Thursday, February 03, 2011

Beremosi dengan senyap.

Sepatutnya saya sedang mengemas bilik. Tak kesah la seawal pagi atau selewat malam. Tapi bukak-bukak almari je, down giler sebab takde space langsung nak sumbat baju yang dah dilipat bersih oleh air tangan ibu. Rasa nak pergi kedai furniture malam ni jugak, angkat satu almari baru. Tapi saya tahu, masalah takkan dapat selesai selagi penyakit menyoping baju baru tak lupus. No. Besar mana almari kau beli, mesti takkan muat jugak baju yang melambak dan beranak.

Itu kisah baju. Lain pula kalau kita relate kan dengan kisah masalah peribadi. Jauh mana pun kita lari, sejauh itu juga lah masalah tetap akan ikut kalau kita tak selesaikan. Sama kan dengan kisah baju menimbun. Masalah takkan selesai kalau diri sendiri tak stop dari membeli dan mengabihkan duit ke arah itu.

Tapi macam mana kalau masalah tu sebenarnya simple tapi kita sendiri yang kusut kan diri dicelah simpulan ikat mati tersebut. Kita yang salah kan. Ada tempat yang lapang, masih juga mahu membeku ditempat yang sempit. Ada tempat yang selesa, mahu juga berdiri di panas terik. Kadang-kadang sendiri pun tak faham kenapa mesti bersituasi kurang selesa seperti ini. Bukan kegemaran, tapi itu semacam lumrah manusia berperasan, i guess.

Damn it.

Selalu. Selalu saya letak kan diri di tempat orang yang lebih berdukacita dari saya. Selalu juga saya cuba berlari dan mengenang, ah.. aku tak lah begitu malang kalau dibanding dengan si polan itu, si polan ini. Tapi hati degil ini juga yang selalu menyeksa perasaan berkeadaan susah begini. Sungguh bukan meminta, tapi berat betul mengalih batu yang sekelumit pun tak mahu bergerak.

Masalah takkan datang kalau bukan kita sendiri yang create. Tapi ada juga yang tanpa sedar wujud tanpa rasa bersalah. Yang menanggung nya of course, diri kita juga. Entah. Komplikated, but yet itu la yang kita kena face, samada dengan bersolution, atau pun tidak.

Saya buntu...



p.s. : nak stori Krabi.. bukan cerita-cerita sedih.. huwaa~
.

Friday, January 28, 2011

Sebelum.

Dear dearest reader,

Doakan perjalanan pergi dan pulang saya selamat!
Off to this place..

See you soon in 4 days time.
Take care.

Thursday, January 27, 2011

EXCITED SAMPAI NAK POST SEBELUM MANDI PERGI KERJA. lols~

Boleh tak tetiba  excited sampai nak tulis blog pepagi sebelum pergi kerja? hahahaha.. FYI, saya kan boleh masuk office pakai flexi hour (felxible hour). Paling malas masuk pun kul 8.30, so gerak dari rumah pukul 8.15 (hey, figure sendiri la betapa dekat nya rumah dengan tempat mencari rezeki). Tapi harini boleh pulak bangun pagi tadi and monolog halus, "nak masuk 7.30 am la.." so that boleh balik pukul 5 pm and packing bag dgn gembira nya. Bajet banyak masa sangat lah tu! hahahahaha...

Isk.. walhal bukan nya tak pernah keluar negera, tapi kali ni terlebih excited kerana semacam sweet escape! sebab pergi bersama rakan-rakan. Anak yang jahat kah ini?? ehhh... takkk! :P

Tapi last-last decide nak masuk pukul 8.am la. So I need to get ready sebelum 7.45 am. Maka nya boleh balik 5.30 pm dengan gembira nya!

Wish me nothing urgent or major outstanding utk hari ni. Kalau tak, mampuihhh saya nak cari back-up, since I don't like orang lain bersusah-susah kerana saya. Macam haritu, saya amik half-day sebab hal-hal konvo pon, hati tak tenang nak cuti, sebab orang office mesti ada yang nak call-call. Adess....

Tomorrow gonna be the day! (senyum sampai telinga)


p.s. : dari sehari sehari nak packing sampai ke sudah, last day nak pergi baru nak packing secara serius. -_-"


.

Sunday, January 23, 2011

Have you ever had a very loyal roomate before?

...seriously saya pun tak sangka yang saya ada rakan sebilik yang sangat lama bersama bersusah senang bertarung nasib di tempat menimba ilmu dan pengalaman, tempat mengadu, dan kawan yang boleh bercakap tentang apaaaaa sajaaaa........!

Our friendship really means a lot to me. Thanks for being such a very very understanding and good friend to someone like me. *ehh.. emos plak.

Here she is..
.
(from Matric until Main Camp)
(2004 - 2009)

ahaks, Amuk (Hidayu), tetiba rindu plak kat ko..
Take Care!

p.s. : amuk, kenduri roger aku ok =)

.

Saturday, January 22, 2011

SEBELUM TIDUR BASUH KAKI DAN BACA DOA SEBELUM TIDUR...

 بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوت
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Mimpi ni memang mainan syaitonirrajim. Haih.. kalau agak-agak kau mimpi then terbangun tengok jam dah pukul 7 dan lantas berlari nak solat subuh, itu confirm, jangan percaya 100% atau rasa bahagia dengan mimpi-mimpi indah tadi. Itu mainan syaitonirrajim. Lagi sekali, itu mainan syaitonirrajim (ulang 70 kali).

Memang terasa happy je sebab sebelum tidur tiba-tiba terasa nak mimpi yang best-best. Sempat lagi tu, tapi ingat, jangan plak dok berangan sebelum tidur pastu sampai terlupa doa sebelum tidur. Aish.. memang double confirm mimpi kau sat lagi mainan syaitonirrajim. Kegemaran makhluk merah bertanduk tu kalau kau tidur lupa nak baca doa. Berjuget2 kegembiraan mereka itu.

Well, saya hampir tergelak, kenapa la hari ini bangun-bangun terus terlintas, "ehh.. kenapa aku boleh mimpi pasal dia ni.." Lol~ Walhal, sebelum baca doa tidur memang dah pasang angan-angan nak mimpi pasal dia. Dushh! memang berkesan mainan syaitonirrajim ni rupa nya. Yang bertambah syok, saya lah yang terbangun subuh gajah demikian (T_T). Sudah tentu makhluk berekor ni seronok sangat kan pagi tadi kan. Huh.

Sangat lah kelakar. Hari-hari saya memang duduk terfikir, apa problem sebenar nya dengan dia ni. Then, dah macam drama maka mimpi malam tadi pun "play" lah apa cerita sebenarnya yang berlaku between kami. Cewah. Dah macam real. Sumpah tak boleh nak terima macam mana kitorang boleh ada problem.

Well... Di suatu hari.. (background sound suspen tenggggg~)

Segala nya berpunca dari diri saya sendiri. Ceh.. apa punya sebab la, saya  lak yang berat bersalah. Lagi hebat punca nya datang dari tulisan blog saya sendiri pasal dia. Ok, that part is really funny. Tak pernah kot saya menulis merapu pasal dia. Alih-alih saya dituduh sambil siap bukak blog saya (merujuk scene dalam mimpi tu tadi), yang saya ada berkata buruk and macam-macam pasal dia. Sampai dia dah pasrah and tak mau baik dengan saya lagi. Ape ke hal nya lah, hahahaha.. jom gelak ramai-ramai. Tak adventure betul "blu-ray disc" mainan syaitonirrajim ni.

Isk.. tapi a real fact is, mimpi yang betul-betul mainan syaitonnirajim adalah mimpi yang sangat clear kau nampak. Seriously, saya nampak muka si polan ni clear gila. (or maybe sebab saya rindu sangat kat dia sampai boleh nampak muka dia jelas??) hehh. ini sangat funny lagi sekali. Setelah saya membuat observation sendiri, satu lagi petanda mimpi cuma mainan syaitonnirajim ialah you will continue remember every single thing that happened in your dream. I don't know ini benar-benar atau ini tipu-tipu.


Let's just make a "toy dream" as a toy. But if you get a "real dream" just shut and stay quite, sometimes that dream a really real dream that can honestly come true. Ehh.. have you all ever experience that something happening in your life seems like ever happened before? Saya pernah dengar, yang kita rasa pernah berlaku tu actually apa yang kita pernah lalui di dalam mimpi kita. Is it true or not, just leave behind the story.

Cuma nya.. jangan cepat percaya dengan mimpi, kerana tidur yang tidak disertai dengan Bismillah dan doa memang tidur yang tidak dijamin terhindar dari gangguan syaitonirrajim. Baca doa tau! =)



p.s. : mimpi = dream, impian = dream. Chase your dream (impian), itu kemestian kan!

.

Monday, January 17, 2011

Quote #1

Got it from twitter..
Most likely what it feels..
"I wish I could hurt you the way you hurt me. But I know that if I had the chance, I wouldn't do it."

Ha-ha.

Sudah la Mek!

.

Sunday, January 16, 2011

Kamu puyuh buruk, walhal dia gagak kemas.

Salah siapa kalau hati tak tenteram disebabkan hal-hal masa lampau.
Salah siapa kalau hanya dia yang ada dalam hati.

Salah siapa.

Kalau dulu bercanda riang bersama,
dihambur kegembiraan tanpa mengenal erti tiada hari esok.
Semua. Satu dalam bahagia.
Dan sekarang, bila hari esok sudah di noktah kan, apa lagi yang tinggal untuk nya.

Sungguh kejam kenangan manis yang ditinggal kan mengulit hari-hari kosong tak bererti.
Menghantui segenap apa yang berkait dalam satu cerita.
Dan dia.. sungguh tidah menoleh walau sedetik,
Melangkah tanpa pesan.. sakit..

Salah siapa?

Iya benar,
bila sendiri tak patut meletak budi di bawah harapan, meletak janji di bawah realisasi.
Salah nya membiar dia hadir menoreh sedikit hati.
Salah nya membenar setiap kata-kata diulang membunga segar.
Salah nya memejam bersama harapan esok masih ada untuk mereka.

Benar. Dia siapa, dan kamu siapa.
Kamu puyuh buruk, walhal dia gagak kemas.

Maka..
Salah siapa, memang bukan soalan pahit lagi.
Lagi terang jangan bersuluh.

(diam sendiri)

.
Newer Posts Older Posts Home