Wednesday, March 31, 2010

Ya, itu PakTam saya.

Ingat post lepas pasal rumah PakTam aku, NorMansor Mat Jini yg terbakar awal pagi semalam? He is my uncle, my mother's brother. Tak sangka berat betul ujian untuk mereka. Sedih gak tak dpt nak ziarah, apakan daya.. aku tgh exam.. =(. Semoga PakTam sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Sebenarnya tak teringat plak nak baca paper kot ada berita pasal PakTam. Then ttbe dpt MMS from kakaknda, dia anta keratan neh. Terus! berkobar-kobar aku gugel semua berita.

Ini susulan nya...


baca selanjutnya...


1   2
3   4

1 : Rumah mangsa
2 : DS Nizar ziarah
3 : sepupu aku
4 : Paktam

photo credited to this blog





photo credited to this BLOG 

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yang wujud pasti ada luput nya.
Moga-moga musibah ini menjadi peringatan kepada semua,
dan bukan hanya ditelan, dihadam dan terus dilupakan.

.sedih. =(

Tuesday, March 30, 2010

29 MARCH 2010 | oh! banyak hal.

Malas plak nak buat karangan. Aku sort je kasi pendek. Atau lebih tepat mari buat SNIPPETS lagi! yeay!
Ah.. tp kali ni dia terbahagi dua. GOOD vs. BAD. Nak dgr yg mana satu dulu? Hehe, memana je la ye..

1. Rumah Paktam aku terbakar. Habis rumah dgn kereta hangus sampai tinggal selai sepinggang. =( tragis betul. Bonda dgn kakaknda je sempat balik ziarah. Kakaknda kata memang kesian, tp so far family Paktam dpt byk bantuan dr jiran-jiran. syukur. Tiada kemalangan jiwa, syukur lagi. Sebab? still tak tau lagi.
Tp still aku tak boleh nak byg kan kehidupan selepas ni. Ujian tuhan.

2. Heh.. aku kan exam masa date ni.

3. Aku jadi auntie lagi! heee... tp kali ni I got a niece.. huhuhhuu... ah, excited bkn main lg. Ye la, dah 3 askar je, bila dpt princess mesti la gumbira~ kakaknda anta mms gamba baby tp tunggu aku snap sendiri la baru aku post kat sini. Oh... die kiut sgt eventho baby demam masa lahir semlm. Cian dia. Mak dia pun demam panas. Doakan semua selamat ok.. Btw, her name is SARAH KHADIJAH, sweet kan?

4. Abg ipar plak dah pegi MIRI. Selamat mengembara jauh. Jgn nangis eh jauh dgn kakaknda. Oh.. kakaknda mcm nangis je smlm time call aku.. heee...

5. Aku dah isi SPA8. at last!

6. Lepas balik liberi smlm, sempat pulak aku tgk drama Cina dpn mata. Jadi kat dpn mahallah aku. Hahaha.. lwak betul. Yg si gulpren ni merajuk kot terus naik tangga tak layan boipren dia. Then, si boipren yg konon gentelmen ni dok kejar la gulpren siap tinggal keta tak off. Tapi sampai kaki tangga je la, tak berani nak nek sampai atas kot. hahaha... lawak.. lawak..

7. ok. takde dah. Next exam 3.. 4.. april! deym.. killers mau mari.

.
.
sakit mata tak?
cambest plak font kecik.kiut.

Monday, March 29, 2010

Satu paper habis. Tiga paper menunggu. Then aku.....

......boleh tersenyum. cewah...

agak-agak ade kaitan tak gamba ni?

Yeay! satu paper dah lepas. (sambil joget-joget lincah mak limah, eh tp bukan halimah jonggang ok).

Lepas ni paper killer pulak. (sambil sedot udara dalam-dalam tp mata terbukak luas, ini expression ngeri ye kawan-kawan)

Aku ingat nak tido jap lepas ni, pastu malam kang sambung berendam air mata dgn paper killer dekat my second home, library. Hee.. Erm.. tapi.. since tido siang is not my passion currently (eksen sekali di situ), so I rasa better sekali kalau dapat menaip-naip rambling kat sini. Itu lebih fun kan u'ollzz.

Aku kecewa.

Rindu bertandang lagi, tapi untuk siapa?

Besok. Erkk.. esok aku punya first paper untuk sem yang final ni. Plz.. aku mintak sgt korang baca 'sem yang final' tu sekuat mungkin. Hee.. ok. ok. thanks!


Ah. Tak tau nak rasa ape, nak syok sampai membuat gerakan berenang-renang ke or nak sedeh macam kena rijek dgn laki yang kau syok.


kompius. ceq kompius teramat-amat.


Sebab mengikut pengiraan bukan statistik mahupun linear algebra, aku mungkin akan mengharungi lagi peperiksaan selepas degree ni, maybe for Masters?. So, the question is, What should I feel right now? (ah.. soklan mencabar ni)
.
.
.
Heartless.....?


Heh.. tepat sekali. itu yang kita cari! (baca dgn nada Halim Othman dalam Roda Impian)

I have an English paper tomorrow afternoon. jgn wish luck, tp doa aku boleh buat! =)



Kalau ada sesape ternampak bebudak dalam gamba ni plz inform diorang yg I'm really missing them DEYM much! oh.. also another girl, Melor (tiada dalam gamba), I feel the same way for her too. tsk tiga kali.

Juga, auntie and uncle di sebelah ni, katakan pada mereka bahawasanya anaknda yang di perantauan ini, mohon ampun kerna lama tak pulang, semoga sehat dan ceria selalu.

Sedap kek tu, nak cket...

Sunday, March 28, 2010

Imbasan nostalgia zaman pra-remaja. Sekarang pun still remaja jugak!

cuba korang teka, yg bawak kusi tu ada sakit apa?

Sebenanye aku takde la rindu sangat hal-hal PLKN (program latihan khidmat negara) ni. Tapi entah cemana aku dok godek-godek cari gambo dalam album 33.9 GB yang bersamaan juga dengan 27, 560 keping gambar di dalam tu kat dalam laptop mahal aku ni.. aku terjumpa plak gamba-gamba ni suddenly.

Dgn sendirinya nostalgia itu kembali berputar.... tenggggggggg.....!!

Yep.. aku dgn kurang bangga nya mengatakan, I was once involved with National Service (NS) in 2004. Aku first batch, dan first series yang terkena sumpahan kerajaan keramat ni. Adakah aku di antara yang bertuah atau yang malang? Haaa.... itu yang kita tak tau.. (baca style A. Rahman dalam citer Los&Faun)

Confiden giler masa tu yang aku MESTI tak dapat punya, because

Thursday, March 25, 2010

Drama sebabak untuk Hari ini sahaja.

Ah... tiba-tiba aku teremo. Duduk di bangku multipepes lab kat kulliyyah engineering ni buat aku rase sayu. Bila lagi la aku nak duduk lagi kat sini. Kalau aku further Masters kat UIa mungkin jugak la aku menempel punggung kat sini lagi, tp kalau aku berjaya ke UK hasil berkat doa bersama, macam mana? huu... takde harapan la nak surf internet laju tapi kadang-kadang semput jugak kat sini.

Emo pesal plak ni.. sob.. sob.. sob.. (lap peluh)

Ni mungkin sebab aku terpenat sangat berulang-alik ke Engine dua kali. Tu pasal la hormon semakin cergas lantas terjadi rasa cepat sedih. Hah.. ada ke macam tu? ha-ha-ha.. teori meksism.. sila abaikan.

Harini.. (tone serius)

Nak join snippets macam Keri & Shepa boleh?.

Hasil dari tiru snippets kat blog Keri ngan Shepa. Eventho, sebenanye aku tak paham snippets tu apa tp macam best plak cakap pasal diri sendiri. Ho-ho...

1. Aku dah pandai tak lalu makan. Biasanya every meal memang pantang nak skip, tp hari ni OMG aku tak hadam apa-apa lagi kecuali kacang dan anggur 5 biji.

2. Tadi geng sekolah arab aku call. Habis marathon semua cerita dulu-dulu, penat pipi aku nak tadah gelak. Oho, aku rindu gila sekolah tu. Geng Budak Karan Ber-7, terejal lagi ke korang sampai sekarang ni?

3. Semalam aku gigih pergi cari buku Grammar. Semua sebab paper English aku nanti 100% berGrammar. Lama betul aku belek. Ada yang 33, 39, 29..&..16. For sure, aku pilih yang 16 hengget. Dah byr baru menyesal, kenapa tak pinjam je kat liberi..??

4. Lately aku asyik dgr bacaan Qur'an yang aku download haritu. Play tak berenti-renti. Tak tipu memang tenang menghayati tp ada alamat pape ke ni.... *lap dahi*

5.  Oh.. aku dah 2 minggu tak balik rumah. Mungkin lagi 2 minggu lagi pun aku tak balik sibuk final-year-projek, ini mungkin menjadikan total keseluruhan equal to sebulan aku tak balik rumah. heh, ini memang rekod besar gua.

6. Kepada yang belum tahu, jangan call nombor maxis aku lagi sebab sekarang adek aku yang pakai. Sapa takde nombor celcom aku boleh la mintak, yg baru nak bekenalan lebih lagi dialu-alukan. 

7. Nampaknya hormon emo-emo memang tgh berkembang pesat, bukan kat keri sorang, aku pun teruk terjejas serupanya. Seingat aku memang takde tersalah makan pape lg.

8.  Aku mula susah balik nak bangun pagi. Paling aku menyampah kalau dapat mimpi panjang berjela yg siap ada selingan thrill dlm muvee. Rasa nak humban jatuh katil kalau sedar-sedar kau bangun eh! dah tersubuh gajah.

9. Nampaknya telinga aku lagi sekali ter'immune balik dgn alarm clock yang aku dah set as 'loud' sebelum tido. Itu tone paling kuat bagi handphone sonyE. Ah! ada sape boleh tolong kejutkan aku bgn esok pagi?

10. Serius, aku tgh rindu kat kesayangan hati aku semua. Aha.. you know who you are.. Aku ada banyak nak update ni, oh sgt perlukan shoulder to cry on. Bila nak pillow talk?

11. Aku benci nak ingat aku nak graduate tak lama lagi. Sebab honestly aku kabur lagi ape plan mau buat lepas ni. Sape ada keje kosong sila inform aku di sini. (heh.. dah macam seloka plak tone nya ni)

12. Kalau ikut perkiraan, memang tak sempat aku nak jumpa abg ipar aku sebelum dia pindah Miri. Aku pulak stucked in here dgn exam & projek segala. Ampunkan adek ipar-mu ini.. T_T

13. Dah sampai pun nombor kegemaran aku, no. tiga-belas. Okla selamat berjumpa kembali. Oh, tp sebelum tu mari aku nak ingatkan diri sendiri, suka itu tak semestinya cinta. Cinta itu memang lahirnya dari suka. Dan kamu... boleh tolong keluar tak dari kotak hati ini? semak aku nak konsentrate stadi.


Kepada semua warga UIAM yang mengenali diri ni,
dan tak kesah juga kepada yang tidak mengenali,
aku di sini ingin mengucapkan

Selamat BerExam dan jgn bawak toyol,
tak aci tak kan kau tak tau lagi?

Gud Luck untuk kau dan aku nanti.
Newer Posts Older Posts Home