Showing posts with label smtg. Show all posts
Showing posts with label smtg. Show all posts

Sunday, June 06, 2010

Aktiviti yang TAK patut dilakukan ketika menghadiri Wedding sahabat handai!

Tak ku sangka cempedak telah menjadi nangka, tapi ada aku kesah kalau pun nangka boleh bertukar menjadi durian pulak? Yang penting kahwin tetap kahwin. Yang penting akad nikah dah. Semua dah selamattt (sambil tadah tangan syukur). Tak gitu tok guru? ehe. 

Aku pun tak berapa sure la apa aku taip dah ni, dek kerana sakit perut yang aku diagnos sendiri sebagai 'perut-masuk-angin-keluar-angin' melalui simptom-simptom seperti, kent*t tak berenti, rasa memulas, dan keupayaan mengeluarkan makanan yang telah dikunyah (muntah). Nasib baik bonda sudah merawat dgn meng'suggest kan tuam dgn beg air panas (hot-water-bag) yang harus di-prepare oleh si pesakit, oh! dan juga sapu minyak angin yang juga di-usahakan oleh si pesakit sendiri, oh oh lagi.

Cerita berapa kali ket*t tak menarik sangat kan?hehe, ok mari kita cerita hal kahwin kahwin. Memandangkan cuti sekolah dah bermula, maka banyak lah orang set tarikh wedding mereka. Tu yang tak berapa paham, kenapa budak-budak yag cuti, tapi kakak dan abang budak-budak yang sibuk kahwin.. kenapa tak.. ermm.. budak-budak? erk. Nanti dulu ya budak-budak, kakak budak (penulis) pun tak kahwin lagi opss opss.

Harini, ya bukan haritu, kawan sekolah teknik yang merangkap classmate, roommate, toilet-mate, surau-mate, dewan makan-mate, susur gajah-mate, jalan raya-mate dan sekalian mate mate, telah akhirnya BERKAHWIN dahulu sebelum aku. Ceh. Perlu ke ayat macam ni?wahaha. 

Tahniah Ziela dan pasangan! Selamat berbahagia selalu. :)

kiut kan? tak leh ditolak tanding :(

Hasil tag kat Facebook, dapat la aku kumpul 4 bijik kereta berkonvoi ke rumah pengantin. Ohoi! seronoknya jumpa mate mate (buka jusmate) yang lain. Banyak betul update sampai penat boleh lapar balik kitorang lepak kat situ. Dari pukul 12.45 sampai la pukul 3 lebeh, haaa.. cekal tak cekal nokk.

Ada Aain ngan Shahir, Enya, Nahar, Mayd, Ain dan eskotnya, Anne dan eskotnya.. dan.. dan.. ramai lagi lah! (hahaha.. even korang tak kenal aku peduli apa, nak state kan jugak nama-nama tu :P). Seronot jumpa korang semua! ada lagi aku rasa, Ustad Misnan ngan keluarga, Kamil ngan pasangan, fadzli aimi solo, YB, kembar-tak-kenal, Asilah, Syiken dan lain-lain.








geng artis (tp anne takde, aku heran mana dia..)







geng artis dgn pekerja kenduri, seswai kan?










Selain bergosip-gosip, ehhh.. bukan la! update perkembangan diri, ya.. istilah tu kan lebih tepat (cit poodah), macam-macam aktiviti berguna yang lain turut dilaksanakan (ayat serius), iaitu seperti;







take over pelamin untuk sesi photoshoot amek berkat.



atau...












bercandaria dengan kekasih lama.. mungkin tak patut.. haish..



atau..











flirt pulak dengan kekasih lama yang lain.. ahh.. frust!


oh.. dan akhir sekali..



teka-teka apa?!







practice make it perfect, lets play the role in motherhood-land..

(please don't try this to your own nephew and niece)









p.s. : Ada 3 kenduri serentak harini, lagi dua tak dapat pergi. Selamat Pengantin Baru Kak Ija dan juga Selamat Pengantin Baru Fikri! Sori, gue tak dapat datang :(

p.s.s. : tak tau la kenapa harini, makan begitu comot, tudung terkena sambal! ohh.. tak keruan..


berdoa.berdoa.berdoa.

Monday, May 24, 2010

Pesan cikgu.

Cikgu aku pesan,

Tiada Markah Untuk Si Pemalas.

Dia cakap ni masa kitorang sibuk buat Lukisan Kejuruteraan (LK). Bagi sesiapa yang pernah amek LK, korang mesti tau LK banyak gila line line nak kena lukis. So, dengan tak sengaja nya kitorang (budak kelas aku time tu), tanya la cikgu..

"cikgu.. boleh tak skip tak buat line tu (line putus-putus)...?".

Tu tanya sebab MALAS nak lukih dah, lagipon nampak macam tak-payah-je. haha.
Maka terkeluar la ayat cikgu aku tu, keramat habis sampai kitorang terkedu!
Sebab setiap satu line dalam LK, ada markah disebaliknya!
Tak lukis, takda markah la kan? MAKA orang yang malas mmg --->

not deserve to get a single reward.

setuju tak?

by the way,
post ini in conjuction to edit the blockquote,
sbb tu ada banyak blockquote! 
hihi
Older Posts Home