Tuesday, September 15, 2009

agak terlambat post aku ini.. maafkan daku sayang-intan-manis ku!...

[aku paling suka gambar ni, bak kata shepa pipi dia mcm nak kunyah2..]

Last week.. dgn tarikh yang cukup mengancam, genap la setahun Ashraf! Oh, my buah ati pengerang jantung dah setahun rupanya. Macam semalam rasanya dia lahir, eh, tapi tak logik ah kan, takkan tiba-tiba dah besar. Aku pun bukannya tup-tup dah besar. Tak pernah la rasanya ada orang tegur, "eh..semalam kecik, harini da besar!"

He was born on 09-09-08, and tahun ni dia setahun dengan date 09-09-09.. cun gila! Memang terer la akak aku merancang. Apakah rahsia nya.. *_*

Sedihnya, aku tak dapat balik on his besday. Opahnya buat majlis buka puasa dengan anak yatim, tapi diriku? di mana aku? aku begitu sibukkk.. Oh! jangan dendam sama mak uda yee.. mana ah tau kan, kot dia tau yang mak uda dia tak balik masa 1st besday, terus boikot aku! kalau aku jadi dia, touching gak mak uda sayang tak balik.. uishh.. harusnya blog ini dirahsiakan dari pengetahuan dia. shhhhh!!

Lately, Ashraf menjadi makin-makin adorable!
dah pandai merangkak, gigi dah tumbuh 4 batang, berat dah lebih 10kg, dah pandai kiss sayang, dah pandai salam, dah pandai ketawa sampai pejam-pejam mata, dah pandai ajuk orang batuk, dah pandai bla.. bla.. bla.. tapi paling best dia dah pandai sebut Cina.. haha~

Terer kan nephew aku baru cukup setahun dah pandai sebut Cina! Nephew korang pandai sebut apa ha? [dgn nada eksyen]. Tok dia yang ajar masa pegang buku PAKAIAN. It's a book pasal pakaian tradisional negara-negara terkenal and it was bought when I was 2. Atok kan lecturer. Nasib la, kena pegang buku dari kecil. Kebetulan kat kulit buku ada pakaian CINA and itu yang atok sebut dulu. So, itu je la paling melekat dlm saraf-saraf otak. Everytime buka buku tu, atau nampak je buku tu.. mesti.. hiinaa! hiinaa!.. hahahahha~ C nya tak clear sangat..

Sekarang ni sibuk sebut 'pah' pula. Semua dia panggil 'pah'. Dah semua orang jadi opah dia... T_T..

  Happy Belated Birthday Ashraf!
Be a good boy ok~ ^_^
Hadiah mak uda dah bagi in advanced kan? kan?

[ashraf with his sepupu, abg muaz]

p.s. : previous post pasal Ashraf.. cekidout! [1],[2],[3],[4],[5]
p.s.s. : rindu juga dgn nephew2 yang lain! Muaz and Ammar.. @_@
p.s.s.s. : wow! blogger da semakin user friendly sekarang. tempat post new entry dah lain!

Sunday, September 13, 2009

Mari Buat Chocolate Chip Cookies bersama gue..

Nampaknya cita-cita aku nak buat biskut raya tercapai!
Harini dapatla buat satu jenis. Together2 with Bonda. Bonda aku jadi chief chef besar, so aku chef kanan harusla menurut perintah. Dari pukul 2 sampai la nak dekat berbuka dok mengadap biskut, macam nak patah pinggang aku sebab ke hulur ke hilir, tapi resultnya memang syiokk.. yeah!

Since ramai kawan aku dok tanya resipi biskut kegemaran keluarga aku ni, [ye,aku tau sedap kan korang kan?kan? hehe] so meh aku share resipi mavelous bonda ku di sini. Ok sayang-sayang semua, please take note ye.. pergi amik pen dan kertas. Ok, pensel pon boleh..

Selamat Mencuba!

========================================================

[Untuk satu adunan]

Bahan-bahan..

1 buku butter
2 cawan gula merah
3 cawan tepung gandum
1 teaspoon (tsp) garam
1 tsp. Sodium bicarbonate
1 tsp. Emplex
1 tsp. Vanilla Essences
1 biji telor
1 sudu makan Koko
1 cawan Choc Chips
1 cawan kacang tanah (digoreng dahulu tanpa minyak)

Cara-cara..

pukul dulu butter, gula merah & emplex. Tapi jangan lama sangat. Agak dia kembang sikit je, stop.

Campurkan tepong, sodium bicarbonate & garam, kemudian ayak (tapis) sekali.

Sambil mixer pusing slow, masukkan telor + tepong yang dah diayak tu + Vanilla + Kacang + Choc.chips. (jangan lama sangat part neh!nanti kang dia kembang semangkok.hehe.)

Bulat-bulatkan ikut kekretifan anda di atas tray.

Then, bakar at 180 degree, kalau 160 degree pun boleh gak~

Pastu beware. Jangan sampai hangus! =)

p.s. : kacang ngn choco chip tu leh tambah ikot selera korang.kalau aku, aku suka banyak!
p.s.s. : kalau tak mo bubuh koko pon boleh. Nak buh lebih sket pon boleh. hehe..

===============================================

Sesi tayang-menanyang..





- so, amacam? nampak best tak? ^_^
- terpaksa pinjam camera adek nak tangkap gambar.. =(
- next will be chip 'o' chips plak~

Friday, September 11, 2009

ayah memang sayang aku lebih ke..??? [mungkin]


[Salam]
-[jawap salam]

kokde balik biler?
-ari sabtu kot mak.. huuu..besuk (harini,jumaat) nak kene siapkan keje lagi..
[sambil aku cebik =( tapi mak tak nampak la kan..]

adik balik sekali tak?
-ehh..sekali kot, die busy sangat tu.. nanti mizah tanye die balik..
[telupe plak ade adik kat uia neh.. hehe]

die mesti nak bawak balik motor dia kan..?
-a'ah kan..mungkin jugak! cuti lama ni.. xpe, kang mizah confirm blk ngn dia..

kokde cuti sampai bila?
-sampai seminggu pas raya.huhuhuu~

lama jugak kan..
-a'a lame gak..
[erkk.. anaknda takot mahu pulang bondaa.. =( ]

(sambil bisik-bisik kat mak)
mak..mak.. ayah dah tau ke camera die hilang?
-dahhhh..

dah tu ayah cakap ape..ayah marah takkkk?? [tanye takot2]
-takk.. takpeela, nanti ayah beli camera lagi canggih~ [mak gelak-gelak je]

:: fuhhhhhhhhh... lega... Mari berdoa ayah tak marah aku balik nanti.. ::

p.s. : sila rujuk post ini jika tak paham ok.. [click]

============================================
cerita selanjutnya..

aku ada camera. Camera ayah dan aku sama! Tapi camera aku rosak. Sebab tu aku pinjam camera ayah bawa kemana-mana. Sebab aku adalah spisis yang suka merakamkan segala apa yang berlaku sehari-hari. Kalau boleh pergi kelas pun mahu bawa camera. Tapi tu macam melampau sangat.

Sepatutnya, spisis seperti aku digalakkan pakai handphone berCamera sahaja. Tapi.. malang tidak berbau. Camera hp pun dah rosak. [kenapa gadget aku semua rosak? =( aku ni perosak kah?]. Aku ada niat. Niat mahu membeli hp berCamera yang baru pada awal semester lalu. Tapi nyata badget ku tak mencukupi. Niat terbatal. Alternative nya pinjam camera ayah. Tapi malang sekali lagi tak dpt aku hidu. Camera hilang!

Sekarang. Apa yang mampu aku lakukan adalah.. repair camera ku dan beri kan dahulu pada ayah. Mungkin marah ayah reda. Isnin lepas, aku hantar repair. Tadi, Olympus call.. charge repair ganti lense adalah RM223. Aku terpaksa setuju. Tapi lepas raya mungkin baru boleh procede sbb spare part sekarang tak ada. Urgh! banyak songeh Olympus. Nampaknya, raya nanti tiada gambar la kami. Wah.sebak rasanya.. =(

Kerja nanti aku pasti belikan ayah camera mahal.




Wednesday, September 09, 2009

Kecil-kecil cili padi.. dah besar???!!

::tagged by shepaaaaa....::

[kenal sejadah sejak kecil, wow~]

Nama penuh : Hamizah
Tarikh Lahir : 13 November 86
Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Lumpur
Tempat dibesarkan : Kg. Dato' Abu Bakar Baginda [jemputla datang beraya!]


1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Tadika - Teh Munira, Teh Saleha [tapi tak la rapat sgt, cuma ke tadika together2..=)]
Sekolah - Ada sekejap, NoorKassamawati.. [mana awak??], kadang-kadang lebih rapat dgn budak laki dari perempuan, mungkin sbb tu kekurangan kwn rapat perempuan.. dorang jeles kot. haha~

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Hah!
Main tiang.. cop-cop tiang kat susur gajah sekolah.. ish,gian nak main rasanya..
Main galah panjang.. tp tak leh main selalu, saya pengawas sekolah.. @_@
Batu seremban.. paling expert! siap buat sendiri 'batu' nya kemudian menunjuk2 pada kawan-kawan..

3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
Kalau bergaduh biasanya saya selalu nak menang! mungkin kerana itu saya kurang kawan. Oh! maafkan aku.. kecik2 tak matang.. =(

4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
SEKOLAH! yeh, saya boleh main time kat sekolah je, kat rumah kena baca buku.. T_T, walaupun saya teringin mahu ke playground tapi saya harus lupakan hasrat itu kerana saya duduk di kampung. -_-"

5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
saya mahu menjadi Pensyarah.Mana-mana buku sekolah, saya tulis dengan confident cita-cita saya ialah P-E-N-S-Y-A-R-A-H.. tapi masa tu saya tak tahu pun Pensyarah itu apa..

6. Apakah rancangan kartun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
Adui. Apa ya.. Ok! ingat dah.. saya suka Rancangan Kelab Disney Malaysia [KDM], jadi saya sgt suka kartun Mickey Mouse! [wow, high class.. hahaha].. even pengacara [KDM] hensem2, tp saya langsung tak tertarik, maklum la, lambat sket nak paham apa itu 'hensem'.. -_-

7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
Paling suka kek coklat appollo! balik sekolah petang, singgah kedai cik salim borong kek appollo buat stok..penuh beg.. dan-dan juga gula-gula pembalut gambar udang, yang sarungnya boleh dimakan sekali tuu.. anda tahuu..???

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
Seorang saja? Tapi saya mahu jumpa semua di dalam gambar neh.. [tak ingat nama sorang2]



9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
kat sekolah - paling saya benci nick ini "g*dzilla", tak pun "g*j*h".. urghh!
kat rumah - kak uda tapi telah diolah menjadi "kokde"..

10. Siapa yg mahu ditag?
anda! yaaa...[padahal tak tau nak tag sapekahh.. so, siapa yang baca Ops! anda terkena... (^_^)"]

Tuesday, September 08, 2009

Blind Date aku success.. tapi ada insiden yang tak diingini berlaku..!!


Hari Sabtu.
Terkantoi sahur lagi. Aku bangun lambat seperti hari-hari yang lepas.
Asmah dah kejutkan berkali-kali tapi aku syok melayan mimpi lagi.
Sedap enak dibuai mimpi.. aku tersedar.. hah! dah pukul 10.30pagi!
check handphone tertera mesej dari Asmah.. "dah siap"..

Aiseh.. aku baru bangun. Tak mandi lagi. Tu la, semalam kononnya janji nak bertolak seawal mungkin. Tapi semuanya tinggal kenangan. Aku reply ringkas dan terus bergegas mandi dan bersiap-siap ala kadar. Dalam kelam-kabut, sempat lagi aku iron baju. Yeh.. penampilan itu penting. Kang pakai kedut-kedut takde orang nak usha plak.

Dapat pula mesej dari Shepa. Dia tanya dah bertolak kah.. dan jawapannya pastilah belum. Nampaknya jam 10 telah bertukar jam 11. Janji melayu. Maapkan daku, tak sengaja.. [sambil berkata.. Ampun penunggu gua.. Ampunn... macam dlm cerita P.Ramlee tu]. Shepa slumber je kata dia nak tidur balik. Cis. Mentang-mentang berjiran ngan Masjid Jamek, eksen..

Misi : Shopping sakan di Sogo-Jalan Tar-Masjid Jamek
Misi sampingan : Blind date dgn Shepa serta Casual date dgn Asmah
Misi Aku : Tudung bawah 50 ringgit [save]
Misi Asmah : barang-barang raya seperti kasut dll.
Misi Shepa : Kasut konvo dan kebaya.
Masa Estimate : Sampai waktu buka
Pengangkutan : Sipot a.k.a Bas Metro 91 [uia--->jalan tar]
Budjet : Uncountable. $_$

Memang ditakdirkan sipot adalah sipot. Realitinya tak kan berubah. Bergerak dgn sungguh lemah gemalai, memang sopan. adui. Lambat betul! Pakcik nak saya tolong drive kan ke? getus ku dalam hati. Dah agak-agak sendat sipot membawa penunggangnya, mula la conductor mengutip hutang. Ye kawan-kawan.. uia ke jln tar dah naik 5posen. Urghh! Mungkin dua tahun lagi, perjalanan menaiki kereta lebih jimat dari bas. Tak mustahilkan, ye.. kapal terbang pun sudah menandingi harga tiket bas ekpress, jangan main-main!

Sesampainya aku dan Asmah di hadapan Sogo.. perasaan mula bercampur-baur. 4-5 September, for invited guest only! aduii.. aku datang mahal-mahal, dia wat sales utk membership plak. Demi tak menghampakan perasaan sendiri, kami bersetuju membayar RM12 bagi mendapatkan keahlian dan jemputan terhormat tersebut. wow.. tak sangka~ [lari bajet! =( ]

Kemudian mula la misi sampingan iaitu blind date ku. Bertemu Shepa yg hanya kenal di facebook. hehe.. dia kawan Melor kemudian jadi kawan ku pula! Memang agak mencabar! Shepa rupanya sesat. Eh.. pesal blind date macam ni tak rasa berdebar-debar pula..?? hahhaha.. ngeks.. Dgn izin tuhan, kami berjumapa akhirnya di bawah pokok yang rendang. Agak romantis kan shepa? =P Jumpa, bersalaman, sembang-sembang kejap, dan terus ke misi seterusnya. Beratur utk masuk ke dlm sogo yang kononnya sales sangat itu. [tak sabar dah ni kata aku dlm hati]

Manusia di dlm itu seperti ulat-ulat yang kelaparan. Ye.. Memang aku takut dgn situasi itu. Kalau aku kanak-kanak bawah 12 tahun, pastinya aku sudah tarik bonda pulang atau ikut saja ayah ke kedai buku. Lebih tenang. Jujurnya.. aku bukan fan jualan murah. Pening. Tapi memikirkan aku sudah setuju menemani kawan-kawan ku, aku gagahi juga. Dan keputusannya.. aku hanya dapat seluar jeans yang tak dicuba [dan bila balik cuba, oh! mcm legging.. haha..] sebagai mencukupi syarat sebagai invited guest. Mereka? Asmah dan shepa? Usah cerita la.. tanya sendiri.. [dorang shopping sakan!]

Sudah habis memborong [mereka], kami keluar terus laju menuju Pertama Complex.. Mahu solat. Tapi tersilap masuk building, dan pertama kali interkom lif bertanya ke mana kami mahu pergi sebab bangunan itu hanya complex kerajaan dan pejabat. Hehe.. Malu! salah building. Usai solat.. terus menuju Syurga Kolumpo.. Jalan Tar..

Dari satu butik kebaya ke satu butik kebaya, ceh.. butik??!! haha.. padahal kedai kecil di tepi-tepian saja. Banyak juga pilihan yang cantik, aku mula berangan mahu membeli utk sendiri. Tapi ongkosnya...? =( .aku telan air liur. Perjalanan agak panjang, kami mula exhausted.penat. Tapi demi target.. kami gagahi lagi walau tekak mula demand macam-macam.

Next destination. bazar raya belakang complex jalan tar.
Berjalan lagi. Dipendekkan cerita. Bermula tragedi yang langsung aku tak pernah bayangkan. Sedang asyik berjalan sambil memegang compact camera pinjaman ayah, tiba-tiba camera itu hilang! huu... patah hati ku. Bergegas mencari kembali mana tau tercicir. tapi hampa. Adakah aku telah dirompak oleh si penseluk saku..? urghh! sungguh tak adil. Apa dosa ku pada kau..?

Aku mula tak keruan. Kamera ayah. Ayah mesti marah kaw-kaw balik nanti. Gamabr-gambar ku??!! urgh.. nasib baik tiada yang sensored. Kalau tak.. ABEH LAAA!!! Ye. itu la insiden sedih yang tak ku sangka.. huk-huk.. =( Nasihat ku.. hati-hati dan jangan bawa camera lagi di Jalan Tar, kerana ada si kejam yang tak berhati perut itu masih bebas di sana.

Tinggal kenangan.

Dan sekarang.. aku
takut mahu pulang ke rumah... (-_-)"
[kereta bercalar lagi sbb kena langgar lari lagi.. bertambah suhu seram!!!]
Macam mana nak raya ni..?? gurr... gurr..

"ayah.. maafkan kak uda.. orang tu yang jahat.. huu..
nanti kak uda ganti yeh.. plz jgn mrh.."
-anaknda yang ketakutan.


Wednesday, September 02, 2009

Tanya sama pokok, apa sebab hujan.. [ok,takde kaitan]

(T_T )"

Encik Amin yang budiman..
saya nak buat balik exam tadi, boleh?
pls..
.
.
.
saya yang hopeless lagi rasa nak tidur tak nak bangun2,
mek






Mimpi tu mainan tidur kan?kan? *hopefully*

gambar hiasan semata-mata.

Besok exam! tapi aku nak taip-taip gak..

Typing something into my blog is just a relief after get really tense with Metal Cutting! urghh.. belajar bagai nak rak almost for (err..bila sem 1 ni start ek? owh i lost my counting!).. ok get back, from july kan? but honetly I dun really catch up what Encik Amin has teached me. Semacam kau terima dari telinga kanan pastu terus keluar telinga kiri dgn sangat pantas. Memang tak jejak otak . Itu memang menakutkan. Dimanakah kepintaran ku? owh no-no.. T_T"

Encik Amin.. tolong.. tolong.. jangan bagi soalan susah yeh?..

Eh..

ermm..

Have you ever dream something yang sangat real? sampaikan kau boleh ingat muka manusia yang kau mimpi dan ingat setiap apa yang jadi dalam mimpi bila bangun tidur?

Macam mana orang boleh kata mimpi itu mainan syaitan, then kalau bulan Ramadhan ni kita mimpi itu kiranya siapa yang buat main...? setan kan dah kena ikat.. (ish, meremang bulu roma).

Tu la.. mak aku pernah pesan banyak kali, don't ever sleep after Subuh! hah, amik kau.. mungkin balasan tidur lepas Subuh, aku dah dapat mimpi yang macam real tu.

gambar hiasan lagi!

Nak tau aku mimpi apa?

Alkisahnya.. aku mimpi someone yang aku pernah sayang dulu. Lately aku avoid him pasalnya tak tahan dgn perangai dia. So, dalam mimpi tu.. he came and cari aku. Siap scenery nya betul-betul kat bilik aku ni ha. Dia jenguk dari tingkap. (sejak bila laki boleh masuk kolej aku, aku pun tak tau la.. tahyul-tahyul). Then, bila dah jumpa dia cakap.. sedihnya, lama tak contact sekarang saya nak kena fly, tak dapat jumpa dah.. wah! drama abis.. So startla scene menyayat hati.. Pastu yang tak boleh tahannya, tetiba datang scene kat rumah aku. Canggih tol mimpi ni. Jap kat kolej, then terbang terus pergi rumah. Yang nak tergelaknya, sangat tak logik nya mimpi ni is.. dia pack barang nak pergi oversea kat rumah aku? wth? macam mana barang dia ada kat rumah aku....? rumah aku ke rumah dia ni.. *lol* then.. apa ntah jadi aku tak ingat.. sebab aku terbangun! alarm aku da bising.. adui.. kacau betul.. -finish-

Ish..

Kenapa aku mimpi dia?

Newer Posts Older Posts Home