Showing posts with label real world. Show all posts
Showing posts with label real world. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

"Sometimes we can't detect the two faces person. they talk nicely in front of you, but at the same time also talk bad behind your ass"

Owrite.. owrite.. malam ni nak cuba juga update apa yang patut. Aduh.. skill menaip dengan ayat yang kemas dan pantas nampak nya makin dah tak skillful. Salah siapa? Ngeng.. of course la salah sendiri kan! By the way, kali ni nak kupas kasi panas bab "nice in front, *&*^% at the back".. lebih-lebih kurang itu la. Janji, anda dapat bayangan pasal apa yang nak di hot kan kat sini. Fokus.. fokus.. ahaks.

Sejak dah bergelar orang berkerjaya ni macam-macam 'peel' orang saya nampak. Dari tua sampai la ke muda. Macam-macam. Ada yang baik, baik benar.. ada yang jahat, jahat benar.. ada juga yang baik di depan, di belakang hareee~ ada juga yang tak nampak baik (kira nya sekali glance tengok macam jahat) tapi sangat lah baik! 

Eh.. tapi kan, bukan masa zaman bekerjaya ni je boleh nampak spisis manusia yang pelbagai. Masa belajar student-student muda-muda, zaman menimba ilmi dulu pun ada juga. Sama! cuma ada kurang sikit. Kalau time belajar dulu, environment kebanyakkan diselaputi oleh rakan sebaya, kalau nak tua pun dalam 2-3 tahun je. Since, saya jarang bergaul dengan golongan cendekiawan (lecturers), jadi paling tua pun yang saya selalu get along adalah abang-abang technician mahupun kakak-kakak tutor. Itu saja! Jadi lain lah bila dibanding dengan situasi sekarang, zaman menimba kekayaan. Banyak berjumpa dengan beberapa range umur, tua, muda. Oh! dan juga berbilang kaum, 1 Malaysia plus International (Japan, Nepal, Myanmar, Bangla, Indon...bla..bla..bla..).

Well, saya rasa umur bukan faktor utama punca masalah ini membiak. Tapi ini berkait rapat dengan habit manusia. Perangai. Tak kira apa bangsa sekali pun, semua pun ada penyakit ini. Deym.. saya tak suka nak berkata lebih, takut mungkin saya juga boleh terselit dalam golongan ini. Kadang-kadang kita tak perasan, kita pun dua kali lima sepuluh. (saya mengaku itu, ahaks). Takpe lah, kita sama-sama ambil pengajaran, cedok yang jernih,  'nyah' kan yang keruh.

Dulu pernah juga saya terkena dengan "baik di depan, tapi hamjadah di belakang". Saya ingat sekali itu je lah terkena sebab bagi seorang yang konon nya mengamalkan "khusnulzhon", memang bersangka baik tu dah macam kunyahan setiap hari. Bila kita bersangka baik, terus otomatik kita percaya yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk. Timbangan setara yang langsung tak boleh dijadikan rujukan di masa sekarang, naive sungguh. Tapi maaflah, setara untuk dunia yang suci saja. Untuk dunia yang macam sekarang ni, hmmm... jangan harap. Tapi kenapa saya mudah percaya juga.. haiyak!

Yang paling dipercayai itu lah rupanya duri dalam belati. Depan kita kuss semangattt cakap sambil pijak semut pun tak mati. Mungkin kalau bercakap sambil sergah harimau pun harimau tak terkejut. Tapi once bila kita tak ada, contohnya bila kita MC satu hari tak datang office, time tu la ada dia grap peluang nak mengutuk yang buruk-buruk pasal si MC tadi. Keji tahap syaitonirrajim. 

Kesimpulannya, dalam dunia serba fana ni, percaya lah yang baik cuma tinggal 10% out of 100%. Makna nya, biar lah kita tetap steady jadi pihak yang baik. Sebab 10% tu sebenarnya diri kita saje yang tinggal. Nak harap orang lain, sekali lagi diulang taip, "jangan harap". Yang penting jangan cepat percaya dengan orang yang baru dikenali, kalau dah lama kenal pun kadang-kadang boleh jadi busuk, ape lagi yang baru hangit-hangit lagi ni kan. Makanya, berjaga-jagalah. Jangan percaya, jangan cepat percaya dengan orang yang selalu bergigi longgar dari lidah, yep.. yang dekat, mahupun jauh.. dan juga walaupun dia adalah bos anda yang gemar memuji anda. *peace*


p.s. : sumtimes annoying dengan "cakap-cakap belakang". hmm..

Friday, April 30, 2010

Perihal take advantage for your own good is really damn cruel.

.
Akhirnya! akhirnyaaa... window create post ni boleh jugak muncul. Punya la lama nak tunggu dia loading. Wireless lembab teramat. Adeh. Ni kang kalau aku dah taip pepanjang, ayat dah super-kick tetiba dia buat hal tak boleh nak publish, memang ada yang nak kena bungkus simpan almari.. *sigh*

Well.. sementara kepala full of words about my next hot entry (perasan jap), so better I keep my fingers busy sekarang jugak!

Mau cerita apa?

ok, (pause for a while) about  "take advantage" tak pon org siam kata "ambil kesempatan". Tapi I'm sure orang melayu paham what the words suppose to be meant. Tak perlu rasanya aku elaborate. But maybe korang tak dpt lg ape isi kandungan nya kan, ape yang aku dok sebok nak tekan kan sangat OVER HERE.

Where should I start? hmm..

Sumtimes bila kita nak achieve sesuatu, kita mudah lupa pasal sekeliling, kita lupa what shud we take into consider, what shud we need to think first. Kita lupa. Sebabnya, kita nak sangat SESUATU tu. Sampai kadang-kadang hati org yang terdekat atau org yang kita sayang kita terlupa. Kita terabai disebabkan kita agak tamak di situ. Apa yang kita tahu, we shud get that thing, dan it is a MUST. Apa yang jadi next tak penting, asalkan hati kita lega dah dapat. Tamak.

Tak keterlaluan kalau aku katakan itu tanpa kita sedar kita menjadi SELFISH at the same time. Oh.. how awful we are at that time? dah la selfish pastu greedy. The worst even more, kalau kita take advantage pulak kat org tu. Kita tindas. Kita ambil kesempatan terhadap kebaikan dia. Then, bila dah dapat semua tu, ada tak terfikir about what happened to the particular person lepas tu?

If the answer is YES, well.. maybe it can be forgiven, MAYBE he/she tak perasan sebab terlalu greedy. But what happen if the answer is NO..? Yep! when it comes to that situation, I must say orang tu takde hati perut. Takde perasaan.

From my own experience and also from my frens and environment, banyak benda ni terjadi. Kepercayaan tu macam senang nak dipijak serupa takde erti apa-apa. Yang kawan boleh menjadi lawan. Yang saudara boleh menjadi strangers. Banyak sangat sampai naik jelak.

I dun know where honesty actually meant to be. Adakah hanya di bibir? dan bukan di hati kah? Letih gak sebenarnya nak bagi kepercayaan tapi life must go on. Takkan sampai mati tak nak percaya kat sesape, tu dah kira menyusahkan diri sendiri. Tak best la pulak kan. That's why it is really hard to be a good person. Kang terbaik lebih, ada yang take advantage utk kepentingan sendiri. Bila jadi jahat, sape pulak nak kawan. Kan?

Memang betul la kalau ada yang kata, so be careful, hati-hati. Bluekk.. nak hati-hati pun kadang-kadang terkena. Semua nya sebab hati yang berhati-hati ni tetap ada sympathy and white space where perasaan nak tolong-menolong, buat baik tu menghuni di situ. Haha. Korang paham tak pe aku cakap? aku pon dah terbelit tangan nak menaip.

Ok, maksud aku, even kita dah berjaga-jaga, tapi kalau kita memang ada sense of nak berbuat baik dan bersangka baik, of course kita akan tolong orang tu. Tapi.. sensor nak detect main intention org tu yang kita kadang susah nak dapat.

Ni la yang dikata madu diberi, tuba dibalas. Erk.. lebih kurang mcm tu la. Kita tak sedar, rupanya org tu cuma nak ambil kesempatan je kat kita. We are not actually a stupido, tp org yg buat tu yang mmg tak BERPERIKEMANUSIAAN sebenarnya. Sensor bebuat baik dlm hati dia mungkin dah rosak.

KEJAM.

I dun get it bila ada kes tu, dia kenal or baek dgn dia ni cuma for some reason. Bila dah takde ape hal, org tu dia buat macam tak kenal je. Ni pun dikira ambil kesempatan jugak kan. Kira-kira macam ni la yang aku nak maksudkan. So, kesimpulannya, tolong la bagi orang-orang yang seperti di atas especially lelaki, tolong la dan cukup-cukup la menindas perempuan. You dun even have a right to do this pon. So, stop it.

Oh ok.. maybe I shud also stop here before I'm getting more emotional. he-he-he.

 sourse : google

I'm sorry,
this is not a gender issue or
sumthing personal.
Just sharing what I know.
Take it or leave it.
Older Posts Home