Showing posts with label sisi gelap. Show all posts
Showing posts with label sisi gelap. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Permata tak selalu cantik, kaca tak selalu buruk...

Kadang-kadang, yang dianggap permata itu lah sebenarnya kaca. Dan kaca itulah sebenar-benar permata. Mata terpukau, mudah benar hati terselindung. Selalu, persepsi antara sesama manusia sangat mudah bertukar-tukar. Sesenang kau hirup udara sehari-hari.

Hari ini, berkata seperti ini. Esok.. tulat.. berkata seperti itu pula. Memang mudah, cuma petik jari.. seribu yang datang. Tak! bukan seribu, tapi ting! dia hilang. Kalau kembali, pasti bukan yang sama. Haha, Aku cuba

Sunday, February 21, 2010

Yes, she is neither good nor perfect...

Benar lah pesan orang-orang tua. Jangan suka, suka sangat.. nanti esok ada yang berduka.

Huu..
biasa nya kata-kata ni macam isi dan kuku di dalam dada,
tapi kalau dah tersurat, pasti kun, fayakun...

Semalam elok happy mandi sungai even tak lama, pergi kenduri jumpa kawan-kawan lama, bertukar cerita bersama kawan, main game kat arked macam dia yang punya..
sampai gelak tak hengat dunia.. uncontrolable level of happiness..
Ya, dia gembira semalam.

Tapi hari ini.. ini hari..

Friday, February 05, 2010

Tak mau kawan dengan Si M

Apasal la malas bebeno. Semua nya malas je nak buat. Bengang betul la ngan si malas neh. Sibuk je menempel-nempel kat sebelah saya. Kan dah terikut-ikut dengan si malas. Cuba la cari kawan lain weh si malas. Saya tak mau jadi malas!

Shuh.. shuh..
pergi kau wahai malas..

Tak baik oh jadi Pemalas.


Hahaha~

*gila*


Thursday, January 28, 2010

Seperti kacang lupakan kulit maknanya tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya

Mari aku nak cerita kan kisah si cerdik.


Dia si cerdik. Lebih cerdik dari orang-orang biasa sebab dia rasa dia cerdik. Di takdir kan si cerdik bercinta dengan si kurang cerdik. Tapi si cerdik tak kesah macam yang Aiman selalu cakap, "Aiman tak kesah".

Si cerdik tak kesah bukan sebab pasangan nya kurang cerdik, tapi si cerdik tak kesah perihal mereka dari dunia yang berbeza.


Si cerdik cakap, " I tak kesah". Si kurang cerdik juga rasakan yang sama.


Mereka pun bercinta. Mula-mula mereka gembira. Siang malam berhubung bergelak mesra. Bagai dunia mereka yang punya.

Mereka cakap, "kami tak kesah hal sekeliling sudah".


Tapi.. disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Percintaan mereka tak lama. Ada badai melanda. Mereka pun putus di tengah jalan.

Si kurang cerdik cakap, " I dah tak kesah!".
Si cerdik cakap, " tapi I kesah lagi..".


Dan sepurnama lama nya.. mereka berdua tidak ambil kesah lagi.


Di takdirkan, si cerdik mula rindu kan si kurang cerdik. Tapi cinta hanya tinggal bertepuk sebelah tangan. Orang kata tepuk sebelah saja tak berbunyi, tapi si cerdik tak percaya. Si cerdik hanya percaya, si kurang cerdik masih sayang kan si cerdik. Si cerdik perasan.

Maka merayu kembali si cerdik kepada si kurang cerdik.

Tapi tetap, si kurang cerdik cakap, "I dah tak mahu kesah.". Si cerdik buat-buat tak paham.

Lantas si cerdik naik berang. Si kurang cerdik masih keras kepala.


Si cerdik yang cerdik lantas berkata, "macam kacang lupakan kulit!", terus ke arah si kurang cerdik.


Tapi si kurang cerdik tetap begitu. Blur. Dia kan kurang cerdik.

Tapi jangan disangka kurang cerdik itu bodoh.

Si kurang cerdik cuba ingat-ingat kembali. Padahal dulu siapa tolong siapa. Si kurang cerdik yang menghantar ambil, membawa pegi bersiar-siar, memberi pinjam wang kepada si cerdik. Syukur si kurang cerdik hanya kurang cerdik dan bukan si nyanyuk yang bodoh.

Itukah kacang lupakan kulit?

Si cerdik sudah nyanyuk barangkali, fikir si kurang cerdik.




Nah.. sekarang siapa si cerdik yang perasan cerdik kalau peribahasa sekolah rendah pun sudah disalah-ertikan?


Si kurang cerdik tersenyum sumbing sambil sedap kunyah kacang cap tangan.


.

Friday, December 18, 2009

Amanah lawan nya Khianat.

Serasa aku kalau bukan ajaran Islam sekalipun, semua agama di atas muka bumi ini mengajar perkara yang baik-baik sahaja. Ada ke agama yang suruh buat tak baik? Mungkin agama Ayah Pin pun ada menyaran buat kebaikan. Cuma nya, kepercayaan itu yang berbeza. Ayah Pin totally la 'berbeza' sampai ajaran ke langit. Ok, ayah pin tak terlibat dalam hal ni sekarang.

Kembali pada topik asal. Jadi, kalau sudah diajar tentang yang baik-baik kenapa mesti perkara tak baik masih berlaku?

Adakah kerana terkurang ajar?
Atau kurang ajar?

Tula, suruh pergi sekolah, badan pergi pakai uniform, otak tinggal atas katil.

Heh.. tak tahu la.

Macam mahu bagi tazkirah, ceramah atau apa saja yang boleh membetulkan pelajaran 'anak-anak'. Macam nak ajarkan yang telah dipelajari sejak kecil. Kalau sekolah rendah ada Pendidikan Islam. Sekolah Menengah pun sama. Tak cukup lagi ke lepas tu kat universiti pun ada belajar etika, akhlak dan nilai-nilai murni.

Tak payah cakap pun mesti boleh fikir sendiri.

Akal bubuh mana? jangan kau kata lutut. kesian.

Maafla, ayat si bengang selalu nya menyiat hati.
Sebab dia mahu berkongsi rasa.
Tapi jangan terasa, sebab tak gigit cili tak rasa pedasnya, begitu juga hatinya.

Yea..

Awalan nya tak perlu sesiapa yang tahu dan baik-baik saja. Tiada salah-paham. Tiada konfrontasi. Tiada ketidak-selesaan di situ. Semua salah si polan, atau si polana?mungkin.

Mungkin dia tak belajar apa itu Amanah.

Hey.. kau tahu apa itu Amanah?

Mari kita sama-sama kembangkan otak. Sebelum tu kutip dulu otak tu jangan lupa.
A-M-A-N-A-H. lawan nya  K-H-I-A-N-A-T
Jadi kenapa harus kau khianat bila diberi amanah? Tak tahu ke amanah itu harus disimpan bila disuruh? Kau tak tahu dosa-pahala mungkin. Kenapa mesti kau kepochi sana-sini?


Panas betul.

Haih.. sabar.. sabar..
Assobru-minal-iman.


Nasib bukan jenis si bengang mahu mendoakan yang bukan-bukan pada si khianat.
Biarlah. Si bengang masih positif. Menerima seadanya. Tapi mungkin tak berapa nak pasrah.


Tuhan kan Maha Adil.
Dan Si bengang percaya itu.

Semoga si kepochi sedar.
Aminn.


Nah,
ada lagu mahu si bengang tujukan.. F*ck you by Lily Allen.
Sorry, bukan blog ini mencarut tapi Lily Allen. hahaha~ tq Lily.

p.s. : bukan sesiapa yang berhampiran si bengang.

.

Thursday, November 26, 2009

Perempuan, sila jangan jadi bodoh kerana cinta.

Hye!

Ops.. Assalamualaikum..

Kehadapan seorang teman yang aku tak pernah berkata-kata secara berhadapan tetapi selalu menjadi buah mulut di belakang oleh teman-teman, diharap anda sihat dan masih berkeadaan siuman di saat ini. Ketika aku sedang menaip nota kasih sayang dan juga sarat dengan emosi rasa loya yang tak tertahan ini, aku tahu dan sedar kalau-kalau nota tidak berpangkalan ini bakal mengukir ombak besar yang lebih tinggi dari tsunami nanti, atau mungkin.. itu aku tak pasti.

Kamu..

Tujuan aku menulis dengan abjad-abjad yang perlu ditekan kemas ini adalah dengan niat mahu merubah keadaan. Aku bukan duri dalam daging. Juga bukan musuh dalam selimut. Tak juga pisau dalam lipatan. Tapi aku seorang pemerhati yang tidak berpuas hati dengan sikap dan tingkah laku bodoh serta memualkan pangkal tekak aku ini. Iya. Aku tidak berhak berkata-kata. Tetapi sedarlah, aku juga seorang teman yang kasihan dan sedih ketika teman nya diperlakukan seperti seorang tolol yang terpaksa menjadi dayus tanpa rela. Lantas aku mahu menolong. Bukan memperagakan kebaikan mahupun menayang tindak tanduk yang suci. Percayalah, itu bukan aku.

Dek kerana aku malu kerana kamu juga seorang wanita, dan aku juga seorang wanita, aku terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, namun aku sedar, mungkin kewujudan aku ini tak pernah kau pedulikan. Siapa engkau, apa sejarah silam mu dan kenapa kamu bertindak seperti tiada dianugerahkan akal membuat aku hairan telunjuk siapa yang sedang kamu buntuti.

Aku sedar, cinta itu buta, tapi tak perlu rasanya kamu membutakan mata dan kepala hati sendiri semata-mata kerana cinta. Kamu memang harus disedarkan. Mahu aku renjis dengan air apa baru kamu sedar? Jangan jadi bodoh, jangan jadi tolol. Orang kata kumbang bukan seekor, berjuta.. berpuluh juta.. ya.. boleh sampai hingga tak terkata. Tapi mengapa yang satu itu juga harus kau susah kan? harus kamu cagarkan? Mungkin kau tak sedar posisi diri sendiri di hati si dia. Segan lah jika aku katakan kau langsung tiada di hati si dia. Tuhan saja yang tahu, tidak aku.

Pernah kah kamu mendengar juga ungkapan ini.. Jika sayangkan dia, lepaskan dia bahagia, dan jika dia kembali itulah cinta sejati. Oh.. pasti nya tidak. Jika iya, sudah tentu kamu tidak sebodoh ini, dan tidak sebongok ini. Kamu kononnya terlalu sayang kan dia, tapi apa makna nya sayang bila mana setiap detik kamu menyusahkan dia, membuat dia serba-salah, mengukir pening kepala dan kerutan di dahi nya? dan tak mustahil hingga takat si dia pandai menangis hiba. Hanya kerana tiada siapa simpati dgn tomahan yang bukan 'kerja' nya. Hey.. sungguh aku tak kan pernah faham perangai apa yang kamu bawa kan.

Berubahlah. Aku malu bagi pihak jantina ku.

Jangan jadi bodoh semata-mata kerana cinta. Tuhan maha adil. Tak percayakah kamu dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.. Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Jangan! jangan kamu tidak percaya, aku khuatir kamu akan terpesong jauh. Pulang lah. Berubah lah. Masih sempat jika mahu. Hendak seribu daya, tak hendak? beriban.. berjuta.. dalihnya.

Kalau pun kamu berjaya menawan si dia dengan agenda gila melebih rujukan sang pemusnah umat itu, aku percaya.. jika kalian berkahwin sekalipun, jangan kau harap bahagia akan melindungi kalian hingga ke anak cucu. Mungkin cukup setahun, atau sebulan.. atau mahu dua tiga hari sahaja? entah.. aku tak berkuasa meramal, tapi aku pasti tentang itu. waallahua'lam.

Wassalam.

p.s. : tiada kaitan dengan aku dan kesayangan ku.

Wednesday, November 18, 2009

Berpuisi tanpa bakat..

Kebencian tahap gaban pada diri adalah bermain dgn perasaan.
Selain kebencian terhadap reptilia yang agak menggelikan,
ini lah yang paling ketara mahu di eliminate kan.
Tapi mana kan mungkin, kau hidup tanpa perasaan.
Mana kan mungkin kau boleh hidup dengan tone yang sama.

Kerana..

Emosi mudah berubah.
Sekejap nanti kau gembira.. sebentar lagi jangan terkejut air mata meleleh tiba-tiba.
Tak payah tekan punat A untuk gembira, mahupun C untuk sedih.
Sistem automatik tanpa gear memang berkuasa mengalahkan semua.

Kadang-kadang dalam kau bersedih, kita tetap boleh ketawa.
Itu pun kalau ada lambakan lawak kurang sopan datang menghiburkan.

Iya.. samala jika ia berlaku dlm rythm vice versa.
Kedua nya pun sama. Juga serupa.
Itu la emosi.

Emosi dijajarkan oleh perasaan.
Perasaan dipaksikan pula pada hati.

Dan hati..

hati diiring sama naluri serta jiwa dan nyawa.
Tanpa nyawa, yang tegap juga tidak bermakna.
Justeru kerana itu kau tak berhak menghapuskan perasaan.

Ya.. benci itu juga perasaan.

Maka..

Lupakan saja niat mu untuk menghapuskan  sesuatu yang berguna.
Mungkin ada alternatif nya.
Yang susah selalunya ada skip point nya.

Hmm...

Pejam mata.. dan bukan tanya pada selera.

Oh! fine..



jawapannya tido la kalau kau tanak beremo-emo dgn perasaan. huhu!..

==================
p.s. : berfikir tentang apa?
==================

.

Sunday, August 23, 2009

Gurindam Mamat!

Ada seorang mamat,
Dia orang melayu tapi tak paham bahasa,
Cakap seratus kali dia tak paham,
Kalau cakap sejuta kali lagi la dia tak paham.

Ada seorang mamat,
Dia nama je sekolah tinggi-tinggi,
Masuk sekolah bertitle Agama,
Tapi kenapa bab agama dia macam tak reti?

Ada seorang mamat,
Perempuan tu ingat dia dah berubah,
Baru nak bagi hatinya semula,
Tapi rupa-rupanya makna berubah pun dia lost!

Ada seorang mamat,
Bagi dia peluk cium tu perkara biasa,
Dah sangap sangat nak berbini agaknya,
Tapi nak kahwin pun tak layak lagi.

Ada seorang mamat,
Perangai memang sangat la pelik,
Si perempuan cuba untuk memahami,
Dah tak boleh tahan, sekarang dia say Goodbye je.

Ada seorang mamat,
Mulut selalu manis kata sayang la rindu la,
Cakap dlm sms boleh la bhai,
Nak harap sebut direct, kirim salam je la.

Ada seorang mamat,
Mamat yang paling merbahaya,
Pergi nyah kau dari bumi ni,
Dah tak sudi menerima kau lagi.
.
.
.

p.s. : ditujukan khas buat Mamat. Mamat yang mana? haa.. itu yang kita tak tau. sekian.

Monday, June 22, 2009

Kata Dia.

Kata hati, pergi.
Kata jiwa, nanti.
Kata nafsu, turuti.
Kata iman, berhenti.

terus..

kata apa perlu ku ikuti..

Jalan berliku penuh duri..

Ya ALLAH..
hamba-Mu ini buntu..

Tuesday, June 16, 2009

Jiwang Mode.. shhhhh!

Katamu dia tak berperasaan,
Tak
pandai menilai.
Dan
tak pandai menghargai.

Hasratmu ditolak jauh,

Tiada alasan sebab diberi,

Dituduh
tak berpegang pd janji.

Cinta
mu diusir sepi,
Dipejam biar terus pergi.

Jauh.. tiada ganti..


Dia
redha jika kamu membenci,
Menerima apa yang dirasai,

Menelan segala bara api.


Namun kamu tidak ketahui,
Cinta
nya masih disiram suci,
Tak luput walau seinchi.


Biarlah
kamu tidak mengerti,
Kenapa.. Mengapa.. tiada isi,

Langkah diundur mencari-cari.


Tapi percayalah
kamu..
Kasih
nya masih di hati,
Buat
mu suatu hari nanti.

p.s. : katakan apa saja, janji ku puasss hati!! (^_^)"

Sunday, March 01, 2009

MANUSIA

1 MARCH 2009
manusia memang pelik..
mula-mula mereka mesra..
berkata manis..
bersikap telus..

tapi..
bila dua tiga ketika..
mereka pasti berubah..
kejam..
garang..
jahat..

walau sahabat,
mereka tak peduli,

walau kekasih,
mereka tak kesah,

walau keluarga,
mereka tak hirau,

perbuatan menyakiti yg lain tak pernah nampak,
namun bila sendiri terasa,
mula la kecoh..

siapa yang salah..?

manusia memang pelik..
sepelik hidupan yang lain..

biarlah..
aku tak larat..
buat baik salah..
buat jahat jgn sekali..

sedarlah..
sahabat, teman dan kawan..
jangan terlalu cepat beremosi..
bertenang..
ingatlah tuhan..

p/s : kecik ati.. terlalu..

Saturday, January 10, 2009

...i'm not invisible...

haihh...(caution : dun sigh always,it can makes u old rapidly)
last weekend wasn't my perfect relaxing weekend,

everything wasn't so good,

hmmm....bcoz of this stupid madness,
i had spent a lot FOR my not so important class..
juz for filling my circumstances...
hoo...

mayb its juz a cooling session for my heart.
does money flowing out is a therapy..????

maybe it's a yes for a girl like me.

firstly, i got smashed from my fren,
not to mention who is it..
its really break my heart..
i'll not forget about that,
but i already forgive her/him.

secondly, i got cheated by my so-called as *ehem2*,
and now, i'm not trust him anymore,
maybe dis relation shud be ended by now,
i need a rest,
full-stop..

thirdly, i lost my bank islam card,
which my money is mostly there,
i dun know where it is,
and fortunately i already cancel the card yesterday,
so i have to make a new card a.s.a.p,
b4 i'm running out of cash,
huk2...

eventhough i had a very bad weekend,
i feel glade that my friends always there for me,
everything happen must have their own reason,
maybe dis is a test from God,
thats how He keeps reminding His servant.

MORAL OF THE STORY :
  1. dun ever break ur frens heart with or without ur intention.
  2. choose ur frens properly otherwise they'll not appreciate u.
  3. plz be concsious about others feeling.
  4. think before u make an action.
  5. dun be too nice sometimes.
  6. keep ur things properly and dun be careless.
  7. dun easily trust ppl.
p/s : i wanna congratulate my fren for her becoming big day..!! congratz odahh... (^_^)"
.
.
.
.:: out-of-what-so-ever ::.
mizahhh
Older Posts Home