Wednesday, November 11, 2009

Membebel-di-kala-sedang-kepenatan-menela'ah..

Ape kene entah internet malam ni. Dia laju le pulak bila aku tengah sibuk nak ber-stadi-an. Tu le, p gatal on jugak leptop sape suruh, kan dah terjerat. Adui. Bukan nya apa, aku busan gila kot mengadap notes-notes bertuah tu, dah macam same je pulak semua nya. Pening kepala. Da baca nie, kang yg tu aku dah telupa. huwaa.. cemane nak kuatkan daya ingatan??!

Kenape makin umo meningkat, daya ingatan jadik semakin decrease? adui. Memang umo tu inversely proportional with memory ke? hehe.. memang la kan. Tibe aku makin heran plak, mcm mana org-org tua boleh belaja sampai phd, alangkan aku yang baru dok pulun degree ketike umo baru 22 (tak ngaku 23 lg.haha) ni pon dah macam harem pelupe. Sok-sok entah le sampai ke tak ajat di hati mau amek phd. ish-ish-ish.. Adakah aku perlu amek jus tok guru?

Huk-huk. Harini rasa bersalah sgt dgn bonda. Sori bonda. Tadi aku memang entah penat apa pastu pulun tido. Bonda call sebab nak komfirm kan nak booking apatmen Unimas utk rombongan ktorang pegi kuching nanti. Tapi sebab kan kepala aku layan sgt pening plus takde mood, aku lyn bonda gitu-gitu je. Mesti bonda kecik ati. T_T. Tak sedap ati pulak. Esok mesti call bonda!

Yeh..........seperti yang aku telah war-war kan, geng budak-budak Mfg. pompuan akan ke Kuching tak lama lagi. Sungguh tak sabar rasanya. Plan nya 13 org pegi, tapi 2 last minit kensel sbb masalah2 yg tak dapat dielakkan. Harap-harap percutian kali ni menggembirakan dan success. Cuak gak aku, sebab banyak aku yg deal kan bab-bab accomodation ngan trasport. Risau gak kalau budak-budak ni tak puas ati dgn fasiliti provided tu nanti. Korang.. oh korang.. kalau nanti tak berape best jgn marah aku yeh, aku dah try sehabis baek n giving u ol the best service with the cheapest price. (oh! aku memang betul-betul kerisauan ni..)

Hah! haritu pegi IKEA. Ketika itu aku tgh miskin, so boleh makan meatball 10 bijik je plus tak shopping. Tapi entah macam mana terbeli jugak kasut. hehe. Disebabkan tak mampu beli Crocs, maka nya bila aku ternampak Monobo arge suku dr Crocs, aku bantai la. Boleh la buat pegi Sarawak nanti. =P

Pelik betul aku. IKEA rupanya tak menghalau customer even dah lebih waktu melawat. Selagi kita tak mau balik, selagi tu la kita boleh melepak serta melepek dlm tu. Dah la ada katil dan sebagainya. So, seswai la homeless pegi sana tumpang tido. Sebab IKEA tak halau. hahahaha.... Mulanya aku pegi dgn Papud, Mimah ngan Usna. Tapi entah cemane Shepa kate dorang pun nak pegi IKEA. Pe lagi bekampong la kat sane, tp awas! Melur tacing habis sebab tak ajak dia. Ko pegi marah Shepa ok Melur? haha. Dan malam tu, mcm biasa, aku berkampung terus kat rumah Shepa. Sudah ada port baru nampaknya. Thanks daling~

nampak tak kasut baru ku?

 keri-mija-shepa-kamil ---> thnks for cheering up my stressful examination period! sayang korang.=)

Okla.mau continue stadi. Adoi! tak best betol exam time besday nanti. Bak kate kamil, mcm loser. Deym sungguh. haha. Nak buat wish apa ye tahun ni?nak husben bole?hahahaha

p.s. : aku tak pandai mengatakan tidak, kalau aku diam, makna nya aku menjauh.

Tuesday, November 10, 2009

Jadi OKB kejap!

Yeh.. dapat durian runtuh!
Kalau boleh aku nak senyum sampai telinga hari ni.
Tapi pipi aku melimitkan perbuatan luar tabii itu.
Lagipun kau cuba 100 kali pun memang tak boleh.
Ini la dikatakan impossible kalau kau tak tau lagi. haha

Maafla pada sesiapa yang terserempak dgn aku.
Aku sengih senyum-senyum je manjang.
Bukan happy sebab boleh buat EAP.
oh! EAP aku disaster ok. =(

Tapi walaubagaimanapun dan walau-guane-pong,
sumpah aku tetap happy gila.

Terima-kasih-pak-sponser. i luv u-tre-for!
.
.
.


p.s. : boleh la aku pegi holiday dgn tenang. ^_^" 
dan jgn berani pow aku sebab aku punya list dah penuh.haha

Sunday, November 08, 2009

Penyakit ketika exam yang sukar diubati. tapi bukan kusta.

10 Bukan penyakit tapi lebih kepada SINDROM.. penulis rasa la.haha.

1. Kuat makan. Waktu makan tak ngelat. Konon stress so kena makan lebih.

2. Rajin pergi cafe. Sebab penyakit no.1.

3. Jadi kuat bergambar-syok-sendiri ataupon snap scenery-scenery. Bakat tiba-tiba.

4. Ketagih nescafe, kopi atau red-bull. Bajet nak lebih energy utk stay-up. boleh blah!

5. Makin rajin update blog. Siap komen blog rakan-rakan dan taulan.

6. Jadi poyo. Konon dah declare cuti fesbuk. Tapi dia la paling ligat nampaknya.

7. Saja decorate blk menjadi tongkang-pecah atau semak-samun.

8. Henpon simpan dlm laci, tp lepas stgh jam tak pon lima-belas-minit sibuk tgk blk.

9. Rajin menapak ke library. tapi aku tak.

10. Kuat mengeluarkan ayat "GOOD LUCK". jumpa dia gud-luck. jumpa si nun pun gud-luck.


 Harini sangat panas. Awan sangat biru. Saya suka awan biru.
.
.
.

p.s. : sila cakap gud luck jika terjumpa saya! haha.

Saturday, November 07, 2009

KIRIM SALAM ‘MAUT’..........cuak sey....


Aku tengah study Production Planning and Control masa ni. Tiba2 teringat plak citer pasal ni. Langsung gatal tangan nak menaip citer ni. Tapi aku guna WORD je dulu pasal nya internet takde. Sob3. Memang lawak nak mampuih, sampai rasa nak gelak guling-guling. Tapi tak tau la reader will do the same mcm aku, kalau tak.. sila guling kan diri sekarang! Ni arahan.

Citer nya bermula masa aku belajar kat satu sekolah swasta kat johor dulu. Masa tu baru lower form and aku sempat sekola kat citu sampai form 2 je. Sebab kan factor-faktor homesick yang sampai sekarang bonda aku tak pernah tahu, sebab aku kasi alasan lain masa minta kat bonda nak tukar sekolah. Sila jgn bagitahu bonda hal ni. Mati aku kena leter nanti. Aku kasi alasan yang academic performance sekolah tu tak berapa memberangsangkan. Bayangkan budak form 2 macam tu dah berfikir untuk masa depan, memang sangat ambitious diri penulis ketika itu. Tapi sekarang? Who knows.. haha..

Tapi hal academic performance tu memang betul pun. Tu side factor la napa aku pindah. Kalau tak memang takde harapan la nak masuk unibesiti beb. Mungkin dapat pi Mesir, tapi tu bukan cita-cita gue.

Masa zaman sekolah, hal benci membenci dengan senior memang tajuk utama headline setiap hari. Hidup tak pernah aman dari di banned dgn akak-akak senior. Mujurla sekolah aku masa itu separate antara laki dan perempuan. Maka nya kurang la sikit kebencian dari pihak abang-abang senior. Kalau tak memang boleh terencat kepala. Sian, penat mak aku lahirkan anak yang sehat.

Bagi aku yang memang tak pernah keluar dari kepompong mak dan ayah ni, memang agak SHOCK la aku bila asyik-asyik kena hentam dengan akak senior. Bayangkan lah kalau kita tak perasan akak tu lalu sebelah kita masa pergi makan ke pergi sekolah ke, siapla malam tu mesti ada adegan torcer men torcer. Apa lagi, kena marah pasal nya tak bagi salam kat akak tu. Pastu nanges-nanges dalam toilet. huu..

Hey… aku tak nampak kot kau lalu, macam mana nak bagi salam? Memang agak bongok di situ. Aku bengang. Tapi masa kena torcer, aku sebagai adik yang menghormati si tua, terpaksa la diam kan je dan menerima bongokkan akak-akak tersebut. Tapi tak pe, aku dah maafkan dah. And sorry for calling you oll bongok. Hehe..

Al-kisahnya kirim salam ‘maut’ ni memang agak femes la kat sekolah aku tu. Kalau kita buat salah sikit je siap la nanti ada member kau datang and sampaikan “akak x tu kirim salam ‘maut’ kat kau” . wahaha.. oh ok tak.. kalau aku terima pesanan khidmat masyarakat tu aku tak kan gelak wahaha ketika itu. Aku dgn sekali pesan je terus tak kan lalu makan. Uh! Tak lalu makan beb.. Mana tak nya, ada org ‘berpesan’ supaya kau ‘maut’ tak lama lagi. Padahal itu bukan lagi pesanan dari Malaikat Maut, tapi cuak nya hanya tuhan saja yang tahu. Dem sungguh aku rasa.

Yang menjadi lawak nya, bila kami junior tertindas ni mengadu pada warden and ustazah yang jaga tu, mula la akak-akak ni kalut and bagi alasan memacam pasal sampaian salam 'maut' tu. Korang agak apa alasan yang depa bagi?

Dorang kata macam ni.. makna M.A.U.T tu adalah abbreviation pada Madrasah Al-Attas Ulu Tiram................. which is adalah nama sekolah kami! huuuuuuuuu.. tak masuk akal betul. Dan kami bengang je masa tu. Pastu apa lagi, lepas aduan tersebut, malam tu kami kena torcer lagi! cis.

Tapi walau macam mana pun sekolah tu dan orang-orang nya, aku still rasa itu sekolah paling best dalam banyak-banyak sekolah yang aku masuk. Maklum la, banyak sekolah. haha.Serius best sampai kau malas nak belajar. Main je keje. haha. Kawan-kawan masa tu pun memang terbaik la, friendship memang sangat kuat. Kalau kita kena apa-apa sket, mesti ada je yang datang bekap. Dan aku rindu sekolah tu. Akak-akak pun aku rindu. Bila naik form, baru la ok sket ngan akak-akak. Biasalah form 1 kan mangsa buli. adeh.

Geng yang selalu kene buli.. sob.. sob.. sob..

p.s. : kak fai, mane kau.. aku paling rindu kau.. =(

Wednesday, November 04, 2009

Pergi belajar la, exam nak dekat!!

Adeh. rasa nak muntah pon ada bila mengadap kertas-kertas beselerak dalm bilik. Tu yang terpaksa lari pergi luar bilik and sekarang ni la aku, tengah menaip kat luar bilik semata-mata nak kan hot spot wi-fi. Sini je yang dapat, dalam bilik aku HAMPEH!. Disebabkan digi edge aku tak mau topup pasal nya karang ada yang tak belajar sebab mengadap internet, terpaksa lah gagah kan diri melepak kat luar ni. Nasib baik redup sikit kat luar ni, angin pun sedap je even depan sikit dari tapak landing aku sinaran matahari direct terpancar kat situ. Kira aku nak kata kat situ je la panas, tempat aku duduk ni nasib baik la tak. Kang ada roasted-human plak. Sure gerun!

As a short and quick post, nothing much should I type over here. Just wanna wish GudLuck to all people that have exam to face on. Ho-ho-ho. Exam memang sangat menakutkan. Lagi menakutkan bila hari-hari sebelum exam, tidur adalah sangat cukup. Itu petanda kau tak belajar la kan. Haha. Patutnya, bila nak exam tidur harusnya biar tak cukup. Sebab masa harus dihabiskan duduk di atas meja belajar, dan BELAJAR. Bukan cukup kan kat atas katil.

So.. saja nak share exam schedule.. hehe..

5/11/09 - 2.30 pm - Production Planning and Control done! 
9/11/09 - 9.00 am - English for Academic Purpose
12/11/09 - 2.30 pm - Quantitative Technique
13/11/09 - 9.00 am - Metal Cutting

GOOD LUCK PEOPLE!
AND GOOD LUCK TO ME TOO..
STUDY AND BERDOA LA BANYAK-BANYAK.. =)

wohoho. study smart?

P.S. : OH! tak sabar mau ke Kuching lepas exam!!!
p.s. : memang sangat banyak plan dalam kepala lepas exam.. huk2..

Saturday, October 31, 2009

Dah macam student Sewing Art !! Ciri-ciri Engineer-to-be lesap sekejap..


Bersengkang mata nak siapkan jahit beads. huh.. menguji kesabaran betul. Habis semalam aku buat muvee-marathon sambil tgn sibuk mencucuk beads pada kain. Ingat senang ke tgn yang biasa berminyak dan handle metal dan machine ni nak pegang jarum, benang and beads yang sikit-sikit nak tercicir tu.. ohh.. tidak.. Kalau bukan sebab skills kokurikulum yang aku konon-konon nya minat ni dah tentu aku akan consider job ni sebagai "tak-patut-dicuba" kepada orang-orang di luar sana.

Tapi hakikatnya, lepas dah siap bila belek balik.. bukan nak kata apa lah.. penulis ni memang berbakat agaknya. Cun pulak rekaan beliau. Ni kira ok la, sbb penulis kan masih beginner. Hahaha.. cikgu ku pun bila tengok tadi terus kata "wow!..".. So,what do you think? honest plz..


Ni di atas baju yang sama actually. Lighting kurang best, so nampak macam gabungan dari baju lain-lain. It's actually a jubah dat penulis made during the sewing class. Hah.. jgn tak percaya. Ni kira macam class project dat will evaluate at the end of semester. And it's today! 30/10/09.

Besides jubah, we need to make a Baju Kurung which absolutely make me head-ache, sebab jahit pinggang baju kurung adalah ke-nyampah-an ketara kepada penulis. Not happy with the pinggang part. Tadi pun cikgu komen macam-macam.. wuwu.. I know cikgu, ia sgt buruk.. -_-"


Yes! I already wore the cloth once during last Hari Raya. [here] Bangga beb, pakai baju raya yang kau jahit sendiri. Abeh satu rumah aku kecoh kan hal ni. Bukan setakat rumah aku, rumah jiran sekali. And sampai petang aku pakai, ingat nak sambung ke malam, tp tak sanggup pulak.

Nak kata diri penulis tak minat sewing tu tak juga. Even sometimes rasa ke-nyampah-an sungguh kuat pada sewing, tapi tak tau kenapa she will keep doing it and then sendiri sakit kepala. But the truth is she discover dat sewing is a gift since she was a kid. Tak tipu, kecik-kecik dulu sungguh pandai menghabiskan perca kain bonda untuk jahit baju baby-doll. Macam-macam fesyen aku boleh buat. How girlish I was during dat time. Wahahaha... Mungkin she should open a boutique kedai jahit kalau tak dapat jadi engineer nanti. >_<

Ok. habis bab tu..

Btw, blogger tee yang pernah ditempah pada saffawati.com dh pun sampai. Lambat byr, lambat la received kan. Hehe. Well, thanks saffa. Overall the shirt is ok, juz not happy with the material. Jgn kecik ati ok Saffa. =)


Sooo.. final exam will be start on next week. Kepada warga UIA-an, study smart and gud luck for your final. and wish me luck too. =) Ok! mari stadi. Aim for the highest, nothing impossible.


 p.s. : sayangness, korang jgn nak pegi berhibur selagi tak 13aribulan ok. serius aku tacing nanti.
p.s.s. : hoh. sambut besday di dewan exam pd tahun ini. -_-"

Thursday, October 29, 2009

Network Persahabatan Yang Pelik! tapi benarr...

Tak lama dulu aku di rundung masalah seperti hilang teman. Tapi tuhan kan Maha Adil. Hilang berganti!
Thanks God.. =) Dan hopefully kisah lama tak berulang kali ni.. [harapannya lagu sejarah mungkin berulang tu tak kan valid untuk situasi ini. haha].Walau apa yg terjadi.. badai menyimbah ke.. earthquake mengongcang ke.. kawen tak jemput ke.. ada kawan baru masuk line ke.. atau apa saja bentuk rintangan yg sibuk menganggu.. kawan tetap kawan!

Dan! Yang lama takkan dilupakan dan tetap di hati. (^_^)"

Nampaknya mcm ni la network persahabatan yg terbaru di bina.
Dia ni kwn dia, dia tu kwn dia ni.. dan berpusing-pusing mcm tu la ceritanya.
Dan akhirnya semua connected! dgn jaya nya
Tapi mereka semua dari unibesiti yang sama, aku je len.. huk2..
Tak bole ade racist ok shepha.. aku warning di sini!


figure 1: Network Caca-Marba

1st miting.

2nd miting

3rd miting

4th miting [aku da betol kan ni mija.haha]

and hopes it will goes with uncountable miting on next coming days..
(^_^)"

friendship is like cupcakes. sweet and variety.
when you eat you can feel the excitement,
dats what we feel to our friendship.

[photos credit to fesbuk mereka.]

p.s. : sila belanja aku wahai kawan-kawan ku yang BERGAJI.. =)

Newer Posts Older Posts Home