Showing posts with label wedding of the year. Show all posts
Showing posts with label wedding of the year. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Hari hari ada kenduri. Hari hari kolestrol tinggi.

Ah.. malas nak taip panjang-panjang. Biar aku rumus kan, ehh.. takde ujung pangkal tetiba nak buat rumusan? APEEE!! hahaha.. Aku memang suka pergi WEDDING. Dah kata memang "hantu nasi kenduri", tak boleh buat apa la. Kalau kat kenduri tu ada papadom lagi bertambah tambah suka la si penulis. Gila ke ape, and kalau ada ayam masak merah berserta dalca dan tak lupa juga goodies goodies yang comel maka bertambah tambah tambah bahagia la di masjlis itu. Oh ok, exaggerate betul. Memang wiken tak boleh nak buat apa la, at least 30% kolestrol mesti akan meningkat kerana consume NASI MINYAK. Ops! So, kalau dah sabtu ahad, dua hari attend kenduri, haaa... itu mesti ditakutkan kerana kolestrol will be doubled up! and the solution is ESOK PUASA. MESTI!

Tapi bukan PUASA untuk berdiet, tapi puasa sunat NISFU SYA'BAN (pertengahan Sya'ban). Dapat juga pahala, tak gitu tuan tuan dan puan puan? :)

Sabtu. Wedding childhood friend, Nurul Hidayah. Congrats dear. 


pengantin lelaki aku tak tau la mana. tapi the bride memang super-kewl. Ade ke patot die yang snap kan gambar kitorang during her wedding? hahahaha.. nice la ko Nurul! Kawan-kawan terkumpul (sequence is according to the picture above) : Mai - Anis - sapetu? - Nurul (the bride) - Odah and her new-born baby, Lulu Ayesha - Saleha - Munira.

And psssttt, I was wearing my only KEBAYA since I'm not a fan of this fashion, and you know what, the cloth sudah sangat usang.. rasanya ada lah dalam 6 years back. Seingat aku buat baju tu masa Mak Usu aku kawen. Hah! Lamerr sungguh. Tapi still maintain muat hokei, ceh ketat sikit dah tapi tak mau mengaku, control.

Ahad. Wedding err.. kira neighbour juga lah, even bukan satu lorong, selang 2 lorong. Anak kawan baik mak aku. Ermm.. congratz Kak Faizah and Husband, Khidir. (^_^)

Oh! apa kaitan tetiba bubuh gambar Jalaluddin Hassan ni, well.. the Groom adalah anak sedara Duta Beras Jati ni. Tapi tadi aku segan nak snap dengan beliau. Huhu. Pemalu la kata kan.

Haa.. boleh teka tak anak siapakah sebenarnya pengantin lelaki? teka teka, sapa betul aku bagi hadiah! ;p

Bersemangat sungguh nak pergi Wedding yang ni, sebab nya?haa. mesti la sebab nak jumpa orang dalam gambar ni.. hahahaha.. percaya je la korang.



Oho, ok. Nak introduce.. ehem ehem.. meet my only niece (currently la). Sarah Khadijah. She is so cute like her name kan. Update terkini ialah; 3 bulan dan 8 kg. Mak dia dah lenguh-lenguh tangan nak dukung ni. Terpaksa lah Sarah diet.. huuu.. kesiannnn...




p.s. : Rasa macam weird plak bila muka sudah bertukar kaler, have you notice it? macam pakai mask! omaigod..

Sunday, June 06, 2010

Aktiviti yang TAK patut dilakukan ketika menghadiri Wedding sahabat handai!

Tak ku sangka cempedak telah menjadi nangka, tapi ada aku kesah kalau pun nangka boleh bertukar menjadi durian pulak? Yang penting kahwin tetap kahwin. Yang penting akad nikah dah. Semua dah selamattt (sambil tadah tangan syukur). Tak gitu tok guru? ehe. 

Aku pun tak berapa sure la apa aku taip dah ni, dek kerana sakit perut yang aku diagnos sendiri sebagai 'perut-masuk-angin-keluar-angin' melalui simptom-simptom seperti, kent*t tak berenti, rasa memulas, dan keupayaan mengeluarkan makanan yang telah dikunyah (muntah). Nasib baik bonda sudah merawat dgn meng'suggest kan tuam dgn beg air panas (hot-water-bag) yang harus di-prepare oleh si pesakit, oh! dan juga sapu minyak angin yang juga di-usahakan oleh si pesakit sendiri, oh oh lagi.

Cerita berapa kali ket*t tak menarik sangat kan?hehe, ok mari kita cerita hal kahwin kahwin. Memandangkan cuti sekolah dah bermula, maka banyak lah orang set tarikh wedding mereka. Tu yang tak berapa paham, kenapa budak-budak yag cuti, tapi kakak dan abang budak-budak yang sibuk kahwin.. kenapa tak.. ermm.. budak-budak? erk. Nanti dulu ya budak-budak, kakak budak (penulis) pun tak kahwin lagi opss opss.

Harini, ya bukan haritu, kawan sekolah teknik yang merangkap classmate, roommate, toilet-mate, surau-mate, dewan makan-mate, susur gajah-mate, jalan raya-mate dan sekalian mate mate, telah akhirnya BERKAHWIN dahulu sebelum aku. Ceh. Perlu ke ayat macam ni?wahaha. 

Tahniah Ziela dan pasangan! Selamat berbahagia selalu. :)

kiut kan? tak leh ditolak tanding :(

Hasil tag kat Facebook, dapat la aku kumpul 4 bijik kereta berkonvoi ke rumah pengantin. Ohoi! seronoknya jumpa mate mate (buka jusmate) yang lain. Banyak betul update sampai penat boleh lapar balik kitorang lepak kat situ. Dari pukul 12.45 sampai la pukul 3 lebeh, haaa.. cekal tak cekal nokk.

Ada Aain ngan Shahir, Enya, Nahar, Mayd, Ain dan eskotnya, Anne dan eskotnya.. dan.. dan.. ramai lagi lah! (hahaha.. even korang tak kenal aku peduli apa, nak state kan jugak nama-nama tu :P). Seronot jumpa korang semua! ada lagi aku rasa, Ustad Misnan ngan keluarga, Kamil ngan pasangan, fadzli aimi solo, YB, kembar-tak-kenal, Asilah, Syiken dan lain-lain.








geng artis (tp anne takde, aku heran mana dia..)







geng artis dgn pekerja kenduri, seswai kan?










Selain bergosip-gosip, ehhh.. bukan la! update perkembangan diri, ya.. istilah tu kan lebih tepat (cit poodah), macam-macam aktiviti berguna yang lain turut dilaksanakan (ayat serius), iaitu seperti;







take over pelamin untuk sesi photoshoot amek berkat.



atau...












bercandaria dengan kekasih lama.. mungkin tak patut.. haish..



atau..











flirt pulak dengan kekasih lama yang lain.. ahh.. frust!


oh.. dan akhir sekali..



teka-teka apa?!







practice make it perfect, lets play the role in motherhood-land..

(please don't try this to your own nephew and niece)









p.s. : Ada 3 kenduri serentak harini, lagi dua tak dapat pergi. Selamat Pengantin Baru Kak Ija dan juga Selamat Pengantin Baru Fikri! Sori, gue tak dapat datang :(

p.s.s. : tak tau la kenapa harini, makan begitu comot, tudung terkena sambal! ohh.. tak keruan..


berdoa.berdoa.berdoa.

Sunday, February 28, 2010

Teknik berselindung yang berkesan.

If you are concerned with your appearance in the photo, and wanted to have a nice posture of yourself, make sure choose a right place to hide your so-called fatness or everything that can spoil the picture, then try to smile as sweet as you can!

I guarantee, if you are always aware with this rule, your photo will look very nice.
I have done mine too during my fren's wedding!

I am not that slim ok. trust me.

Tuesday, February 16, 2010

Kenduri kahwin yang bukan satu! tapi dua......

.
SITIAWAN and not SETIAWAN. Aku ingat SETIA-AWAN, so dalam kepala keep spell S-E-T-I-A-W-A-N and sebut Setia-wan. Dah dua kali pergi sana tapi la ni baru sedar yang I was wrong. Hadoi!, lawak betul. Well, aku dah selamat pulang dengan menaiki Bas Transnasional seperti hari datang haritu. Ah.. memang ni first and last la aku naik Trans. Tak mau naik bas trans dah, say no to Trans! Nanti la aku citer kenapa.

Akceli, pergi Sitiawan bukan bercuti pun. Kitorang pergi sebab ada kenduri. A-ha! kenduri kahwin paling interesting yang pernah aku pergi. Bukan satu! tapi dua. But then, masa akad nikah, bukan dua! tapi tiga pasang pengantin. Sebab dah sekampung, so tok imam buat sekali arung 3 pasangan terus! senanggg........!

Monday, January 04, 2010

They officially Married now! Congratz Yuslin & Kamal. =)



It was last Saturday. Second day of 2010. Yuslin's wedding day.

I woke up in a shock when my phone ringing macam gila. It was Asmah who calling me and I was afraid to pick the call but still pressed the green button. She said dat everybody already gathered at the parking while I still in my pyjama on my bed!. Aku pasrah dah, kalau kena tinggal mahu sampaikan salam Pengantin Baru dari jauh, tapi lupa plak hadiah yang kitorang dok sibuk balut malam before tu ada kat bilik aku. Dgn sepantas kilat aku terus pegi mandi. Walau macam mana mandi tetap mandi. Kang pengantin pengsan lak bila sesi peluk2 beramai-ramai. Nasib baju tudung dah iron and everything yg nak bwk dah siap pack.

Everything went smooth. Kuantan kami nak sampai. Macam trip kelas wanita, 2 kereta padat dgn sisters je. Fiza Zabidin, Mamash, Fiza Kolie, Nazawa, Papud, Jannah, Lin, Asmah, Usna and Me. Biasalah, bila hal-hal kelas mesti classmate lelaki selalu takde. Is it MME (Manufacturing&Material Eng.) ni kelas perempuan je?aha... i have no idea. Kat sana baru jumpa org lain, Yati and Syatbi, Shamin and Daus, dibah, kak ct, kak jue, yati husna, nad, Rash and Ubay, Wawa and tunang, Epy, Joe & Blek. Ramai!

Lepas brekpes kat R&R ape entah, perjalanan diteruskan. Kitorang sampai masa tu Pengantin tak balik lagi dari Masjid from upacara akad nikah. So, kitorang pun buat rumah Yuslin macam rumah sendiri sambil tunggu Pengantin pulang. Her family really nice menyambut kami semua.



suasana.


And the bride pun balik lepas beberapa minit.



cantek kan? =)


Huwaa.. Yuyu (tu nama manja between aku ngn dia je, haha) you look sooooo gojes! and aku suka baju nikah ko. Ala-ala pesyen indonesia, it's really nice design. The roses sgt-sgt menyerlah, rasa nak petik-petik, geram. But I dun have nice photo of dat. Gelap. Soriii!

Sambil tunggu pengantin tukar baju utk acara seterusnya, kitorang pun procede to the next acara, it is MAKAN TIME! and lagi sekali aku suka lauk-lauk kenduri dia. Kalau kebiasaannya pegi kenduri mesti Nasi Minyak, tapi kenduri Yuslin sangat berbeda. Masakan kampung yang dihidang memang superbb! siap ada ikan masin dgn sambal belacan. Sampai ada org tu tambah nasi tau. hehe..

Lepas kenyang, tgk pengantin pun dah siap. Maka acara stereotaip pon dimulakan. Mari tangkap gambar dgn Pwincess of the day. Oh! lagi satu, aku suka Photografer dia. Sempat tgk gambar dari camera berat tu, dan hasilnya sangat-sangat menjatuhkan hati. And he is frenly too. Nanti nak gambar dari dia tau.



everibodi menyerap seri pengantin, siapa di antara kami will be the next? jeng.. jeng.. jeng..




bride's fren side. Thanks for coming, kata Yuslin.




Pengantin Lelaki pon sampai.
Teruja gila sebab kitorang menjadi penyambut pengantin paling depan.
Penyambut terjun kata org. Bukan bidan terjun je exist ye. Haha.



mari bergambar! click!


Eventho terasa tua dan tak berapa secure bila satu-satu kawan mula berkahwin, tapi it is normal. Aku percaya, Tuhan dah menetapkan setiap org ada jodohnya masing-masing. Cepat atau lambat itu urusan-Nya. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Kok di mana mau carik nya yaa??


Dan for both of you,
May your marriage will be last forever. Semoga Berbahagia hingga akhir waktu.
Cepat-cepat dapat baby hokeyy! (^_^)Y






Then, lepas bersalam-salaman and dpt cute goodie bag kitorang pun bergerak pulang. Next destination was rumah classmate yang ada kat Kuantan jugak. Mari serang rumah ecahhhh. Solat, makan (ok,makan lagi), tukar apa yang patut, kami terus gerak ke Telok Chempedak. Thanks for the Le'cremeria icekem, ecah. My bad, takde gambar pun kat rumah Ecah. Huuu.. Plan nya mau mandi tapi mak ecah kata sekarang tgh tak boleh, pasal ombak besar, bahaya. So, mandi-manda kensel, jalan-jalan still On.


On the way to tc, nampak pulak signboard UIA campus Kuantan. Yep, i never been there. Nasib baek sempat ajak tourist guide masuk UIA. Excited bukan main. Dah alang-alang ke Kuantan, ape salahnya singgah kan. 



UIAM, Kuantan.
Bila tgk keadaan separa siap campus ni, aku bersyukur aku pelajar gombak campus.
Mungkin duet scholar tak cepat habis kan kalau duduk sini. Kurang tempat escape.


Setel cuci mata, kitorang terus ke Teluk Chempedak.



kanak-kanak riang yg dah lama tak jumpa laut.


Banyak lagi gamba, tp tak larat nak upload dah. Tgk sendiri kat fesbuk ok!

Penat main laut, singgah McD makan-makan sambil tunggu baju kering. Then terus bergerak pulangggg..

p.s. : speechless. =)

.

Monday, September 28, 2009

Selamat Pengatin Baru! err.. pengantin raya ke?

Dia antara klasmate kelas 5elektrik1 batch 2003 (SMTG) yang kahwin tahun ni. Lepas Rahman dgn Asilah (sowi,aku tak pegi).. giliran Ina pula. Well, congratz my fren. Memang cantek la "baju raya" ko tahun ni.. (^_^)"

Satu kelas masa form 4, sekelas lagi masa form 5. She is basically very nice person. Sopan, baik, lemah lembut and sweet.  Memang sgt berbeza dgn diri ini. Ina, wishing your marriage will alwayz blissful and happily ever after.

Memang perjalanan ke rumah dia agak mencabar. Aku drive sorang. Tapi berkonvoi dgn Kamil. Enya entah mana dah. Kami sampai dulu, sowi Enya, lapar.. Tapi Gilerr la.. aku ingat dekat je.. rupa-rupanya.. Emm tapi.. Sebenarnya Bandar Tasik Puteri kat Rawang tu tak la jauh sangat, pergi terasa lambat je sampai.. bila balik.. aik! jap je dah sampai rumah.

Seronoknya orang dah kawin...





Inilah ahli-ahli rombongan. Memang lama tak jumpa korang semua, kecuali Enya and Kamil serta pasangannya.

On the way, sambil aku bosan dok dalam jammed tu nampak pula benda best!

Hah.. ini la dia..



going back when I was little, keadaan kereta kami macam ni la bila pulang dari kampung. That time, ayah still guna Ford Van. Cukupla bawa kanak2 seramai 6 orang, mak ayah serta barang yang banyak!. Masa tu aku tak la suka sangat balik kampung. Sebab duduk dalam van yang panas, sesak dgn barang (kadang2 kena riba pula barang2), gaduh-gaduh lagi dgn adik-beradik, and lambat sangat nak sampai, abis lenguh satu badan Padahal aku penumpang je, driver a.k.a ayah mesti lagi penat!

Tu belum lagi bila kat kampong. Memang advanture kampung kami. Masa tu zaman toilet kat luar kena angkut air dan takda lampu. Memang aku bersyukur kalau kat kampung kena sembelit dari kena masuk toilet tersebut. 

Sekarang, bila dah tak balik kampung.. haaa.. hamekk kau.. mati kebusanan duduk dalam rumah je ketika Hari Raya. Nak melaram baju raya pun bye2 je la.

Dan masa ni baru la terasa RINDUNYA KAT KAMPONG....and asyik nyanyi.. "oOoo.. balik kampung...... hati rianggggggg... balik kampung........ ooOoo.." ok, sila sambung sendiri. -_-"

Ni situasi yang paling aku jeles. Tak pernah berkonvoi raya ramai-ramai mcm ni.. huu..



p.s. : Maafla bagi pihak-pihak tertentu dgn gambar-gambar "di atas tu".
p.s.s. : Dah abeh cuti. Kena baca buku balik, bukan baca BUKUMUKA.
p.s.s.s. : Ada sesi suai kenal antara bloggers petang tadi.. wahaha.. 

==

Saturday, August 08, 2009

Rahman&Najwa Wedding.

Selamat Pengantin Baru Rahman and Najwa!!

owh.. owh.. owh..

their marriage is really unexpected,
but that's the faith that has written for them..

Eventho, aku agak lewat tau and Melor keep dis secret from me,
[semua salah Melor, haha] which is pada mula nya aku agak bengang,
tp lelame aku terima je la.. tu pon bila Melor kata,
"ala Mek, die kan inesen" so, Maap kan je la..
then, aku mintak special wedding card just utk aku sebagai ganti rugi.. [muka tak malu]

Well,
Jodoh di tangan tuhan..
tahniah for both of you..

For Rahman,
wife ko sweet giler.. comel.. InsyALLAH besok aku sampai kenuri korang.. aku still tak pecaya ko leh decide nak kawen AWAL gilerr.. hehehe..
and jgn lupa introduce kat aku ok!

For Najwa,
it is a gift that you belongs to rahman, dia sangat nice and gentlemen,
kalo tak cemana korang leh kawen cepat kan.. (^_^)"
and jgn lupa train si Man tu sebut 'r' betol2.. kang jangkit kat anak kowang.. =p

For Both of you,
cepat2 dpt baby! and mengikut jejak Ilmam&KakIbah.. hihi~

[photos besok la baru ada kan, so tungguuuuuuu..]

Wednesday, July 29, 2009

Ceritera...

Dua malam aku mencanak di student loundge kolej Asma', tapi baru malam ni dapat masuk blogger.com.. [geram giler!!!] Itu belum lagi dikira malam-malam yang aku lepak di luar bilik dan menjadi hidangan lazat para nyamuk yang kelaparan.. haih, tak paham la dgn internet 'free' UIA ni. Apa dah jadi..? So, dapat masuk malam ni pun dah kira bersyukur..

Banyak gila cerita nak 'hupdet' kat sini... Kat mana nak mula kan yehh.. Come on idea! come on, come on!

Emm, aku fikir aku upload gambar je lah kali ni.. Malas nak mengarang.. (*_*)"





Ehee.. congrats kak suraya!

Monday, June 01, 2009

SELAMAT dahh semuaaaaa!!!

1 JUNE 2009

yehhh!
kenuri SALIH belah family kitorang dah abehh!!!

wuuu~
penatnye bukan main..
tapi kesudahannye sgt bess!

aku windu sanak-sedare..
even ade suke-duke sket..
tp sukee tu lebeh lagi kowt..
waa..

bile kowg nak dtg lg..??
takkan mase kenuri aku lak!
hehehe..

well, nanti aku upload gambo yg cun2!

thanks sume org yg membantu,
especially ASMAH!!
ko dtg purposely utk merewang!!
terharu aku...

and thanks pd yg dtg..
gumbire jmpe korg semua..
(^_^)"

haha.. aku wat speech mcm aku lak yg KAWENN
.
.
.

Wednesday, May 27, 2009

abg ku kawennn!

27 MAY 2009

wuwu.. aku kat opis..
tp ttbe mood nak menaip dtg. Yela, smlm aku kate aku kemalasan kan.. kan.. pastu, nie de mood.. akceli sbb bos tak lalu-lalang sgt belakang aku..hahaha..

So, aku nak cte la pasal abg aku SALIH, dah kawen!!.. selamat dinikahkan pd 22 May 2009 aritu. Nak tegelak sbb die kene lafaz 2 kali! bukannye psl die cuak or tersasul, tp sebab org kedah nye style ade 'lah' lepas 'terima', so die jadi "aku terimalah nikahnya.. bla.. bla.. ", 1st time aku dgr, selalu nye kan "aku terima nikahnya.. bla.. bla.." je kan..??? Biasela, len country, len style nye.. so, jadi la 2 kali.. tak pasal2 jer..

Kenuri belah sane bes gak la. Hari nikah mkn nasik daging. Hari kenuri, nasik kenuri la! err.. nasik biase la tp bkn nasik minyak, die cam nasik tomato. Aku rase mmg nasik tomato!.. sodap gilerr... Tapi, plg aku suke preparation dorg nie, tang hantaran ngn pelamin!!!... memang superb la weh.. canteksss... tema dorang biru puteh. Teman kitorang..??!! cacamarba! haha.. hantaran belah kitorang je warne gold, tp baju2 sume memacam kaler. Tgk je la gambo nye nanti.. hehe..

Pe pon, dipendekkan citer, alhamdulillah sume berjalan ngn lancarnya.. Tapi memang kesian kat mak-mak, mak kak ana(kak ipar aku) mlm kenuri da tak le bgn, mak aku pon gitu.. penat.. sakit lutut lg.. wuuu~ nanti esok2 time aku kawen ntah cemane la, larat lg ke mak nak handle kenuri.. cian makk.. =(

Kat kedah kitorang dok kat homestay neh, name die HOMESTAY TAMAN SOPHIAH.. bole la, bes! bilik aku ade air-con, tp blk mak aku takde plak.. wuuu~ takde air-con mmg teseksa la, umah tu panas, bahang gilerr.. mayb sbb die takde tingkap2 kecik kt atas tingkap beso tuh.. pasal tu die panas.. ish! nyampah aku..

Pastu, on the way nak blk KL, singgah2 gak kat Bkt. Kayu Itam.. n FYI, kowang tak yah g la dah ctu, cam hampesss... bosan.. The Zon die pon cam...........*&^%... tak yah ckp ler.. wuwu~ so, suggestion aku tak yah pegi dah. Tapi aku sempat sebat 2 lai jeans gak la, tu pon ketat.. haha.. so, kene slim down baru leh pakai.. waaaa~

For SALIH & ZULIANA, SELAMAT PENGANTIN BARU!!
kak ana, jage la salih tu eleok2 ehh.. jgn bg die gemss lagi.. hihi.. =)

Kite share gambo plak k! =)


muaz sebok ngn lolipop die sampai tamau mkn nasik!!

before gerak nak p umah kak ana

during the akad nikah ceremony~



dah selamat dahhhhhh!!! alhamdulillah

bilik pengantin mmg superbbb!! fresh flower everywhere n aku pon sibuk2 kt ctu..

esok pagi nye(hari sabtu), g jenjalan sopping2 kt pekan rabu, tapi tudung mahal gilerr!!!

rombongan kami mase hari kenuri



hehe.. intepremmmm jap!

besoknye(ahad), jenjalan g Bkt kayu itam lak.. tp hampessss~

Bdk bandar batak masok sawah!! sapoo la tuh..

adek aku pon join2.. photograper tak bes... =P

bye2 Alor Star, sampai kapan kan bertemu lagi..??????????!!!!

opss.. ni umah antie pah, adek antie minah.. singgah yg kt sawah tu.. huhu~

hoho..
mau kawen jugakkk!!!

akceli, mase abg kawen, chilhoodfren aku pon kawen gak..
sorry Odah aku tak dpt dtg..
insyALLAH blah laki aku dtg kalo takde pape..
btw,
Selamat Pengantin Baru..
may your marriage will be blessed by Allah
and forever cherish with love..

~(^_^)"
=========
Older Posts Home