Sometimes bila kita dah letak kepercayaan pada orang yang kita PERCAYAI dia adalah kawan, teman dan sahabat kita, kita kadang-kadang lupa yang satu hari nanti orang yang kita PERCAYAI itu boleh, serta berpotensi menjadi TIDAK DIPERCAYAI.
Kita lupa kadang-kadang. Too bad.
Dan kita juga kadang-kadang lupa yang seorang kawan yang dianggap KAWAN BAIK, boleh juga transform dan change kepada sebaliknya. Kawan-tak-baik?
Kita lupa kadang-kadang. Twice bad.
Memang takut sebenarnya bila berjumpa dengan dua spisis seperti di atas. Kalau masa zaman kecik-kecik hingus pon tertinggal lagi dekat tudung, aku boleh terima. Itu boleh diterima, sebab nak lap hingus pun dia tak boleh nak beza kan lagi sapu tangan dengan kain tudung. Tisu lagi la tak kenal, sebab bawa tissue packet masa sekolah rendah belum trend lagi.
Dia tak boleh bezakan lagi yang mana BAIK dan yang mana BURUK. Mana yang WANGI mana yang BUSUK.
Sebab apa?
Sebab akal pun tak sampai sedepa. Tahap hormon pon tak matang lagi. Akal fikiran semua masih bergantung YES dan NO from their parents. Ditolak baru buat, disuruh baru bergerak, eh tapi kalau dicegah makin menjadi-jadi pula. Arahan terbalik.
Itu aku boleh consider lagi.
Tapi macam mana dengan orang yang dah tahu kalau bersin pun sebut Alhamdulillah (bagi muslim) dan excuse me (bagi non-muslim), kain tudung dgn handkerchief pun dia dah boleh beza siap boleh pilih corak apa yang menepati taste, tiap bulan period datang, derhaka ibu bapa dia tahu dosa...
Hah!
Ya.. itu yang aku heran kan. Sangat-sangat heran. Sangat-sangat mendukacitakan.
Mustahil la mana KAWAN dan LAWAN dia tak boleh nak beza kan lagi? Takkan DIPERCAYAI dan TIDAK DIPERCAYAI pun dia tak tahu lagi? Nak kamus Dewan ke? gugel sendiri.!
Sebab tu jangan salah kan kalau ada certain org boleh buka or share certain perkara pasal sendiri. Jangan salahkan dia kalau dia tak pilih kamu sebagai penerima cerita hati nya. Jangan salahkan dia kalau dia memang choosy nak cakap dgn sapa dia suka sapa, dia benci sapa, dia nak makan apa, nak keluar dgn sapa, nak cerita pasal apa, harini dia rasa apa.. Sebab dia ada sebabnya sendiri. Dia ada limit yang harus dijaga.
Sebab orang kata, pengalaman mengajar kita hidup.
Aku tanya, korang suka ke bila korang cerita-cerita seronok-seronok pasal contohnya orang yang korang suka, lepas tu depan kita dia puji la kasi semangat bagai, tapi belakang? heh..
Korang suka ke bila itu la yang dianggap kawan baik selama ini, tapi di masa yang sama, kat belakang korang memutar belit pasal korang? apa yang korang buat baik diulang tayang menjadi tidak baik. Ok fine.
Suka ke bila ada isu apa-apa tapi misal kata korang as kawan baik ni tak setuju dgn isu tu, kenapa sebagai kawan baik korang tak datang foward dan terangkan apa yang korang tak setuju, instead of sok-sek sok-sek kat belakang punggung korang..
Suka?
Heh. Kalau YA, sila la back-off sebab orang seperti itu la golongan-harus-ku-lambai-bye-bye.
Maaf. Memang aku sikit beremosi dgn hal macam ni. Sebab I'm personally dah cukup berhati-hati memilih kawan. Tapi nampaknya tahap hati-hati tu still tak boleh filter orang-orang macam ni. Last-last, terkena juga.
Astagfirullahalazim.
Apa agaknya makna kawan, persahabatan bagi golongan seperti ini. Haaaa..... itu yang kita tak tahu.
heh.. aku suka quote ni, tp kalau bestfriend dgn laki macam mana?ha-ha.
kenyataan memang pedih,
tp jgn lupa hidup itu seperti roda,
pusing-pusing ops!
pusing-pusing ops!