Wednesday, May 19, 2010

Takde connection tapi boleh online?

Semalam satu malam takde internet memang tak senang duduk. Asyik-asyik tengok laptop kot-kot dah boleh guna. Tapi hampeh. Bila hujan je start la stream-ngek buat hal. Lepas tu dan dan (bukan Lin Dan) time takde internet tuuu la, memacam benda nak di-gugel kan.

Nak tengok 0-fares Air Asia terbantut, nak booking hotel terbantut, nak komen facebook terbantut, nak update blog terbantut, nak check dapat keje poonnnnn terbantut. Nasib ah takde offer semalam, kalau takk.. kalau takk..

Yang sedeh nya lagi, traffic-blog-ni pun mula la berkurang huhu.

Biasanya internet putus bila  DSL LIGHT terpadam. Itu mesti la korang tau kan. So, bila lampu ni padam kena la kita sebagai pengguna call service provider memaklumkan hal ni. Ya.. aku sebagai pengguna yang tak tahan tengok lampu tu asek tak mau ON, maka meng-calling la operator bertugas.

Tapi SAYANG! sikit pun takde perubahan sampai la pagi ni. Yang aku hangin nya, pekerja dia asyik suh buat direct connection which is aku pun tak paham apa maksud dia. Sampai aku naik fed-up terus matikan je talian. Langsung tak membantu, menghabiskan kredit aku tu YA! membantu.

Pagi ni aku minta tolong Ayah pulak call kan balik, sebab cam jatuh plak ego kalau call balik sendiri haha. Ayah call pukul 8, tapi haram takde respon jugak. Tapi aku keep la try connect connect sampai lebam tapi still keciwa. Takpela, pasrah kata aku.

Then dalam pukul 12 lepas aku makan Nasik-Kedai-Sombong, aku try-try la nasib.. ehhhhhhhhhhhh! boleh pulak. Tapi bila aku tengok kat Network Option takde connection. HERAN BIN AJAIB.

siap ada pangkah kaler merah lagi!

tengok status dia received BAEK punya!

Haha tak kesah la, layan kan aja. Janji boleh online, boleh booking hotel dah kira bagus kan. Even bukan aku yang booking pon, aku tukang usha-usha kan je :P. Ke Genting lagi aku dan keluarga wiken ni! Yahooooo..


syok ah fully-sponsored,
thanks kakanda :)

Monday, May 17, 2010

Bunga Kuku.

Have you ever heard about this before? Tak pun cuba check kuku korang SEKARANG!!!





 ada tak macam ni?








tapi bukan yang ni ya..
out! out!





mengikut firasat incek AHLI GUGEL, mereka mengatakan yang bunga kuku ni terjadi disebabkan oleh;


1. susah hati, mungkin gak la sbb aku jobless :(




2. ada orang rindu, haaa.. yang ni aku tak tau la sape. kerius gak haha.
 


3. ni wikipedia. langsung tak leh pakai. Ada ke patut dia concern pasal kuku kambing?huh.




4. Akhirnya jawapan ini yang paling memberangsangkan!
 



Err.. jawapan yang ke-empat nampaknya memang SANGAT betul.

Aku dah lama tak makan benda-benda tu; tofu, telur and keju. Tapi MAKANAN LAUT macam selalu, ni yang aku heran kenapa musim bunga nya sangat meriah membiak di atas kuku-ku. Err.. ada lagi yang aku baca tu, dia kata ada plak kaitan dgn TULANG BELAKANG. Hah! sudah! ni yang I suspen ni. Tulun. Doktor bertauliah, sila ketemukan jawapan sahih untuk saya! 

Masa aku gugel gamba KUKU, ni yang menarik aku jumpa...





euwww... nak je pinjamkan sepit-kuku kat dia.







leh la ikut step ni bila potong kuku, dapat pahala :)











ni mesti ada org marah sbb
aku pakai multi-rojak-bahasa ni
haha sori

Sunday, May 16, 2010

Pergelutan kuasa-kuasa kecil.

.Watak Pengenalan.

BAJU HIJAU : MUAZ (cucu pertama)
BAJU PUTEH oh seksi! : ASHRAF (cucu kedua)
BAJU MERAH : AMAR (cucu ketiga-adik kepada Muaz)
BAJU PINK : SARAH (cucu keempat) <---ops! tidak hadir di lokasi.

Pertalian : sepupu.
=========================================================



Pada suatu hari yang terang, dua sepupu sangat gembira bermain A B C di dalam komputer baru milik ibu Muaz. Kerana ibu Ashraf sibuk bekerja (workholic haha), maka Ashraf di bawah jagaan mak uda kiut (juru foto yang merangkap si penulis blog ini).

Suasana nampak tenang.


Sangat menjatuh-kan-hati bukan melihat mereka sungguh asyik 'menelaah' bersama di dalam suasana yang aman dan daman, betoleransi serta bekerjasama walaupun tiada apa yang harus di-kerja-sama-kan.

Nampak tak nampak tak?


Selang tak lebih 3 minit kemudian, lagak Ashraf sudah mula mencurigakan. Seperti ada kegeraman di benak. Resah. Seperti ada rancangan yang harus dilancarkan. Manakala Muaz tetap eksen menekan-nekan sebab dia tahu itu 'emak aku yang punya hahahaha' barangkali itu lah monolog si Muaz.


Yaaaa... benar lah firasat si Mak Uda! Ashraf mula melancarkan rancangan yang telah di rangka selicik mungkin.. iaitu..
cobaan menekan-nekan papan kekunci tanpa berasa terancam dengan sepupu tua nya. Di dalam hati, 'alaaaa... i pun boleh tekan la abang'.


Yaaa..!!!

pergelutan nampaknya sudah mula tercetus! Pihak empunya mula memainkan peranan berkuasa di atas  hak milik yang cuba di-usik pihak bukan empunya. Pendek kata (sape plak pendek?), kongsi-kongsi tak boleh ok.


Selepas pergelutan berlaku kurang dari 5 minit, akhirnya Ashraf yang rasa langsung tak cool berebut telah menyerah kalah. Adakah mungkin dia terasa terancam? oh itu tak mungkin baginya.

Masih ada 'aktiviti-yang-lebih-menggembirakan' yang boleh dilakukan selain berebut-rebut, mungkin itu yang dia fikir-kan.










Tetapi! sejurus turun dari kerusi.. memang ada yang boleh dilakukan!
Sasaran sudah dikenalpasti.




Nampaknya ini lah mangsa seterusnya!







Ini lah nasib si penganggur,
jadi babysitter pun babysitter-lah..

Saturday, May 15, 2010

Cacarmurba berkaitan Badminton.

Pernah tak kadang-kadang rasa macam down sangat? sampai rasa ahh! nak tutup la blog ni. Okla tu kalau bagi bloggers la, tapi kalau yang bukan bloggers, rasa down sampai rasa TAKNAK dah buat something tu. Mungkin sebab dah tak suka or dah takde hati. Biasala kan nak buat sesuatu tu mesti la mengikut kegemaran hati kan, if tak lama-lama jadi tak seronok and sekaligus bila angin ribut tak pepasal datang terus rasa nak GIVE-UP.

GIVE-UP memang benda yang tak baik. It is macam menunjukkan yang kita ni tak mencabar orang nya. Baru ada challenge sikit dah mula goyah, mula rasa nak angkat bendara putih. Tak boleh kan sebenarnya macam tu. Yang bagusnya kita kena tempuh! kasi redah itu halangan.. kasi roboh itu tembok CHINA.. err tapi macam mana kalau dah kalah? well, better stop right there pasal tu dah masuk episod lain.

Ya. Nampaknya MALAYSIA dah pun kecundang tak leh teruskan bagi merebut PIALA THOMAS 2010 kali ni. Sabar je la ye. Kempunan aku nak tengok HAFIZ beraksi. Even muka Hafiz pon tak berapa nak cam tetiba terasa nak tengok dia bermain. Jap nak pegi gugel.

Malam tadi baru la berkesempatan tengok err Dato' Lee Chong Wei beraksi. Adui.. memang betul la kate mak, berdebar hokeii tengok dorang main. Haish. Bila dorang smash je mula la tak senang duduk aku. Apa la agaknya rasa kalau tengok secara live kat Stadium Putra tu ek. Dah la BISING bukan main.

Err.. tapi yang tak syok nya game malam tadi betul-betul stat pukul 7 p.m. dan.. dan.. aku terpikir, bila la dorang yang kat stadium tu solat agaknya. Mungkin dorang pegi time game break kot (khusnulzhon). Yang pemain nya takpela dah tentu dorang 'tak wajib' solat. Yang penengok nya tu.. haaa... itu yang kita tak tau. Maybe sebab tu KALAH kut. Maybe la kan ngehe.

Ah.. panjang plak citer pasal THOMAS and the geng.

Padahal bukan peminat BADMINTON pon. Baru main kejap dah semput. Tiba teringat plak masa main kecik-kecik dulu. My father is the one yang paling teror main badminton dlm family. Aku belajar main  pun of kos la dgn bapak aku kan. First racket yang ayah beli utk aku is the one yang handle dia pendek tu. Korang pernah tengok tak? The racket face same je mcm yang orang dewasa punya cuma handle dia je pendek. Kiut betul sbb tu teruja nak main haha.

So, dulu kitorang ada court badminton depan rumah. Not exactly a court la, sebenarnya jalan depan rumah then ayah cat buat line-line sama macam court sebenar. Siap pasang net dari grill pintu masuk rumah sambung kat tiang yang aku tak ingat macam mana boleh ada kat seberang side lagi satu. Then petang-petang main la kitorang sampai penat. Oh! I really miss that moment. Sekarang ayah pun dah jadi 'orang tua', tak larat nak smash or main lagi, lutut dah start sengal-sengal tu. Kesian.

Huh.. tercerita pasal badminton lagi. Dah-dah. Aku nak pergi buat cover letter.

ah bencinya bila dah habis belajar,
hidup sunyi tak seperti dulu :(

Friday, May 14, 2010

Bingkisan ceruk jiwa kosong

Perjalanan hidup tu bukan macam makan hari ni untuk menyambung nyawa hari esok. Tapi perjalanan hidup banyak memerlukan perancangan yang sepatutnya. Macam contoh future planning utk masa hadapan. Kalau orang tu ada impian yang besar maka PLAN nya juga besar. Kalau orang tu impian nya setakat angan-angan Mat Jenin, itu kita kirim salam sajalah. Err.. tapi tak salah kan kalau berangan?

Dari berangan tu la kadang-kadang idea tercetus. Dari situ juga lah path ke arah merealisasikan angan-angan itu ke arah kenyataan tiba-tiba boleh muncul!. Asalkan bukan duduk bersandar bawah pokok kelapa berangan sampai tertidur dan lepas bangun terus lap air liur. haa BUKAN ya.

Pada ketika ini.. di saat aku dgn rasmi nya (even tak konvo lagi) sudah habis belajar ni, aku masih terfikir-fikir lagi apa masa depan yang aku impikan. Seriusli sampai saat ni nak klik butang APPLY kat jobstreet.com tu aku mesti pikir, betul ke apa yang aku apply ni, itu ke yang aku mahukan. HADOI!

Membuat decision bukan benda yang aku gemari. Well, tapi aku bukan la seorang yang tak boleh membuat decision ya. (cam ayat cover jeeee.. ngehe).

Aku ada impian, sama bagi kebanyakan orang. Maya Adamaya pon ada 3 impian aish tetiba je. Anda juga kan. Impian apa itu yang membezakan. Bagaimana cara merealisasikan juga mungkin berbeda. Emm tapi bila salah satu jalan ke arah kejayaan tu seperti macam IMPOSSIBLE kadang-kadang susah kita nak teruskan. Yep.. itu la yang dikatakan halangan yang sekaligus menjadi CABARAN bagi melunaskan impian tersebut.

Kira-kira lebih kurang macam tu la.

Semoga tuhan memberi aku kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup ini dan tak cepat menyerah kalah.
dan YA! aku dah stat gelabah sebab satu intebiu pun tak dapat lagi, macam mana nak dapat.. keje pon aku tak apply lagi! HADOI. :P

Baik la KERI, aku pegi career fair tu nanti. Teman aku jommm >_<

Thursday, May 13, 2010

Senarai tugas khas si penanam anggur tak berjaya.

Saya graduan tanam anggur. Hari-hari mengadap laptop sampai berpinar biji mata. Ah.. aku nak cakap betapa bosannya aku sekarang kang ada yang nyampah terus pangkah, walhal itu memang tujuan sebenar ikhlas dari hati. Selain itu, terdapat aktiviti lain yang juga berjaya menghalau kebosanan dan senarai pihak juri [diri sendiri] bersetuju menyenaraikan aktiviti seperti;
  1. mengomen cerita ADAMAYA, 
  2. stalker facebook rakan dan taulan, 
  3. bergurau-senda bersama adik-beradik dan ibu bapa.. oh! dan..
  4. mengejar anak sedara kiut sampai mengah
  5. tapau mee rebus kat seksyen 15 bangi
  6. memasak sambil bergosip
  7. kerja-kerja seorang bibik terlatih [perlu ke aku list kan jugak?]
nampak macam saya AMAT sibuk kan. naa-da!
selain itu yang anda semua..

saya dengan bangganya ingin menyatakan bahawasanya faktor kebosanan itu juga telah menjerumuskan saya dengan rasmi nya menjadi BLOGGER TEGAR, di mana saya sendiri berperasaan perasan setelah menyertai GengBlogger, maka termaktublah saya kearah itu. Arah mana? Ha.. itu yang korang tak tahu haha.

Aku beginner, taiko GengBlogger sekalian sila beri tunjuk ajar. :)
nak jugak merasa cheque ribu-ribu.




seronok jugak join GB!
traffic semakin improved!

Wednesday, May 12, 2010

Apa dosa si Pemotong Pokok.

Seriusli aku memang tengok BERITA tu! tapi aku tak ingat short news kat TV9 ke hape.. tak ingat tak ingat. Tapi bila aku citer kat mak, then mak cakap 'haaa.. yang itu la!' dan aku.. gulp! yang itu ke. Masa aku tengok tu aku memang marah dengan pemandu Pajero tu. Sebabnya lepas eksiden dia takde ape-ape tapi pekerja kren tu MAUT on the spot di tempat kejadian.

Aku rasa it is really UNFAIR. Kau yang langgar tapi kau yang tak ada apa-apa. Siap aku baca kat blog ni [here] si pemandu langsung blur nak dail nombor apa lepas eksiden tu. Huh. Mabuk ke apa? Takde kesedaran civik ke, DUN DRINK AND DRIVE. Deym you.

Tapi aku sedar itu semua kerja tuhan. Dia lebih menyayangi arwah.
Nak tau detail berita tu baca la BLOG tu. Credit tu Malay Mail Online.

Lagi mengejutkan, the indonesian worker yang meninggal tu abang kepada pekerja mak saya.
Innalillah. Al-Fatihah.

Mengikut cerita si adik, arwah memang ada mimpi pajero putih disebelahnya sebelum hari kejadian.
Newer Posts Older Posts Home