Aku nak try mengarang panjang-panjang kali ni. Tapi tak tau la menjadi ke tidak. Walhal, aku ada karangan research paper EAP [nama panjang:English for Academic Purpose] yang kena karang 15 pages dgn FYP [nama panjang:Final Year Project] yang sama lebih kurang dan sangat lah penting sebab terkandung dlm pointer nanti tapi aku still sibuk nak karang post neh. Sungguh begitu tak sedar diri.. huh..
Before aku tidur semalam, aku kononnya dah taip entri khas edisi Merdeka Day. Ermm.. tapi aku macam tak jadi nak post pasal nya aku ada conflict dalaman. Tetiba aku taip terkeluar english poyo plak. Padahal orang tgh sibuk Merdeka Merdekaa.. yelah, makna merdeka kan bebas dari penjajah, dah tu buat apanya la aku sibuk pakai bahasa penjajah masa orang tgh bangga dengan Malay-sia.. T_T sungguh pelik jiwa aku ini.
Hari ni Merdeka Day ya kawan-kawan. Ketika entri ini ditulis, jam belum lagi pukul dua belas, tapi time aku post tgk-tgk dah masuk 1 September. Punya la lama aku mengarang. (padahal, aku pergi lari
Jujurnya, aku bukanlah seorang yg berjiwa patriotik. Last aku betul-betul meraikan Hari Kemerdekaan aku rasa masa aku form 4. Itu pun sebab sibuk berlawan-lawan nak menang "kelas patriotik". Decorate macam-macam. Penat lelah mengalahkan penat belajar. Buat ni semua punya la semangat, cuba kalau belajar semangat macam ni.. comfirm aku dah 'fly' sekarang..takde dah kat UIA neh.. *berangan*. Dipendekkan cerita, kami menang!. Tak cukup dgn itu, masuk pula koir kemerdekaan. Memang semangat! tapi dapat no. 2 je. Tapi kami tetap bangga.. kerana berani masuk bertanding walau sekejap sangat kami praktis.. 4e4, korang mmg the best!
Lepas zaman sekolah, terus.. sambutan kemerdekaan aku pandang enteng. Pergi tgk orang berarak memang kirim salam sajalah. Nak tgk kat tv..ermm.. rasa nak terlelap, terus tukar channel lain.. Dan sekarang, langsung la tak buka dah. Sebabnya sekarang bulan puasa, bangun
Tak kesah la, tgk ke tak orang berarak beria tak bermakna kita tak menghargai kemerdekaan. Lagipun sambutan hari merdeka sekarang makin entah pape. Buat konsert.. gather ramai-ramai just nak tunggu pukul 12.. then melaung-laung.. lepastu.. faham-faham la.. (aku tak kata semua macam tu, segelintir masyarakat kita memang hakikatnya begitu) Merdeka apakah itu? Baik la kiranya ko baca Yaasin ke, solat hajat ke kan.. yang Non-Muslim tu, pergila berdoa-doa kat kuil ke church korang kan.. baru la berkat kemerdekaan tu kekal lama. Nak ke dijajah semula? hah.. jawab.. jawab.. .
Sempena Merdeka ni, mak aku sambut Besday dia. wahh.. anak merdeka! Tapi mak aku veteran sket dari Malaysia. Tua dua tahun.. Tadi kawan anak kawan mak aku semangat gila call nak ucap Happy Birthday, pastu dia tak caya mak aku dah 54, nampak cam 45.. perghh.. awet muda kak chah (nama gleme mak aku) ni.. hehe..
Mak aku emo ape entah harini. Sampaikan aku belum sempat nak wish besday dia, dia dah cakap "anak-anak tak peduli pun kat mak, tak yah la wish besday".. waaaaaaaaa.. aku nak wish, tapi aku mmg spisis malu nak wish direct-direct. apasal entah. huhu.. Tapi aku tahu, mak aku bukan tuju kat aku pun, mungkin kat [sensored].. huu.. Kalau mak aku boleh baca blog aku ni, mesti dia touching kan.. sebab aku memang beria-ria nak wish and sambut birthday dia..
[mak, dengar la ni..]
Bonda.. Selamat Hari Lahir.. sweet 54~ =)
Thanks for being a really lovely mother,
you are funny but yet still can be sooo fierce.. [takot!]
sorry for my uncontrolled behavior which sumtimes makes you sad..
You are the best, I always wanted to be like you..
I really love you with all my heart..
yes I do! =]
Mmmuah! [hug]
Buka tadi memang banyak gila la makan! hoho.. we had spagetti calbonara, kfc, big apple, air laici, air tebu (erhhh.. dah masam), chicken pie, blueberry pie, sup tulang, anddd... kek ice-cream!
burpppppl~!! ehe, itu pun masa time nak masak petang, mak dah majuk sebab nampak cam gaya dia kene masak.. padahal kitorang tak suruh masak pun.. hik2.. Yang paling nak tergelaknya, kak ana belikan bunga as requested by ayah utk pwezen mak, masa nak bagi tu, mak leh kata "amik kat depan ke?" (merujuk pada bunga tu sebab ada sebijik lagi satu kat depan, cumanya colour dia lain) hehe.. slumber tol mak kata gitu.. =P
Tadi masa nak balik uia, berat je hati nak tinggalkan mak. Haih.. tapi apakan daya. Yang aku peliknya, bila aku dekat dgn mak, mula la cepat je nak
[yok, bersajak pulak]
Satu nya kasih tak pernah berkira,
Dikau penat, namun apakah jemu dikau tak mengerti,
Kesabaran hati mu adalah yang terhebat di lantai duniaku,
Bonda,
Tiada kata boleh menandingi pengorbananmu,
Tiada perumpaan boleh disamakan dgn kebaikanmu,
Tiada rasa mampu mengambarkan ikhlasnya kasih sayangmu.
Bonda,
Bonda,
Bonda..
p.s. : Al-Fatihah buat Ayahnda Wan Faziati yang pergi buat selamanya..
p.s.s. : Tak dpt bayangkan hidup tanpa mak.