Showing posts with label robin hood. Show all posts
Showing posts with label robin hood. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Kandang Kambing sebelah rumah, what the mmbekk!

Cakap susah tak cakap LAGI la susah. Nanti kalau sesama melayu komplen komplen, mula la pepatah pelbagai versi keluar, nak tutup periuk nasi orang lah, simbah pasir kat periuk nasi la.. versi- versi periuk nasi juga la yang penting. Apa kejadah nya nak buat kerja-kerja macam tu, tapi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak bangkit hal macam ni, macam mana pula perumpaan ini menjadi. kan?

Haa.. fikir.. fikir.. naa.. naa.. naaa.. naa.. (ikut rentak lagu fikir fikir)

Namun begitu (skema skema), bukan di kalangan orang melayu saja hal-hal macam ni terjadi, kaum lain pun aku kira, dua kali lima sepuluh juga. Kalau dah memang ada hasad dengki dalam hati, tak kemana la pergi, situ situ juga lah yang kau akan melalat kemudian membusuk dan geli.

Dari situ mula la perang saudara la, perang dingin, perang panas dan sebagainya. Macam mana dunia nak aman? macam mana? Tengok Bangkok tu, geng baju merah sibuk baling-baling hentam kerajaan. Kenapa semua tu terjadi? haa.. pasal benda-benda busuk ni juga lah. Tu tak pa lah, cerita negara dia. Ni kita cerita negara kita.

Opss.. opss.. apa kes masuk hal negara ni? haha.. jauh betul aku menyelam, padahal hal sebenarnya di dasar laut sahaja. Ini lah yang dikatakan melaut. Jauh kan kan.

Berbalik kepada isu cakap susah, tak cakap susah ni memang dah jadi fenomena dalam kehidupan sehari-hari. Kita kadang takut nak tegur orang kalau dia buat salah, even kawan kita sendiri, even saudara kita sendiri. Ditakuti, niat yang baik dipandang terbalik 180 darjah. Sebab penafsiran bagi lain individu, lain-lain. Bila tak cakap, kita sendiri pula merana dek kerana tak tahan nak menghadapi.

Kita dah habis baik cakap baik baik pasal problem yang timbul, dengan harapan isu tu boleh selesai, tapi sebaliknya pula berlaku, tiba-tiba! jenggg! pertelingkahan yang boleh sampai kepada peperangan pula berlaku. Pertempuran, tumpah darah dan penindasan. Isk.. tetiba emo lebih, sebab baru tengok citer perang perang ROBIN HOOD. ngehe.

Salah faham ini lah yang menjerumus kepada semua benda benda tak baik ni terjadi. Sebab tu!! sampai sekarang lah rumah ayah aku ni setiap hari di selebungi bau BUSUK bluekk nak muntah sebab ada KANDANG KAMBING tak jauh kurang dari satu kilometer je dari rumah kami.


photo source : gugel

Ada ke patut! ada ke? ada ke? even itu tanah dia, even ini kawasan dulu ayah dia yang teroka, even tanah kami ini dulu dibeli dari keluarga dia, TAPI patut ke dia guna kuasa veto yang konon-konon 'ahh.. ada aku kesah?' tu untuk buat KANDANG KAMBING kat kawasan perumahan? patut ke?

hey come on la!

Ni la yang susah, bila dah buat aduan baik baik supaya tak berkecil hati, dia kata kita macam-macam. Marah-marah, hah! macam kita pula yang nak simbah pasir dalam periuk nasi dia. Eh.. cuba kalau kau duduk sini hari-hari, apa kau rasa? tahan tak? Imagine la bau KAMBING macam mana, apa lagi bau KANDANG KAMBING.. ahh.. stress stress.

 even kambing ni kiut, dan daging pun enak, tapi tetap aku against hal ini

Aku yang baru 2 minggu pulang for good (menganggur) ni pun dah tak tahan, apa lagi la parent aku yang hari hari bertahun tahun duduk sini, patut la terpaksa beli air-wick automatic tu pasang kat bilik padahal dulu (sebelum wujud kandang busuk!) tak payah pakai pun, segar bugar wangi je kawasan ni. Sedih betul :(. Ah, bayang kan je la bila angin bertiup masuk di celah-celah tingkap bilik aku, ha-aah! tak tahan.. nak pergi sembelih sekarang..



tuan kambing, sila lah consider.
pindah la ke kawasan yang sesuai,
bukan perumahan di kampung ini.

Older Posts Home