Sunday, August 14, 2011

Malam 13 Ramadhan yang tak tercapai akal.

Aku rasa tak lama kalau macam ni memang sape nak bagi duet pon bengang. Ada nuffnang tapi tak active plak blog nya. Nak suh menabung sikit-sikit memang harem la nuffnang nak bagi kalau dapat serupa pemalas macam aku. Aku bukan apa, kehidupan seorang aku ni teramat lah busy sampai tak sempat nak tido lama-lama lepas subuh. Baru harini dapat bangun lambatttt sket, kalau tak, lepas subuh dah gegas-gegas pergi kerja. Al-maklom lah nak masuk awal supaya boleh balik awal kemudiannya. Eh, ini aku bagi perumpamaan je, aku takde la kesah sangat dapat tido lama ke tak lepas subuh, dulu memang la aku kaki-tido-lepas-subuh-punca-rezeki-lambat-masuk, tapi sejak la ni, macam dah tak biasa plak (intonasi seorang poyo). Buktinya, harini akibat tido lepas subuh, badan teramat lah penat macam orang baru balik bendang dan kepala wenggg.. kepeningan. Haaa... poyo tak poyo la, tapi ni aku nak citer kisah benar lagi benar dan benar benar.

Well, semalam baru dapat merasa berbuka puasa bersama kawan-kawan. Eh tipu, malam sebelum nya pun keluar teman kawan berbuka kat bangi. Mula-mula nak buka kat rumah je teman adek, tapi last minute dia jadi plak makan dengan kawan dia (cis, tak ingat kakak), maka, bersetuju lah gue pergi ke tapak pasar malam bangi tu berbuka dengan Farz. Lama dah tak makan kat kawasan kedai makan kat situ. Sampai kan dia yang orang Selayang pun tahu tempat tu! sekian la, itu sebab officemate dia yang bawak la, bukan dia yang tahu. Hihi.

Kenapa seronok sangat berbuka dekat luar? Mana parent anda?

Sobs.. bukan lah nak berseronok sgt makan-makan sambil enjoy-enjoy sembang-sembang kat luar, tapi disebabkan sudah seminggu makpak ku tiada pergi jauh tengok cucu baru. Ini lah sayang ditinggal-tinggalkan. Haaa.. korang faham tak? faham tak? Terasa macam puasa kat hostel plak bila mak takde, ihii.. sebab apa? sebab... balik keje kena pikir nak makan apa and nak beli kat mana. Jangan nak cakap aku anak dara malas ke ape, tapi itu lumrah, balik kerja takkan nak masak untuk 2 org je makan? lain la kalau husben sendiri, ehe.. (berangan). Sebenarnya sebab tak nak makan nasi so sbb tu tak kecoh nak masak2, kesian adek kena makan nasi bungkus je bebuka tiap hari. Kakak mu on diet. zasssssss!

So semalam berbuka kat Benjiana Steakhouse, Setiawangsa. Korang google la sendiri kat mana tempat nya. Overall observation tempat not really nice for orang tua sbb sempit dan crowded sgt. In terms of food, sedap! Bak kata satu orang yg aku curi conversation nya, kalau ko nak makan steak yang murah, ini lah tempat nya! and yes.. lamb chop grilled dia super sedap! Aku dok meratah itu je, nasib baik kami makan ditemani hujan yang setia, maka tak sempat rasa panas badan. Cuma nya bila balik rumah terus pengsan sampai lambat solat Isyak. (malu).

Nak dijadikan cerita panas, rupanya bertentangan restoran Benjiana, ada kawasan parking space, and that parking space is actually tapak Pasar Malam Lewat Malam a.k.a Uptown! haaaaaa... and saya (terus tukar saya supaya situasi nampak tak bersalah) yang innocent adalah tidak tahu menahu event itu akan diadakan setiap malam bermula tepat 8 malam. Jadi saya yang tak bersalah telah memakir kereta kepunyaan ibu yang dipinjam milik di situ tanpa perasan bila canopy uptown dinaikkan. Dah nak balik baru kawan saya sedar, ehhhhh... bila pula ada uptown naik kat situ.. (appoint to tempat kejadian). Saya apa lagi, menggelabah style kuda, bergegas mencari kereta disebalik timbunan baju!

Ada tak orang cari kereta bawak baju?

Ada?

Haa.. mesti lah ada.. nothing impossible..

Cari.. cari.. 


Jumpa!


Dan saya blur apa nak buat. Roh kuda dah nak start mengamuk, tapi akibat cuaca yang sempoi-sempoi dan suasana yang terkawal, saya hanya mampu pass kunci kepada seorang kawan yang merangkap hero malam 13 Ramadhan, Kamil. Selepas kawtim dengan brader kawasan itu dan sedikit pertolongan, maka dapat la kereta yang juga tidak bersalah dialihkan dengan jaya nya. Mesti Wira amat takot sepanjang 2 jam berada di situ. Aku tau, dia tak rasa special pun tiba-tiba dipayungi canopy indah serta baju-baju baru bergantungan, siap ada brand luar negara serta baju raya. Tapi yang aku musykil kenapa tak ada telapati antara kami bila dia ada masalah seperti ini. Aku boleh pulak makan-makan, sembang-sembang lagi sampai tak ingat dia.

Maaf kan saya!

Ketika kereta dialihkan, saya masih terkagum. Eh salah, kaget. Bersykur juga, abg kawasan bukan la bonzer yang kerek, cuma nya, dia telah mempermainkan saya dengan statemen saya harus tunggu hingga jam 2 pagi sampai uptown tamat. Apekah? Sebagai seorang yag lurus (ini kwn saya yang kata, saya tak mengaku), saya dah nak pasrah, tapi dengan keyakinan hero 13 Ramadhan yang berkata mampu mengalihkan kereta saya, terus mata jadi bersinar-sinar dan mengcover gundah gulana dengan bersembang mesra bersama kakak stall bertentangan. Maka, baru lah saya tahu ada yang lebih tragis dari nasib kereta saya ini. Ada juga kereta lain yang tersangkut dan harus tunggu hingga 2 pagi semata-mata untuk beredar dari situ. huuu..

Saya lebih beruntung. Alhamdulillah.

Maka dengan ini ada beberapa peringatan dan kesimpulan yang ingin dikongsi;

1) Jangan memandai parking di tempat parking awam, sebab Malaysia mmg terkenal dengan night market yang kau tak jangka jalan itu boleh dijadikan lorong Pasar Lewat Malam.

2) Bertanya jika tidak pasti. Kalau tak tahu nak tanya siapa, buat-buat pandai aje la. Sebab sampai sekarang aku rasa nak pangkah stetmen abg kawasan di mana, dia menyalahkan kami kerana tidak bertanya terlebih dahulu. Hello, mana pondok pertanyaan kau?

3) Seelok nya jangan parking di depan pintu masuk parking dalam bangunan. Kerana sebijik kereta ini, aku tak dapat masuk dalam bangunan sebelah tu, kalau aku parking dalam bangunan mesti tak jadi macam ni. Mungkin lah? haha. Tapi tetap aku merasa kan kereta ini sangat b*doh sampai block jalan orang nak masuk bangunan utk parking.

4) Jangan melepak sampai lewat sangat. Mentang-mentang mak kau takde, curfew kau langgar ye. Tobat.

5) Kalau berdepan atau berbelakang kan situasi seperti ini, sila jgn naik angin melulu, bertenang dan serahkan pada orang yang boleh berfikir waras. Baru la boleh selesai dgn mudah dan dpt meninggalkan kawasan tersebut dgn pantas, supaya malu anda terbendung.


Sekian.

p/s : siapa orang kuat kawasan setiawangsa ha? Apsal jalan kat sana teruk sangat? grrrr.... ada lubang besar tapi takde satu warning sign pon! kan tayar kete aku dah termasuk. Apalah nasib...

Wednesday, August 03, 2011

B U S Y... still the same reason...

Apa nak jadi dah dengan Blog 1.. 2.. 3.. bahhh! ni.. makin hari the owner semakin melupakan nya. Mungkin boleh buat essei Aku Sebatang Pen, tapi bertitle-kan Aku Sebuah Blog. Uhuhuhu.. Sejak dah jarang on laptop, sejak itu lah jejak tak lagi ada di sini. Malas. Bukan apa, nak start up laptop boleh sempat lelap and bancuh kopi kat dapur. Nak format laptop tapi sayang, ada macam-macam. Nak burn dulu gambar-gambar yang ada, sampai ke sudah tak buat-buat. Wuuu... risau pulak kalau laptop ni merajuk, sabar la sayang.. nanti akak kasi lebih kasih sayang ya. Hahaha... Jangan tulis dulu riwayat Aku Sebuah Blog, I still love you btw!

Lately, urghh.. almost every second masa yang ada I'm too busy. Cewah. Tapi still I will not interested to rampas jawatan Perdana Menteri. Sorry. Dah la takde life, nanti tersonglap duit rakyat, definitely I will say a big No.. itu bajet lah kalau ada orang nak offer jawatan tu. Sekarang ni tunggu offer satu jawatan yang diangan-angan kan, tp semacam hampeh juga.. takde juga yang sudi meng-offer. Sekian sungguh.

Cut it short..

Sebab-sebab kenapa saya sudah tidak active di sini;

1. Stress dgn kehidupan sekarang. Bertambah stress bila baca status #FB masing-masing pasal pengalaman berbuka, bersahur, masak-masak and pergi terawikh dgn hubby.

2. Asek berjalan je dua tiga menjak ni. Ini aktiviti paling digemari walupun menipiskan wang simpanan hari tua ku. Tapi takpa lah, jauh perjalanan, luar pemandangan. I love travel so much.

3. Last few weeks ada anak sedara yang comel di rumah. Cik Sarah manis. Every night mesti spend dgn dia walaupun secara halus dia tak de lah rapat sangat dengan mak uda nya ni. Tapi I'm glad she wants to salam and hulur her cheeks when I'm asking for kiss. Kiut kannnnn... Sarah, miss you much! (yeah... her mummy too!)

4. Attend exam PTD. ahaks. Ni dah berzaman. Result will come out this month. Serius cuak.

5. Setel kan my sister's kiriman. Huuuu... need to go to kedai-kedai bayi which is actually touched my heart sbb orang2 yang pergi sana mostly husben and wife, preggy mother or mother with her daughter.. ahh sumthing like that la. Believe me, I'm expert in baby things and where to shop the best. huhu


Ehhh.. macam sikit plak perkara-perkara yang keeps me busy. Rasa macam ada banyak lagi, tapi dah tak boleh recall! Yes, I'm a short-term memory person. That's why I need to jot down every single thing I did and will do, kalau tak hareeeee tak ingat satu pun. Banyak nak cerita potpet kat sini, tapi bahu dah terasa sakit nak menaip panjang2, gedik sungguh bahu yang sebelah ni. Saya ada masalah bahu kee? wuu.. Nauzubillah.

So far my plan yang tak tau bila nak jadi;

1. Write about last trip to Krabi, Singapore, Surabaya and Bandung.
2. Write about 30 days challenge, Day #3 dah tak sambung sampai ke sudah.....
3. Write about this beautiful month of Ramadhan.
4. Write about something that related to real life, such as.. bestfriends, sharing, love, feeling and etc
5. Write nothing.

Happy Fasting people!
Hope we get full of barakah from Allah.

Assalamualaikum.

.

Sunday, July 10, 2011

Day #2 : Favorite Movie

Ahahahahahaha.. Mari gelak panjang-panjang, jangan mengilai sudah, ni dah pukul 1:48 am, jangan nak macam-macam. Aku gelak pasal, my last post for this 30 days Challenge, Day #1 was on last May, poor me =,=. Betapa lama tertangguh, dan sekarang sudah masuk Julai! Julai Hamizah. What happen to you actually? Haha... Tapi takpe, di pagi yang hening ni akan ku hapdet volume #2, yes.. I should rename the Challenge as volume, since "Day" tak applicable untuk orang-orang malas nak update hari-hari macam aku. ho ho ho..

So, let's talk about favorite Movie(s). Gila kuasa, biasala.. semua nak (s) je, satu tak boleh kot. Saya penonton tegar.

1) August Rush.

Aku paling suka one dialog from watak Mak dia, dia state the birth date of her child and still counting the day, sbb mak dia bukan setakat ingat tahun tapi hari-hari kira age anak dia yang disangka mati tu. And they were reunited back through the same medium of interest. They can feel through the sound. Ayah dia musician, mak dia musician gak, tp orchestra punya. While dia, got the talent from both parents and become genius in Music. Bayang lah bole conduct orchestra when he is only five or six. ahahaha.. Aku dah lupa details of the story tp truly sangat memberi impak berkesan bila kau tengok seorang anak mencari parents dia yang ditipu hidup-hidup kata dia dah mati melalui sounds of music/heart.

2) Transformers

Ini sapa yang tak suka memang buta robot. Tak pon masa zaman kecik dia tak layan kartun Transformers. hihi. Tapi sedihnya, aku still tak dapat lagi tgk sequel yang pertama salah yang ketiga. Dengar nya sequel 3 ni takde pompuan seksi mcm dlm sequel 2. Part seksi ni, sampai sekarang I wonder perlu ke watak ni?? spoil kan cerita serius je. Haahahah. Ok, bila nak tengok Transformers #3 ni? =/

3) My Sister's Keeper

Huu.. citer menyayat hati. Meleleh air mata, ingat citer industan je ke boleh bikin kau nangis. Tak tak.. citer omputeh pun apa kurang nya. Story about.. sila baca review sendiri dengan mengkopi tajuk movie dan di paste di google. When it comes to story about family, their love, their bonding.. hmmm.. memang tak boleh nak kata apa lah. Very good story! and seswai dgn Cameron Diaz as the mother. Ingat dia kena belakon jadi aweks je ke. :)

4) Toy Story

Ape.. ingat bebudak je ke suka?

5) Slumdog Millionaire

Urghh.. the very true story about India. Sangat truth! macam mana nak tau pasal India, macam tu la dia menerusi cerita tu. How their life, sangat obvious in the story. Please watch it if tak tengok lagi ok.

6) Shrek

Again, ingat bebudak je ke suka?

7) Semua cerita-cerita Afdlin Shauki

Tak kesah lah Setem ke, Sumo-lah ke.. semua aku layan! Bagi aku, Afdlin punya joke yang diterapkan dalam cerita2 dia are something yang aku macam pernah terfikir tapi tak pandai nak diluahkan macam dia. He is great on that, plus storyline dia selalu tak mengecewakan. Ah.. korang tak setuju tak kesah lah. Ini opinion aku :)


Hmm.. oklah, dah takde idea. Sebenarnya banyak lagi, tapi dah malam ni tak sempat nak berfikir and ingat balik kesemuanya! Just share what is on my mind je. Ahaks. Well, amek masa sket to congratulate mereka yang pergi perhimpunan aman BERSIH. Korang memang berani, moga-moga ada perubahan di masa akan datang. Why not we have the true democracy Malaysia..

Happy Sunday ols! =)

.

Wednesday, June 29, 2011

A Tribute to KKU (Si Puteh Kucing Kurang Upaya)

Just a quick sharing..

Si Puteh our family late pet, mati lewat petang harini June, 29. Before we went to Surabaya last Friday lagi dia memang dah sakit, tp tak kritikal sgt. And dia seolah-olah tunggu kitorang balik baru nak 'pergi'. Oh, tragis! Harini pagi, kat luar bersepah darah bercampur air liur dia kat luar, which is sebenarnya tak tau dia sakit apa. Aku suspek, dia ada bergaduh dgn kucing kaki empat (memang lah!), dan kali ni dia tewas. Maybe ada injured dalaman. Kesian Si Puteh. Dah masa nya dah kot. R.I.P

1. Si Puteh, the only kucing yang paling lama duduk kat lot 6B ni. Kawasan ni memang banyak kucing, so tiap-tiap physical year berganti-ganti keturunan nya. Tapi yang sekor ni tetap setia walaupun pernah hilang sepurnama. Sepurnama la konon.

2. One day dia balik rumah dengan tangan yang injured. I mean, front leg dia. So, my brother selaku tuan tetap, bertanggungjawap bawak dia pergi hospital haiwan. And he was warded at the veterinar almost a week kot. Tak ingat. And kos merawat tangan dia hampir hampir seribu, walaupun tangan dia tak dapat diselamatkan dan dipotong! 

3. KKU - Kucing kurang upaya. Tapi musim mengawan tolong jgn underestimate.

4. Paling manja. Even dia jantan, tp kegemaran bergesel-gesel kat kaki orang memang mengalahkan kucing betina. Bukan setakat bergesel siap nak landing hempas badan. Sampai terpaksa kasik warning, "Puteh! Jangan!"

5.  Kucing baek hati. Kalau ada kucing-kucing liar lain nak join makan friskies timbang yang ayah beli tu, mesti dia buat-buat lambat makan, supaya kucing-kucing liar tu dapat makan sampai habis dan blah. Lepas tu, baru la si Puteh sibuk-sibuk mengeow kelaparan. 

6. Umur dia aku tak sure berapa. Adek aku cakap almost 7 years, tp aku rasa dia lagi tua dari tu. Even berkaki tiga, tp dia gagah perkasa. And the most handsome cat at lorong haji samsi ni. haha.

7. Dia tak pure puteh pon ekceli. Bulu dia ada perang-perang sket like gold. Masa muda-muda dulu mmg cantek sgt, tp bila dah berkaki tiga dia malas nak bersihkan diri dah. And it has a pair of blue eyes yang cantek.

8. Pantang bukak pintu belakang (yeah, kami bela kucing kat luar je), mesti dia terjah panjat pintu pagar belakang tu melalak mengeow mintak makanan. Ingatkan lepas berkaki 3, dah tak mampu nak panjat. Again, don't underestimate him.

9. Dia paling rapat ngn abg aku. Sebelum dia kahwin, time dia balik kerja, dengar je bunyi motor dia, mesti si puteh dah tunggu and kejar dia. Bak kata mak aku, abg aku kalau balik bukan carik mak dulu, tapi cari kucing dia dulu. Sama-sama lah.

10. Kebanyakkan generasi anak-anak kucing yang ada lagi kat belakang umah ni, semua nya warna puteh. So, I'm really sure, dorang semua tu baka si puteh. Kesian, ayah dorang dah mati.


nak upload gambar tapi..........................
Hangin! tak boleh plak nak letak gambar ni apesal?!!

Wednesday, June 08, 2011

Testing!

well, nothing much to say sincw i'm just testing this application on my new iphone. Heee.. Let's eat an apple a day keeps the doctor away!

p.s : I still can't control the touch screen, poor me..

Monday, May 30, 2011

Day #1 : YOUR FAVORITE SONG

Baru nak post yang ini, asyik ter-pospon je. Kalau macam ni, 30 Days boleh jadi exactly 365 days a year. Well, boleh tak favorite song bertukar kepada favorite songs? Yeah, I couldn't stick to only one song because yeah, my life has taken about years, so I had listen to so many great songs! Here, I combine all my favorites, dari lagu zaman tok kaduk sampai la lagu terkini dan terlatest yang tak berapa latest dari peredaran muzik semasa... haha..

1) Salam Untuk Kekasih - Nadia

I know this song through Karaoke Muzik Box. Rasa nya sape nak test vokal memang rasa macam best la kalau dapat nyanyi lagu ni secara live di hadapan kaki-kaki karok sejati (saya dah tak sejati, dah insaf). Sumbang pun takpe, janji note paling high tu kau mampu menjerit suara tak pondan. Tapi bukan itu yang penting, aku suka lirik nya yang best.



2) Sedalam Mana Cintamu - Safura

Tapi ni Salam Salma Mentor 5 yang bawak, tak sebest Safura, Safura still the best. Safura punya songs, sape yang suka memang akan kagum dengan lagu-lagu dia. Tapi sayang, dia dah tak nyanyi dah sekarang, I think since she wear the tudung. Good for her :). Sama-sama la kita insaf. Hiks. Eh, tapi dia tetap berlakon kan. Lakonan pun mantap. Lagu ni juga jenis lagu mencengkam hati dan sanubari aku. Acehh..


Original Version, Safura! Best kan best kan..??


3) Jar of Hearts - Christina Perri

Hah ini.. memang lagu terbaik yang pernah aku dengar. Dari segi words yang ada dalam lirik dia, gaya penyampaian sampai lah nada suara yang sangat kena. Aku teramat suka, kebetulan memang hati tengah pedih macam lagu ni, maka memang boleh dengar berulang-ulang kali sampai terhafal dan nyanyi balik sambil perasan Christina Perri. Layan oh, bawak kereta tengah-tengah malam sampai JB dengan mendengar hanya lagu ini. Tak ingat lah berapa kali aku play =,=


4) Masih Cinta- Kotak

Ini aku dengar first time dari Blog Don, kawan Keri. Ni pun lagu hati pecah yang seswai dengan hati-hati yang tak boleh nak tampal balik. Sila dengar dan hayati. Well, karya Indonesia memang sampai sekarang tak boleh lawan dengan karya sini, yeah, I have to admit it. Walau pun sebenarnya lirik dia agak entah apa-apa, tapi di sebabkan bahasa penuh puitis nya sungguh menikam kalbu. Even, tik tik tik je pun, dah boleh layan.. hahaha...


5) Keabadian Cinta - Anuar Zain

Lagu Abg Nuar memang tak pernah mendukacitakan. Lagu sekarang Sedetik Lebih pun best, cuma aku tak reti nak relate kan dengan Merong Mahawangsa actually. Tapi lagu bawah ni, sure la.. tangkap syok bagi hati bunga-bunga. Oh! Lagu Lelaki Ini pun best. Kan best kalau ada orang dedicate kat I. Ok. Kita mimpikan malam ni ye mizah.


6) Waiting for the End - Linkin Park

Lagu baru LP. Since aku sekolah menengah, LP memang favorite boyband? eh tak, alternative rock band yang aku paling suka. First album dia yang pakai casset pun aku ada lagi, well, zaman tu, CD adelah tersangat mahal sampai tahap tak mampu, beli casset pun kat Cental Market, murah sikit. haha. Well, waiting for the end, dari album baru, A Thousand Suns, adalah lebih best dari cover song dia, apa entah tajuk, I lupe.. auwww...


7) In The End - Linkin Park

Haha, LP lagi! yeah.. kate favorite band kan. Ini lagu yang sampai aku tampal lirik kat atas meja masa form 4. Seriusly, gila ke ape mek? hahaha.. lawak kan zaman-zaman sekolah dulu. Huh! Sekarang bila dah tak payah baca buku duduk dalam kelas, saya rindu zaman-zaman itu.. huuu..


8) Stan - Eminem ft. Dido

I love the Dido part, not the Eminem's rap actually. Sampai sekarang pun I think I couldn't understand what he said in the rap, kena baca sendiri baru paham. Tapi one thing yang aku salute dengan rappers ni ada lah macam mana dorang boleh hafal every single words yang dorang nak rap kan tu. Gila panjang kotttttt....


9) (God Must Have Spent) A Little More Time On You - N Sync

Hoohoho.. N sync was my favorite boyband. Kan.. dorang femes masa aku darjah enam, eh.. 13 tahun yang lalu. Justin Timberlake pun dah tua sekarang, rambut kerinting dia pun dah menjadi history bagi dia. haha.. Kiut kot kerinting halus kaler perang tu. Ada sape berani nak buat? hahaha.. Apa pun semua lagu N Sync saya suka. hihi..

Your love is like a river
Peaceful and deep
Your soul is like a secret
That I never could keep
When I look into your eyes
I know that it's true
God must have spent...
A little more time
On you...


10!) Already Gone - Kelly Clarkson

Come to number 10, I don't have words dah nak cakap. I adore Kelly Clarkson punya voice. Lagu dia tak yah cerita la kan best nya. Lirik pun layanzzzz!



If you could see through this, yes, I do have many broken heart song. Why is it? Haha... Only God who knows. =)

P.s. : Next, Day #2

.

Wednesday, May 18, 2011

30 THINGS IN 30 DAYS CHALLENGE

Got it from my bestfriend's blog, Shepha.
Macam menarik plus the reason also same with her, I'm demotivated to update this little space. 
So, I hope with this challenge, it can cheers the passion all over again!

Wait for my Day 1 Challenge ya!


30 THINGS IN 30 DAYS CHALLENGE

day 1 : your favorite song
day 2 : your favorite movie
day 3 : your idea for perfect first date
day 4 : your favorite photograph of your best friend
day 5 : a picture of something you want to do before you die
day 6: a photo of an animal you'd love to keep as a pet
day 7 : your dream wedding
day 8 : a song that match your mood
day 9 : a photo of the item you last purchased
day 10 : a photo of your favorite place to eat
day 11 : what's in your make up bag?
day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is
day 13 : a picture of your favorite band or artist
day 14 : a tv show that you're currently addicted to
day 15 : something that you don't leave the house without
day 16 : a picture of someone who inspires you
day 17 : how you hope your future will be
day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex
day 19 : What makes you different from everyone else?
day 20 : the meaning behind your blog name
day 21 : a photo of something that makes you happy
day 22 : a letter to someone who hurt you recently
day 23 : 15 facts about you
day 24 : a photo of something that means a lot to you
day 25 : who are you ?
day 26 : a photo of somewhere you want to go
day 27 : what kind of person attracts you?
day 28 : in this past month, what have you learn?
day 29 : something that you could never get tired of doing
day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.


 p.s. : if tak ikut turutan hari-hari takpe kan? Lol~

.
Newer Posts Older Posts Home