Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Isu buang bayi setanding dengan Isu buang Mak Ayah.

KISAH 1

Sejak akhir-akhir ni banyak kita baca dalam sokabo (surat khabar) kes-kes pembuangan bayi. Macam dah takde keperimanusiaan agak nya. Seronok buat, senang pula membuang. Macam takde apa yang perlu di kesah kan. Apa lah agak nya perasaan mak bapak si anak kecil yang tak bersalah tu, tak tahu makna BERSALAH ke dalam hati diorang. At least kalau ada sikit or even sekelumit mesti tak mampu mereka tengok anak sekecil itu ditanam hidup-hidup mahupun dibuang ke dalam tong sampah seperti membuang saki-baki makanan.

Sampai sekarang mesti kita kita tertanya apa agak nya perasaan si kejam tak berhati perut ini.

Di mana letak nya perasaan kasih sayang yang sejak azali nya mereka sendiri merasai nya seawal kewujudan diri mereka sendiri. Oh! dulu mak ayah korang bela elok elok, jaga bagai ditatang minyak yang penuh, sekarang benih sendiri hasil CINTA NAFSU tu kau buang macam si kecil itu tiada MAKNA.

Ah.. benci betul aku dengan situasi ini.

KISAH 2

Tetapi lebih benci pula bila aku membaca rentetan kisah IBU BAPA pula yang dibuang di pusat-pusat jagaan orang-orang tua. Itu lebih menyayat hati. Entah apa dah jadi dengan dunia sekarang. Sudah tiada lagi kah makna sebuah tanggungjawab sesama insan. Sudah pupus kah perasaan belas kasihan di dalam hati?!

Ada yang sanggup memalsukan alamat, nombor telefon agar pihak hospital susah untuk menghubungi waris sebaik orang tua ini sembuh dari jagaan hospital. Sampai macam tu sekali. Dan sekarang, rumah-rumah orang tua sesak, ya SESAK hingga tidak tertanggung lagi jumlah penghuni yang akan masuk kerana yang duduk transit tidak dijemput pulang lagi waris-waris atau ANAK-ANAK sendiri.

Sedih.

Apa sudah jadi?

Ada yang lebih sedih, seorang ayah ditinggalkan hanya di hentian BAS, eh bukan! pondok bas bersama-sama beg pakaian seorang diri. Dek kerana tidak tahan dengan ayah itu lagi. Tidak mampu menanggung kos saraan di tua sampai kan sanggup anak ini berbuat demikian. Sanggup sungguh hati kau.

Mungkin mereka ini (anak-anak kurang asam ini), ada sebab-sebab tertentu mereka. Tetapi terpikir kah mereka sebab-sebab mengapa mereka ini masih hidup sampai ke hari ini? Orang tua yang dipandang menyusahkan itu lah yang dulunya berpenat, berperit jerih demi membesarkan mereka.

Dan sekarang.. nah! itu la balasan yang engkau janji kan? Kejam.

Tak dinafikan, menjaga dan membela orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi. Semakin tua, semakin sensitif. Itu tak kena, ini tak kena. Kalau pun tahap kesabaran senipis kulit bawang, tidak boleh kah berusaha cuba immune kan telinga sekejap demi menjaga hati kedua orang tua itu? Tidak ingatkah dulu ketika kecil, minta itu ini, menangis memekak malam-malam sampai ibu ayah susah tidur, dibela sehingga besar dewasa. Hah! mungkin juga lupa. Manusia mudah lupa.

Pengorbanan bukan untuk dilupakan! tapi untuk dikenang dan dibalas. Huh.

Ya. Pengorbanan sudah dilupakan.

Mari kita ulang kan lagi. Pengorbanan tak patut dilupakan!!

dan bagi si pembuang bayi, pengorbanan kau membuang dan menanam tu memang patut dibayar seperti di KISAH 2. Dan jangan salah kan takdir kalau what goes around comes around. Itu adil oke.

hmm..


Friday, April 30, 2010

Perihal take advantage for your own good is really damn cruel.

.
Akhirnya! akhirnyaaa... window create post ni boleh jugak muncul. Punya la lama nak tunggu dia loading. Wireless lembab teramat. Adeh. Ni kang kalau aku dah taip pepanjang, ayat dah super-kick tetiba dia buat hal tak boleh nak publish, memang ada yang nak kena bungkus simpan almari.. *sigh*

Well.. sementara kepala full of words about my next hot entry (perasan jap), so better I keep my fingers busy sekarang jugak!

Mau cerita apa?

ok, (pause for a while) about  "take advantage" tak pon org siam kata "ambil kesempatan". Tapi I'm sure orang melayu paham what the words suppose to be meant. Tak perlu rasanya aku elaborate. But maybe korang tak dpt lg ape isi kandungan nya kan, ape yang aku dok sebok nak tekan kan sangat OVER HERE.

Where should I start? hmm..

Sumtimes bila kita nak achieve sesuatu, kita mudah lupa pasal sekeliling, kita lupa what shud we take into consider, what shud we need to think first. Kita lupa. Sebabnya, kita nak sangat SESUATU tu. Sampai kadang-kadang hati org yang terdekat atau org yang kita sayang kita terlupa. Kita terabai disebabkan kita agak tamak di situ. Apa yang kita tahu, we shud get that thing, dan it is a MUST. Apa yang jadi next tak penting, asalkan hati kita lega dah dapat. Tamak.

Tak keterlaluan kalau aku katakan itu tanpa kita sedar kita menjadi SELFISH at the same time. Oh.. how awful we are at that time? dah la selfish pastu greedy. The worst even more, kalau kita take advantage pulak kat org tu. Kita tindas. Kita ambil kesempatan terhadap kebaikan dia. Then, bila dah dapat semua tu, ada tak terfikir about what happened to the particular person lepas tu?

If the answer is YES, well.. maybe it can be forgiven, MAYBE he/she tak perasan sebab terlalu greedy. But what happen if the answer is NO..? Yep! when it comes to that situation, I must say orang tu takde hati perut. Takde perasaan.

From my own experience and also from my frens and environment, banyak benda ni terjadi. Kepercayaan tu macam senang nak dipijak serupa takde erti apa-apa. Yang kawan boleh menjadi lawan. Yang saudara boleh menjadi strangers. Banyak sangat sampai naik jelak.

I dun know where honesty actually meant to be. Adakah hanya di bibir? dan bukan di hati kah? Letih gak sebenarnya nak bagi kepercayaan tapi life must go on. Takkan sampai mati tak nak percaya kat sesape, tu dah kira menyusahkan diri sendiri. Tak best la pulak kan. That's why it is really hard to be a good person. Kang terbaik lebih, ada yang take advantage utk kepentingan sendiri. Bila jadi jahat, sape pulak nak kawan. Kan?

Memang betul la kalau ada yang kata, so be careful, hati-hati. Bluekk.. nak hati-hati pun kadang-kadang terkena. Semua nya sebab hati yang berhati-hati ni tetap ada sympathy and white space where perasaan nak tolong-menolong, buat baik tu menghuni di situ. Haha. Korang paham tak pe aku cakap? aku pon dah terbelit tangan nak menaip.

Ok, maksud aku, even kita dah berjaga-jaga, tapi kalau kita memang ada sense of nak berbuat baik dan bersangka baik, of course kita akan tolong orang tu. Tapi.. sensor nak detect main intention org tu yang kita kadang susah nak dapat.

Ni la yang dikata madu diberi, tuba dibalas. Erk.. lebih kurang mcm tu la. Kita tak sedar, rupanya org tu cuma nak ambil kesempatan je kat kita. We are not actually a stupido, tp org yg buat tu yang mmg tak BERPERIKEMANUSIAAN sebenarnya. Sensor bebuat baik dlm hati dia mungkin dah rosak.

KEJAM.

I dun get it bila ada kes tu, dia kenal or baek dgn dia ni cuma for some reason. Bila dah takde ape hal, org tu dia buat macam tak kenal je. Ni pun dikira ambil kesempatan jugak kan. Kira-kira macam ni la yang aku nak maksudkan. So, kesimpulannya, tolong la bagi orang-orang yang seperti di atas especially lelaki, tolong la dan cukup-cukup la menindas perempuan. You dun even have a right to do this pon. So, stop it.

Oh ok.. maybe I shud also stop here before I'm getting more emotional. he-he-he.

 sourse : google

I'm sorry,
this is not a gender issue or
sumthing personal.
Just sharing what I know.
Take it or leave it.

Thursday, March 04, 2010

Adakah mereka boys, girls atau golongan susah nak di categorize?

Dah lama aku tak pergi Pasar. Harini saja bikin out of habit. Tukar selera. Macam biasa, pasar jual macam-macam, semua caught into my attention. Panggil-panggil suruh aku dekat dan angkat. Orang kata kalau ada perut 10 pun mesti tak puas. Macam-macam ada. Tapi aku kepingin Nasi Kerabu Makcik Anonymous.That's my mission.

Walaupun masa dalam kelas tadi, aku dah lancarkan Kempen Tak Nak Makan Nasi, tapi I'm sorry. Maybe the campaign will be released when I'm totally ready. Now, I'm not. Nasi Kerabu terlalu sedap untuk di resist. Macam korang suka Twisties, it's irresistable.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang menipiskan beg dompet import aku, masih tak boleh menandingi 'sesuatu' ini lagi. Nasi Kerabu pun boleh tolak tepi. Tidak yang ini.

Aku tengah jalan bersama roomates. Mula-mula
Older Posts Home