Monday, February 22, 2010

Changing the template again and again.. =)

What do you think?
  • about the layout ..ok or not?
  • about the loading.. damn slow, slow, or ok?
  • about the colour.. cool or not?

give me your feedback, really hope so! 
mari-mari.. kutuk la apa yang patut............hehe~

Sunday, February 21, 2010

Yes, she is neither good nor perfect...

Benar lah pesan orang-orang tua. Jangan suka, suka sangat.. nanti esok ada yang berduka.

Huu..
biasa nya kata-kata ni macam isi dan kuku di dalam dada,
tapi kalau dah tersurat, pasti kun, fayakun...

Semalam elok happy mandi sungai even tak lama, pergi kenduri jumpa kawan-kawan lama, bertukar cerita bersama kawan, main game kat arked macam dia yang punya..
sampai gelak tak hengat dunia.. uncontrolable level of happiness..
Ya, dia gembira semalam.

Tapi hari ini.. ini hari..

Tuesday, February 16, 2010

Tipu la kalau kata suci dari kegiatan meniru....

Macam biasa la, bila aku stress tak dapat buat soalan esaimen, mesti kat sini la akhirnya aku berpeleseran. Ah! saiko betul soalan sir bagi neh. Macam mana nak buat pun den tatau. Nampaknya esok ada aktiviti illegal yang harus dibuat, apekah? apekah? ehe.. (sambil mata shining-shining).. eh tapi aku dah buat separuh tau......

So apakah kegiatan illegal tersebut?
a. Pinjam esaimen rakan dan compare kemudian betulkan.
b. Pinjam esaimen rakan dan terus salin lepas tu hantar.
c. Pinjam esaimen rakan dan padam nama beliau kemudian hantar.
d. Pinjam esaimen rakan dan tolong hantarkan sebab anda dah siap.

Jawapan nya adalahhhhh............??

Kenduri kahwin yang bukan satu! tapi dua......

.
SITIAWAN and not SETIAWAN. Aku ingat SETIA-AWAN, so dalam kepala keep spell S-E-T-I-A-W-A-N and sebut Setia-wan. Dah dua kali pergi sana tapi la ni baru sedar yang I was wrong. Hadoi!, lawak betul. Well, aku dah selamat pulang dengan menaiki Bas Transnasional seperti hari datang haritu. Ah.. memang ni first and last la aku naik Trans. Tak mau naik bas trans dah, say no to Trans! Nanti la aku citer kenapa.

Akceli, pergi Sitiawan bukan bercuti pun. Kitorang pergi sebab ada kenduri. A-ha! kenduri kahwin paling interesting yang pernah aku pergi. Bukan satu! tapi dua. But then, masa akad nikah, bukan dua! tapi tiga pasang pengantin. Sebab dah sekampung, so tok imam buat sekali arung 3 pasangan terus! senanggg........!

Saturday, February 13, 2010

LIVE from Syarikat Bas Transnasional..

.
Kalau aritu LIVE atas keretapi, tapi kali ni kita buat liputan LIVE atas bas pulak. Hehe. Korang baca je la jgn cop aku blogger-gila plak pasni, dalam bas pun nak sibuk update, haha.

Jalan tengah jem! Aiguu... Mcm ni elok2 jalan 4 jam, boleh jadi 6 jam la kot. Cis2.. I dun like dis.. Dah la tadi pun flight a.k.a bus delayed. Suppose naik kul 5, tp dah jam jam ENAM! Oh, kurang my quality time tau.

So, disebabkan nak bejalan jugak time TAHUN BARU CINA, terima je cik mek oi. Ok2. Padan muka sendiri.

Sh*t, bas neh buat emergency brek plak. Nasib baik sempattt! Dah tau sesak kat depan tu, jalan jela mcm siput. Xpe, I xmarah u..hehe.. Biar lambat asalkan selamat. Ok, budak kecik pun tau ni.

Layan betul.. Sambil dok bus dgr lagu-lagu rock kapak. Haha. Dlm hp ni ade 2 je playlists. Satu lagu rock kapak yg tokey hp ni masuk kan time beli dulu, xpe, layan je pasal free je dia bagi even byk gak yg aku xpernah dgr mcm lagu TAMING SARI? Haha.. Layan2. Yg kedua lagu omputeh yg aku masuk kn aritu. Sebab dah nek kematu telinga ni, tu yg dgr rock kapat plak. Best gak rupanya. Hah! Pastu start la berangan2. Oh! Indahnya wa ckp lu! Hehe.

Uh, panjang gak jem nye neh. Mcm imposibble neh nak sampai kul 10. Huwaa.. Nk tekucil, adei..adei.. Tetiba teringat, kalau dulu2 bas ada toilet kat belakang. Hehe. Tp transnasional aku neh takde la pulak. Cis! Tahan2..

Oh! Terima kasih kalau anda berjaya baca sampai setakat ni. Haha. Aku membebel apa kat atas pun aku dah lupa. Nak scroll2 tgk atas blk mcm malas la kan. Pakai hp limited betol. Xpe2, ini pun dah kira bersyukur boleh guna. Hee..

So guys! Hepy chinese new year to all cina diluar sana. Sory, saya suka dim sum je. Len tak. Hehe.

Oh! Esok valentine's day. Mak aku marah ok sambut neh. So, aku join2 marah jugak kat sapa yang sambut. Anda TAHU kan kenapa? Ok2, aku xcerita blk. Hehe.

I'm heading to setiawan dear. Doakan aku sampai dan pulang dgn selamat. Ok la.penat dah jari jemari aku. Kang jadi mcm iklan rangkaian talian apa yang aku pun lupa dah, ala iklan ibu jari dorang sume bengkak berbalut tu... Ingat tak? Ingat tak?

Adui, lagu ape neh.. Potret monalisa.. Oh dem.......


.

Lambailah aku walau sekali. (dramatis tak?)

Hati yang pergi, entah kan kemana.
Hati yang dicari, capainya juga tidak kemana.
Hati yang luka, diubat, tapi entahkan pulih entahkan idak.
Hati yang punah.. harap dapat disambung lagi.

Dan kini.. hati ini cuba pergi lagi..
kearah mana.. jangan ditanya..
ke sana kah..
ke sini kah..
ditoleh kiri, tak sampai ke kanan.
jawapan tak sama, dan tidak dapat diketahui.

Moga kurniaan tuhan mampu membesarkan hati ini sekali lagi.
Ps.. biasa la, bila nak pergi jalan, mesti rasa macam2 dalam hati! waaa...


Friday, February 12, 2010

Dia pandai ke menjahit? mari berpoyo-poyo...

Steps that she has gone through...
  1. Google the design. Save all the pattern pictures.
  2. Borrow her SIL's mesin-jahit-tepi and failed to return it back until now.. (buat harta).
  3. Go to KAMDAR for the first time without her mother but with her sister. Rambang mata, tapi kena beli yang paling murah, huu..
  4. Get several equipments yang tak ada, seperi pembaris dan kapur. Tapi rupanya mak dia ada pembaris di rumah... rugi! rugi!
  5. Get the body measurement with the help of a mirror. auw~
  6. Start sketching the design on the trasing paper.
  7. Set-up her mother sewing machine. Pinjam eh bonda!
  8. Gunting-gunting. Jahit-jahit. Senget-senget. Adjust-adjust.
  9. Lap peluh jap sambil tersenyum sinis...
after several hours and days...

taa-daa~!!

1  2  3  4  5

amacam? ada talent tak? (^_^)"

start berangan bukak butik sendiri or maybe a kilang baju?  mengaplikasikan kegemaran dan kepakaran (pakar la sangat)..
sewing + manufacturing = duit! duit! haha..


Newer Posts Older Posts Home