Saturday, October 17, 2009

[GAMBAR] ..bersakan Raya dengan geng UIA!!..

Before aku sambung citer MAKAN-MAKAN KAT RUMAH AKU,
meh aku citer dulu jalan-jalan raya before HARI KE RUMAH AKU..

Location : FRIM, Kepong.
House of honour : Kak Jan a.k.a Jannah Shaid
Accompany : 4 ekor kuda.. Yatie's - Leen's - Feeza's - Mine!
Time : 3 o'clock

At the beginning mmg nak konvoi, tapi sekali macam hampeh.. haha~ sume pon bergerak sendiri, cumanya kat lua FRIM je ketemu balik, tapi itu pun Yatie dah lepas and selamat sampai dulu. Kitorang je sesat sket, tu tanya Asmah la! dia punya keje.. =P

Menu rumah Jannah, Soto.. Nasi Berlauk.. dan kueh-kueh yang sedappp!! thanks Kak Jan!
Abeh macam nak roboh rumah Kak Jan kitorang buat, hahaha.. Dah kenyang apa lagi, bergambar sakan la..

even tengah makan pun sibuk bergambar.. tudung kuning tu la Tuan Rumah!

mana bekenan sila inform aku..

Asmah as the KETUA KELUARGA.. [dia yang cakap neh!]

Kak Jan siap ada rabbit lagi untuk hiburan kitorang.. =P

aku pura-pura bz melayan rabbit..

mula-mula aku ajak shoot kat tangga suma bg respond TAKNAK..
then bila da tengok gamba.. suma pun SUKA pulak.. haaa~~

Naseb tak roboh!

=======================================
Sambung lagi Ops Beraya..

Location : Greenwood
House of honour : Azri a.k.a Ajribul 
Accompany : 2 ekor kuda..  Leen's -  Mine! 
Time : 4 o'clock

Kuda dah decrease disebabkan lagi 2 kuda mahu pulang. Diorang segan dengan Ajribul kot sebab tu tak mau follow sekali. Aku segan gak, tapi aku ikut jugak Leen.. Raya 2 taun lepas pun macam tu jugak. Since aku segan, so aku mkn 4 cucuk satay je.. =P

btw, thanks Ajribul! next year tolong la invite aku secara rasmi.. wahaha..

Asmah duduk ayu, tak bole blahh..

terang sket, baru nampak!

ni rumah Ajribul ke rumah dorang?

ada st*p*d kt bwh No Parking tu.. haha

perjalanan diteruskan!

=========================================
Dah bertambah kenyang kat rumah Ajribul, sambung plak ke rumah YangNa kat Ampang..
Masih mengekalkan 2 ekor kuda, tapi malang nya, hanya satu berjaya sampai, tunggangan aku terus balik rumah.. sebab jalan jem gila!! So, decide untuk terus ke Bangi tanpa ragu-ragu.

Maapkan aku YangNa!!

pack gila depan zoo neh!


activity penghilang ngantok.


Usna [bukan nama sebenar], dah hanyut kat belakang..

=========================================
Maka, bertolak pulang la aku, Asmah and Usna.. [dorang follow aku sampai ke rumah, nak tolong untuk RUMAH AKU plak esoknya..]

Tapi jalan raya kitorang tak terhenti di situ saja! Lepas rehat2 jap kat rumah aku, pegi rumah Sakinah pulak! even da lemau sebenanya tapi gagahkan juga, sebab dah janji mau datang..

Location : Putrajaya 
House of honour : Sakinah 
Accompany : 1 ekor je.. [kuda da pupus!] 
Time : 8 o'clock

Sampai rumah sakinah, dok jap then maen ngan kucing besar dia! aiseyyy.. tak tangkap plak gambar meow dia sebab aku da blurr.. penat btol hari ni..

Pas makan, sembang-sembang ngan mak dia, pastu apa lagi??? ok, saksikan sendiri..

ape ntah dorang buat..


seriusly tak plan pon post ni! tengok2 tersama plak dgn Asmah! nice!


takde sapa nak amek kan, tepaksa pakai mirror reflect. Takkan nak suh mak Sakinah tangkapkan!

Dah agak kol 9 lebeh kami pon berangkat sebab nak kejar kedai, barang-barang untuk RUMAH AKU belum beli lagi. Dah salam-salam, sekali dapat DUIT RAYA ok! ohhh.. teharunya dah besar-besar gini orang kasi duit raya.. tengssssssssss SAKINAH! =P

=============================================
p.s. : lenguh gila perut aku haritu!
p.s.s. :  raya taun depan entah bole berkumpul mcm ni lg ke entah tak.. -_-"

Wednesday, October 14, 2009

"It's not an Open House, just Makan2 Bersama" -episod belakang tabir!

Ohohooo~ ahad lepas memang heaven! [11/10/09]

Heaven la bagi guest-guest terhormat aku.. tapi aku? lalalalaaa~ ponat glerr..
Merujuk post yg lepas.. aku ada buat OPEN HOUSE! err.. tapi sebenarnya bukan OPEN HOUSE.. lebih dikenali sebagai... "IT'S NOT AN OPEN HOUSE, JUST MAKAN-MAKAN BERSAMA", dat's what I wrote on the facebook when I published an event invitation on the Facebook. Haha.. Tapi semua yang dtg pon heran, Oi.. ni bukan open house ke? sebab gaya keadaan pada hari itu dah macam berkonsepkan Open house! haha.. [biaqla suka aku]

I took almost 2 weeks to consider the plan. Nak ajak ke tanak kawan-kawan datang rumah. Mengenangkan kondisi my bunda yang kurang sehat, so tak mau la susah kan bunda. Tapi hati mcm tak tenang nak gak buat! Ye la, dah final year neh, mcm2 menda rasa nak buat. Kang tahun depan dah tak raya sama dah ngan geng-geng UIA =( . Sebelum menyesal, baik aku realisasikan juga! Biarla aku masak, bunda rehat je ok?

Aku pun entah cemana suara kan niat di hati pada my geng, Asmah.

[haih..pening jap..foreigner sebelah ni pakai perfume sebotol! urghhh.. btw, aku kat lab ketika menaip entri khas ini]

Then, selepas bersengkokol dengan Asmah, kitorang pun procede to the plan. By the time aku belum sibuk ajak kawan-kawan, Asmah lebih dulu dah ajak!! hahahaha.. dia memang cepat dan tangkas. Boleh jadi polis.. Tq sista~ Then, aku pun terpikir nak create event invitation kat Facebook. Supaya senang nak estimate sapekah yang boleh datang so that aku tau berapa banyak should I prepare.. lebeh kurang gitu la.. Even tak reti guna, aku cekal kan jugak la buat-buat reti.

From 90 plus guests, I reduce until only 60 plus. Takot plak kang ramai sangat, jadi kenduri. Tapi yang respond adala dlm 27 people. The rest, dorang tak bukak fesbuk kot. Tapi yang nak tergelaknya, ada gak yang ckp not attending, tp attending jugak. Tu sbb dia kata, "entah..aku men rejek je ritu..tak tau plak ajak open house!" hehehe.. Apa-apa la.. This time baru la terasa bergunanya fesbuk di samping asyik stalk-stalk page orang lain.. =P

[foreigner sebelah aku suda bangunnn!!!!! syukurrrrrrr...]

Next step was ajak Usna pula jadi pembantu ku. Usna nak! dan aku lega. Call bunda nak comfem kan yang mungkin 40 orang nak datang, and tanya ape patut aku prepare. The idea was Soto.. Nasi Ayam.. or Bihun Sup. On the next day, call bunda lagi and aku terkejut! bunda cakap dah order catering Abg Zul, menu soto! hahaha... then bunda text next other day cakap "balik la cepat, sediakan makanan utk rombongan meminang" aku tak phm.. then bunda reply lg "Yela.. kan 40 org nak dtg.." ok.. my bunda buat lawak..

Bunda tak percaya aku boleh masak banyak la tu, dats why bunda dah orderkan awal-awal. dan aku??? lege lagi!! So, cita-cita aku nak bagi org rasa masakan aku, lebur.. Tapi takpe, desert dan side dish I will prepare by myself dgn bantuan Asmah &Usna.

Memang aku syukur gila mereka sudi tolong aku. Kami tidur pukul 3 pagi semata-mata buat Muffin blueberry choc sambil tgk Nur Kasih. Bangun awal untuk buat karipap, choc chip cookies, agar-gar laici, fruit salad and potong tembikai!. Huhu~ memang fun! pukul 2 pagi keluar beranda nak tampi kacang ramai-ramai sebab takot gelap.. pastu dgr plak monkey bunyi-bunyi.. Usna dah takot! hehe..

Oh! lupa.. Before tu, kami terkoncoh-koncoh ke PKNS bangi sebab barang-barang nak masak takde lagi. Dah siap sume shopping, sekali tgk tembikai takde. On the way back, singgah kedai runcit kat kampung tu.. ada tembikai! huuu.. tapi aku kena ketuk! tembikai emas kot, mahal gila! tq.. abg indon.. aku ingat sampai bila-bila.

ALAMAK!! nak kena balik dah.........

Banyak lagi aku nak cita! tapi tak sempat le plakk.. ok la.. to be continue................... tunggu!




Sunday, October 11, 2009

Open House... kemudian aku update.. ni pre-story je dulu.. =)

Nothing much I can type over here rite now..
Later I will update about my "Makan-Makan @ OpenHouse".

Sekarang tengah penat + penat + penat = penat kuasa sepuloh.
Tapi walaupun penat tu kuasa seratus or even sejuta,
aku rela.. yg penting misi aku tercapai..

Puas hati dpt conduct open house sendiri,
but not to forget, my beloved frens yg sangat buat aku terharu..
Thanks Asmah and Usna.. korang mmg cool!
sanggup tolong aku buat itu-ini.. *kiss sket, haha*

Pada yang hadir..
nnt aku state kan jugak nama2 korang,
skng tak sempat sbb aku lost jap nak ingt kesemuanya.. hehe..
THANK YOU SO MUCH TOO!!

Even aku da menggelabah tak cukup makanan,
tp Alhamdulillah semua balik perut kedepan gak aku tgk.. hehe..

Photos will be update soon too,
thanks juga pd camera mahal keri.. (@_@)"

Ok.. zZzzzZZzzzzzzzzzzzz~

p.s. : I got to know a new story, and seriously hati aku pecah pd hari ini.  Happy dlm luka.

==

Saturday, October 10, 2009

apesal manusia ni cepat je beperangai pelik-pelik..??

Kadang-kadang agak susah membaca hati orang.
Mentafsir perangai lagi la mustahil.
Apa di fikiran, Apa di hati dan Apa di expose kan.
Cuba membuat kesimpulan sendiri
Tapi mampukah hipotesisnya sama?
Ingin bertanya, tapi ego menegah.

Oh.. Tidak..

Lantas hati berkata..

"awat la ko ni labu.. aku tak paham pesal 
tiba2 mcm ko tanak kwn aku dah..????
aku buat salah ape..??? cube citer sket.."

Cuma yang aku boleh kata,

"kdg2 kita terlepas pandang.. 
kdg2 kita terlalu menjaga.. 
akibat selalu berulang, kita mula penat.. 
lantas kita menolak dan berserah.. 
hanya mampu berdoa agar persahabatan itu kekal."
[Hamizah, 2009] 

==

Tuesday, October 06, 2009

e-Bunga untuk Shepha, Mija, Melor dan Keri! plus citer makan banyak di hari raya..

Kalau tengah BANYAK keje mesti tangan gatal nak singgah-singgah conteng blog. Tapi kalau time takde keje, pandai pulak tangan dok diam tamau gerak sebab tuan nya tidur. Heran, macam senang idea tu keluar bila mana aku dah bajet esok atau lusa memang tak tido akibat buang masa sekarang. Itu dah macam rutin, habit dan kegemaran seorang pelajar cemerlang seperti penulis. Esok exam, malam ni baru belajar. Esok hantar esaimen, malam ni baru terkedek-kedek. Maka nya,nanti nak kena hantar semua benda baru nak menyesal.
[CAUTION : JANGAN AMIK PENGAJARAN, aku tak suruh.]

Since, aku dgn sedihnya tiada gambar ketika Hari Raya pertama, biarla sekarang aku tempek kan gambar raya ku walaupun sudah raya ke entah berapa. Kasik can, ok my pren?

Lokasi : Rumah Malin @ Batu Cave
Menu : Nasik Lemak Terhebat! bersama puding.
Rombongan : Sak, Asmah, Zatie, Pika, Aizum dan Mek.
Nota : Thanks Malin, ko masak memang sedap! kami semua tambah 3 kali tanpa ragu-ragu!! haha..

sak tu action je tuang air.. pe pon baju ko memang lawa!

artis luar negara. Negara apa? [rahsia]

Nampaknya tiada undangan lain selepas rumah Malin. Ada.. tapi di Klang. Maapkan aku wahai Jaja.. tak dapat ke rumah di kauuu... apakan daya, aku masih keletihan membuat experiment selama 24 jam, 29 minit dan 37 saat bersama ko. Tobat aku tak mau lepak dalam lab macam tu lagi. Haha..

Dalam aku memandu gaya cekal untuk pulang ke UIA, tiba-tiba rindu pada Mr.JJ.. lalu aku ajak Asmah untuk melunaskan kerinduan itu. Dan akibatnya, terjadila aksi-tak-ada-duit seperti ini..

iyaaa bukk.. mau tolong apa-an nii...?? [dialog streotaip seorang bibik]

Kami hanya mampu serghlon [bahasa kedah kot.. sarung kot maknanya] baju tanpa perlu ke fitting room, dan bergambar macam haram. Ada lagi gambar lain, nak tengok mintak aku. Kami hanya mampu beli.. emm.. aishh.. Asmah, tolong aku cakap kan.. maluu... wakakaka..

Last but no least, kami menambah lagi kalori 3 pinggan nasi lemak sambal udang dan bilis dengan 3 ketol Big Apple sorang sekotak. Memang macam heaven makan ni even lepas tu sibuk naik penimbang tengok bape kg naik. Aku rekemen kan korang try APPLE DAPPLE.! sedap sehingga tak reti jilat jari.

tinggal Almond saja yang dpt dipaparkan. Apple dapple dah selamat
berehat dalam perut penulis.
===========================================================

KEPADA teman-teman-kesayangan-aku-yang-aku-sangat-gembira-dengan-kewujudan-korang-di-sisi-ku...

Melor, Shepha, Mija dan ok, Keri pon aku buh dalam list..

TAHNIAH!! happy convocation utk korang!! so proud la ngan korang,
dan aku je yang masih terkial-kial siapkan final year project [kesian].
Sorry tak dapat pegi sama-sama menceriakan suasana..
but..
takpe.. aku tau korang tetap ingat aku walau korang kurang ceria tanpa aku.. =)
Nah aku bagi bouquet seperti yang aku janjikan sebagai E-BUNGA ku..
sorang satu dapat, sama je semua, jangan rebut-rebut, aku ikhlas ni..



===============================================================

p.s. : Rugi tak keluar camera masa raya umah Ubay! huuu... rumah dia cantik!
p.s.s. : terpikir nak buat makan-makan.. ade ke yang nak datang???

==

Friday, October 02, 2009

Ada orang nak kawin dgn aku.. tapi..

Memang tak ku sangka. Itu memang mende yang paling sweet pernah terjadi. He is so cute, handsome and sweet too. Suka kat aku really dat much sampai nak kawin dgn aku ! haha.. Terharu i tau.. Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa tolak. Demi mengenangkan hati mak dan ayah dia. Hati mak ayah ku juga.

Hakikat sebenarnya, memang aku tak nak kawin pun dengan dia. Aku sendiri yang tak nak. Sebab dia belum cukup syarat. Aku kan memilih. Ehhh!! tak la.. hahaha. Aku memang nak menerima dia seadanya. Seperti dia menerima aku seadanya. Ye la, tak cun.. gemms lagi.. pastu.. bla.. bla.. bla.. [kutuk diri sendiri sket je]. Tapi.. apakan daya..

Siapa agaknya Prince Charming yang propose aku tu kan..

Nak tau..??

Ala, tak yah la.. Aku segan la... dia comel sangat..
kang korang yang kata aku seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Tapi eksekeusme, pipi aku steady yeh.. haha..

okla.. okla..

Nak tau.. ?

Really?

ahaa..

ini la dia orang nya... nampak alim je pakai kopiah.. hahahaha...


Introducing.. dis is MUAZ! mamat yang nak kawin dgn aku tu.
betulll.. aku tak tipu.. [muka inesen]

He is my nephew actually. ngeh3..
We had a talk.. and suddenly he said like this.. 

"kalau muaz dah besar, muaz nak kawin dgn MakUda.." [sleng pelat]

then.. I was laughed badly, but he juz made a cute face as usual..

"kenapa nak kawin ngn MakUda? " 

"MakUda ni baek la..",

then, i got this idea!

"MakUda cantek tak?",

"cantek.."

see.. kanak-kanak kan tak pandai menipu. jujur. wakakaka!

Sepanjang raya aritu, aku memang kamceng dgn dia. Tengok cD sama-sama, masuk toilet sama-sama, ngaji sama-sama.. kena layan tgk Cicakman sebab dia paksa. Sekejap-kejap dia panggil.. "mak udaa.. mak udaa.. " [ada tone dia panggil aku tu, waaa.. aku rindu tone dia tu..]  bila dia tengok aku takda dekat dia, mesti panggil aku. Tu yang dia sayang aku lebih. Sampai tak mau balik umah dia dah. Bila aku datang umah dia, dia nangis-nangis tak bagi aku balik. Huu.. pilu betul. Then, masa aku nak balik UIA, pun dia tak bagi.. muka pasrah je babai aku kat pintu. sedeh..

waaa... rindu nya kat kamu Muaz.. -_-"


Bonda cakap, kalau jaga dia seminggu, mau turun 5kg agaknya! haha.. Tu sebabkan kena lari sana lari sini kejar dia. Men kejar-kejar sebab nak suap nasik. Susah makan betul budak ni. Then kejar-kejar pegi toilet plak, sebab dia selalu dah betul-betul 'tak tahan' baru bagi signal nak p bilik air.  Nasib la muka comel, kalau tak lama dah gue piat-piat tinge tu.. haha..

WARNING! : POST INI BUKAN NAK EXPOSE THAT MEK IS PENYAYANG. sekian.


Thursday, October 01, 2009

bantuan! bantuan!

SELAMAT DATANG BULAN SEPULOH!
tak sabar nak masuk bulan depan!!

Hohohoooo~
aku nak post juga something before aku tidur.
Dari tadi memikirkan something tu, tapi entah.. blurrr~

Ok.. aku nak tanya..
Macam mana nak relate kan Islamic Perspective dgn kemajuan sains dan teknologi?

Sapa-sapa ada verse Qur'an, Hadith or sources mana-mana.. tolong la aku ni.

Aku tak cukup bahan nak support point aku..
Setakat tau yang Islam encourage kita menjadi lebih maju
dan improve kehidupan kepada yang lebih baik..

Aku perlukan source dia..
kalau ada website yang aku boleh rujuk, bg link dia ok..

Thank you so much! -_-"

p.s. : stress dua tiga hari. mandi basah. makan kenyang. tapi tido tak lena.
Newer Posts Older Posts Home