. Just, nak killed masa lapang.

Sesampai di Finance,
Older Posts Home