Saturday, August 22, 2009

Jawap tag Nahar~

Tagged from Nahar~

1. Bekas kekasih saya adalah :

== emm, yg tahun lepas ke yang tahun ni?

2. Saya sedang mendengar :

== kipas berputar.

3. Mungkin saya patut:

== bangun.tapi saya tak mampu.badan masih demam. =(

4. Saya suka :

== bila ada kegembiraan di situ.

5. Sahabat-sahabat baik saya :

== yang berada di sisi kala hati berlabuh hening. [cewahhh..]

6.Saya tak paham :

== kenapa tudung kadang-kala menjadi permainan. Mudah dipakai, mudah ditinggalkan. [bagi yg memang bertudung]

7. Saya kehilangan:

== kepercayaan kepada si H****

8. Ramai yang berkata :

== Entah. [dorang cakap ape? tak leh nak keep track.. aduii]

9. Makna nama saya :

== Hamizah bermakna gembira. [gembirakah aku?]

10. Cinta itu adalah :

== kasih suci.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

== bersabung nyawa demi sesuap nasi. tapi di sini....?

12. Saya akan cuba :

== membuang yang keruh, ambil yang jernih..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

== tiada akhirnya.

14. Telefon bimbit saya :

== 5300 Nokia. [carving for a new one..sbb yang ni dah takde bunyi.. huk2]

15. Bila saya terjaga dari tidur :

== biasanya saya akan 'snooze' alarm tambah 10 minit lagi. hee..

16. Saya paling meluat apabila :

== orang suka complain itu ini. Diri sendiri cukup perfect kah?

17. Pesta/Parti adalah :

== buang duit. Baik kenduri kan Nahar kan?

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

== anak kucing.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

== awal remaja. 16-17 tahun.

20. Hari ini :

== saya masih belum sihat. Aku bersyukur kerana sakit itu penghapus dosa. InsyALLAH.

21. Malam ini saya akan :

== ketinggalan bertarawikh lagi.. =(

22. Esok pula saya akan :

== balik UIA semula.

23. Saya betul-betul inginkan :

== seseorang yang memahami.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

== saya memang kelihatan tidak sihat..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :

== Shopping mall. Arked bising sangat!

26. Makanan Barat atau Jepun :

== dua-dua.

27. Bilik yang terang atau gelap:

== Jika terang, terang sepenuhnya. Dan jika gelap, biarkan gelap segelap-gelapnya.

28. Makanan segera adalah :

== yang membotakkan kepala!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

== ok.

30.Siapa yang anda mahu Tag?

== anda yang sedang membaca. (@_@)"

Thursday, August 20, 2009

Sakit itu Penghapus Dosa.

Title nampaknya tak leh 'bla'.. macam nak cerita serius tapi jangan harapla, sebab aku tgh pening-pening lalat nak fikir ayat-ayat bombastik yang agak poyo dan serius. Biasalah, bila rasa macam tak berapa sihat, mula la kepala aku berat je nak berfikir. Owh.. no.. no..

Sejak semalam dah rasa kurang sihat. Mungkin itu petanda ALLAH sayang kan aku. Urghh.. sejak dua menjak ni hidup aku macam tunggang-langgang. Macam-macam perkara yang tak sepatutnya dibuat aku buat. Apa nak jadi la.. Ya ALLAH, hamba-Mu ini mula berasa amat berdosa. Terlalu banyak dosa ini.. Astagfirullahalazim..

Jadi.. sempena nak menyambut bulan yang mulia ni, sama-samalah kita mula mendekatkan diri kepada-Nya. Walau tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, tapi kalau dosa yang dibuat tak pernah berkurangan.. lama-lama yang kecil menjadi besar, yang lapuk menjadi beban. Amat takut jika tiada lagi pengampunan, atau tak sempat memohon pengampunan.

Selamat BerRamadhan kalian~
Jangan ponteng puasa tau..
Terawikh jangan tinggal..
Al-Quran jadikan teman..

p.s. : banyak azam baru aku sempena Ramadhan kali ni. Harap-harap jangan sekerat jalan.

Tuesday, August 18, 2009

Banyak Nak Story! Tapi aku malas.. adehh..

hoho.. banyak gila nak update kat sini.

1. pasal jatuh-jatuh time main ice-skating dengan classmates. -best giler! tapi penat..
2. pasal tournament bowling MME.. -mungkin lambat sket, sbb kalah teruk! haha
3. pasal sebijik kancil masuk parit@sungai UIA! -owh! ini paling dasyat yang pernah berlaku!
4. pasal gathering SKDABB kat Alamanda.. -mati kekenyangan masa neh! haha
5. pasal BBQ MME kat Collisium. [tak reti nak eja! ahahah] -tak berapa ada mood time bbq~

ermmm.. tu je kot!
tapi entah bila la kan. Nak upload gambar dari GPCL ni dah la macam hampeh!
penat-penat tunggu last-last tak boleh pon! owhh.. keciweee..

p.s. : dear friend, I'm really glad that u were there when I really need. I hope that our friendship never die. Thanks. Luv you!

Sunday, August 16, 2009

H1N1 song!

haha.. very goooood song..
thumbs up for those who create this song.. (@_@)"



p.s. : thanks wawa, for sending this vid.. hihi~

Saturday, August 08, 2009

Rahman&Najwa Wedding.

Selamat Pengantin Baru Rahman and Najwa!!

owh.. owh.. owh..

their marriage is really unexpected,
but that's the faith that has written for them..

Eventho, aku agak lewat tau and Melor keep dis secret from me,
[semua salah Melor, haha] which is pada mula nya aku agak bengang,
tp lelame aku terima je la.. tu pon bila Melor kata,
"ala Mek, die kan inesen" so, Maap kan je la..
then, aku mintak special wedding card just utk aku sebagai ganti rugi.. [muka tak malu]

Well,
Jodoh di tangan tuhan..
tahniah for both of you..

For Rahman,
wife ko sweet giler.. comel.. InsyALLAH besok aku sampai kenuri korang.. aku still tak pecaya ko leh decide nak kawen AWAL gilerr.. hehehe..
and jgn lupa introduce kat aku ok!

For Najwa,
it is a gift that you belongs to rahman, dia sangat nice and gentlemen,
kalo tak cemana korang leh kawen cepat kan.. (^_^)"
and jgn lupa train si Man tu sebut 'r' betol2.. kang jangkit kat anak kowang.. =p

For Both of you,
cepat2 dpt baby! and mengikut jejak Ilmam&KakIbah.. hihi~

[photos besok la baru ada kan, so tungguuuuuuu..]

Friday, August 07, 2009

cerita bla-bla-bla...

Wah.. sudah lama saya tidak menaip update apa-apa..
jadi malam ni teringin rasanya mem'flash-back' apakah yang berlaku sepanjang minggu-minggu lepas..

1. Kulliyyah of Engineering sedang (tp tatkala post ini ditulis, event ni dah tamat) mengadakan ESC (Engineering Sport Carnival) dan pelbagai sports yg dipertandingkan, antaranya NETBALL, FUTSAL, VOLLEYBALL, BASKET BALL, HANDBALL dan lain-lain.

Dan saya? saya menyertai VOLLEYBALL! since saya dulu player sekolah, jadi saya harus participate bagi mewakili department saya (padahal lin yang bersusah-payah tuliskan nama utk saya) Saya main untuk MME (Manufacturing&Material Eng.). Permainan sangat sengit, dan alhamdulillah kami di tempat yang terakhir. Tapi kali ni kami kalah bermaruah. Kami kalah, tapi hati tetap berasa gembira! [kami kan main untuk gembira!]. Bak kata kawan-kawan, MME kalah permainan, tapi menang semangat.

YA.. betul! kami menyokong antara satu sama lain. Walau kalah, kami tak ada perasaan benci selepas permainan. Memang cool la.. =P

2. Saya dapat tau, ibu saya demam selepas pulang bercuti di SULAWESI. [sila google di mana, hehe]. Saya amat risau, tapi masih belum sempat mahu pulang menjenguk ibu. Saya tiba-tiba teringat zaman ketika saya kecil, jika saya yang demam, pasti ibu tidak tidur malam, menjaga. Hati mula rasa tak keruan. Jadi hati meronta-ronta mahu pulang. Saya risau. Doakan ibu ku jauh dari penyakit merbahaya itu...[tak mahu sebut!] Besuk saya MESTI pulang.

3. Keadaan saya dan kawan baik saya semakin tegang. Saya tak tahu mahu membuat apa. Saya mahu berbaik. Tapi adakah peluang untuk saya berbaik?

4. DIGI CAMPUS saya akhirnya susah boleh digunakan. Dan sekarang saya sedang melayari internet dgn menggunakan simkad ini. Sangat mudah. Hanya sambungkan pada handphone ber'GPRS dan connect pada pc kesayangan anda. Caj bulanan hanya RM30. Dan tiada caj tersembunyi! dan tidak perlu membeli modem yang mahal. Speed juga sangat laju, dan mungkin juga mengikut faktor kawasan. Saya bersyukur kawasan UIA sangat memuaskan hati. Speed di sini 480 Kbps (laju atau tidak?saya pun tidak tahu mengklasifikasikan). [saya promote!] Idris, tak jadilah saya meminjam Broadband anda. [saya tak mampu membayar sebenarnya, hehe]

5. Si dia datang memujuk kembali. Tapi hati saya? entah ke mana. Apa yang harus saya lakukan?

6. Minggu yang lalu, saya tidak dapat hadir ke kenduri kahwin kawan saya. Tahniah ASILAH. Sorry tak dapat datang. Ada misunderstanding dgn abg saya, Salih. Hujung minggu ini, Rahman pula kahwin. Wahh.. saya mula stress, kawan-kawan ramai dah kahwin.

7. Kelas menjahit saya sudah bermula. Saya sangat excited. Sudah membeli kain yang cantik. Ingatkan tiada baju raya tahun ini, tapi rupanya saya akan menjahit baju raya sendiri!. Double la excited saya.. yey!

8. Kawan saya Husniyyah (enya) mahu mencari bakal talent untuk agensi modelling nya. Siapa yang berminat sila hubungan beliau di sini. Ahad ini (9/8/09) akan diadakan photoshoot. Cepat-cepat, jangan lepaskan peluand keemasan. [saya tolong promotekan saja..teringin juga mahu join, tapi tunggu kurus dulu lah..hehe]

9. Saya berasa sangat gembira sejak akhir-akhir ini. Nampaknya saya telah menambah rakan baru. huii Shepa! *aku up kan nama ko di sini!!* Dia kawan Melor, dan Melor kawan saya. Jadi automatik kami tiba-tiba berkawan. sebab apa? rahsia! .hehe.

10. Owh.. pelajaran saya semakin hari semakin susah. Saya sangat takut! Saya mahu target 4.0. boleh kah? Saya tak suka membaca, tp saya suka mengira. Dan sekarang saya telah BIAS dgn pelajaran berunsur bacaan, saya lebihkan pelajaran berunsur pengiraan. Kemudian saya sendiri berasa tidak selamat! waaaaaaaa...

11. Saya dapat kek tadi. Mira bagi on behalf of Epy. HAPPY BESDAY EPY!! terharu betul dapat kek ni! Tapi maafkan saya kerna kemungkinan tidak dpt menghabiskan. Saya sedang berdiet! dan roomate saya sudah gosok gigi. [saya rasa bersalah!]

12. Saya sudah mula berdiet! yey.. tapi nampaknya saya asyik terbayang-bayang mahu makan itu dan ini. Aduh.. macam mana ni? Kolej saya sudah tukar tender. Catering dari Kolej Faruq berpindah ke sini. Makanan agak menarik dan MURAH. Saya suka makan ikan ala fish n chip tu. Sedap giler. Jadi saya risau diet saya! owh.. saya harus berjogging selalu..!

13. Saya dah ada running shoe yang baru. Cap POWER je. Ingat mahu mengirim REEBOK dari Melor. Tapi tunggu dulu, duit sedang meruncing. hehe.

14. Saya sedang servey handphone. Hati sudah meronta-ronta mahu membeli yang baru. Yang lama sudah mendukacitakan. Tunggu duit elaun praktikal masuk, saya pasti sambar yg itu. Tapi masih berkira-kira. Adakah saya patut membeli yang baru? Saya mahu KAMERA sebenarnya, (-_-)" Apa cadangan anda, handphone canggih berkamera tip-top, function bagus, ada 3g, tapi harga RM400 ke bawah? anyone?

15. Oklah.. saya mahu tidur dulu. Sungguh banyak saya taip rupanya. hehe..~ GUDNITE semua.

Saturday, August 01, 2009

DiGi Campus.. help me!

Sudah 3 pagi!! Tapi aku.. kenapa aku still meniarap depan laptop lagi..??
Semua yang aku buat nampaknya tak menjadi. Tadi dok karang-karang post baru pasal Bestfriend, tetiba terbantut. Takde idea. Then, makan masa yang lama buat header baru. Ehe.. Saje tukar lagi.. Sebabnya..

1. aku macam malu nak tgk sendiri gamba besar diri sendiri!
2. aku macam terlebih MENCAPUP (mencari-publisiti-murahan)
3. aku macam syok sendiri.
4. huh.. ok2.. cukup!

So, aku pun decide utk tukar gambar yang lama seperti ini..

kepada yang ini..


hehe.. ok kan..? aku rasa lebih CALM kalau macam ni.
Tetiba jadi peminat burung daa~ Takpela, tu je gambar menarik yang aku jumpa. Nak cari-cari lagi dah malas, kang tak siap-siap. Misi aku adalah : mesti siap masa aku kat rumah. (nak mention yang weekend ni aku di rumah!!!!!) sebab kat UIA takde wireless dlm bilik dah =( [sedeh] agak terhad nak edit-edit blog kalau kat hostel. Dan.. akhirnya siap! boleh la nie. So tunggu je la, komen dari DSS.. [sebab die selalu kondem aku! hahahaha..]

Next task is.. aku nak try guna DIGI CAMPUS. Aku dah beli prepaid dia masa pergi Jusco Setiwangsa kemarin masa teman Amuk beli kasut. RM10 dpt RM10 airtime. ok la tu kan..? Sebab aku beli..

1. Ada internet edge yang limit RM30 sebulan, after RM30 free utk the whole month.
2. M-U-R-A-H !
3. saje nak cukup kan 3 jenis telco. maxis-celcom-digi.. (^^,)"
4. tersinggah plak kedai DiGi masa pergi JJ (padahal aku yang heret Amuk masuk sekali)..
5. special for student [yg ada student card la]
6. ermm... "pe lg ekk.."

Tadi aku try la pakai kat laptop aku internet dia. And the result is so frustrated! huuh.. aku give-up dah nak setting macam mana. Dah download PC suite NOKIA yang baru tapi still tak paham kat mana yang slack! oh.. oh.. Somebody plz help me.. Nak tanya pa'an, aku macam dah segan. Lately asyik tanya tu-ini-tu-ini je ngan dia. lalala~ so?
Nanti la aku CUBA-JAYA lagi!

Ermm.. [ngantuk gila dah]

GUDNITE! =Z

p.s. : macam mana nak puaskan hati semua orang?
Newer Posts Older Posts Home