Thursday, August 20, 2009

Sakit itu Penghapus Dosa.

Title nampaknya tak leh 'bla'.. macam nak cerita serius tapi jangan harapla, sebab aku tgh pening-pening lalat nak fikir ayat-ayat bombastik yang agak poyo dan serius. Biasalah, bila rasa macam tak berapa sihat, mula la kepala aku berat je nak berfikir. Owh.. no.. no..

Sejak semalam dah rasa kurang sihat. Mungkin itu petanda ALLAH sayang kan aku. Urghh.. sejak dua menjak ni hidup aku macam tunggang-langgang. Macam-macam perkara yang tak sepatutnya dibuat aku buat. Apa nak jadi la.. Ya ALLAH, hamba-Mu ini mula berasa amat berdosa. Terlalu banyak dosa ini.. Astagfirullahalazim..

Jadi.. sempena nak menyambut bulan yang mulia ni, sama-samalah kita mula mendekatkan diri kepada-Nya. Walau tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, tapi kalau dosa yang dibuat tak pernah berkurangan.. lama-lama yang kecil menjadi besar, yang lapuk menjadi beban. Amat takut jika tiada lagi pengampunan, atau tak sempat memohon pengampunan.

Selamat BerRamadhan kalian~
Jangan ponteng puasa tau..
Terawikh jangan tinggal..
Al-Quran jadikan teman..

p.s. : banyak azam baru aku sempena Ramadhan kali ni. Harap-harap jangan sekerat jalan.

4 comments:

myfr3ak said...

Salam Ramadhan juga!

Teh.haha said...

Selamat berpuasa jugak mek... selamat berjumpa di masjid. I'Allah. heheh :)

DilOt said...

slmt berpuasa utk mek...

mia sarah hemiza said...

selamat berpuasa juga anda semua~~~

Newer Post Older Post Home