Well semalam anak buah intan payung dah balik Miri. Meaning rumah pun dah mula kosong. Takde dah tarian Mickey Mouse dan juga aksi "jump", mahupun pertanyaan seperti, "Ashraf.. ashraf yak (berak) eh?" dan dijawap slumber "TAK". Balik rumah lepas kerja pun dah takde orang nak ajak shopping perabih duet sambil makan ice-cream Mc.D yang menggemukkan (kakak saya). Takde. Kosong. Bosan.
Semalam akibat emak saya terlalu sedih ditinggal anak yang terpaksa pulang ke pangkuan suami, terpaksa lah saya teman emak makan diluar. Sedih sangat kata nya sampai malas masak. Ya, malas masak bukan tak larat nak masak.Ha-ha. My mum always ada je perkara comel dilakukan tanpa sedar. Maka, habis lah segala diet saya pada Day 1. Ehh.. saya makan bihun tomyam sama air suam saja bagi memenuhi pelawaan emak comel saya. Berkorban dan terkorban, ini lah makna nya.
Tapi tetap, bukan saya yang bayar. Pasti lah ayah saya yang belanja. Kita mengikut system, SIAPA AJAK, DIA YANG BELANJA. Takpe, tiga orang makan cuma RM22. Boleh la sebab saya minum air suam saja. Yang mahal, udang goring tepung yang di-order oleh emak. Mungkin rindukan anak yang jauh, maka dilunaskan dengan memakan udang goreng tepung. BTW, udang adalah haiwan kegemaran kakak gems saya. Tapi mak yang ajak, kenapa ayah yang kena bayar? Itu yang meng-konfiuskan saya.
Sebenarnya saya malu nak cakap, tapi memandangkan saya harus war-war demi mengaut sokongan dari rakan-rakan. Well, ini memang ditujukan kepada reader yang mengenali saya sahaja. I mean, whom yang selalu dengan saya. Kawan-kawan saya, keluarga dan juga.. oklah sesiapa pun boleh. Eh.. kamu reader jarak jauh juga boleh join sama! Kerana kata-kata boleh menjadi azimat. Kata-kata kalau dibaca memang berkesan, lagi-lagi kalau yang "pedas", ouch!
Saya baru mula berdiet sekarang. Honestly baru 2 hari. So far semuanya berjalan lancar. Ini semua akibat mimpi ngeri tempoh hari. Really! Eh no.. I mean.. sangat real! Boleh bayangkan tak anda termimpi tangan lebih besar dari kaki sendiri. Untuk orang gemuk macam saya, itu sudah cukup terkesan dalam jiwa. Kaki, peha, betis dah cukup besar saya rasa kan. Nak tangan lebih besar lagi? I don't think I like it.
Thus, tekad harus dipasang. Mak ayah pun dah bagi galakan. Semalam ajak makan pun mak saya msg mcm ni, "kak uda, nanti kita makan kat luar, kita makan sup sayur yeh…" hee.. tau lah godaan makan di Restauran, jadi saya fikir instead of makan sup sayur, why not tom yam? Kwang kwang kwang..
Moga-moga kali ni berkesan. Kalau ikutkan banyak dah session yang tak Berjaya. Orang tak istiqomah macam gua ni memang susah sket. Adui. Dah turun tapi lepas tu naik balik. Dah kecik sket, tapi kembang nya lebih berganda. Ha-ha. 1 kg turun, naik 2 kg. ades.
Okla.. this time, let's put on your headband with word "caiyok!" and together we make this effort success! Good Luck to me.
P.S. : In progress to create the diet blog. *_*