Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts
Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

"Sometimes we can't detect the two faces person. they talk nicely in front of you, but at the same time also talk bad behind your ass"

Owrite.. owrite.. malam ni nak cuba juga update apa yang patut. Aduh.. skill menaip dengan ayat yang kemas dan pantas nampak nya makin dah tak skillful. Salah siapa? Ngeng.. of course la salah sendiri kan! By the way, kali ni nak kupas kasi panas bab "nice in front, *&*^% at the back".. lebih-lebih kurang itu la. Janji, anda dapat bayangan pasal apa yang nak di hot kan kat sini. Fokus.. fokus.. ahaks.

Sejak dah bergelar orang berkerjaya ni macam-macam 'peel' orang saya nampak. Dari tua sampai la ke muda. Macam-macam. Ada yang baik, baik benar.. ada yang jahat, jahat benar.. ada juga yang baik di depan, di belakang hareee~ ada juga yang tak nampak baik (kira nya sekali glance tengok macam jahat) tapi sangat lah baik! 

Eh.. tapi kan, bukan masa zaman bekerjaya ni je boleh nampak spisis manusia yang pelbagai. Masa belajar student-student muda-muda, zaman menimba ilmi dulu pun ada juga. Sama! cuma ada kurang sikit. Kalau time belajar dulu, environment kebanyakkan diselaputi oleh rakan sebaya, kalau nak tua pun dalam 2-3 tahun je. Since, saya jarang bergaul dengan golongan cendekiawan (lecturers), jadi paling tua pun yang saya selalu get along adalah abang-abang technician mahupun kakak-kakak tutor. Itu saja! Jadi lain lah bila dibanding dengan situasi sekarang, zaman menimba kekayaan. Banyak berjumpa dengan beberapa range umur, tua, muda. Oh! dan juga berbilang kaum, 1 Malaysia plus International (Japan, Nepal, Myanmar, Bangla, Indon...bla..bla..bla..).

Well, saya rasa umur bukan faktor utama punca masalah ini membiak. Tapi ini berkait rapat dengan habit manusia. Perangai. Tak kira apa bangsa sekali pun, semua pun ada penyakit ini. Deym.. saya tak suka nak berkata lebih, takut mungkin saya juga boleh terselit dalam golongan ini. Kadang-kadang kita tak perasan, kita pun dua kali lima sepuluh. (saya mengaku itu, ahaks). Takpe lah, kita sama-sama ambil pengajaran, cedok yang jernih,  'nyah' kan yang keruh.

Dulu pernah juga saya terkena dengan "baik di depan, tapi hamjadah di belakang". Saya ingat sekali itu je lah terkena sebab bagi seorang yang konon nya mengamalkan "khusnulzhon", memang bersangka baik tu dah macam kunyahan setiap hari. Bila kita bersangka baik, terus otomatik kita percaya yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk. Timbangan setara yang langsung tak boleh dijadikan rujukan di masa sekarang, naive sungguh. Tapi maaflah, setara untuk dunia yang suci saja. Untuk dunia yang macam sekarang ni, hmmm... jangan harap. Tapi kenapa saya mudah percaya juga.. haiyak!

Yang paling dipercayai itu lah rupanya duri dalam belati. Depan kita kuss semangattt cakap sambil pijak semut pun tak mati. Mungkin kalau bercakap sambil sergah harimau pun harimau tak terkejut. Tapi once bila kita tak ada, contohnya bila kita MC satu hari tak datang office, time tu la ada dia grap peluang nak mengutuk yang buruk-buruk pasal si MC tadi. Keji tahap syaitonirrajim. 

Kesimpulannya, dalam dunia serba fana ni, percaya lah yang baik cuma tinggal 10% out of 100%. Makna nya, biar lah kita tetap steady jadi pihak yang baik. Sebab 10% tu sebenarnya diri kita saje yang tinggal. Nak harap orang lain, sekali lagi diulang taip, "jangan harap". Yang penting jangan cepat percaya dengan orang yang baru dikenali, kalau dah lama kenal pun kadang-kadang boleh jadi busuk, ape lagi yang baru hangit-hangit lagi ni kan. Makanya, berjaga-jagalah. Jangan percaya, jangan cepat percaya dengan orang yang selalu bergigi longgar dari lidah, yep.. yang dekat, mahupun jauh.. dan juga walaupun dia adalah bos anda yang gemar memuji anda. *peace*


p.s. : sumtimes annoying dengan "cakap-cakap belakang". hmm..

Tuesday, August 24, 2010

Dongeng kanak-kanak sudah tiada untuk kedewasaan ini...

...well, dewasa sangat kah aku?haha.

Aku pernah baca satu blog ni, arghh! my bad aku lupa apekenamenye blog tu. Aku suka dia punya purpose kenape die ber-blogging. Eh lupe plak, dia is she, that mean perempuan lah. Nak tau ape? ok, die tulis macam ni je, purpose die ber-blog is just die nak share betapa stressful nya life as an adult. Huu. Tapi bukan la dia tulis cerita-cerita provok betapa dasyat nya kehidupan dewasa ini. Bukan bukan!

She has entered her so-called as adult punya age (berapa umur dewasa? 24?25?29? undetermined). When the phase of life change from teenager to an adult, there might be several thing yang memang dan bukan tapi-tapi yang boleh menolak, malahan ianya pasti memberi banyak stress dalam kehidupan sehari-hari. Well, macam tu lah.

So, as a woman lagi lah, mana nak tanggung unstable emotion, hormone songsang, self-confidence dan banyak lagi lah. Lagi-lagi life seorang career woman, atau wanita bekerjaya. Nak tanggung bos membebel, nak manage time untuk keluarga, nak enjoy dengan kawan-kawan oh dan tak lupa konflik percintaan (mungkin). Banyak lah stress-stress kecil mahupun besar yang akan happen tanpa di duga.

Even sekuat-kuat perempuan itu (if dia mengaku dia kuat), mesti ada had kekuatannya. Sikit-sikit tindak balas cabaran-cabaran hidup yang stress ni boleh mengoyahkan kekuatan tu. Berapa kuat sangat lah kalau nak dibanding hati perempuan dengan hati lelaki. Fragile tetap fragile. Mungkin hal-hal kecil masih boleh ditanggung, tapi macam mana apabila yang kecil itu membesar? Dan semakin membesar gajah? Air mata jugak lah peneman bila tak tertanggung.

I dun know. Maybe lately aku dah mula rasa betapa 'sesak' nya menjadi dewasa. Berubah dari seorang anak kecil yang manja dengan ayah, kemudian membesar menjadi remaja riang (konon la riang sangat.haha), kemudian meningkat mencapai usia matang (ni orang yg kata, I look matured, oh! tidak). Tiba lah masa mengharungi dan berdepan dengan kancah hidup sebenar. Berhadapan dengan cabaran real life, real world, all the truth, bukan lah perkara yang boleh membuat senyuman sentiasa ceria sampai ke malam. Entah kenapa semakin hari, air mata semakin murah bila diri sendirian dalam pekat malam. Maybe because I'm just not ready yet? *sigh*

Letih jugak macam ni kalau selalu. Mizah, jangan jadi lemah boleh tak? (siri bercakap sendiri -_-")
.

Sunday, April 11, 2010

Berkawan biar seribu tapi perangai biar la lima ribu kali lebih baik...

baru la boleh nak up friend list sampai sepuluh ribu. Tak impossible kan.

Sometimes bila kita dah letak kepercayaan pada orang yang kita PERCAYAI dia adalah kawan, teman dan sahabat kita, kita kadang-kadang lupa yang satu hari nanti orang yang kita PERCAYAI itu boleh, serta berpotensi menjadi TIDAK DIPERCAYAI.

Kita lupa kadang-kadang. Too bad.

Dan kita juga kadang-kadang lupa yang seorang kawan yang dianggap KAWAN BAIK, boleh juga transform dan change kepada sebaliknya. Kawan-tak-baik?

Kita lupa kadang-kadang. Twice bad.

Memang takut sebenarnya bila berjumpa dengan dua spisis seperti di atas. Kalau masa zaman kecik-kecik hingus pon tertinggal lagi dekat tudung, aku boleh terima. Itu boleh diterima, sebab nak lap hingus pun dia tak boleh nak beza kan lagi sapu tangan dengan kain tudung. Tisu lagi la tak kenal, sebab bawa tissue packet masa sekolah rendah belum trend lagi. 

Dia tak boleh bezakan lagi yang mana BAIK dan yang mana BURUK. Mana yang WANGI mana yang BUSUK.

Sebab apa?

Sebab akal pun tak sampai sedepa. Tahap hormon pon tak matang lagi. Akal fikiran semua masih bergantung YES dan NO from their parents. Ditolak baru buat, disuruh baru bergerak, eh tapi kalau dicegah makin menjadi-jadi pula. Arahan terbalik.

Itu aku boleh consider lagi.

Tapi macam mana dengan orang yang dah tahu kalau bersin pun sebut Alhamdulillah (bagi muslim) dan excuse me (bagi non-muslim), kain tudung dgn handkerchief pun dia dah boleh beza siap boleh pilih corak apa yang menepati taste, tiap bulan period datang, derhaka ibu bapa dia tahu dosa...

Hah!

Ya.. itu yang aku heran kan. Sangat-sangat heran. Sangat-sangat mendukacitakan.

Mustahil la mana KAWAN dan LAWAN dia tak boleh nak beza kan lagi? Takkan DIPERCAYAI dan TIDAK DIPERCAYAI pun dia tak tahu lagi? Nak kamus Dewan ke? gugel sendiri.!

Sebab tu jangan salah kan kalau ada certain org boleh buka or share certain perkara pasal sendiri. Jangan salahkan dia kalau dia tak pilih kamu sebagai penerima cerita hati nya. Jangan salahkan dia kalau dia memang choosy nak cakap dgn sapa dia suka sapa, dia benci sapa, dia nak makan apa, nak keluar dgn sapa, nak cerita pasal apa, harini dia rasa apa.. Sebab dia ada sebabnya sendiri. Dia ada limit yang harus dijaga.

Sebab orang kata, pengalaman mengajar kita hidup.


Aku tanya, korang suka ke bila korang cerita-cerita seronok-seronok pasal contohnya orang yang korang suka, lepas tu depan kita dia puji la kasi semangat bagai, tapi belakang? heh.. 

Korang suka ke bila itu la yang dianggap kawan baik selama ini, tapi di masa yang sama, kat belakang korang memutar belit pasal korang? apa yang korang buat baik diulang tayang menjadi tidak baik. Ok fine. 

Suka ke bila ada isu apa-apa tapi misal kata korang as kawan baik ni tak setuju dgn isu tu, kenapa sebagai kawan baik korang tak datang foward dan terangkan apa yang korang tak setuju, instead of sok-sek sok-sek kat belakang punggung korang..


Suka?

Heh. Kalau YA, sila la back-off sebab orang seperti itu la golongan-harus-ku-lambai-bye-bye.

Maaf. Memang aku sikit beremosi dgn hal macam ni. Sebab I'm personally dah cukup berhati-hati memilih kawan. Tapi nampaknya tahap hati-hati tu still tak boleh filter orang-orang macam ni. Last-last, terkena juga.

Astagfirullahalazim.

Apa agaknya makna kawan, persahabatan bagi golongan seperti ini. Haaaa..... itu yang kita tak tahu.


heh.. aku suka quote ni, tp kalau bestfriend dgn laki macam mana?ha-ha.


kenyataan memang pedih,
tp jgn lupa hidup itu seperti roda,
pusing-pusing ops!
Older Posts Home