Wednesday, April 15, 2009

Penuh Jimat dgn Youth Club Hotlink

15 APRIL 2009

datang lagi bagi memeriahkah blog aku. Tatkala exam pada hari2 yang hampir, mesti tangan lebih ligat untuk mengetuk papan keyboard. Kenapa.? Mulanya aku pikir Rika je yang mengalami syndrom rajin update blog di kala musim exam, tapi rupanya aku pon sama! Lagi nak exam, lagi macam2 dlm kepala nie yang aku nak luahkan kat sini. Pagi tadi dah aku citer pasal ABPBH'08, kali nie nak citer pasal Youth Club Hotlink lak.

Dari matrikulasi lagi aku telah meng'asign kan diri untuk menggunakan pelan Campus Zone. Murah! dalam kampus, maxis-maxis hanya satu sen! and maxis-lain 7sen. Tapi bila keluar kampus, rate sama mengikut jenis pelan tetap anda. Kalau aku, guna pelan mudah, tu pon setelah gatal tukar dari pelan SMS. Rupanya pelan mudah lagi mahal dari pelan SMS, ciss! dah tukar, baru menyesal. Nak tukar balik kene charge sehingga RM5~!! owhh.. no.. no.. no..

Then, sekarang, sejak Youth Club diperkenalkan, makin murah and jimat perbelanjaan Topup tiap2 bulan. HUHU.. *seronok!*. ngan Youth Club, luar kampus atau dalam kampus, tak kira di mana jua anda berada, anda boleh menghantar sms serendah satu sen ke sama talian, and 7sen ke lain talian. Kadar calling pon serendah berape ekk.. tak silap aku around 15sen seminit, if i'm not mistaken la! (further detail cek la kat hotlink ye website! *aku malas* ehee)

Owh, btw.. Youth Club hanya yang ada student card sahaja boleh mendaftar, bagi yang sedia dalam pelan campus zone, die terus diserap menjadi ahli Youth Club. Kadar pelan ini hanya valid sampai 2013. Itu bagi kes aku la, sebab aku percaya, mende nie ikut range umur masing-masing. Mungkin 1986 nye children dapat sampai 2013.. huhu..

Aku rase motif Youth Club adalah sebagai saingan kepada U-Pax celcom. Yela, dienye kadar pon lebih kurang je, cume die nak tambah hebat, die tambah satu tahun lagi berbanding U-PAX. U-pax aku expired sampai 2012, manakala Youth-Club 2013.. hehe.. TIME KASIH LAAA pelan prabayar sekalian kerana meringankan beban pembelian topup aku!

Kata orang, pakai due talian(nombor) lagi membebankan, tapi sebenarnye tidakkkkkkkkkkkk jika anda pelajar atau remaja.. hehe.. *jgn jeles orang2 yang tua dan berkerja* dan di tambah lagi jika anda tidak menggunakan servis2 yang lain seperti caller ringtone atau background music. Sume tu menipu je! ada charge tersembunyi. Aku pon dah lama bubarkan servis2 tu, makanya lagilah kredit tak bergerak!

Ok, ape yg aku nak katakan sebenarnya adalah... sejak ada due pelan nie, aku dah tak topup sejak sebulan! hehe.. best giler.. kalau pegi kedai, mesti gian je nak beli topup, tapi memandangkan kredit aku tak gerak, so malas la topup. Lagipon, sejak-due-menjak, sejak dah brek-up dgn H****, memang malas dah nak msg2 org, cal2 org lagi la jauh sekali.. Perasaan terhadap telefon sudah hilang.. wuwu.. So, i'm not saving the topup, but lazy to reduce its amount... keke...

Kepada kawan-kawan, yang mana msg aku dulu, insyALLAH aku balas. Yang tak msg, maap la.. tunggu Hari Raya mungkin akan ku msg anda2... =p.. wat masa nie boleh dikira berapa nama saje dlm inbox kedua henpon aku.. huu..

Adakah aku yang tak diingati.?
@
Adakah aku yang tak mengingati.?

ahhh... ape aku peduli...

*keji2*

(^_^)"

======continue study!======

No comments:

Newer Post Older Post Home