Tuesday, August 17, 2010

It's so cheap to KOREA with Air Asia...

...but still out of budget -_-".

Boleh tak tiba-tiba teringin nak pergi KOREA?. Deym. Dulu-dulu takde la teringin sangat, aku ingat lagi, kawan aku Fariza ajak pergi aku refuse, lagipun masa tu mana nak cari duit, lain la sekarang, heee. Ditambah lagi bahasa language, err same la tu mizah.. susah nak paham, so takde la terasa mahupun gedik nak ke sana lagi. Haiyak. Tapi sekarang, jom Fariza?hahaha. Haritu pergi China (did I ever mention this before?hee), pun dah terasa kepayahan nya. Macam itik cakap dengan unta. Ukk akk erkk.. lalalaa~ T.T

Tapi kalau Air Asia pun dah buat flight ke sana, why not give a try, right? perghh iklan RM399 one way to KOREA, siapa yang tak nak! Tapi kena fikir dulu berapa jam nak ke KOREA? Jap, google dulu.  Oh my! 6 hours (approximately) nak duduk dalam cabin Air Asia? memang kena pikir masak-masak neh!Hmm.. hmmm... 1 jam 45 minit pun tak berapa nak sanggup. huhu. Request Air Asia renovate seat arrangement diorang agak-agak boleh tak? maybe kena isi dalam comment form, ada provide tak? haha.

Takpe la, moh la kita pergi yang dekat-dekat dulu. Lets give a try to BANDUNG first! yeah.. Ok, ape kaitan nya Korea dengan Bandung plak ni. it's unexplainable!

Tahun depan buat promo lagi ok Air Asia. Boleh la kita ramai-ramai pakat pergi KOREA untuk trip 2012 huhu.



oh, water drops. ding!


p.s. : haha. Mentang-mentang dapat buffered Air Asia. Cerita Air Asia je pulak! Tapi, apa pun thanks to Air Asia, sebab dah banyak tempat yang saya lawati dengan anda. And thanks to my Ayah, for all the support. ngehe. sayang Ayah! auww..

Wednesday, August 11, 2010

Godaan 2 liter air masak, air masak je pon..

Ok-la-ok-la, kalau nak wish Selamat Menyambut Ramadhan macam dah terlambat kan, even baru satu hari puasa tapi dah dua malam terawikh kan, tak syok bunyi nya kalau baru nak wishing-wishing. A-ha.. kalau dah bukak topik pasal puasa ni mesti la cerita pasal puasa kan, takkan nak cerita pasal World Cup yang tahun ni aku tak amek port tu. Tak match kan! ok, jom cerita pasal puasa.!

Since sekarang aku bekerja dengan berbagai kaum (bila dah berbagai kaum, maka nya agama pun perlbagai, wow! variety) di opis, maka cabaran berpuasa dengan orang yang tak-payah-puasa ni nampak nya macam budak kecik baru belajar puasa. Huish! sungguh mencabar iman. Ehe.. mana tak nya, sebelah meja aku ada sebotol air 2 Liter, slumber je diteguk member sebelah. Lepastu, lepas waktu break makan, ada pulak kueh kaler kuning dia tapau bawak masuk opis, tu belum lagi kalau ada yang bawak masuk coffee cup, semerbak bau satu ofis.. hu.. hu.. hu.. sabar.. sabar..

Memandangkan dah terbiasa tiap kali bulan puasa mesti di kelilingi hampir semua orang yang WAJIP puasa, so jadi macam awkward la pulak bila kali ni dekat sgt dengan geng tak-payah-puasa! haha, padahal dah berpuluh tahun puasa sebelum ni steady je! kikiki.. Oh! ditambah lagi bila bukak drawer sendiri ada pulak sebekas coklat simpanan stok, adeh.. lupa nak bawak balik, maka nya, tiap kali bukak drawer asyik berdoa la jangan tersilap sauk! kekeke.. kang nak amek kertas, teramek coklat pulak! naya.

Tapi siang tadi, aku heran! time aku lalu kat canteen nak pergi surau, isk! ternampak pula kakak-kakak bertudung ah! sah-sah la Muslim kan, pergi beli kueh and duduk join sekali kat canteen. Sebagai seorang yang konon nya khusnul-zhon (bersangka baik) ni, maka aku simpul kan je la, mungkin dorang beli untuk berbuka dan lepak jap tengak TV berscreen besar kat situ. Eh, aku pun selalu gak tengok TV kat canteen time makan, haish.. masyuk betul since TV LCD tak mampu dibeli pihak rumah ku ini, T_T jadi layan kan lah bila ada peluang.

Pelik.. pelik.. tak pun sebab dorang ABC (Allah bagi cuti) kot so dorang join-join makan time break? hah! mak aku kate, ni boleh panggil van mayat buat serbuan ni. HAHAHHA.. lawak.. lawak..

Berbalik kepada ABC ni, meh aku citer lagi.. aku paling isk, menyampah kalau ada girls yang tak puasa, eh bukan, yang ABC ni dengan slumber nya makan gula-gula dalam kelas. Urghh! even anda tak puasa, tapi perlu ke bagitau seluruh kelas dengan bunyi-bunyi bukak sampul gula-gula tu? Langkah paling bijak ialah, jangan makan terus dalam kelas. Yes. Respect sikit orang yang berpuasa. Dah la dorang tak leh makan gula-gula bagi menghilangkan ngantuk (aku ler tu), then tak pasal-pasal sakit ati pulak tengok muka sorang-sorang (sebab lebih dari seorang) tersipu-sipu bila orang semua direct pandang mereka. Annoyed ok! Malu sikit boleh tak? *aigu!*

Well, selamat berpuasa semua. Maaf terkasar bahasa di blog ini yang merentap sanubari anda! Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dari sebelum-sebelum nya! ohh.. jangan lupa sahur ya.. emm..


p.s. : baju raya tak siap lagi -_-" 

Saturday, August 07, 2010

He's leaving me.

...and our home will empty without him as soon as tomorrow.

Take care dear Ashraf. *hugs*
p.s. : how to pretend not to be seen sad?dun wori, i'm the good one. huu..
.

Thursday, August 05, 2010

Manusia hanya mampu merancang, tuhan juga lah yang menentukan.

Kadang-kadang kita tak harapkan, tapi itu juga lah yang jadi. Kita plan. Baik punya!. Tapi sesungguh nya kita manusia yang kerdil hanya berkemampuan merancang, tapi TUHAN sekalian alam itu juga lah yang menentukan. Takdir, jangan di tolak mentah-mentah. Semua itu ketentuan ilahi.

Dia yang MAHA MENGETAHUI. Al-'Ilmun.

Benar. Kalau pun segala arus perjalanan hidup itu telah tuhan tetapkan, tak bermakna hamba-Nya boleh goyang kaki, duduk menanti malas, menagih segala apa yang diharung sambil berkata "ini yang tuhan telah tetapkan untuk ku", NAHhh! itu kata-kata seorang loser. Seorang hamba yang cuma pandai memanipulasi kata-kata tuhan, tapi tak pandai menafsir isi tersurat mahupun tersirat.

Jangan kan padan muka, hina sungguh manusia yang tidak berusaha. Waallahua'lam.

Manusia hanya mampu merancang. Ulangan.

Dan seorang manusia kerdil itu, merancang, bertekad sepenuh hati. Berkuat di dalam sanubari, kalau esok ditakdirkan ada jodoh, harapkan keluarga yang dibina langsung takkan sama seperti keluarga yang ada ketika kecil. Harapkan sebuah keluarga yang harmoni. Anak-anak yang mendengar kata. Menjadi ibu bapa yang tidak dilupakan anak. Di sanjung setiap hari, malah bukan yang hanya diingati ketika susah mahupun sebulan sekali.

Perancangan yang di rangka dari semua iktibar apa yang terjadi.

Punya anak yang boleh memeluk ketika bersedih. Yang mendengar kala ibu merintih. Yang mampu mematuhi tiap bibit pesan orang tua dengan hati yang ikhlas. Yang boleh dibawa berbincang. Yang boleh bergurau. Yang boleh diceritakan apa saja, tentang isu hari ini, mahupun isu pada zaman retro yang lampau, dan apa saja!

Iya. Semua nya.

Apa yang berlaku tak harus berulang lagi. 

Tekad kuat seorang manusia dek kerana tak mampu menanggung sedih melihat seorang ibu yang tak mampu didakap oleh seorang anak ketika menangis esak, seorang ibu yang tidak punya sokongan kuat seorang suami, seorang ibu yang sakit tp digagahi demi anak, seorang ibu yang cuba tersenyum walhal hati sudah robek pedih, seorang ibu yang kadang-kadang kemesraan nya dibalas hiba. 

Ibu itu sangat kuat pengorbanan nya. Tapi apa pulangan nya?



Manusia hanya mampu merancang, tuhan juga lah yang menentukan.

Wednesday, July 28, 2010

Kenangan kadang menyiksa-kan.

Ah.. tak payah la nak bersajak-sajak. Hee.. ingat nak intro dengan ayat bunga-bunga, tapi rasa nya macam tak sampai plak feeling nya. Sebab dah takde talent berpujangga bagai. haih. T_T. Ape pun, Guys, aku rindu korang! erk.. tapi tak bermakna tiada di dalam gambar, aku tak rindu! no! no! no! aku rindu kawan-kawan seperjuangan S-E-M-U-A. 

Yang sama-sama mengharungi cabaran memahami patah percakapan Dr. K*****, mahupun menahan ngantuk kelas Dr. M*, semua! Tak lupa juga yang sama-sama memonteng kelas, bergosip, yang tak sekelas mahupun yang cuma berjumpa di Musolla, kaki lima, cafe KAED, starbak Engine, di hostel.. ah tak kesah la memane.

Asalkan, Kalian yang aku kenal. Kalian yang menganggap aku teman dan kawan. Bukan lawan ok, haip! 

Selamat Menempuh Cabang Hidup yang Baru dan sangat asing ini. Sangat asing bagi aku sendiri. =(

Sobs. Ok dah! tak boleh kasi can langsung, mesti EMO je bila cakap cakap pasal ni. haih. Dorang entah kan ingat aku entah tidak. Harap-harap. Dah dah dah! Layan gambo photoshoot haritu. Dah berzaman baru nak upload kat sini. Gedik boleh tahan malam ni, maka tengok je la. Thanks to Sani. Credit to him, a bit touch up by Mek. (^_^)"

.
.
.
.
.
.

bye bye UIA. see you on October!
.

Monday, July 26, 2010

Click click pun belum tentu senang.

Aku tak tau la ini karma atau apa. Macam umpama What Goes Around Come Around tu tetiba tengah jadi kat aku. Heh.. berapa kali remind diri sendiri hal hal "jangan ngutuk orang nanti tertelan balik" pun belum tentu boleh ingat, baru dapat benda best sikit konfem terlupa kejap. Biasa la tu kan, macam budak kecik kalau kita perdaya kata Mama dia panggil. Padahal masa tu dia tengah sibuk nak belek hanphone mak uda dia, sure terkalih terus lupa and terus laju pegi kat mama dia. Heh, tu taktik biasa aku apply kat budak comel (Ashraf) untuk ambik balik handphone kesayangan.. ngee..

Budak-budak boleh la kau perdaya. 

Emm.. tapi sekarang apa kaitan perdaya dengan karma plak ni. Bukan bukan.. oh! ini termelencong la ni. cis.

Aku selalu usik kakak aku punya kerja. Dia Auditor berjaya (ok.tu aku tambah). Aku kata alahhh... ape yang penat sangat pun, duduk je, satu jari je yang busy click-click mouse sambil aku buat gaya click clik sampai dia naik annoying. Aku ulang-ulang dengan lagak tak pandai jemu. Haha. Ada je chance mesti gaya tu jugak la aku ulang-ulang dan argue ape penat sangat pegang mouse, bukan kerja berat. Memang  itu je la modal baik punya nak sakat , lagi-lagi kalau dia mula cakap die penat and nak skip tolong kat dapur.

Tapi tuu ler.. bahana mulut sendiri, haa.. hamekkk kau! sekali aku pun dapat kerja sama routine nya macam dia. Exactly sama macam gaya annoying yang aku selalu buat. Sadis betul.

Jumaat lepas pertama kali nya sepanjang empat minggu menjadi Career Women (cewah!), aku terpaksa mengadap monitor dengan kadar terpaksa selama 12 jam. Itu rekod OT (overtime) pertama memandang kan hari-hari lain aku balik sharp 5.30 pm, cuma jarang-jarang terlebih 10 minit mahupun 20 minit. Selalunya kalau tak balik lagi jam 5.40 pm dengan automatik nya badan mengelupur. Haha.

Sekarang baru aku tau, bukan setakat jari telunjuk je penat click click, tapi mata.. pinggang, punggung serta segala sendi sekitar tengkuk dan bahu juga terlibat menyumbang kepada PENAT nya KERJA seperti kakak aku. Tu la, dah rasa baru tau tinggi rendah nya Dunia!. Ops.. opss.. ;p

Walau apa pun, I Love my Job. Perghh.. confession malam Nisfu Sya'ban jam 11.32 pm. Ok. Gudnite.


Sunday, July 25, 2010

Hari hari ada kenduri. Hari hari kolestrol tinggi.

Ah.. malas nak taip panjang-panjang. Biar aku rumus kan, ehh.. takde ujung pangkal tetiba nak buat rumusan? APEEE!! hahaha.. Aku memang suka pergi WEDDING. Dah kata memang "hantu nasi kenduri", tak boleh buat apa la. Kalau kat kenduri tu ada papadom lagi bertambah tambah suka la si penulis. Gila ke ape, and kalau ada ayam masak merah berserta dalca dan tak lupa juga goodies goodies yang comel maka bertambah tambah tambah bahagia la di masjlis itu. Oh ok, exaggerate betul. Memang wiken tak boleh nak buat apa la, at least 30% kolestrol mesti akan meningkat kerana consume NASI MINYAK. Ops! So, kalau dah sabtu ahad, dua hari attend kenduri, haaa... itu mesti ditakutkan kerana kolestrol will be doubled up! and the solution is ESOK PUASA. MESTI!

Tapi bukan PUASA untuk berdiet, tapi puasa sunat NISFU SYA'BAN (pertengahan Sya'ban). Dapat juga pahala, tak gitu tuan tuan dan puan puan? :)

Sabtu. Wedding childhood friend, Nurul Hidayah. Congrats dear. 


pengantin lelaki aku tak tau la mana. tapi the bride memang super-kewl. Ade ke patot die yang snap kan gambar kitorang during her wedding? hahahaha.. nice la ko Nurul! Kawan-kawan terkumpul (sequence is according to the picture above) : Mai - Anis - sapetu? - Nurul (the bride) - Odah and her new-born baby, Lulu Ayesha - Saleha - Munira.

And psssttt, I was wearing my only KEBAYA since I'm not a fan of this fashion, and you know what, the cloth sudah sangat usang.. rasanya ada lah dalam 6 years back. Seingat aku buat baju tu masa Mak Usu aku kawen. Hah! Lamerr sungguh. Tapi still maintain muat hokei, ceh ketat sikit dah tapi tak mau mengaku, control.

Ahad. Wedding err.. kira neighbour juga lah, even bukan satu lorong, selang 2 lorong. Anak kawan baik mak aku. Ermm.. congratz Kak Faizah and Husband, Khidir. (^_^)

Oh! apa kaitan tetiba bubuh gambar Jalaluddin Hassan ni, well.. the Groom adalah anak sedara Duta Beras Jati ni. Tapi tadi aku segan nak snap dengan beliau. Huhu. Pemalu la kata kan.

Haa.. boleh teka tak anak siapakah sebenarnya pengantin lelaki? teka teka, sapa betul aku bagi hadiah! ;p

Bersemangat sungguh nak pergi Wedding yang ni, sebab nya?haa. mesti la sebab nak jumpa orang dalam gambar ni.. hahahaha.. percaya je la korang.



Oho, ok. Nak introduce.. ehem ehem.. meet my only niece (currently la). Sarah Khadijah. She is so cute like her name kan. Update terkini ialah; 3 bulan dan 8 kg. Mak dia dah lenguh-lenguh tangan nak dukung ni. Terpaksa lah Sarah diet.. huuu.. kesiannnn...




p.s. : Rasa macam weird plak bila muka sudah bertukar kaler, have you notice it? macam pakai mask! omaigod..
Newer Posts Older Posts Home