Saturday, August 25, 2012

Hari Raya Trends.

Bukan main bosan lagi aku kat office ni. Maaf lah, terpaksa menggunakan facilities yg ada (company's PC and internet) untuk melenjan segala kebosanan yang ada. Hmm.. tatau la berapa Megabite dia akan sedut semata-mata aku guna Microsoft Words terus mejadi entri Blogspot ni. Lantak.

Sebelum terlambat, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam. Alhamdulillah, berjaya juga kita puasa sebulan tahun ni. Alhamdulillah bagi yang telah mencapai pendidikan Madrasah Ramadhan mereka, dan Alhamdulillah bagi sesiapa yang mendapat keberkatan Ramadhan itu sendiri. Moh le kita beraya ya yeop! J

Walau macam mana raya sekali pun, maka ingatlah mereka2 yang susah, atau yang tak segembira kita. Jangan nak hentam ko punya happy je, post sana, post sini… dalam kita bergembira ada yang berduka, ingatlah. Kalau tak harini hari kita, esok-esok siapa yang tau kan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Jangan asek focus kan sgt skop kesusahan tu pada mereka yang miskin atau anak yatim saja, tapi lihat la juga sekeliling. Kadang-kadang kita tak ambil endah apa perasaan org tentang apa yang kita buat. Benda yang kecil tu sebenarnya dah merobek kan hati mungkin beberapa orang di sekeliling kita. Perasaan juga satu benda kesusahan dlm hati yang kita patut ambil kira.

Contohnya, media social la ni.. hmm.. bukan nak kata apa, semua nak tayang kebahagiaan yang dia ada sampaikan dia tak sedar yg melihat bukan lah semua sebahagia dia. Kadang-kadang mungkin terlepas pandang, tapi percayalah, memang ada pepatah, dalam gembira pasti ada yang berduka. Kan! So.. paham-paham la sendiri.

Tak perlu semua benda nak hebah dalam Facebook mahupon Twitter ke ape.. tak perlu..

Jangan nak pegang prisip, "aku adoo, ko hadoo?" sangat la, mmg haprak la weii.. tau la kau dah kahwin, ada anak.. ada laki, keje bagus.. kereta bagus.. rumah bagus.. tapi perlu ke nak tayang semua nya dalam facebook? Ke nak bagi alasan yg cuma suka-suka atau sebagai kenangan peribadi? Ermm.. if you think that's your personal, you won't expose to the WHOLE WORLD like in Facebook. You should keep on your personal PC and create a folder "My Precious Life" and share it with your family and love one. Ataupun alasan cuma nak berkongsi bersama orang-orang yang memahami anda saja?

Hmmm.. aku pun tak paham, susah nak cakap juga sebenarnya function Facebook atau web-web social ni sebenarnya, tapi percayalah.. sikit atau banyak memang boleh mengecilkan hati orang atau menyentapkan perasaan orang lain. Kau tau ke kalau ada sebenarnya kawan-kawan yang dah kecik ati ngan kau gara-gara post kau tu? Mesti la tak tau kan.. hmm..

Hee.. oklah.. maafkan saya kalau ada yang sentap pula ngan saya..

Selamat Hari Raya! J

Saturday, July 28, 2012

Nak Malas Pergi Duduk Dalam Gua

Kalau nak ikutkan hati memang mati. Syukurlah rasa sabar tu tuhan masih bagi. Dan masih boleh membendung perkataan "KALAU". Tapi sebagai manusia biasa memang boleh bikin hati panas dek kerana perkara-perkara kecil. Tak tahu nak salahkan siapa, mungkin diri sendiri juga "kot".

Kalau cakap banyak nanti cakap kita ni berkira, buat kerja tak ikhlas dan bla bla blaaaa...

Tapi bila tak cakap mula la naik lemak!

Apalah nasib dapat segelintir orang-orang di sekeliling yang langsung tak membantu. Sikit-sikit penat, pastu nanti mesti diberi muka untuk pergi berehat. Apa ingat semua kerja boleh skip ke setiap hari? Kalau satu hari memang terlalu penat dan berehat pun satu hari tu kira dah memadai la, tapi kalau penat nya sehari tapi ganti nya seminggu............................?? 

hmm, silakan lah duduk dalam gua untuk spisis-spisis macam ini.

Itu lah, penat la kadang-kadang nak membanteras perasaan dari marah-marah tak tentu pasal. Kalau orang luar memang dah aku sound biar tersiat hati tu. Haih la, pakkal je lah darah daging sendiri. Sabar je lah.

Maka nya, untuk sedapkan hati... Berdoakan je lah, supaya hati orang-orang macam ni jangan fikirkan diri sendiri saja. Ingatlah yang kamu tu duduk dalam dunia ni bukan sorang-sorang. Acapkali, saya ingatkan juga diri ni, takut terlupa, takut diri sendiri pun buat macam tu. Bukan apa, esok-esok kalau dah hidup berkeluarga sendiri, baru tau tinggi ke rendah dunia ni.

Jangan nak hidup senang sangat. Takde sape nak tanggung diri tu sampai ke tua kalau MALAS macam ni.

Selamat Berbuka!


Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan

Lama rasa nya tak mengepos guna website. Biasanya, tu sepam terus dari handphone sebab tu sebulan sekali je post. Kalau nak banding guna web, haaaa.. ini lah jawapanya, setahun sekali baru nak post! Kadar kepesatan hidup semasa buat saya lupa kan ruang ini. Padahal kalau nak singkap balik sejak pertama kali post, boleh kata suku hidup punya cerita ada dalam ni. Orang kata, kalau nak berkenalan tu boleh la usha blog ni dari awal sampai abis kalau nak kenal dengan tuan nya. ahaks. verangan, verangan...

Life. Hmmm.. sangat lah besar pengembangan nya dari segi size badan sampai lah kepada hal hal sehari-hari. Nampak macam besar kan, tapi itu size badan je la, kalau hal hari-hari tu sama je kalau nak ikutkan. Kalau lima tahun lepas saya masih belum berkahwin, sampai ke hari ni pun masih lagi! haha.. so takde lah perubahan yang ketara so far. Masih sama. Masih bangun pagi terpisat-pisat dan pergi kerja dengan malas.

Perubahan kalau kat mana-mana pun sama. Jangan nak harap debushhh! je ia boleh berlaku. Sedangkan batu bertakuk kat dalam gua pun terjadi dari process hentaman air, ini kan pula kalau melibatkan sebuah kehidupan. Maka.. takuk nya masih seperti itu. Tak berubah!

Orang kata, nak sesuatu kena usaha. Hah! jangan nak sepak saya sebab tak berusaha kepada sebuah perubahan di dalam kehidupan. Sebab nya... setakat ni saya dah berusaha, tapi mungkin belum masa nya. Tuhan belum mengatakan "iya" maka belum la iya. Apa yang pasti, doa jangan diputuskan, harapan jangan dimatikan. Kena teruskan mencari kebenaran kepada ilahi.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, secara jujurnya, rasa lebih tenang sikit. Walaupun kebelakangan ni banyak kisah sedih yang dilalui, tapi semakin hari hati semakin meredhai nya dengan ikhlas. Errkkk.. tapi masih mencuba lagi setiap hari. Tak kesah lah apa nak jadi, walaupun sayang tapi belum tentu baik untuk kita kan, so.. dari situ mungkin pasrah dan redha dah take place. Biarlah ia berlalu slowly.

Orang kata, kalau ada.. ada lah.. kalau dia, dia lah org nya. Jodoh tak kemana. Sedih dalam hati, itu memang tak nafikan lah, kadang-kadang dalam tidur pun masih boleh menangis. Tapi haruslah kuat supaya tak merosakkan kehidupan sendiri. Cuba senangkan process memujuk hati. If terlalu sedih, then fikir kan orang yang lebih malang dari kita. Macam ada sorang hamba Allah yang saya nampak kat dalam Masjid masa terawikh. Dia ada satu tangan sahaja, dan mampu bersolat jemaah sampai habis. So, kesimpulan nya, kalau lah saya adalah dia, adakah kesedihan saya atau ke-malang-an saya itu lebih teruk dari seorang OKU bertangan satu tanpa kaki? tiap kali saya nampak dia dalam masjid mesti bergenang air mata mengenangkan kehidupan dia sehari-hari.

Maka, nikmat Allah yang mana satu yang ingin kau dustai?

oh.. oh..

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam hidup saya dan seluruh umat Islam.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini kerana masih merinduinya.
Aminnn...


Thursday, July 19, 2012

The Truth [part 3]

Bila hati bukan milik nya lagi, dan bila hati cuba kau kosongkan demi orang lain, jangan kau harap bahagia kepunyaan kau.

Redha. Ikhlas.

Cubaan satu.
Mampukah kau faham dengan segala keterpaksaan demi melepaskan seorang yg sempurna bagi kau tapi tidak bagi mereka? Cara apa kau guna agar hati terpelajar, agar hati terbendung...

Kosong.

Maka cuba lagi dengan redha seiring meninggalkan. Cubaan dua.

Mampukah titipan angin rindu menyapa kau balas dengan bersahaja tanpa rasa? Hubungkait kan masih di situ, fikiran dan hati, bergerak seiring tanpa membelakangkan antara satu sama lain.

Nah, berikan satu robot utk itu, ya pasti boleh dia bertindakbalas tanpa rasa ketika bekerja. Dia saja yang mampu.

Mustahil bergerak satu rasa utk manusia biasa. Kau manusia biasa.

Cubaan tiga.

Tak punya cara lain, hanya berserah pada-Nya lagi.

Thursday, May 10, 2012

4 Tanda Hidup Tak Berkat


[taken from one of my friend's Facebook]

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

Wednesday, May 09, 2012

The Truth [Part 2]

Kalau pun berkahwin bertahun-tahun juga boleh bercerai, apatah lagi yang bercinta, berpisah itu perkara biasa barangkali. Persoalan tentang jodoh bukan hanya perjudian di laman hijau, tetapi suatu takdir yang kau takkan pernah faham tentang nya. Ada hati memang mahu, tiada hati kau paksa bertubi-tubi jua takkan termampu. Semua itu hanya tuhan saja yang tahu. Dia mencipta, Dia menentukan. Mudah bagi Dia.

Pendek kata, salahkan takdir sama lah juga kau salah kan Tuhan. Titik.

Kau boleh membuat keputusan, kau ada akal, berfikir dengan waras, berfikir dengan semasak-masaknya. Tapi kau tahu kah apa yang difikirkan betul itu akan membuah hasil yang bagus-bagus sahaja? Gerenti kah anda? Tidak kan?

Then macam mana mungkin kau tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang?

[terdiam lagi di situ]

Friday, April 27, 2012

The Truth [part 1]

Going through the break up session...

Well, I must say it was so painful, until you didn't feel anything because you know what you hope is totally damaged into pieces. I was so ready, took a week plus plus to think about it,.. influenced by surrounding that never gave me the support makes me so dissapointed and heartless. I was in pain during that time. I hurt myself for several times, and it gets immune to my heart in the end. I lost my feeling.

Honestly, the love is still there. I love him. But I can't do anything. Helpless, yeah same with a little child that lost her mother. I'm losing my love. I passed it to the Most Beloved, He knows the best.

Is it what we call as no fate being together? not written in the Loh Mahfuz as our spouse? Nobody knows the answer except Him. I just don't believe if people around me says "takde jodoh kot", hey, are you a God who knows about fate better? No right, then just shut up and pray for my best, it is much appreciated.

I must say I'm a coward person. Love someone but can't protect him from the disagree group. Maybe you don't understand until you are in my shoe.

Here's the thing, I'm a second last child, a girl with a degree, I'm an engineer.. from a bit success family, my father a pensioner lecturer, and who can accept that her beloved daugther falls in love with a non-exec admin assistant? You answer yourself.

I have my own perspective, but the thing I see might not as same as what other people see.

Sorry, should continue this later... time to sleep...

Assalamualaikum.
Newer Posts Older Posts Home