Thursday, October 01, 2009

bantuan! bantuan!

SELAMAT DATANG BULAN SEPULOH!
tak sabar nak masuk bulan depan!!

Hohohoooo~
aku nak post juga something before aku tidur.
Dari tadi memikirkan something tu, tapi entah.. blurrr~

Ok.. aku nak tanya..
Macam mana nak relate kan Islamic Perspective dgn kemajuan sains dan teknologi?

Sapa-sapa ada verse Qur'an, Hadith or sources mana-mana.. tolong la aku ni.

Aku tak cukup bahan nak support point aku..
Setakat tau yang Islam encourage kita menjadi lebih maju
dan improve kehidupan kepada yang lebih baik..

Aku perlukan source dia..
kalau ada website yang aku boleh rujuk, bg link dia ok..

Thank you so much! -_-"

p.s. : stress dua tiga hari. mandi basah. makan kenyang. tapi tido tak lena.

Tuesday, September 29, 2009

STUDENT UIA.. sila tukar password.. kang tak boleh pre-reg..!!

Apa la nasib. Dah 4rd year baru sibuk nak tukar password! hangin betul. Harini kena tukar, harini pre-reg pulak, terkial-kial la nampaknya. Mati la kalau tak ingat.... T_T

[click to enlarge, baru nampak jelas.. macam pantun plak.. haha]


[link]


Kalau tukar biasa-biasa macam no pin yang lama or no pin kad bank takpe gak. Tapi yang hampeh nya kena tukar jadi macam no pin pintu besi yang kat dalam dia ada duit-jongkong emas-diamond. No pin bank aku yang ada berjuta tu pun pakai 6 digit numbers je semua. Tensen.

Tak percaya?

[link]

hah.. try baca ni pulak..
[link]


semua atas keyboard la dia nak.

p.s. : Nasib baik la ini aku nya last pre-reg.. tapi takda subjek nak add! -_-"

Monday, September 28, 2009

Selamat Pengatin Baru! err.. pengantin raya ke?

Dia antara klasmate kelas 5elektrik1 batch 2003 (SMTG) yang kahwin tahun ni. Lepas Rahman dgn Asilah (sowi,aku tak pegi).. giliran Ina pula. Well, congratz my fren. Memang cantek la "baju raya" ko tahun ni.. (^_^)"

Satu kelas masa form 4, sekelas lagi masa form 5. She is basically very nice person. Sopan, baik, lemah lembut and sweet.  Memang sgt berbeza dgn diri ini. Ina, wishing your marriage will alwayz blissful and happily ever after.

Memang perjalanan ke rumah dia agak mencabar. Aku drive sorang. Tapi berkonvoi dgn Kamil. Enya entah mana dah. Kami sampai dulu, sowi Enya, lapar.. Tapi Gilerr la.. aku ingat dekat je.. rupa-rupanya.. Emm tapi.. Sebenarnya Bandar Tasik Puteri kat Rawang tu tak la jauh sangat, pergi terasa lambat je sampai.. bila balik.. aik! jap je dah sampai rumah.

Seronoknya orang dah kawin...





Inilah ahli-ahli rombongan. Memang lama tak jumpa korang semua, kecuali Enya and Kamil serta pasangannya.

On the way, sambil aku bosan dok dalam jammed tu nampak pula benda best!

Hah.. ini la dia..



going back when I was little, keadaan kereta kami macam ni la bila pulang dari kampung. That time, ayah still guna Ford Van. Cukupla bawa kanak2 seramai 6 orang, mak ayah serta barang yang banyak!. Masa tu aku tak la suka sangat balik kampung. Sebab duduk dalam van yang panas, sesak dgn barang (kadang2 kena riba pula barang2), gaduh-gaduh lagi dgn adik-beradik, and lambat sangat nak sampai, abis lenguh satu badan Padahal aku penumpang je, driver a.k.a ayah mesti lagi penat!

Tu belum lagi bila kat kampong. Memang advanture kampung kami. Masa tu zaman toilet kat luar kena angkut air dan takda lampu. Memang aku bersyukur kalau kat kampung kena sembelit dari kena masuk toilet tersebut. 

Sekarang, bila dah tak balik kampung.. haaa.. hamekk kau.. mati kebusanan duduk dalam rumah je ketika Hari Raya. Nak melaram baju raya pun bye2 je la.

Dan masa ni baru la terasa RINDUNYA KAT KAMPONG....and asyik nyanyi.. "oOoo.. balik kampung...... hati rianggggggg... balik kampung........ ooOoo.." ok, sila sambung sendiri. -_-"

Ni situasi yang paling aku jeles. Tak pernah berkonvoi raya ramai-ramai mcm ni.. huu..



p.s. : Maafla bagi pihak-pihak tertentu dgn gambar-gambar "di atas tu".
p.s.s. : Dah abeh cuti. Kena baca buku balik, bukan baca BUKUMUKA.
p.s.s.s. : Ada sesi suai kenal antara bloggers petang tadi.. wahaha.. 

==

Saturday, September 26, 2009

Everybody Knows.. -korang tau ke???

NOTA : tengah dok tukar-tukar channel tv, ni busan.. next.. busan gek.. next.. next.. next!!.. and then aku tertengok channel [v], kebetulan video lagu ni keluar. makanya.. layan..

EVERYBODY KNOWS - JOHN LEGEND 




It gets harder every day, but I can’t seem to shake the pain
I’m trying to find the words to say, please say
It’s written all over my face, I can’t
Function the same when you’re not here
I’m calling your name and no one’s there
And I hope one day you’ll see nobody has it easy,
I still can’t believe you found somebody knew
But I wish you the best, I guess.
‘Cause everybody knows, that nobody really knows
How to make it work, or how to ease the hurt
We’ve heard it all before, that everybody knows
How to make it right, I wish we gave it one more try
One more try
One more try
'Cause everybody knows, but nobody really knows

I don’t care what the people say
They brought it all in anyway
Baby don’t fill up your head with he-said, she-said
It seems like you just don’t know
The radio’s on, you tuning me out,
I’m trying to speak, you’re turning me down
And I hope one day you’ll see nobody has it easy,
I still can’t believe you found somebody knew
But I wish you the best, I guess.
‘Cause everybody knows, that nobody really knows
How to make it work, or how to ease the hurt
We’ve heard it all before, that everybody knows
How to make it right, I wish we gave it one more try
One more try
One more try
One more try
‘Cause everybody knows, but nobody really knows

Oh I wish you’d understand
Oh, just an ordinary man
Listen we’d have known
Everybody knows, but nobody really knows
And I know one day you’ll see, nobody has it easy
I still can’t believe you found somebody knew
I wish you the best, I guess.

‘Cause everybody knows, that nobody really knows
How to make it work, or how to ease the hurt
We’ve heard it all before, that everybody knows
How to make it right, I wish we gave it one more try
One more try
One more try
One more try
‘Cause everybody knows, but nobody really knows

=== DOWNLOAD HERE ===
(right click-save target as.. bla.. bla..)

..

Wednesday, September 23, 2009

[mode marah] takde title.!

p.s. : Aku di sini bukan lah diri penulis. Harap maklom. 



Walau aku tak sempurna, akhlak belum cukup baik, tapi salah ke kalau aku nak berubah untuk jadi lebih baik? Salah ke kalau aku menolak untuk buat perkara yang memang tahu itu salah? Salah ke kalau aku berterus-terang dan katakan TAK NAK!?

Itula, mungkin sebab orang macam kau, kempen TAK NAK merokok tu tak jalan. Sebab tak paham maksud tak nak. Ok, takde kaitan dgn merokok sekarang ni, sebab aku tau kau tak merokok.

Biarlah, kau memang tak faham sekarang. Asyik kata aku yang tak matang, aku yang tak matang ke atau kau yang terlebih matang? Oh.. mestilah kau.. hamekk.. hamekk..

Susah sangat ke kau nak faham? Ni aku cakap bahasa melayu, nasib aku tak pandai cakap tamil!

Ye.. aku bukanlah baik sangat. Aku bukanlah cukup segala ilmu akhirat. Aku tau aku tak boleh lagi jadi ustazah. Tak layak. Tapi ilmu yang sikit ini lah yang aku ada untuk jadi benteng. Engkau pun aku rasa sama kan, dari kecil diajar, itu haram, itu dosa, itu neraka.. Tapi kenapa hidup seperti tidak bertuhan.

Mana perasaan takut kau?

Peluang dah beribu, tapi engkau macam manusia yang sama sejak bertahun dulu. Sekarang aku mual.
Orang belajar dari kesilapan, tapi kau marah bila aku katakan itu kesilapan dan harus diperbaiki.

*pengsan!*

Jangan cari aku lagi. -END-

==

Monday, September 21, 2009

Semalam Ramadhan, Harini Syawal.. Besuk pun Syawal lagi........

Tadi dengan semangat berkobar-kobar aku buka tv. Mak pesan jangan lupa tengok pengumuman raya. Sebelum berita jam 8 aku sempat tengok Ally Iskandar kat Singgah Sahur. Krew mereka singgah kat rumah mangsa nahas traler.

Traler tu yang salah. Ayah diorang terkorban, mak masih trauma, sorang anak still cedera, the rest alhamdulillah ok cuma sedih dengan musibah tersebut dan tak silap aku mereka 11 beradik. Kalau bab-bab kematian ni cepat betul rasanya hati ini tersentuh.

Aku cuba meletakkan diri dalam situasi mereka. Dan sesungguhnya aku masih belum kuat untuk hidup tanpa ayah dan bonda. Jom sama-sama kita hargai dan sayangi kedua orang tua kita yang masih ada. Bagi yang tiada jangan tinggal berdoa untuk mereka. Kerana doa anak yang soleh adalah bonus pahala yang berterusan untuk mereka di sana.

Dengan ini, saya.. bla.. bla.. Hari Raya jatuh pada AHAD 20 September 2009. Besuk raya!

Tapi apa yang aku rasa..

Apo kono la macam sedih-sedih je rasa kali ni. Bukan sedih sebenarnya, tapi ponat gila. Aku kan chef kanan kepada chief chef besar a.k.a. mak aku. Maka paham-paham la. Persiapan raya memang macam nak buat kenduri. Masak rendang, masak kuah kacang, rebus nasi impit. Itu belum lagi susun kueh raya, potong kek, keluar pinggan mangkok. Ditambah lagi melayan kerenah anak sedara. Patah pinggang beb.. Tapi aku bersyukur, amalan kacau dodol dan bakar lemang tak dipraktikkan oleh famili aku. Kalau tidak.. aku serender! Syukur semua itu boleh 'ditunjuk-tunjuk' saja.beli

Aku sendiri tak paham. Raya kali ni semua nya macam aku nak buat. Tak pernah rasanya aku rajin macam ni. Mungkin kesian tengok mak yang tak berapa sehat, aku kuatkan semangat. Usai siap semua kerja, aku gembira sangat! Macam puas ati gila. Heh, aku buat semua. [bukan riak ok]. Mak cakap, nanti kokde kawin mak tak masak la kuttt.. Takkan mak aku nak masak sorang kan?? Aku yang muda ni pun penat, apekan lagi mak yang lututnya tak berapa kuat dah tu.

Masa aku taip ni, kat luar dah sibuk dengar bunyi mercun sana sini. Maklomla aku duduk kawasan kampung. Tetiba teringin pula nak dengar Meriam Buluh. Dulu-dulu ada juga dgr budak-budak kg ni main, tapi sekarang dah takde. Mungkin tok ketua dah sound warning awal-awal kut memandai je aku. Tapi seriusly, aku dah takde ati dgn bunga api, mercun pop, mercun lagi. Sebabkan nak pergi 'bakar duet' ni la, kawan aku terkorban dek kemalangan. But dia tak la 'terkorban', cuma menjadi mangsa dan syukur dia selamat. Moga-moga ko dah tak trauma ye Rash sayang.

Nak cerita macam-macam pasal bulan puasa and raya. Tapi.. mata dah mengantuk. Besuk nak panggang ayam pulak.. hee.. Apa-apa pun,

Selamat Hari Raya kalian
Maaf mana salah silap. 
Yang terkasar bahasa, terkecik ati, terambil yang tak pasti, termasam muka.. 
semua aku mohon seribu kemaafan. 
Kadang2 tak perasan..(^_^)"





















p.s. : taip mlm besoknya raya, tp post masa mlm rayee.. huhu~

p.s.s. : baju raya tahun ni aku jahit sendiri.. eksited gila!..

p.s.s.s. : raya tahun ni suram.. tahun bersedih dan bersederhana kata ayah dan bonda.. ~_~"

==

Saturday, September 19, 2009

Stok seminggu punya.. Raya edition lain kali..





Dua tiga kucing berlari.. mana nak sama si kucing belang.. heyy.. rumah syafiq ada tvvvv...













Ops! maaf.. teringat intro song cerita CILI PADI lakonan Jaafar Onn pulak..

Tetiba aku teringat gaya Shafiq menari dgn comel. Gaya Ngasriah Ngasri bercakap manja.. Apa ya dialog dia.. ada bunyi macam ni tak? "Nini tak pandai nyanyi.. kalau Nini salah jangan marah-marah Nini tauu.." Ye, aku lupa nama watak dia, macam NINI.. tapi.. erkk.. iya kah?

Since aku macam lama tak updet blog ni, so mari baca..

HARI INI
- sangat la penat memasak, sampai rasa macam nak marah. Bukan sengaja, aku sakit perut sangat, tapi mak still suruh itu ini. Kalau aku sehat, mesti aku buat. Maapkan daku bondaaa.. huk2..
- Hujan sangat lebat hari ni. Sampai atap bocor. Nah!! bocor tu tepat pada bilik aku.. gur.. nasib langsir di tempat kejadian aku dah bukak awal-awal sebab nak basuh. Sambut hari raya la katakan.
- Along jatuh motor. =( kesian tgk along. Agak parah. Luka memang banyak! Kaki susah nak bend, jalan pun pinjam tongkat mak. Terus.. tak jadi nak beraya kat rumah mertua dia. Bertambah la orang di rumah ini nanti.. huhu..
- Mak dah declare, tahun ni takde duit raya... apeeeeeeeeeee???!!! waaaaaaa...
- Nasib tak terlepas tgk NUR KASIH. opss, tak terawikh kah.. tak yah explen kut..

HARI SEMALAM
- Pagi-pagi keluar mencari balang kueh raya. Apa mimpi mak semalam entahla, tiba-tiba suruh pergi beli balang kueh. "mak nak yang ada tangkai macam kat rumah C**** **** tu.." So, destinasi hunting nya di PKNS bangi. Mission accomplish. Mak kata cantek!
- Kena tawaf putrajaya 2 kali semata-mata nak cari ANJUNG. hah! korang tau ke kat mana.. [mentang-mentang aku dah tahu, sekarang aku eksen]. Nisah suruh amik kan cheque dia kat situ. Aku ingat ratus-ratus je, rupanya... gulp! ada can la duet raya lebih dari Nisah. Kamu memang baek.. ^_^
- Mandi hujan masa keluar dari bank-in cheque Nisah. Lama tak mandi hujan. Tapi aku bengang sebenarnya. Aku patutnya boleh dpt parking dekat sikit dari kawasan bumbung, tapi terpaksa parking jauh sebab satu kereta neh! Dia sebijik sampai parking dua space. Nak aku ajarkan cara parking dengan cun ke? marah aku dalam hati masa tu.
- Operasi menjaga Ashraf. Jadi baby-sitter sementara. Terer dah tuko lampin, buat susu, main kejar-kejar.. cewahh! Baby-sitter dia dah balik Indon beraya. Nasib senang dijaga. Sebagai upah, mak dia belanja kei-ep-ci. very Nice!

siapakah penguin ini..??


ni la kereta yang be**** tu, mungkin dia nak cepat sbb sakit perut.

HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM
- Pagi aku dikerah ke MYDIN. Beli stok ayam. Yeh, hari raya nak dekat. Harusnya ayam mesti ada sebagai juadah wajip iaitu rendang! Boleh dikatakan aku early bird so seswai la dapat harga early bird special promotion MYDIN, ayam sekilo RM4.80 saja. Macik yang aku sembang sambil anee tu potongkan ayam aku kata kalau kat pasar tak dapat  harga ni. M-U-R-A-H!
- Balik mydin, tolong mak masak. Sempat buat kek buah lagi tau. Then teringat-ringat kat kasut cantik yang aku berkenan kat OU masa aku pergi HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM. Then, cakap mak nak pergi la beli. Mak approved!
- Siap goreng tempe, aku siap bergerak ke tempat tu. Sepatutnya ke OU tapi aku nampak MID VALLEY dulu, so tersinggah la MID. ehe. Dah la pergi sorang je, punya la panjang doa aku supaya tak sesat di car-park. Ye, aku ada masalah dengan kawasan parking. -_-"
- Masuk JJin, masuk BATAk, masuk CARLORINOserous, masuk VINCCIcak, semua dgn gaya macam orang banyak duet. Usha-usha gaya konpiden. Bila salesgirl datang dekat, aku blah. R-I-M-A-S !! Tapi heels mcm aku berkenan kat OU tu takde.. =( , tapi takpala, sandal kat JJin tu pun cantek gak, murah!, leh buat pergi kelas. Aku sapu. Murni betul niat aku.. tak ingat raya, tapi ingt nak pergi kelas.. haha.. dapat pulak beg pink PRECIOUS macam ko shepa.. best2! =P
- Masa aku nak blah, ada 2 mamat tgh dok pilih selipar. Pesyen yg dorang angkat semua macam seswai untuk orang2 tua. Aku terharu pulak bila tengok. Dia mesti nak belikan untuk mak di kampung kan. Oh! sweetnya.. nak laki macam tu boleh?..
- Tengok jam macam awal lagi, [padahal dah dekat pukul 5], messege mak cakap balik lambat sket, mak kata ok, terus aku tekan minyak menuju OU pulak! gila kau.. cekal betul aku mengharungi traffic jammed org balik kerja semata-mata kasut cantek aku tu. Sampai OU, straight ke PARKSONdanbapaknya, nasib baik ada lagi, beli.. terus balik! puas hati den. ^_^

traktor ni pun cekal nak join jln jammed.. haih..

HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM
- Tunggu mak pulang dari pasar borong. Siap kemas semua, baru aku keluar. Destinasinya PLAZA MONT KIARA. Aku main redah je pergi sana. Bajet terer sangat, eh memang gifted kut, aku sampai tanpa sesat. Tapi mungkin berkat doa panjang ku lagi, tu yang tak sesat. Oh lupa pula. Aku nak amik kamera yang dah siap! semalam dapat call kata.. "your camera is ready.. bla.. bla.. bla.. " So, demi hari raya aku pergi jua secepat mungkin walaupun kemudiannya aku drop-dead-broke sebab bayar repair. ~_~"
- On the way pulang, yang kononnya mahu straight pulang ke rumah. Baca signbord arah Seremban. Sedang drive tiba-tiba.. eh..! ternampak OU.. eh! aku dah termasuk parking.. So, layan je la.. Misi nya, mahu mencari apa yang patut. Kan aritu aku pening masa kat sogo, so aku balas balik window shopping kat OU yang tenang. Serius tenang. Orang pergi kerja. Aku goyang kaki. OU K-O-S-O-N-G! Then, macam biasa.. eh! dah termasuk PARKSONdanbapaknya.. tgk-tgk kasut.. ada satu cun! 50% less, mata aku dah macam WOW!! tapi sebab salesman tu asyik tgk sampai aku segan, aku terus takde mood nak.. eh! dah terbayar.. aku letak and blah je. Sampai rumah, aku menyesal tak beli! Asmah dok provoke lagi rugi-rugi tak beli. Down!
- Balik rumah, masak untuk berbuka. Lepas makan ayah cakap.. "kokde nanti tolong pergi MYDIN belikan ayah stamp pad..ok?" sambil hulur-huluran.. hulur duet la.. Aku kalau bab suh pergi situ sini memang, okkk jek!. Tapi ayah suruh pergi MYDIN, aku termelencong ke ALAMANDA. hik2. Masuk PARKSONdanbapaknya usha-usha kot-kot 'buah hati' aku ada, tapi hampa.. Masuk NICCHIngoo usha-usha baju feberet, try-try tapi sayang camera tak bawak! Then balik sebab frust tak dapat amik gamba posing depan cermin macam yang selalu blogger-blogger wanita selalu buat. Tapi takla frust sangat sebab dapat selipar baru! selipar merah [rujuk gamba profile tu] tapaknya dah arwah, sebelum aku yang arwah harusla ditukar baru.


bulan posa kowang nak bekepit pehal..?!



testing2.. cun kan spider aku tu?


tengok bintang tu.. 6 penjuru tandanya..??? tu pintu gerbang kampong aku neh, haih.. dorang tau tak bintang 6 ni apa.. bengang betul aku..


HARI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM PUNYA SEMALAM
- Bangun2 terkejut! mak ada kat hujung katil. Mak datang kejut. Tua-tua bangka pun bangun nak mak kejut, manja kan i?auww.. Mak cakap MakLong nak balik Ipoh dah, so nak jumpa jap before dia balik. Bas pukul 3pm. Sekarang MakLong dekat rumah anak dia a.k.a sepupu aku. Rumah dekat Bandar Sunway. Mak tanya boleh ke bawa mak ke sana? Aku dgn kompiden kata BOLEH MAK. Padahal dalam hati.. erkk.. menggelabah tak pernah pergi Sunway dari rumah aku! hee..
- Mak sempat buatkan kek buah untuk MakLong. Dah siap semua, kami bergerak la ke situ. Siap bawa Ashraf lagi. Saja la, OpahLong dia dah rindu sangat. Aku dengan kompiden gila terus saja menyusuri arah Puchong then berdoa lepas Puchong jumpa la Bandar Sunway.. Syukur.. doa panjang ku seperti diterima lagi, aku drive dgn jayanya. Jumpa si Singa Besar tu! Dan syukur, mak sempat jumpa kakLong nya. Pesan mak, nanti dah tua-tua, jadila macam ni.. ingat-ingat adik-beradik, sayang2.. jangan gaduh.. Aku tersentuh.
- Dapat call dari Olympus, camera dah siap! huk2.. so, esok plan nak amik la before cuti raya. Untung duduk di rumah, murah betul rezki. Syukur, ada la duet sikit cukup nak bayar repair camera nanti. *_*


p.s. : Tahniah! anda sudah baca sampai habis. Sila beri komen.. =)
p.s.s. : Nantikan entri raya ku..


Newer Posts Older Posts Home